~ Petua Selesema, Batuk dan Kahak? ~


Me!  I'm a wife to my precious husband, Khairul Adha and a mother to my sweet little gorgeous princess, Khayra Amirah. I Love to breastfeed my baby.. :) I love my Family so much... :D


Lama gak aku tak update blog… =) busy sangat lately ni… weekend holiday.. semalam? sempat jenguk2 je… nk post entry? tak berkesempatan…

Ni pun aku taip je dulu kat notepad.. karang tinggal publish je… Bos aku skrg ni sentiasa ada kat opis.. so, amatla terhad aktiviti bersantainya… hehehehehhehe

Ok… Jumaat lepas aku cuti.. sebab? kitorang ada family day kat Melaka.. yang tak bestnya abang lak tak dapat cuti.. Mula2 rs macam sia2 je aku cuti, tp nasib baik gakla, sebabnya jumaat lepas follow-up Khayra untuk jumpa doktor… Isnin aritu, Khayra g hospital sebab ada jangkitan kat mata(mata Khayra bertahi mata dengan banyaknya…), batuk n selesema… sebabkan doktor Khayra bercuti 1 minggu, jumpa doktor lain lak.. Sekalinya dapat doktor yang ikut mood.. huhuhu cuak jugak, sebab sebelum ni penah sekali kene dengan dia time dia bad mood.. Alhamdulillah, Khayra penyelamat… Khayra sibuk bercakap2 dgn doktor tu, pusing2 tgk bilik doktor tu… sampai doktor tu cakap ni ke budak yang sakit tu? lepas tu dok gelak2 bila Khayra still membebel… hehehehe nasib baik… Doktor suruh datang balik jumaat, nak tgk dh ok ke belum, bila doktor check, mata Khayra sume dah ok, batuk Khayra pun dah kurang, cuma masalahnya skrg ni, dalam lung Khayra dah ada phlegm.. Time jumpa isnin hari tu belum masuk lagi… doktor pun bagi ubat untuk cairkan kahak pulak… and jumpa dia lagi selasa depan… but, this saturday ada appointment dgn doktor Khayra, sebab ada additional injection.. Aku amik pneumococcal.. mungkin time tu boleh check Khayra… so, xperlula kot dtg lagi selasa depan.. :)

Apa kene mengena tajuk ni dengan apa yang aku membebel ni kan? hehehhehhe Sebab aku tulis entry ni nak share2 pasal petua2 macam mana nak hilangkan kahak, selesema n batuk ni tanpa bergantung pada ubat semata2… ( memang penyakit ni sentiasa menyerang budak2 kan? ) Kalau boleh, aku tak nak Khayra asyik bergantung dengan ubat je.. Sebabnya, nanti tkt sampai besar kene rely on the medicine.. huhu tak mo la… Aku ada gak google2 kot2 la ada petua2 tuk baby yg selesema, batuk and kahak ni… hehehhe aku ada jumpa tapi belum praktikkan lagi… hehehe sini aku kongsikan apa yg aku jumpa..

Daun Pucuk Kaduk
Caranya, ramaskan daun kaduk yang dicampur sedikit kapur sirih dan air. Kemudian, lumurkannya di atas dada dan perut bayi anda. InsyaAllah kahak tu akan keluar bersama najisnya. info ni aku dapat kat lubuk petua warisan… Kalau nak lagi byk petua2 lain klik kat link ni…

Daun Sireh
Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah. (Sumber)

Daun Pokok hati-hati
Yang ni aku yang praktikkan lepas Khayra kua hospital dulu.. ramas2 daun dia.. letak kapur sirih + air sikit… lepas tu sapukan kat dada and belakang Khayra.. Mama yang suggest cara ni untuk redakan kahak n batuk… :)

Gambir
Yang ni kalau selesema.. gosok kan pada batu lesung, amik pati dia, then sapu kat batang hidung sahaja… Yang ni pun petua from my MIL and my Auntie..

