Diari Tahun 2008….

Tahun 2008 sudah hampir melabuhkan tirai bagi memberi laluan kepada Tahun 2009 untuk membuka tirainya bagi episod baru kehidupan… apa yang terjadi sepanjang tahun 2008? macam mana dengan azam kita? hehehhe tu soalan biasa akan ditya, mcm mana dengan azam tahun ni? dah dipenuhi ke? apa azam tahun depan? kat radio2 pun beberapa hari sebelum menjelang tahun baru, kebanyakan topik mesti pasal azam… xkirala yang tertunai ke atau yang tak tertunai…. kat sini aku nak tulis senarai azam tahun lepas and apa azam tahun depan ke? heheheh no no no… tak mo la tulis pasal azam2 ni.. this time aku nak senaraikan semua peristiwa penting je yang jadi sepanjang tahun 2008.. memandang kan aku dah lama xtulis diari, so, apa yang ingat je la ek… hehehehhe kita mulakan… memana yang nak membantu tu, sila2 kan… :P

Januari
Time ni aku kene denggi.. hehehhe tak baik lagi… Apa lagi ek?? macam tak de je… ohh… time ni la aku rasa aku dapat tau yang aku pregnant.. time ni la berita gembira ku perolehi… hehehehhe tak lupa jugak hujung bulan ni, my best friend, Intan telah bertunang dengan kekasih hatinya Fir… oo… bulan ni jugak… 25 Januari.. Haziq Haikal telah lahir ke dunia… tahniah to Jaha and Shima…. =)

Febuari
Masa raya cina… adik aku, Farhana tunang… plus time tu my ex-housemate Syitah kawin gak..

Mac
Bulan ni aku tak ingatla pulak… macam takde pape je… hahahahhahahhaha ohhh… lupa…
150308- time ni Syikin and Fai, my abang friend and also my friend nikah…
300308- abang friend lagi, kawin… tahniah to Solleh n Azla…
Bulan ni jugak, Nieta selamat melahirkan baby kembar, Muhammad Aqhif Miqhael and Muhammad Aqhil Miqhael… betul x aku eja? hehehehhehe cutenyer baby dia sekarang ni.. dah 9 bulan… hehehehehhe (sorry r nieta aku lupa la ko bulan 3.. ekekkekeke )

April
Bulan ni kot, ke bulan 5 aku tak ingat.. kitrg reramai pegi bukit merah lake town resort.. bersantai2 sambil berjalan2… hehehhehehe

May
Rasa macam takde pape je bulan ni… hahahahahha actually aku kene pindahkan pasal nieta bersalin tadi… ahhahaha bukan bulan 5 tapi bulan 3.. ekekekekeke

Jun
Bulan ni aku and family belah adha ada family day kat Cameroon Highlands… time ni aku dah 7 bulan preggy… hehehehe best kat sana.. sejuk je… hehehehhe lepas tu abang friend’s wedding.. Congratz to Fai and Syikin… and bulan ni jugak, diorang dapat tau yang diorang bakal dapat anak… ( diorang nikah bulan 3 hari tu… ) hehehhehhe
070608- tarikh ni aku xleh lupa la kan.. sbb ni birthday aku.. hahahha tapi time ni my ex-classmate, Mazli kawin.. moga bahagia tuk ko and ila…. =)

Julai
Bulan ni, my sista wedding… 19 Julai… Congratulation….. aku xleh tolong sangat time tu, sbb aku dah 8 bulan time itu… hehehhehehehehe

Ogos
Khayra Amirah Khairul Adha lahir ke dunia pada 25 Ogos, 1246pm dengan berat 3.2 kg and panjang 50cm…. sehari sebelum anniversary aku n adha… kira tak leh sambut sbb aku dah dalam pantang but hadiah tetap ada.. heehhehehehe
080808- tarikh yang cantik tu, my best friend, Nora, telah bernikah dengan kekasih hatinya yang di sorok2 kan… hehehhehe then wedding dia, 180808… Sorry sesangat aku tak dapat menghadiri wedding ko, sebab aku dh sarat time tu.. congratulations…. hehehhe congratz to asma jugak for her wedding…. and bulan ni jugak aku start buat blog ni… hahhahahahhahahha

September
Dalam process berpantang… makan la makanan yang sedap2… mama masak… n tk lupa jugak minum air ibu kunyit.. tu yang paling best sekali la… hahahhahaha and bulan ni, adalah bulan puasa…. aku? tak puasa la sebulan… bila nak menggantinya ek.. huhuhuhuhu

Oktober
Ye ye… hari raya… walaupun tak puasa, aku tetap sambut.. still dalam pantang, walaupun hujung2… tp ku daya kan jugak berjalan2 ke rumah sedara2… hehehehe..
251008-Intan, my best friend’s wedding and aku sebagai pengapit… hehehehe
261008-Aini kawin jugak… tapi malangnya aku tak dpt dtg… kesal sesangat sbb dah beria berjanji nak dtg.. tp tak boleh datang sbb hari ni jugak, fmly aku buat aqiqah untuk khayra.. what to do… sorry sesangat ye… Congratz to both of you… :)

