~ My Breasfeeding Journey – Part 2 ~


Me!  I'm a wife to my precious husband, Khairul Adha and a mother to my sweet little gorgeous princess, Khayra Amirah. I Love to breastfeed my baby.. :) I love my Family so much... :D


Episode 2
Hehehehhe Macam drama pulak entry nih. Ada episode2 lak.. :P Sampai mana ye aku cerita? Ok.. Sampai yang kami balik dari rumah cousin kami and plan konon nak beli FM 1 kotak terus. Abang cakap, kalau macam tu pun consider as kedekut tak tau la… Hehehehhehe Aku time tu nak tergelak pun ada jugak. Yela, time tu dah dalam kete kan. Khayra pulak time tu, tiba2 je behave. Senyap and terus tidur. Wahh.. anak ummi ni, kecik-kecik dah pandai berdrama… Hehehehe
Aku bagitau abang, jangan tensen sangat. Biasala, kalau cucu ni, especially yang sulong, sayangnya terlebih extra. Semua bising-bising gitu, sebab diorang caring. Tak nak something bad happen to Khayra. Jadi, kita kenala prove kan, apa yang diorang fikir tu kurang tepat. Lama-lama abang cool down, and kami terus balik rumah. Tidur… Hehehehehehe Esoknya, mama ingat kami dah beli FM, rupanya takde. Terkejut jugak dia mula-mula sebab kitorang degil. Sebab bila kat rumah orang ( ni time raya tau ) aku kasi susu dalam botol. Mama ingat tu susu formula. Rupanya susu aku jugak yang aku pam. Aku pam siap2 dalam kete. Muka mama berubah jugak la.. tapi bila dengan aku, mama diam je.. :P Sorry mama, bukan tak nak ikut cakap, tapi pendapat kita berbeza dalam hal kebaikan Khayra :)
Tu antara peristiwa yang paling aku ingat sekali bila relate dengan keinginan kami nak BF Khayra sepenuhnya. Mungkin dengan kedegilan kami ni, still teruskan niat nak BF Khayra, menjadikan impian kami menjadi kenyataan. Walaupun, Khayra belum lagi berusia 2 tahun, tapi bagi aku cabaran yang paling berat masa umur anak kita below 6 months. Sebab time tu, kalau betul nak fully BF, dalam masa 6 bulan pertama, kene bagi susu ibu sahaja. ( Kalau formula 4 bulan dah boleh kasi makan. ) Lagi satu, cabaran yang dasat tu datangnya dari family kita sendiri. Ignore je la kata-kata dari orang yang tak de kaitan dengan kita. Tu cuma sekadar angin lalu je. Tapi family? Hehehehhehhe
Sebabkan kami tak nak kasi Khayra jamah apa-apa pun dalam 6 bulan pertama ni pun jadi issue jugak. ehhehehe Aku? As usual, hanya senyum and tak cakap pape. Kalau cakap pun, sesikit je la.. Kasi fact. And biasala.. Kalau tanpa bukti, sape nak percaya. Betul tak? Especially mereka-mereka yang dah makan garam dulu dari kita. Alasan paling best
Korang dulu pun kecik-kecik kitorang dah kasi makan dah. Elok je membesar. Pandai je pun. Masuk U je pun. Takde apa-apa masalah pun. ” – huhuhu bila compare kan cenggitu, memang la.. Abang bgtau aku, time tu nak je dia jawap “mana tau kalau sekarang ni masuk U, kalau kasi susu ibu, terlebih U pulak masuknya nanti.. :P ” Heheheh tu cuma mainan perasaan abang je la… Dalam hati aku lak “makanan dulu beza dengan makanan sekarang. Sekarang ni, macam-macam penyakit and macam-macam perasa.. bla.. bla.. bla… ” Ni dalam hati je la.. :p
Makcik dulu, time dalam pantang dah kasi makan dah tau. Asyik nangis je. Nestum tu masuk dalam botol, kasi je.. Baru diorang senyap and diam. And lama and lena tidurnya. Takde la asyik nak kene kasi susu je. ”  - time ni, aku still cuti and baru je lepas pantang. Time tu, Khayra memang kuat menyusu. Tiap 1 jam, mesti akan bangun untuk menyusu. Macam tak puas. Sebab tu la statement tu kuar. Mungkin sebab Khayra asyik bangun2 and diorang nampak tak kenyang kot. :) Aku senyum je.. Tak cakap pape.. Kalau cakap pun mesti diorang tu faham lagi. ( Bagi aku, memang biasala baby akan menyusu dengan kerap kalau direct BF ni. Sebab dia cepat kenyang. Aku buat dunno je.. )
Akak dulu pam jugak lepas pantang. Konon nak kasi BF jugak. Tapi sempat bg 3 bulan je. Walaupun kita pam, nanti lama-lama dia kering sendiri. Sebab akak penah dulu.” – Ni masa Khayra dah 3 bulan. Sebab aku dah start keje and aku bagitau yang aku pam bila kat opis. Aku cuma cakap “Yeke? Dia boleh kering sendirik ye? Ohh.. Saya pam je nanti selagi boleh.” Tak cakap banyak sebabnya, time tu aku baru je lagi. Pada fikiran aku, kalau aku bagitau pasal demand and supply tu, sure aku kene lebih teruk lagi sebab aku sorang time tu. Paling takut akan keluar ayat yang tak nak aku dengar. “Kamu baru lagi. Tu yang still banyak susu lagi tu. Tengokla nanti. Dah 4 5 bulan. ” Sebab tu tak cakap lebih-lebih. Nanti kene curse. :P