Ibu Kunyit
Untuk selesema jugak.. gosok kan pada batu lesung sampai kuar minyak kunyit tu. bila dah kuar minyak kunyit tu, selawat 3 kali n sapu pada batang idung BB n ubun² dia.. insyaallah :)

Kapur sireh
Untuk baby batuk.. amik kapur sirih sikit je then perahkan limau nipis then sapu kat leher ank sambil selawat 3x… ( kapur jangan banyak sgt… tkt melecet.. panas.. )

Madu
Ada gak yang suggest kasi madu.. Yang ni aku xsuggest untuk baby below 1 year especially.. sebab dia ada spora apa ntah.. botulism kot.. yang tak elok untuk baby… Kalau bagi untuk org besar, memang berkesan.. ( Tak berkesan gak tuk org yang elergik dgn spora.. ;P )

Bunga Raya
Bunga ini mempunyai khasiat yang amat mujarab untuk menghilangkan batuk. Tumbuhan ini mengandungi sejenis lendir atau mucin yang memberikan rasa sejuk pada kerongkong dan rongga paru-paru. Selain itu bunga raya juga mengandungi hebiscetin iaitu satu bahan yang amat berkesan untuk meredakan batuk dan menghilangkan kahak. Daun bunga raya juga digunakan untuk menghitamkan dan melebatkan rambut. ( Yang ni kalau tak silap aku, aku penah dengar gak.. bunga dia ramas2 pastu sapu kat dada…. :) )

Lobak Putih
Selain daripada masalah ketidakhadaman makanan, lobak putih juga baik dimakan oleh mereka yang menghidap bronkitis, sakit tenggorok, asma, batuk dan selesema.Ia bertindak menentang bakteria, menguatkan limpa serta mempunyai kesan-kesan antipiretik.Berasal dari keluarga crucifera, lobak putih sesuai dimakan sebagai ulam terutamanya di kalangan mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas. ( Lobak putih dah boleh ke ek kasi baby makan? )

Sengkuang Cina
Dalam dunia perubatan tradisional, sengkuang cina merupakan penawar bagi melegakan penyakit bronkitis yang kronik.Rasanya yang manis dan menyejukkan elok dimakan untuk meredakan demam, selesema dan batuk. ( Yang ni pun tak sure dah boleh ke bagi baby makan? )

3 dari atas tu sumber dr sini.

Actually banyak gak info2 yang aku dapat, tapi aku letak kat sini yang aku rs sesuai tuk dipraktikkan for baby je… Yang 3 bawah tu pun aku xpasti boleh apply kat baby ke tak.. hehehehhe


Nota: Kalau ada petua2 tradisional yang boleh dikongsikan bersama, amatla dialu2kan… sesiapa ada tak petua2 or pape cara la berkaitan dengan batuk, batuk berkahak, selesema ni? =)

Nota: Cukupla sekali Khayra admitted aritu.. dah tak nak… Kesian Khayra… :(


Related Posts with Thumbnails

Comments

  1. Asyida says:

    orang kata, kalau baby selsema, sapukan vicks kat tapak kaki die. ummikayra ade gmail tak?nak add ke blog akak.

  2. UmmiKhayra says:

    sy guna shariniselamat@hotmail.com untuk blog ni.. :) akak add ye… thank you.. :)

  3. Ummi Salsabila says:

    UK,my fren anak dia baru umo umo 1bln lebih.anak dia pon prob selsema.kecik lg.sian bila tido dgr nafas die cam blocked.die jupe doc bg ubat je.pastu die beli benda sedut tu.try sedut tp xkuar pon.sian jugak…kecik sgt lg…

  4. Zuhaini says:

    kalau alia, kami bagi Scott Emulsion (oren) tiap2 hari.. alhamdulillah, sesema x da. bila sesema x da, batuk pun x da. dia biasanya berkait rapat dua tu.. :(

  5. UmmiKhayra says:

    @UmmiSalsabila
    Tula, budak kecik kesian kan kalau dh kene macam tu… kita yg menengoknya pun la rs mcm susah je, inikan pulak baby lagi… Member UK pun sama, br 1 bulan++ dh dpt selesema tp doc xkasi ubat lagi sbb kecik lagi.. :)

    @Zuhaini
    Scott Emulsion tu dh boleh bg ye kat baby below 1 year? tu la, kalau dh start selesema tu, kalau bia je lelama, akan jadi batuk la pulak.. huhuhu

    ada pernah dgr org ckp bg seven seas… boleh gak ke?

  6. Mona says:

    anak saya baru 2 bulan, ader dgr bunyi kahak la kat dada dia. ummikhayra hari tu guna daun hati-hati tu ok tak? berapa hari elok

  7. UmmiKhayra says:

    @Mona
    Dulu saya guna 3 hari berturut2 sahaja. tu ikut mama la. lepas 3 hari dah xguna dah. n tgk2 lepas tu alhamdulillah dah ok. hehehe Anak Mona pun ada kahak jugak ke? dia dah start batuk2 ye?

  8. Mona says:

    anak saya dia tak batuk lagi. tp bila dia penat ke nk marah ker, bunyi dada nafas tu kuat. takut dgr.

  9. UmmiKhayra says:

    oo.. yeke? Dia ada asthma ke? sebab kalau budak ada lelah ni, biasa bunyi nafas tu kuat. Mona ada check doktor?