November
011108- kenduri ex-schoolmate kat rawang, Ruza… congratz… aku dah start kje jugak time ni… huhuhuhu setelah 2 bulan lebih aku bercuti… ehhehehe and bermulanya cabaran and jadual baru untuk aku menyediakan susu untuk anak aku, sbb aku berazam nak fully breastfeed kan… hehehehe rerasa mcm takde dh untuk bulan ni… errmmm… bulan ni kalau tak silap aku, again… my best friend, Diey bertunang dengan pilihan hati.. dijangka bernikah pada bulan 3 tahun depan time cuti sekolah… hehehehhe

Disember
Bulan ni, bulan kawin beramai2… every weeks ada je majlis kahwin, baik member baik sedara.. ehehhehe
061208- kenduri kawin iera, kawan baik aku jugak since matrik… kitrg pegi ke kelantan tu… ehhehe and time tu, nak dekat raya aji.. cuti lama.. so terus jenjalan…makan2 angin…dr duduk kat kelantan 1 malam.. duduk terengganu 1 malam… then balik hari isnin lepas sembahyang raya… heheheh
oh ya, time raya aji tu pun, 091208-one of my best friend, zana sudah selamat bertunang and dijangka bernikah pada bulan 6 tahun depan… congratulation zana…. ikutkan nak pegi, tp sbb hujan and takut banjir kat grik, tak jadi.. plan cancel… huhuhuhu khayra masa jenjalan tu enjoy sgt hehehhehe…
131208- kenduri dayah and hasni.. this time aku xleh pegi, sbbnya khayra ada appointment.. actually appointment dia tunda selasa lepas raya aji, tup2, doc telefon tunda ke hari sabtu tu.. so, xdapatla nak buat apa… huhuhuhu…
191208- syitah selamat melahirkan anak perempuan seberat 3++kg.. Nur Tasneem Zulaikha nama anak dia… Tahniah and selamat berpantang….
201208- sepatutnya pergi perlis..cousin adha kawin.. tp khayra demam la pulak.. terpaksa cancel program.. plus aku keje sabtu tu… sedey2….
261208-271208- adha cousin brother and adha cousin wedding… tolong2 walaupun kebanyakkannya tolong tgk je.. sbb khayra pantang ummi dia buat keje.. dia pun nak menyusu… hahahahhahaha

~ Berjenuh jugak aku nak mengingatkan sesatu apa yang dah jadi 1 tahun ni… heheheh bulan 12 tu, mestila panjang sbb baru lagi… hahahhahaha nnt aku cuba pk blk la apa yang aku tertinggal.. nnt tambah… boleh je kan… hehehehhehehhehhe ~

~ Selamat menyambut tahun baru kepada semua memember… moga2 tahun2 akan datang akan lebih diberkati Allah SWT dan dilimpahkanNya rezeki dan rahmat kepada kita semua… Moga tahun depan akan menjadi lebih baik daripada tahun ini… ~

Selamat Menyambut Maal Hijrah…

Hari Maal Hijrah @ Awal Muharam merupakan hari yang penting bagi seluruh umat islam. Muharam merupakan bulan pertama dalam kalendar islam mengikut tahun masihi dan tanda permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

Hari Maal Hijrah @ Awal Muharam ini adalah untuk memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa Akhir Tahun:

dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun.”

Berikut adalah Doa Akhir Tahun:

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam…Amin…

Waktu membacanya:
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, “Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allahakan engampunkan dosanya setahun.”

Doa Awal Tahun:
dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan.”


Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam….Amin…

Waktu membacanya:
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, “Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan.”

( sumber dr http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Muharam.html )


Dengan ini saya dan suami ingin mengucapkan selamat menyambut Ma’al Hijrah 1430 kepada semua rakan2 dan seluruh umat islam di dunia…. hehehhehehe semoga kedatangan tahun baru ini dilimpahi rahmat dan diberkati Allah SWT….


SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH UNTUK SEMUA UMAT ISLAM DI DUNIA….


Majlis Aqiqah Khayra Part 2

Ok… seperti yang aku janjikan, ni aku upload video khayra time aqiqah dia hari tu… and i like this song with this video.. sweeeeeeeeeeeet sgt2… memula aku ingat husband aku sengaja main2 bile dia request lagu ni… cantik by altimate….

and this is some of the pict khayra from the album… very nice kan?? hehehhehehe ramai yang puji cantik… this picture taken and edited by fotogorgeous.fotopages.com

Muka depan album Khayra…

my cute little princess……

page yang paling aku suke…. hahahahhaha

so, abang…sayang dah upload dah video Khayra… takmo bising2 lagi ek… hahahahhahaha

Related Posts with Thumbnails