Alhamdulillah… Syukur aku ucapkan kepadaMu ya Allah kerana membantu aku selama 4 bulan ni, dalam menyusukan anak aku dengan susu ibu….
Esok, khayra dah masuk 4 bulan… hehehhe sama juga selama 4 bulan aku menyusukan khayra dengan hanya breast milk… no campur2… mungkin ada yang cakap, ala.. baru je 4 bulan.. dah nak rasa bangga ke? well… aku memang bangga sesangat sbb ntah… tak tau la nak cakap kenapa.. ekekkekeke
ok, apa yang berlaku selama 4 bulan ni?
azam aku/keinginan aku?
still utuh, cekal, sasa, padu and kuat lagi walaupun dah 2 bulan aku bekerja… teringat aku masa mula2 aku nak breastfeed khayra, ni flash back la… sokongan hanya dtg dari husband tercinta and my cousin, kak alyn… yang lain? semua dah suruh bagi susu formula… and ada jugak yang suruh kasi makan.. fuuhhh… aku ni kan baik, sopan.. so, bila sume cakap2 cenggitu, aku diam and senyum je… dalam hati tu, “kenapala diorg ni tak faham2… klu tak nak support pun, senyap je la…..” hahahhahha… tu time awal2 dulu la… sekarang? seems like everybody dah tak bother sangat pasal aku nak fully breastfeed… semua pakat diam je… and no more kata2 or nasihat2 tuk suruh beli susu formula lagi… lagipun Khayra semakin bijak and comel… dah tak nangis2 dah macam awal2 dulu… mama pun dah ok dengan pilihan kami suami isteri, cuma kekadang tu ada gak la kua suruh kasi makan dah sbb dah besar… nak msk 4 bulan kan.. tapi aku rasa, mama sengaja je cakap cenggitu sbb nak usik husband aku…. hehehehhe ibu aku? dia tak banyak soal… selama ni, apa pilihan aku, dia akan sokong sepenuhnya.. lagipun aku dah bgtau semua pasal kebaikan2 dan sebagainya…. and sbb mungkin dia tau, keputusan anak dia yang ni, so far takde lagi yang memudaratkan sesiapa.. hahahhahhaha so, i assume mereka semua menyokong dalam diam… tak nak cakap depan2… hehhehehe jadinya sokongan dah dapat… alhamdulillah….
Pam?
Sekarang aku dah guna spectra3.. macam nama kete Kia tu plak.. hahhahahha pam lama aku yang berjasa tu aku dah simpan elok2 dalam kotak… tunggu someone yang nak beli or kalau takde, aku simpan je tuk emergency case… kenapa nak tukar? bukan sbb pam avent tu tak bagus, dia ok kalau untuk mum yang keje flexible hour… macam aku? masa tu amat berharga sgt2… aku, kalau boleh tak nak balik lambat.. and kalau guna pam avent tu, aku akan amik masa double dr masa sekarang sbb aku kene pam satu-satu… so, sebab aku nak kejar masa, aku cuma dapat pam sikit2 je… tu yang beli spectra3 double pumping.. and alhamdulillah, time aku betul2 rasa nak sgt mende tu, rezeki tu datang… ikutkan aku tak mampu lagi nak beli pam tu dalam masa terdekat ni.. hehehehe
Stok?
Cakap pasal stok ni, aku sedih sangat.. sbb sampai hari ini, dalam peti ais kat rumah tu dah langsung kehabisan stok… huhuhu sedih sangat sebab takde back-up… aku kumpul stok dulu tu pun tak banyak… tak sampai 50 bekas pun… ntah2 kurang lagi… puncanya? aku start kumpul stok lambat… hehehe but tu bukan alasan utama… punca utamanya, masa mula2 tu aku malas sikit nk pam and nak simpan stok… tambah pulak dengan bila dah start keje, aku cuma pam sekejap2 and sikit2 je.. macam yang aku sebut kat ats la, aku nak curi masa banyak tu tak boleh sgt… bos aku amat menghargai masa sbb dalam bidang IT ni kalau ketinggalan, kita akan rugi… so, dalam sehari aku cuma dapat pam kurang dr keperluan khayra, so terpaksala guna stok… then, sabtu ahad aku jarang pam.. sbbnya kitrg selalu keluar… and time tu aku tak terfikir pun yang perbuatan aku tu boleh mengundang petaka…
Masalah lain?