  10. Mona says:

    doktor cek, just bg ubat cairkan lendir…tu la ingatkan nk try petua daun hati-hati tu.

  11. UmmiKhayra says:

    Try la. boleh jugak try dengan daun pucuk kaduk. sama je cara dia. Kalau doktor bagi ubt cairkan kahak tu, biasanya kalau kahak tu dah masuk lung. Kasi jugak makan ubat ikut time tau. Takut melarat pulak nanti.

  12. alhasNo Gravatar says:

    Anak saya umur 2 tahun. skang dia batuk n selsema. sampai tiap2 kali makan mesti muntah sebab ada kahak. dah jumpa dr tp ubat macam tak berkesan jer. ada tak petua untuk cairkan kahak?

    • UmmiKhayraNo Gravatar says:

      Ada sorang uncle tu, bagitahu kat saya untuk bagi minum air roselle. :)

      Lagi satu, cara dia, bukak baju anak kita, letakkan vicks yang banyak dekat baju, then guna hair dryer, panaskan baju tu untuk bagi anak kita hidu wap dari vicks tu. Dia buat kat anak dia, and berkesan. Saya tak pernah cuba lagi sebab takde hair dryer.. :D

      Oh.. kalau dia muntah, actually its good, sebab bila muntah, itu la cara dia nak keluarkan kahak tu. Memang kita akan risau kalau anak muntah2 ni, but kalau batuk and muntah, shud be ok.. :)

      Hopes its help.. :)

  13. Ya…
    Saya boleh bantu dengan memberi suatu jalan bagi mencairkan kahak dan lendir tu dengan efektif. Kaedah tersebut ada di:

    Mencairkan kahak dan lendir di dalaman

    Hasilnya wajah akan jadi cerah berseri.

  14. liaNo Gravatar says:

    tu klu budak2…tp klu org tua?coz sy mkn madu bdn jd panas n btuk menjadi2……..minum gamat n spirulina,scott imulson pn stay ag batuk teruk juga,,,,berpanjangan plak tu x berhenti lgi dr last year month 11

  15. aidaNo Gravatar says:

    salam, info ni bagus sgt.saya ada anak umur 1 tahun 3 bulan. masa dia baby boleh kata everymonth ada selsema, batuk da demam.skang ni pun dia batuk dan selsema tp demam xde. dia b.feed sampai umo 11 bulan. so, nk tanya ada apa2 side effect x kalo guna daun n kapur tuh sbb dia ada ekzema gak kat badan.mcm mana tu yer.susah ati sgt bila dia slalu selsema dan batuk

    • UmmiKANo Gravatar says:

      Kapur tu, untuk bdk ekzema saya tak sure pulak. Tkt jugak make it worse kat kulit ank. Sbb kapur tu panas.

      • munirahNo Gravatar says:

        bahaye kapur tu..ank buah dulu ade bisul kat kepale,mak letak kapur sireh..xsmpi 5minute bisul tu pecah..
        snk kucing ade bisul pun..sy bt bende yg same sapur kapur sireh..then bisul pun pecah gak..rasenye xelok kot letak kapur ats kulit..tapi klu utk bisul bleh lah gune

  16. norainiNo Gravatar says:

    saya ada anak kecil baru berumor 2bulan setengah and dia batuk dah lebih dari 3 minggu batuk n baru2 nie ada selsema,saya dah try bubuh vikcs kat tapak kaki n dada tapi tak berkesan jgk,skrg tgh try bg air kangkung sapu kat dada…baru hari yg ke-2 harap2 esok okey….sapa yg ada pengalaman lease kongsi dgn saya coz saya takut sangat.first time i have been through this…so scared…

    • UmmiKANo Gravatar says:

      Actually vicks yang biasa tu tak elok letak direct pada baby especially kat dada. Sbb dia tidak sesuai untuk baby below 2yo. Ada vicks khas untuk baby. Saya tak ingat nm dia, tp blh tanya di farmasi.

