~ Khayra and Me Accident ~

Rabu malam Khamis(ish… boleh lupa pulak.. time sedara tanya, khamis malam jumaat.. :P ), masa nak keluar dari bulatan masjid di shah alam tu, tiba2 kereta saya bergegar and berbunyi kuat. Astagfirullah… Saya tibe-tibe rasa menggeletar and tengok Khayra kat car seat belakang. Masa tu nak amik abang kat KL. Abang ada buka puasa dengan division abang kat KL.
Time tu, Khayra tidur.. Sebab terkejut, Khayra menangis malam tu. Lepas saya angkat je, baru Khayra senyap. Macam biasala, sape nak mengaku kan sape salah. Hehhehe Time tu saya dalam bulatan nak susur keluar bulatan and hamba Allah tu nak susur masuk bulatan. Dipendekkan cerita, report polis and memang terbukti hamba Allah tu yang salah. Alhamdulillah, kerosakan kereta saya, akan di claim kat kereta hamba Allah tu la. :)
Malas nak cerita panjang pasal kejadian tu, sebab bila ingat, rasa sakit hati sebab bila dengan saya, hamba Allah tu cakap tak tau nak pegi mana, tak nampak saya bagi signal, saya bagi signal, tak semestinya boleh main masuk je.. sampai nak tengking saya. Kawan lelaki dia tu, senyap je tak cakap pape. Lepas tu boleh cakap dia sendiri tak tau nak pegi mana and teragak2. Bila kt polis cakap lain pulak. Hihihi tapi kebenaran akan keluar jugak. Dah ada dalam undang2, kita kene beri laluan kt orang dalam bulatan, boleh hamba Allah tu cakap bagi signal tak semestinya boleh masuk.. Siap boleh suruh saya pusing 1 roundabout tu balik. Bila cakap tau tak konsep bulatan, terus ditinggikannya suara cakap bulatan la pulak. Ayok… minah ni memang takleh buat kira la.. huhuhuhu bila suruh report mula2 tak nak. Bila saya cakap saya nk report je, baru dia nk report.
Kalau dia tanak pegi, saya tak kisah. Saya pegi je. Sebab semua detail hamba Allah tu saya dah dapat awal2 lagi. Minta masa tak panas… :D Lepas setel kat balai, terus bawak kete ke workshop.
Malam kejadian tu, Khayra start demam. Semua cakap demam terkejut. Tapi Khayra bukan takat demam je, batuk and berkahak sekali. Mungkin sebab Khayra kene angin malam kot malam tu. Yela, dah saya dengan Khayra je malam tu. Bila bawak kat doktor, doktor cakap biasanya kalau terkejut demam je. Jarang sekali dengan batuk, kahak and selesema. Mungkin sebab kene angin malam tu kot. Sampai hari ni, Khayra tak baik2 lagi. Batuk pun macam susah giler. Kesian bila saya tengokkan Khayra. Kat nurseri and kat rumah pun dah tak aktif macam biasa. Dah lama Khayra tak sakit, kali ni teruk pulak.. Dengan H1N1 ni, memang risau sebab sistem badan Khayra tgh lemah. Moga2 Khayra tak de pape.. :)
Semalam sambut birthday Khayra kat rumah sepupu. Tak jumpa lak cable nak transfer sikit video malam tadi. Sebab kelakar sambutan kali ni. Birthday girl menangis lepas orang nyanyi selamat hari lahir kat Khayra. Hehehhehehehhe Mungkin Khayra tak suka kot.. :P
Kepada semua.. Selamat Hari Merdeka…. :)

~ BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST ~


Hari ni nak masuk contest lagi.. Biasala, last minute entry.. hehehhe Kali ni nak join contest kat blog Mommy Zara. :P Syarat2, rasanya dah ikut. Dah letak banner kt sidebar, dh jd follower, link blog pun sudah. :) ok…Tak yah cakap banyak, ini la entry dan gambar yang dipertandingkan… :)

Nama : Khayra Amirah binti Khairul Adha
Umur Ketika gambar di ambil : 6Bulan ( atas )
Umur Ketika gambar di ambil : 3 Bulan ++ ( bawah )
Umur Sekarang : 1 tahun.

Hihihi saja kali ni nk kasi gmbr2 lama Khayra.. :) Harap2 ada rezeki untuk Khayra…

Contest ni bermula dari 11 August 09 hingga 31 August 09.

