~ Stok.. Stok.. Stok… Di manakah Kamu? ~


Me!  I'm a wife to my precious husband, Khairul Adha and a mother to my sweet little gorgeous princess, Khayra Amirah. I Love to breastfeed my baby.. :) I love my Family so much... :D


My breastfeeding journey continued dalam topik stok. =) Sehingga hari ini, (21/5/2009) stok yang dapat aku kumpulkan untuk Khayra hanyalah 2 botol sahaja. Sikit ya amat kan? And stok tu, bukan dari baki yang aku kumpul dulu tau.. Just imagine, selama hampir 9 bulan aku BF Khayra, stok yang paling banyak aku kumpul dalam 30-40 bekas sahaja. Less than 50.. Masa Khayra 4 bulan tak silap aku, stok dah takde.. Sebab, apa yang aku pam, kurang dari keperluan Khayra.. Kalau ada pun, sikit2, dalam 3, 4 bekas, lepas tu habis.. Macam tu la perjalanan stok aku sepanjang 9 bulan nih. =P

Setiap hari, apa yang di pam hari ni, untuk kegunaan esok hari. Biasanya ngam2 je.. And beberapa kali jugakla aku balik Shah Alam, hantar susu. Sebabnya ” Kak, susu Khayra dah habis la.. Tinggal 1 botol je ni. Hari ni Khayra kuat menyusu.. ” Huh… Padan kat muka sendiri sebab tak mengumpul stok awal2.. Konon time pantang tu, pikir, boleh punye kumpul stok.. No problem.. time tula.. Sekarang? Alangkah bestnya kalau dapat kumpul awal2.. :P ( Pengajaran untuk aku.. )

Macam-macam dah aku cuba petua untuk membanyakkan susu. Air longan kering, jantung pisang, granola bar, pegaga, semua tak berapa jalan dengan aku. Sesetengah orang, minum longan tu, malam tu dah bengkak2 kan? Tapi aku? Aku takde rasa perubahan pape.. mungkinla ada, tp aku tak perasan.. Mungkin sebab tak banyak.. Walaupun cenggitu, aku tetap jugak makan and minum bende-bende tu. Mungkin lama-lama nanti dia akan meningkatkan produk aku. Mana tau kan?

Kalau bendera jepun mai, lagila… amat sedikit yang boleh di pam. Tu time awal-awal bendera jepun tu naik. Sekarang ni, aku cuma akan pikir yang kalau bendera jepun naik, aku still nak pk, susuku banyak. Kira psikologi la… hahahhahhahha And guess what? Alhamdulillah, kilang pemprosesan aku, berjalan seperti biasa. Syukur sangat. But still, tak mampu nak kumpul stok. Ntah pape je kan?

Sebenarnya, kalau aku pam malam2, mungkin aku dah ada stok untuk Khayra. Takpela kalau dapat 1 oz je ke kan? Kumpul2, mesti dapat banyak. Disebabkan kemalasan aku tahap melampau, and sebab keletihan lepas balik keje, tu yang aku jarang luangkan masa mengepam malam. Sebabnya? aku akan tertidur sekali dengan Khayra time menyusukan dia.. Ekekekkeekke Sekarang tgk? Apa dah jadi? Stok untuk Khayra takde.. :(

Aku bukan jenis yang banyak susu kot sebab kalau orang lain, sekali pam dapat la penuh 2 botol MLO tu. Or, mungkin sebab aku kurang sessi mengepam? Kalau aku pam, biasa 1 botol tu pun kadang2 susah nak penuh. ( ni dulu-dulu) Sekarang ni la, alhamdulillah.. dah meningkat. Sekali pam, aku dah boleh dapat 5/6/7 oz.. Syukur sgt3… Mungkin disebabkan aku sekarang dah start pam malam and pagi-pagi sebelum pegi keje kot. Lagi banyak kita pam, lagi cepat kosong B kita.. Bila dah kosong je, signal akan diberi untuk bgtau yang susu perlu banyak lagi.. So, more supply… Betul tak? Ni untuk yang working mum la.. kalau direct, aku rasa takde masalah. Sebab baby sentiasa dengan kita.. :)

