~ Babies Song ~

Hari ni tak tau nk update apa sebenarnya. Bos aku dah balik dalam pukul 3 macam tu. Sebab esok cuti. Aku pulak takde keje. Aku ada buat entry pasal nursing wear. Konon nak masuk contest yang mommy Lina anjurkan. Aku dah tulis separuh, lepas tu dah hilang idea. hehehhe lagipun aku takde gambar nak tunjuk. Kalau takde gambar tak leh ke ek? hehehhe Aku sudah merapu. huhuhu

Hari ni blog hopper je la. hehehe Homework memang ada. Dr Ummi Salsabila, Ummu Abdullah Syakir, and dr Mel. Award pun tak amik lagi. Sebab plan nk buat semua tu kat rumah nanti. Sebabnya? aku takde gambar yang nak diupload bersama2 dengan tag itu. Hahahahaha

Masuk blog Mel, entry dia pasal all time favourite song. Bukanla aku pun nk bercerita pasal lagu feberet aku.. tapi ia berkaitan dengan lagu jugakla… hehehhe aku teringat pasal lagu-lagu time kita kecik2 dulu. Babies song. AKu berjenuh jugakla nak mengingatkan lagu2 yang biasa orang2 tua mainkan time main2 dengan anak diorang. sebab apa aku nk tau tak? sebab lagu tuk Khayra aku tau 1 lagu je. Lagu tepuk amai-amai.. hahahahahha lagu2 lain semua aku dah tak ingat. huhuhu So tiap hari lagu tu je la yang akan keluar dr mulut aku ni (selain selawat and zikir tuk Khayra).. Aku rasa Khayra pun boring mendengar yang sama tiap hari. Hahahhaha Aku betul2 dah tak ingat all this lullaby song nih.

Mak-mak dulu2 kan penah dudukkan budak2 kat dua-dua kaki kita sambil baring. Lepas tu, turun naik, turun naikkan budak tu kat kaki kita sambil menyanyi. Ala2 macam buat excercise tu. Sambil2 tu kan ada lagu. Aku betul2 tak ingat lagu apa. Serius tak ingat. Aku cari kat tenet, kebanyakkannya yang BI punye. Ba ba black sheep, Hickery Dickery, tapi lagu2 BM ni aku tak jumpa lagi. Ke aku je yang tak reti nak cari? hehehehhe Korang ingat lagi tak lagu2 yang mak-mak kita nyanyikan kat adik2 kita ke, kat sesapala?

~ Pneumococcal and Khayra.. ~

Last Saturday kan Khayra amik Pneumococcal Conjugate Vaccine (PCV 7) ni as tambahan.. Kenapa aku amik vaccine pneumococcal a.k.a prevnar nih? Ok, dr pamplets yang aku baca… and dr info2 yang aku search dan juga dr paed Khayra, penyakit yang melibatkan pneumacoccal ni, merupakan punca kematian no.1 untuk budak2 below 5 thn, and especially yang bwh 2 tahun. Kalau ikutkan WHO lak, seorang kanak2 mati setiap minit akibat penyakit pneumococcal ni. Menakutkan kan?

Dalam laman web http://www.wyethnutrition.com.my, kuman Streptococcus pneumonias atau pneumococcal ni sering menyerang kanak-kanak kerana diorg kekurangan anibodi specifik untuk melawan bakteria.

Kuman ni la yang boleh menyebabkan penyakit
- MENINGITIS ( jangkitan pada radang selaput otak atau urat saraf tunjang)
  • boleh mengakibatkan kecacatan yang serius seperti lumpuh, kurang pendengaran, kerencatan akal, dan juga boleh menyebabkan maut.
- BAKTEREMIA ( jangkitan darah )
  • Boleh mengakibatkan jangkitan darah dan membawa kepada meningitis.
- PNEUMONIA ( jangkitan paru2 )
- OTITIS MEDIA ( jangkitan telingan tengah,sebelah dalam gegendang telinga.

Kuman pneumokokus ni ada di dalam hidung dan kerongkong org dewasa dan kanak2 yg sihat dan boleh merebak dr seorang anak kepada yg lain dalam cecair apabila bersin atau batuk.

