~ Sibuk jer… ~

Kesibukan amat melanda diriku lately ni… Kat rumah pun kene buat keje jugak… Siap bos suruh research kat rumah lagi… Mana sempat je update blog ni… Tu yang lately ni jarang ku muncul di alam maya… Chewahhh…. :D

Dah lama tak berjalan2 ke rumah kengkawan.. Dah lama tak meninggalkan jejak kat rumah kengkawan.. Dah lama tak lepak2 kat rumah kengkawan… dah lama tak beramah mesra dengan kengkawan… Ermmmmmmmmm bila la nak free ni… :(

~ Rahsia Solat Awal Waktu ~

Hari ni aku share something yang aku baca kat forum sini. Pasal rahsia solat di awal waktu. Kali ni aku nak letak kat sini untuk muhasabah kan diri aku sendiri terutamanya. Betapa ruginyer aku tak kaut je kebaikan yang kita boleh dapat bila kita sentiasa awal dalam bersolat.

Apa yang aku baca dari forum tu, masa peralihan waktu solat, menunjukkan perubahan tenaga alam yang kita boleh ukur melalui perubahan warna alam.

Waktu Subuh
Time ni, alam berada dalam spektrum biru muda. Warna biru muda ni sama dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Waktu subuh and warna biru muda ni, berkait dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Sape yang selalu tertinggal solat subuh, atau terlewat solat subuh ni, lama-kelamaan, kita akan berhadapan dengan masalah komunikasi dan rezeki. Sebabnya, tenaga alam iaitu warna biru muda, tak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan baru bangun tidur. Sebab tu la, datuk nenek mak ayah kita sentiasa suruh kita solat masa awal waktu. Tenaga alam tadi tu, diserap ketika kita melakukan rukuk dan sujud. So, makin lewat kita solat, makin kurang tenaga alam pada ketika itu. :)

Waktu Zohor
Daripada warna biru muda, ia akan berubah ke warna hijau, kemudian kuning yang menandakan masuknya waktu zohor. Warna kuning ni, sama dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Kita, kalau tengahri je mesti lapar kan? sebab tu la dia ada kaitan dengan sistem penghadaman kan? :P Okeh, sebabkan dia warna kuning, mestila dia berkaitan dengan keceriaan. So, kalau dia asyik lewat je solat zohor, maka dia akan menghadapi masalah di perut and keceriaan dia makin lama akan makin hilang.. Ermmm… Hihihi Kalau lapar n tak makan tengahari, ceria pun mesti hilang jugak kan? :DD

Waktu Asar
Daripada kuning tadi, warna alam akan berubah kepada warna oren.. Tanda masuknya waktu asar. Warna oren ni sama dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis. Ni sume sistem reproduktif nih.. :) Warna oren ni dikaitkan dengan kreativiti. Ermm… Aku tak suka oren sangat, tu kot tak kreatif.. Hahahhahaha ok2.. back to the info.. Orang yang kerap tinggal or lewat mengerjakan solat asar ni, akan hilang daya kreativitinya. Lepas tu, sapa2 yang suka tidur time asar ni, lagila teruk sebab tenaga alam masa waktu asar ni amat diperlukan oleh organ2 reproduktif kita.. :)

Waktu Maghrib
Warna oren tadi, slowly akan berubag ke warna merah. Selalu time maghrib2 ni mak ayah nenek atuk kita selalu pesan, jangan kua rumah.. nanti kene sorok hantu… Hehehhe actually tak elok kat luar rumah time maghrib ni. Kalau ikutkan warna, dia menghampiri frekuensi jin dan iblis. Time ni, jin dan iblis sangat bertenaga. Dinasihatkan kalau tgh dalam perjalanan, elok berhenti untuk solat maghrib dulu. Warna merah sama dengan keyakinan dan relate dengan otot, saraf serta tulang.

Waktu Isyak
Dari warna merah, bertukar ke warna indigo dan masuk fasa kegelapan. Waktu isyak ni, menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian. Frekuensi dia sama dengan sistem kawalan otak. Orang yang suka tinggalkan solat Isyak ni, selalu gelisah dan tak tenteram. Dan sepatutnya inilah waktu tidur dalam islam. Sebab tubuh kita perlukan rehat. Lepas je tengah malam, alam bersinar balik dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu. Time ni, frekuensi dia sama dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Waktu ni la selalu orang bangun untuk Qiamulail. :) Jadi, mana2 yang tidur lewat tu, tidur awal and bangun awal pagi, hinggala ke subuh.. :)

Itulah info yang aku dapat pasal kaitan solat dan warna. Konsep penyerapan tenaga ke dalam badan ni, telah ramai yang sedar. Sebab tu, terciptanya kaedah meditasi macam tai-chi dsb. Kita sebagai orang islam tak perlukan semua tu sebab semuanya dah dicipta dan dikurniakan kepada kita oleh Allah SWT tanpa perlu memikirkan macam mana nak serap tenaga ini dengan pegi kelas tai chi ke.. kelas Qi-gong ke…. Kita cuma perlu Solat di Awal Waktu sahaja untuk dapatkan semua tu. Indahnya Islam ni kan?

Wallahualam.

Nota: Huhuhu Aku pun kekadang terlewat gak solat ni.. Subuh and asar.. :( Selalu time subuh tu, mandi dulu.. siap2 dulu baru solat.. Pasni, solat dulu baru setelkan semua.. :)

~ Tanda Penghargaan ~

Tanda penghargaan ni datangnya dari Kak Yong.. Sebab? Saya mengundi dalam contest yang Kak Yong masuk. Kak Yong ni, memang selalu buat award penghargaan kepada kengkawan dia… Macam-macam sebab dia memang suka menghargai orang.. No wonder ramai blogger suka berkunjung ke ‘rumah’ Kak Yong ni.. :)
Dengan senang hati, saya terima tanda penghargaan ni dr Kak Yong.. terima kasih ye Kak Yong…

Related Posts with Thumbnails