Sebab apa aku dah start pam malam and pagi? Sebabnya……………….. mama dah bersuara-suara suruh beli FM untuk back-up time petang-petang sementara aku balik tu. Tiap petang, susu yang aku bekalkan tak cukup. 16oz.. untuk 7-5pm je.. Aku balik dalam pukul 7 cenggitu.. 2 jam tu la Khayra lapar.. Tiap hari gak dia suruh abang beli FM.. Kami buat tak tau je… Kejam tak? :P

Sekarang ni, memang ada peningkatan la start2 aku pam malam and pagi.. Susu aku macam dah ala-ala meriah gak la.. sangat2 gembira.. Khayra pulak, ala-ala faham je yang ummi dia ada banyak susu, selera pun makin bertambah. Hehehehhe

Inilah jadual pam aku untuk 1 hari.. =)

6.00 AM ( sebelum bersiap2 nak g keje… Kadang2 aku miss jugak =P )
8.30 AM ( ni sampai2 opis je terus pam. Sementara tunggu opis bukak )
1.00 PM ( Time lunch.. memang pulun la pam.. sambil merilekskan diri.. )
6.00 PM ( Time balik.. Kadang2 dalam kereta masa abang drive… :) )
10.00 – 11.00 PM ( ni aku akan pam.. siap2 semua, then tidur… )

Aku tau gap aku banyak jugak kan? Tapi aku tak mampu nak keluar pam tiap 2/3 jam.. huhuhu mungkin sebab tu jugak kot susu aku kurang…

Hinggakan hari ini.. detik ini… Sekarang ni.. alhamdulillah dah ada 2 botol stok untuk Khyara.. Hahahha baru 2 botol ye… Takpe, aku akan tetap berusaha keras untuk menjayakan cita-cita and impian kami berdua untuk menyusukan Khayra sampai 2 tahun. Insyaallah.. Doakan untuk kami ye :)

Nota: Stokk… dimanakah kamu? ada je ni ha.. tinggal kamu je mencari aku… :P

Nota: Pengajaran untuk aku and untuk semua… Simpanla stok sebanyak yang mungkin untuk bekap. Kita tak tau apa yang bakal kita hadapi kelak.. :)

Related Posts with Thumbnails

Comments

  1. maylyn says:

    bile annette telah bersuara…belum dia kabarkan kt adek beradek dia :) sila bersedia mentally ok hahahah
    gudluck :P

  2. Zuhaini says:

    siannya.. ummi khayra kena ambil supplement kot.. bagi tambah susu.. :)

  3. Farah says:

    hihi saya pon kadang2 malas mengepam especially on weekends..sbb afif ade je 24 jam di sisi..tgk2 stok dah tinggal sikit…so mase hari kerja mmmg pulun la mengepam..saya rase jadual ummikhayra tu dah ok…saya pam 4 kali je sehari :P

  4. UmmiKhayra says:

    @Kak Alyn
    Kami dah bersedia mental n fizikal nih.. Hahahahhaha Alongpun buat tak tau je la ni.. Ninie dah ada stok da.. 2 botol dah ni.. :P

    @Zuhaini
    Saya ada amik pil natal post. Tp makan tak berdisiplin lgsg.. hehehe Ada tak makanan yang tak perlu makan tiap hari? ekekekke

    @Farah
    Hihihi samala kita ni.. nak2 time weekend.. malas gila mengepam. Sejak2 stok takde and my mama pun dah bising2, tu yang merajinkan diri gak.. weekend pun pam jugak.. dapat sikit pun sikitla.. :) Bila dah takde baru nak mencarik2 kan? =P