Dalam pada kekurangan stok tu, aku pulak mengalami masalah susu merundum… huhuhu mungkin sbb aku kurang pam time awal2 keje… lepas tu pulak, balik lambat sbb kejar dateline… sekali pam, dapat la 2oz.. paling2 banyak pun 3oz… time keje aku pam 3x je.. paling2 banyak aku leh dapat 9oz… khayra time tu dah menyusu 12oz sampai la aku blk time mgrb tu…. so aku missed kat situ… tu pun punca stok aku makin habis.. demand is more than supply… tu yang bila tup2 dapat rezeki yang tak dijangka, aku beli pam letrik… lepas aku dh tukar double pam, aku dah jimat masa sikit kat situ… and ASI(Air Susu Ibu) yang terhasil, meningkat sikit2la.. aku dh boleh dapat 11oz, atau 12oz sehari… walaupun dah naik, still tak dapat nak kumpul stok lagi…
Risau?
Mestila risau… huhuhu ada sampai satu hari tu, tak silap aku awal bulan ni… betul2 dah takde susu… nurseri call susu yang bg tuk hari tu dah habis.. time tu baru pukul 4 lebih.. huhuhu dengan stok takde, and khayra dah menyusu makin banyak, aku dah semakin risau… call balik nurseri, and dia cakap khayra tgh tidur and tu last susu diorg bg… aku kira2 khayra mesti nak susu lagi dalam pukul 6 ke 6 lebih.. tepat pukul 6, aku terus blk and terus amik highway…. sampai rumah je, atok dah amik khayra and she seems like very hungry… aku amik je, terus nak menyusu… huhuhu tu yang menjadi kerisauan aku takut bende tu happen lg…tu pun penyebab aku work harder lagi for getting more and more supply….
Usaha?
Aku mencari2 solution tuk meningkatkan ASI aku ni.. aku bukak banyak laman2 web especially susuibu.com and blog2 lain, nk cari info2 yang boleh membantu menyelesaikan masalah aku ni… hehehhe skrg ni aku makan mcm2 bende yang membantu meningkatkan ASI ni.. longan kering, granola bar, kurma, pegaga etc… ada sesetengah orang, bagi testi, dia minum longan kering, then malam tu or esoknya, terus banyak susu.. aku? adala naik sikit, tapi tak sampai bengkak2 and banyak la.. lain org lain cara penerimaannya kan? Selain dari makan makanan yang boleh membantu meningkatkan ASI ni, aku mempertingkatkan lagi jumlah sessi pam aku… biasa 3x siang, malam sekali… sekarang ni, siang 4x, malam 1x… kekadang je malam sampai 2x…tak jemu2 sampai aku rasa seronok pulak nak pam ni… hehehehhe and start last weeks, sabtu ahad pun aku try untuk pam jugak..
Hasilnya?
Alhamdulillah… Syukur… Susu aku makin meningkat jumlahnya… aku rasa seronok pulak sbb skrg ni aku dah boleh dapat at least 4.5oz sekali pam… malam jekurang sikit.. dalam 2-3oz…. walaupun tak la sebanyak orang lain, tapi aku dah nmpk peningkatan hasil usaha aku… macam minggu ni, aku dah boleh dapat 17-18oz sehari… hehehehe cuma, stok belum dapat kumpul lagi.. tgh kumpul sikit2 sbb khayra skrg sehari menyusu dekat2 17oz dah…. and syukur minggu ni cuti lama… 5 hari..cuti krismas ni sampaila ke awal muharram, aku nak berusaha selagi boleh and selagi daya.. cuti ni niat nak kumpul balik stok untuk khayra sebanyak mungkin… ummi dah learn lesson we should always be prepared, afraid if anything happen… and tak nak jadi macam kes hari tu, susu dah habis… =)
Thanks to abang, coz always support me, helping me, and sacrifice everything for me and khayra …. Hopefully, my milk supply will increase and increase and increase everyday… Bantula hamba ini untuk buat yang terbaik ya Allah… amin….












alhamdullilah…kena la rajin2 pump. insya allah sure byk nye stok.
nak tanye..tak susah ker nak hanta baby gi nursery kalau baby tuh breastfeed?
@ ninie
baru nak reply.. heheheh so far takde problem kalau nak hantar anak kat nurseri.. kita boleh pilih sama ada nak guna botol terus siap2..( ni nak kasi senang kat BBsitter or nurseri tu… ) or letak kat storage dia… pastu letak tu untuk ngam2 baby kita sekali minum.. let say, sekali minum 3oz, so, letak la 3oz dlm satu bekas… then, untuk sehari, kalau macam say, bajet 5 kali minum.. so, 5 bekasla akan kita bagi…