Mana cukup bagi susu ibu je. Nanti malnutrition budak tu karang, baru korang tau. ” – Ni la ayat yang biasa aku dengar bila masing-masing nak kasi Khayra makan, and kami? Tak kasi. Kami nak kasi masa Khayra 6 bulan and above jugak. Sebab kami percaya, susu ibu dah ada semua kandungan nutrisi seimbang yang diperlukan untuk Khayra. Aku tak pasti sama ada diorang sebenarnya tau and sengaja buat tak tau. Atau mungkin diorg memang tak tau. Atau mungkin diorang sengaja buat macam tu untuk kasi aku lebih semangat untuk BF Khayra. =) Cuma, almost everyday kami akan disogokkan dengan kasila makan. Kasi rasa sikit tak apa. Ala, lembut, bukan keras pun. Abah tak kasi Khayra makan, wan boleh kasi… etc.
Kasila budak tu air masak. Dia dahaga tu. Air masak bukannya tak elok.” – Huh.. ni pun amat susah nak menerangkan yang susu ibu tak perlukan air masak. Kandungan air dalam susu ibu tu sudah mencukupi. Kami tetap degil. :P
Inilah antara cakap-cakap yang aku dengar dari orang-orang terdekat sekeliling aku.. Kalau tulis semua, ada jugak la entry ni terlebih panjang lak.. :P Ni masa awal-awal lagi la. Sebab masa tu, memang diorang risau kalau Khayra tak dapat cukup susu, tak cukup nutrisi, and tak membesar dengan sempurna. Sebabkan Ummi and abah dia kedekut nak beli Formula Milk. Lebih rela beli pam yang harga lagi mahal dari Formula. =P
Oh.. lupa nak bagitau.. Kami, sampaila ke hari ini, almost 2 years already, still tinggal dengan mama and abah. Consider as my PIL la. Tu yang tak boleh nak elak wording-wording tu. And bonding mereka adik beradik sangatla kuat. Duduk pun area shah alam je semua.. So, faham-faham la kan. Macam my cousin cakap.. “The Power of 5″ =P
Bila Khayra dah membesar, perkembangan Khayra pun ok.. Bijak and keletah.. Senyum je.. Tapi gelak cukup mahal, baru masing-masing diam sahaja. Dengan bantuan dariNya and sokongan husband ku especially, aku dah buktikan, selama 6 bulan tanpa solid food, Khayra still boleh membesar dengan elok. Dan semoga, Khayra akan terus membesar dengan sempurna. Sebagai anak yang solehah and muslimah sejati. Chewaahh… Bukanla di sini aku nak membanggakan diri or nak rasa takbur or apa2 yang boleh membuatkan aku lupa diri.. Bukan.. Tiada niat pun nak rasa sebegitu rupa. Sebab semuanya kuasa Allah SWT. Aku cuma rasa pencapaian tu, membuatkan aku rasa bangga dengan diri sendiri. Sape tak bangga kan? Ada ke yang tak bangga? Jangan tipula kalau cakap tak bangga… ehheheheheh :P
Sekarang ni? Rasanya semua dah rasa yang tanggapan diorang dulu kurang tepat. Alhamdulillah, Khayra sebagai bukti yang dia boleh membesar dengan susu ibu sahaja tanpa bantuan formula milk. Syukur jugak, sebab aku dikurniakan dengan susu yang takla meriah macam orang lain, tapi cukupla untuk Khayra.  :)
So, tu la cabaran family yang bagi aku mencabar jugakla.. Nak buktikan kepada orang tua ni, tanpa mengecilkan hati agak susah jugakla.. Bagi aku, jalan paling mudah, mendiamkan diri sahaja. And kalau boleh mencelah, kita selitkanla reason-reason yang rasa-rasa boleh mereka terima.. :) kalau mampu la… ekekekekekke Mungkin ada yang lebih mencabar lagi journey dia compare tu aku. boleh la dikongsikan bersama.. :)
Lepas tu pasal stok. Huhuhu ni yang aku nak nangis jugak and dah nangis dah pun. Sebabnya? Tunggu next entry ye.. :P
Nota: Jangan lupa Vote saya untuk pertandingan nursing wear tu ye.. Klik kat vote button kat top right corner tu ataupun, Taip VOTE je kat komen saya.. Undian anda sangat la dihargai.. 
Terima Kasih daun keladi.. 
Nanti Undi la lagi.. :)

Related Posts with Thumbnails

Comments

  1. Ummi Salsabila says:

    UK,xsakit pam susu? UK pki pam pe? US mula2 dulu beli yg bese2 punye.yg manual tuh.brand pureen.sakit nye!!!!!