  17. zulNo Gravatar says:

    thx for info ni…

  18. iezaNo Gravatar says:

    lau nak rmbt lbat mcm mne

  19. iezaNo Gravatar says:

    nak lebatkan rambut

  20. LilyNo Gravatar says:

    bby sy bru sebulan lebih,tpi dia ada kahak since dia lahir lg,bawa pegi kat klinik doktor tak nak bg ubat coz still bby,so sekarang dah sebulan lebih da kahaknya,bila dia tido macam nafasnya block,bby bernafas jga cepat,smetimes tu dia nafasnya berbunyi bila bernafas,ble tak bg petua,sy da kebuntuan jalan nie nak cari ubat..kesian bby masih kecik lg…

  21. munirahNo Gravatar says:

    arwah nenek..dr dulu bese bg cucu2 die minum air rebusan akar lalang..bau pun sedap..alhamdulillah bleh dipakai..sb ank2 buah lepas minum air rebusan lalang..kahak mesti hilang dlm 3-4 hari

  22. nurulNo Gravatar says:

    mintak tolong ye! Anak sy br je umur 1thn,jarang nak kena selsema,kalo ada kejap je,tp skrg sudah seminggu still meleleh je,pastu mlm bdn dia panas,dah la ari ni nak oversea ke china,xkan nak cancel plak..huhu ada ke alternative lain?kalo g klinik ada ke injection khas utk selsema atau demam ni? Ms da suntuk ni?nak try petua bahan2nye xde,tlg sy!

  23. Ummi HanieNo Gravatar says:

    salam UK ,

    thanx 4 info … (Y) tau dah sikit2 petua ni tp asik trlupe kan … budak2 plak asik kene selsema jer.. rimas rasenye kan..

  24. untuk menghilang kan kahak pada kanak kanak saya try tumbuk daun pegaga kampung tujuh helai ambil air dia lepas tu tumbuk gula batu sikit je pas tu dagi anak minum sehari 3 kali insyaallah berkesan cuba lah.

  25. anak sy br 2 bln..dh 3 mgu batuk2 n selesema..batuk die trk sgt..sy n hsbd tkt dgr ble die batuk..ape perlu sy wat..nk cr daun kaduk mcm ssh je..blh x dauh kaduk tu d gnti kn ngn daun sirih???

  26. umi hayaNo Gravatar says:

    baby saya baru 2 bulan , kena batuk dan selsema..kesian tengok..
    Dah jumpa dr 2 kali baru kurang..baby saya kurang minum susu..
    saya susah hati sangat..ada sesiapa yang boleh bagi advice…

  27. noorNo Gravatar says:

    my baby 11 bulan skg dia batuk,seksema dan berkahak.member suggest guna daun paru ngan kapur tapi dia demam lak pas buh daun tue..dia ada lelah doc ckp..per perlu diikut..dah pening nie..dah sebulan dah x ilang lagi..p klinik doc just bagi ubat cairkan kahak..petua maner yg leh guna nie…

  28. BaizuraNo Gravatar says:

    Petua dari mak mertua saya bunga belimbing yg wrne mrh2 ckit tu(agk2lh byk mane) cmpurkn dgn gula batu 1 or 2 msukkn dlm cwn,ltak ckit air msak,pastu rbuskn smpai wrne air tu jd wrne mrh…pastu sjukkn bg baby mnum ckit2…3 kali sehari…(smpn air tu dlm peti ais)air tu msti abis dlm 1 hari…bila dh abis ulang proses yg same keesokkannye…InsyaAllah mujarab…petua utk hilangkan batuk…

  29. tutifruitiNo Gravatar says:

    Salam,saya kongsi sikit..nie petua saya dapat dari seorang uncle nie..hilangkan batuk
    1)-ambil bunga cengkih,letak kat tepi gigi then kumur 3 kali..amalkan setiap pagi
    2)-rebus halia then minum airnya..
    3)-minum air kopi o(tanpa susu).
    ada lagi tapi yg nie je saya ingat..and saya belum cuba lagi pun..kalau ada keyakinan try la..dan jgn lupa berdoa agar cpt sembuh..insyallah..:)

  30. azyma wahabNo Gravatar says:

    ade tk petua untk asma……tk sanggup rase tgk ank ni bile tetibe kene asma….umo 2thn…da start gune inhaler hari2…… :-(

  31. suriatyNo Gravatar says:

    anak sue ada kahak.. dah1 bulan stengah dah . sekarang umurnya 5 tahun. dia batuk, ada kahak n selsema. kadang2 demam.. jumpa ngan doktor dah macam2 ubat makan tapi still camtu gak… semalam pegi farmasi, diaorng suggest beli ubat cairkan kahak skalingan asma… semalam makan, hari ni dah 5 kali muntah untuk kuarkan kahak… tak pegi sekolah rugi sebab dah lama tggl kelas… kadang2 kesian gak… pokok ati2 tu ok tak?

Speak Your Mind

*

:-[ (B) (^) (P) (@) (O) (D) :-S ;-( (C) (&) :-$ (E) (~) (K) (I) (L) (8) :-O (T) (G) (F) :-( (H) :-) (*) :-D (N) (Y) :-P (U) (W) ;-)