errm…. aku dah 38 minggu pregnant rupenyer… heheheh dah nak bersalin dah ni… ada org yang dah bersalin dah pun… tapi aku belum lagi… tgh tunggu hari je ni… aku apa pun xtau pasal tanda2 bile nak bersalin ni.. al-maklumla, anak first… minggu lepas g check.. doc dah bgtau secara am tanda2 kita ptt g hospital.. sama ada, kuar lendir and darah, perut mengeras 10 minit sekali dalam masa 1 jam and pecah air ketuban…. so far, 3 tanda2 tu xde lagi aku rasa… bile aku nak rasa ek? hehehehhehehhe sbbkan aku ni cetek ilmu pasal mende2 ni, aku pun apa lagi… g la google kan kat internet and aku jumpa la artikel pasal mende ni… aku copy paste kan kat sini….
Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.
Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
- sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
- kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
- sakit perut, memulas
- kerap buang air besar
- kerap terkentut
~ bayi turun bawah tu aku dah kot… sbb doc pun dah ckp baby dah turun sikit… mama and ibu pun ckp perut ku dah jatuh…. =)
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
- Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
- Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
~ yang ni aku xder lagi… hehehehhe
Sakit belakang
- Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
- Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
- Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
- Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
~ sakit belakang tu mmg dah rasa dah… tp xder la kerap… kekadang je… tu nama dia false alarm.. dr yang aku bacala…. hehehehehe
Pecah air ketuban
- Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
~ belum gak lagi… tp ikutkan dr pembacaan aku, jarang pecah air ketuban ni dulu… selalunya kuar darah… nnt baru doc yang pecahkan… errmmm…. tapi tu ikut nasib gak la… ada je yang pecah air ketuban dulu… so, kene cepat2 g hospital sbb takut baby lemas…. =)
Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
- Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
~ ni kalau dah admit ward ni aku rasa… =P
Kontraksi yang tetap dan berterusan
- Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel “Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu”
~ haa…. yang ni pun aku xder rs lagi… sbb contraction ni ada yang betul ada yang palsu… yang palsu tu xtetap… xsilap aku, simptom braxton hicks… nnt aku post pasal mende ni… =P (ermmm… patut2 nyer aku letak yang ni dulu… hehehehhe xperla… )
Bila Perlu ke Hospital?
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
- kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta.
) - keluar air ketuban.
- pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
- keluar darah dari vagina.
- apa saja masalah yang dialami.
Sumber:
- When Labor Begins, babies.sutterhealth.org
- Labor Signs, webmd.com
- Ingin Tahu Tanda Bersalin, hmetro.com.my
- http://ratuhati.com
- http://www.9bulan.info/index.php?ref=KAR
aku nak tambah sikit, dalam e-book “Panduan Kesihatan Untuk Ibu Hamil“ ada menyentuh berkenaan tanda2 hampir bersalin ni.. korang boleh dapatkan e-book tu kat link ni. Harap korang boleh jadikan rujukan..
p/s : As a conclusion, kalau dah rasa sakit sgt.. and rasa mcm xleh tahan je tu….. gi je la hospital… as a precaution…. =P aku pun tgh alert2 ni gak… and harap2 tanda tu aku dapat time aku kat rumah la… sbbnyer aku xamik cuti awal pun… tkt rugi cuti ku 2 bulan… hehehehhehehehe

Seoanjang minggu ini, dari 27/2/2012 hingga 1/3/2012, sebarang penghantaran untuk baju di adrinis tidak dapat kami lakukan kerana kami bercuti. [...]



mm nice la u post..nant da deliver btau k..saya pun 38w..cuma konpius tentang baby mgeras tu jer…awak due bila?
thanks azlin…
Now baby dah 3 minggu… Hehehhehe
Saya dah deliver dah..
Baby mengeras tu, kita boleh rasa bila perut kita terasa tegang sangat2…
terima kasih lah sbb bagi pergetahuan….biasa lah anak pertama suami pun risau sampai tak tido mlm dibuat nyer maklum lah risau……atas maklumat dapat lah tau skit tanda nak bersalin nieee…….skrg wife dh 38minggu dh tapi air tak pecah lagi…..ari tu perut dia skit sgt g hos abis dok kojer kan ……kesian dibuat nyer….. klu bleh tggu lah air pecah bru g hos klu tak seksa bini kite……tq
slm..sy pon ngah menunggu hari gaks..now da nk masok 39 mggu..konpius sgt2 psl tnda2 nak bersalin ni..risau..coz baby sulong n tanda2 nk bersalin pon mmg xda lg..sakit sikit2 tu ada la tp x la kerap n trlalu sakit..tak tahu nak ikot yg mana coz..rmai ckp..lain org..lain tanda2 nya..ermm..bile dh dkt hari ni..rasa takot pon ade..coz mcm2 dengar org bercerita..mcm sakittt sesangat..takot x dapat nak menahan sakit tuh..cmner erkk
kak , kalau selalu mengeras tu . due dh nk dekat atau lmbt lg ??
Sye da trun darah.skit sket2 je.tp sy bru 34 week.mcmner ye.perlu ke g hospital
better norfarini pegi check ye.. semoga dipermudahkan puan..