  2. UmmiKhayra says:

    @Ummi Salsabila
    Ermm… So far UK pakai 2 pam. Manual and letrik. Pam manual jenama Avent, tak sakit. Best. UK suka guna Avent tu. Cuma bila keje, UK kejar masa, tu yang ada letrik. Yang letrik tu, UK guna Spectra 3. Dua-dua yang UK guna tu, alhamdulillah, tak sakit pun.. :)

  3. Ummi Salsabila says:

    xsakit ea.hehehe…US nak beli pamla.sbb susah juga bila nak tinggalkan aufa sekejap..antara avent & spectra 3 mana lagi murah?

  4. UmmiKhayra says:

    Avent tu manual. Time UK beli ada diskaun 20%.. so, dalam 2ratus ++.. Harga sebenar, dalam 3ratus. Kalau spectra 3 tu, basic single pump je. RM388 kot. Mungkin ada free botol. Cuba US bukak MLO punye website kalau nak tau pasal spectra tu. Tak pun kat sarakid pun ada jugak jual.. :)

    Cuma avent tu UK beli kat jusco je.. :)

  5. Ummi Salsabila says:

    tula.kate pam pon da nek hage.sadis btol.nnt us tnye mummy sarakids.tq uk!

  6. UmmiKhayra says:

    U are most welcome dear.. Hehhehehhe

  7. AshAnas says:

    UK, pengalaman kita lebih kurang sama… mmg susah nak bg orang faham cita-cita kan… kadang2 sampai menangis… yang paling sedih, suami shira x support fully BF ni… dia ikut cakap mak dia gk… susah gak nk bg dia faham melainkan ada bukti kukuh… huh, mana nk cr ntah… shira depend on kata2 nurse je nk convincekan dia… mmg skrg, shira sorg je yg smgt nk bg fully BF… tp, terpaksa akur jugak dgn FM… skrg br start keje, tinggalkan jugak FM kt nursery tp tetap bg jgk stok BF.. Pesan kt diorg bg kat baby bl dia btul2 lapar je… Lunch time g lg sn bg BF n tinggalkan stok yg perah kt ofis… Shira perah je, pam kdg2..

  8. AshAnas says:

    UK, pengalaman BF kita lebih kurang sama la… Mmg susah nak bg org faham cita-cita kita kan, dan mmg susah nak convince kan org bahawasanya, BF adalah yg terbaik & tak perlukan mknn tmbhn wlupun air masak… waa, boleh la kongsi dgn akak… kdg2 rs mcm nak nangis tp xtau nk nagis kt sp coz husband shira pun x begitu kuat support BF ni… Cm, dia tak la kondem usaha shira.. Tp, yg sedihnya dia support kata2 mak dia… mana la dia nk percaya cakap kita yg masih muda ni kan… klu nak bg dia faham, jenuh nak cari bukti2 kukuh… huh, camna tu… shira cm harapkan kata2 nurse & doc je… Alhamdulillah… tp skrg tpaksa gak mengalah ngn FM… nak kene cite dlm blog gk nih! jemput ye… http://www.ashrafshaakira.blogspot.com/

  9. UmmiKhayra says:

    @AshAnas
    Betul.. nak convince kan family especially pasal BF ni, agak mencabar. sebab kita kene pk jugak cara macam mana tak nak kecikkan hati diorang kan? Takpe, shira cuba sedaya yang mungkin untuk buktikan yang shira buat perkara yang betul. Kalau boleh, slow talk la dengan husband. bagitau dia slow.. lama-lama nanti mesti husband shira cair jugak.. Kita kan isteri, mesti tau macam mana nak lembutkan hati suami kita. Betul tak? UK bernasib baik, husband menyokong penuh. Kalau takde dia, tak tau la UK mampu ke tak tempuh halangan tuh.. =)

Speak Your Mind

*

:-[ (B) (^) (P) (@) (O) (D) :-S ;-( (C) (&) :-$ (E) (~) (K) (I) (L) (8) :-O (T) (G) (F) :-( (H) :-) (*) :-D (N) (Y) :-P (U) (W) ;-)