  5. mama-qaisara says:

    ummikhayra – jgn risau.kalau kita stress,mmg tak lancar pengeluaran.
    kdg2 sya alami gak mslh ni.tapi,sya wt ‘derk’ je.wt msa ni sya tak amalkan apa2..mkn+minum spt biasa.pil asi pn kdg amik,kdg lupa.stok alhamdulillah frozen ebm ada dlm 30+..skrg ni apa yg sya pam arini mmg guna utk esok..tapi apa yg sya pam ari jumaat, sya wt jadi stok frozen.so maybe awak boleh ikt kaedah sya tu.utk kegunaan ari isnin, sya akan pam ari cuti esp pagi pas subuh.so that isnin tu sya takdela curi stok ebm frozen.tryla eh..sya wt cara ni dlm 2-3minggu sedar tak sedar stok frozen dh betambah. skrg ni sya continue pose ganti,still alhamdulillah susu sya msih ok.still can maintain pam dlm kuantiti yg sama. sara plak dia lbh kuat makan dr menyusu spjg dia kt taska. awak tryla wt cmtu.. k, good luck!!
    =)

  6. UmmiKhayra says:

    @ Mama-qaisara
    Thanks mama qaisara. :) Bolehla saya cuba kaedah ni. Start hari ni gak.. :) saya nak jadikan stok frozen yang hari ni.. Kire nanti, hari sabtu and ahad tu, kita pam untuk hari isnin la kan? Kalau dah takde EBM, mesti kita nak pam, pam and pam. =) Sy pun dah stop kan puasa kejap. sebab produk merundum.. Kene berusaha kuat nih.. nanti saya bgtau result sy kat mama ye.. tak sabar nak try nih.. =)

  7. precious innocent says:

    kite nak tlg kasi support je..

    go go girl!! u can do it…

    ps, kite sejak azali x dpt buat stok lebih dr seminggu.. huhu.. susu x meriah.. nak2 lak perah pakai tgn.. haha.. padan muka ku…

    -mama emma-

  8. UmmiKhayra says:

    @Mama Emma
    Thank you mama emma for ur support. Yes me can do it.. chaiyok2.. Hari ni dah ada 3 bekas tau.. ekekekeke Okla kan dari takde..

  9. Elyn says:

    pergh gigih tul kamu…. saya ni lak dh mls nk pum….

    tp apa2 pun mental kene sentiasa pikir “OWH susu KU byk!!”. itu petua nyer org ckp…….

  10. maylyn says:

    hey! i kenal itu gmbr…masa aqiqah kan? hafal ok sebab tiap2 hari tgk agar berjangkit :)

  11. UmmiKhayra says:

    @Elyn
    Kene gigih.. nnt tak cukup susu, ada yg bising2 =P Betul2, la ni mmg pk “byk susu, byk susu” hehehe sbb sblm ni dok ckp “cukup susu, cukup susu” sbb tu kot ngam2 je.. hahahahaha

    @kak alyn
    yes, gmbr time akikah.. hehehehehe nini doa gak ni.. fuh fuh fuh… berjangkitla.. :)

  12. CuppyCakeMommy says:

    wahh..congrates ye dah 9mos bf..hopefully saya pun akan cekal mempump macam u nanti..

  13. Ummi Salsabila says:

    siannye..xtau la cmne rs kn pam2 ni.xpnah lg.mmg mencabar kan.salute kat working mom yg BF! bkn sng.if US keje pon xth lg bole ke tak..huhuhu..

  14. UmmiKhayra says:

    @CuppyCakeMommy
    Thank you… =) Saya doakan untuk awak jugak.. Chaiyok3… =)

    @ Ummi Salsabila,
    US, rasa pam tu kan, rasa macam kene pam.. ekekek aci tak jawapan tuh? =P Kalau US keje, insyaallah boleh jugak.. UK percaya US.. sebabnya, niat kita tu yang mendorong kita untuk berusaha. And supporters kita.. yey… =)

Speak Your Mind

*

:-[ (B) (^) (P) (@) (O) (D) :-S ;-( (C) (&) :-$ (E) (~) (K) (I) (L) (8) :-O (T) (G) (F) :-( (H) :-) (*) :-D (N) (Y) :-P (U) (W) ;-)