Sempat lagi sesapa nk join.. :)

~ Happy Anniversary yang Ke-2 To Me and My Love Hubby ~

Hari ini pada 2 tahun lepas, dengan rasminya saya menjadi suri hati dan peneman hidup kepada En. Khairul Adha. Bila dah berpindah milik dari tangan keluarga ke tangan suami ni, maka, bertambah lagi la tanggungjawab saya. :) Tanggungjawab kepada suami dan keluarga suami pulak… :)
Mula-mula, macam mana kenal dengan En. Suami? Hehhehehehe Tak penah cite lagi rasanya. Kami sebenarnya satu U. Tapi masing2 tak kenal sesama sendiri walaupun satu fakulti, lain jabatan. Kenal pun, masa last year kat U and tu pun sebab kawan2 baik saya kenal En. suami nih time diorang praktikal. Jangan terkejut ye, kitorang ada 10 orang dalam group tuh… Semua dah anggap macam kawan baik.. alahai, rindunya kat diorang…. Hehehhehe So, kawan ni, cakap, yang En. Suami ni suka dengan saya.. Tapi saya ni macam tak nak percaya sebab bukan dengar dari mulut dia kan? Plus, kawan2 ni biasanya suka cakap gitukan konon nak kenen2 kan.. hehehehhe So, kenal muka je… Cakap? Tak penah sampaila nak habis study. 
Saya convo 22 September 2005 . Time tu En. Suami ada datang time session saya sebab ada kawan saya yang kawan dia jugak. Kira terjumpa tp.. Still tak cakap jugak. Hahahhaha Kelakar je bila mengingatkannya… :p 
19 November 2005, ada open house raya kat rumah en. suami. En. suami ada ajak saya datang.Dia ada msg saya. Nak pegi? Malu la sebabnya saya tak penah cakap dengan dia pun. Macam mana kan? Lepas tu, kawan saya pun ajak saya g gak tuk teman dia. N dia pun tau yang en. suami ada jemput. So, tu first time datang rumah en. suami… Hehehehehhehe Time tu, memang kelakar la, sebab malu2 kucing la konon. en. suami pun sama. Kawan saya ada bgtau yang en. suami asyik dok pandang saya je.. hahahha Still, kami tak bercakap langsung. Adeh…
Sampaila ke bulan Disember 2005. Kalau tak silap saya awal bulan 12. Tak ingat yang time ni. Time tu en. suami outstation ke penang and kebetulan ada kawan saya ni tinggal kat sana, memang baik dengan en. suami. Bila diorang jumpa, kawan saya msg saya dengan menggunakan hp en. suami. Tya ” Assalamualaikum, apa khabar? ” Saya agak terkejut la kan. Lama jugak saya tak balas tak apa.. Saya biarkan je.. Mungkin en.suami tersilap hantar msg ke apa ke… Nak dijadikan cerita, malam tu, tiba2 adik saya amik hp saya, n nampak msg tuh. Adik saya ni tau la citer pasal en. suami ni yang konon2 nya suka saya. Bila dia nmpk, terus adik saya suruh saya reply msg tu. Lepas dipaksa dsbnya, saya pun reply la tulis ” Salam.. Nak tanya ni salah hantar message ke? ” gelak3…. serius tu yang saya jawab.. Bila saya kenang, memang kelakar giler… Macam takde ayat lain je saya nak reply. Sebabnya, saya malu giler time tu… Hahahhahahahhahaha Itula bermulanya episod secara rasminya saya kenal dengan en. suami.
Bulan Febuari 2006. Kami still bermsg. Tak pernah bersua muka. Walaupun time tu, saya duduk shah alam. Dekat giler dengan rumah en. suami. Time ni, saya dah keje kat damansara utama. So, duduk shah alam dengan kawan yang juga kawan en. suami jugak. Hehehhehehe 16 Febuari kalau tak silap saya, first time kami jumpa. Time tu dengan kawan saya sekali. Agak kekok dan tak tau nak cakap apa. Hahahhahahha
22 March 2006, secara rasminya konon2 la en. suami nak saya jadi special untuk dia. Time tu, en. suami kat Bandung. And, saya cakap ok… sambil gelak2… Hahahhahahha

Konon malu-malu la tu… :P

Ni masa jumpa dengan kawan-kawan abang time 31 Ogos.

27 Januari 2007, saya dan en. suami bertunang. Simple2 je.. sume buat sendiri je.. :D


Antara yang datang time tu… Rindunya kat korang…. :)

And, hari ini, 26 Ogos 2007, dengan rasminya saya menjadi milik en. suami aka en. khairul adha. Kalau dah jodoh tak ke mana kan? Hehehhehehehehe Walaupun baru berusia 2 tahun, masih muda orang cakap, saya harap kebahagian kami akan berkekalan selama-lamanya… Gaduh2 kecil tu biasala.. sedangkan lidah lagi tergigit kan? Hehehehehehe Semoga saya menjadi seorang isteri yang solehah dan isteri yang baik untuk suami saya. :) 
To abang, 
Sayang, sayang abang sangat-sangat.
You are everything to me…
I Love you so much…
I Love you so much…
Syukur sebab dapat kenal abang….
Doakan sayang agar menjadi isteri yang terbaik untuk abang.
Haish… saya tak pandai untuk bermadah madah nih… Itu je la kot tuk abang… Hahahhahahha



Happy Anniversary To Me and Abang…. Kitorang dah celebrate malam tadi dengan Khayra… Hehehhehehhe 

Related Posts with Thumbnails