Khayra always smile when she’s in a good mood.. :)

Aku n Khayra.. Tengah buat apa tuh? hehehhehe sebab aku malas nak masuk BF room. Situ pun jalan la… ekekkekekke


Sape yang berisiko untuk dapat penyakit ni? hehehhehehehe
-kanak2 berumur 5 tahun ke bawah
-kanak2 yg menghadiri nurseri atau pusat jagaan harian
-kurang daya tahan atau kurang imuniti kepada jangkitan
-pernah mengalami jangkitan pada telinga tengah,sebelah dalam gegendang telinga
-terdedah kepada asap rokok
-kanak2 berpenyakit kronik seperti diabetis,jantung,paru2 atau penyakit buah pinggang.

Sebabkan Khayra bwh umur 5 tahun n Khayra duduk nurseri, better aku amik langkah pencegahan. Risiko untuk Khayra dah tinggi gak tu.. Betul tak?

Penyakit ni boleh sebabkan hilang pendengaran, kerosakan otak, kecacatan yg kronik, lumpuh, kerencatan akal, gugup/kesukaran bertutur.

Cara nk kesan penyakit ni agak sukar sebab simptom2 dia macam demam, batuk, berbeza2 mengikut jenis penyakit dan tidak khusus. Kalau nak tau jugak, kene buat ujian makmal atau x-ray. Sebab tu la pencegahan lebih baik dr rawatan. Betul tak?

Antara simptom2 yang aku baca dr pamplets ni

- MENINGITIS

  • Demam, keletihan, mengantuk atau lali, loya, muntah-muntah, fobia foto (chy sebabkan rs sakit) dan kekejangan leher -( ni tuk kanak2 yang lebih dewasa).
  • Bayi pulak – Demam dan tanda2 yang tidak khusus dengan kerap.

- BAKTEREMIA ( jangkitan darah )

  • Demam, peningkatan kada pernafasan dan anak meragam.

- PNEUMONIA ( jangkitan paru2 ),

  • Batuk, kesesakan dada, kahak, demam dengan menggigil dan rasa sejuk, sawan.
- OTITIS MEDIA ( jangkitan telingan tengah,sebelah dalam gegendang telinga.
  • Sakit telinga, demam, dan anak sering tarik telinga.


Kalau tak silap aku, vaksin ni belum lagi ada dalam jadual imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Vaksin ni adalah pilihan kita sendiri sama ada nak ambil atau pun tak.. Dose yang dikenekan pun based on ages.. macam Khayra, kene 3 dose.. untuk baby below 6 month, kene 4 dose. Bwh setahun, 3 dose. Setahun lak 2 dose and atas 2 thn kene 1 dose je.. Every dose ada charge dia and suntikan ini, agak mahal kalau buat kat swasta.. Average dalam RM270-RM350 rasanya. Kat gomen? Aku tak pasti pulak. Rasanya takde lagi kot..

Nota: Prevention is better than Cure.

~ Updates Family Day ~

Hari tu aku tak sempat nak upload gambar2 time kitrg g melaka. Here is some pictures taken that day. Ada yang aku amik dr didi and kak alyn. So, mana2 gmbr yg kualiti cantik, terang jelas lagi nyata tu la dr kamera meraka2.. Akunyer? of cos la yang kelabu tu.. hahahahahhaha

Ni Khayra yang tengah kepenatan tidur. Sape tu yg notti letak bunga kat kepala Khayra tu? Abah….

Ni kat Monkey Island. Bergambar beramai2.. Nampak tak mana Khayra? ehhehehe

Khayra and abah kat pintu masuk Safari World.

Me n Kak Alyn kat Wild Wild West show.

Kami on the shuttle bus. On the way nak pegi nih.

Kami yang poyo senyum. Khayra muka stones.. hahahahahha

Inilah sangkar yang kitorang kene masuk.. heheheh nampak tak tu buaya?


Gajah ni nama dia amoi.. Pandai naik beskal. Korang pandai tak?

Ni antara aksi2 gajah itu.


Me and my darling… =)


Khayra nak tgkp gmbr dengan elephant, tapi dah ngantuk..

Last day kat Melaka. Kami naik cruise. hehehehe Kecuali 2 org warga asing tu, (nampak tak? ) yang lain penuh dengan kitorangnyer family sahaja. hahahahhaha

Nota: Sudah habis… Tak sabar nak tunggu tahun depannyer lak… =)

Nota: Some pictures credit to didi n kak alyn. =)


Related Posts with Thumbnails