Kali ni cerita basi ku jugak.. 2 minggu lepas.. heheh Dah 2 minggu berlalu, and aku baru nak post pasal menyusukan anak ketika hamil.. atau dalam erti kata lain, menyusu ketika mengandung. Kenapa tiba2 aku buat satu entry pasal ni? Hehehhe No No No.. Bukan bukan bukan… Mesti korang ingat Khayra nak dapat adik kan? Sebab tu dok kecoh nak buat topik nih..
Sebenarnya aku terpanggil tuk buka topik ni sebab cerita 2 minggu lepas. Mula-mula aku percaya yang kalau time mengandung pun, kita boleh menyusukan anak kita.
Aku senyap je.. Tak nak komen lebih2… Ahaks.. Lepas tu, ada yang cakap susu tu dah jadi hak adik. Bukan hak kakak/abang dia lagi.. Ada jugak yang bagitau nanti badan kita pulak takde nutrisi. Anak dalam kandungan tak cukup zat dan sebagainya. And semestinya, semuanya negatif belaka..
And aku percaya sekiranya la kan… In casela… kalau la Khayra dapat adik.. IN CASE tau… family aku sendiri akan bantah.. Hahahhahaha Sebab tu aku rasa tak salah tambah ilmu ni… At least aku ada pengetahuan and boleh defend diri aku bila tiba saat tu. Macam aku memperjuangkan kebaikan BF di mata diorang…
Lepas tu aku mulakan pencarian aku… Sebab aku nak tau lebih detail lagi, aku memang bercinta sakan la dgn mr. google. Heheheh sakan konon… lepas tu amik masa lebih 2 minggu… ekekkekeke Amik masa yang agak lama jugak sebab hubungan kami hanya mampu sekejap2 je.. Sebab aku sangat busy dengan keje aku…
Aku ada jumpa kat hamid arshad punye website. kat link ni.. Ada sorang kakak ni bertanyakan pasal mengandung sambil menyusu. Ni tahun 2006. Dah lama jugakla.. Mungkin tak releven, tapi biarla kita kongsi bersama..
Soalan:
saya berusia 26 tahun dan mempunyai seorang anak berusia 14 bulan. saya baru saja disahkan hamil 7 minggu. untuk pengetahuan dr, anak sulung saya masih menyusu badan. saya pernah terbaca bahawa menyusu semasa hamil adalah merbahaya. kenapa? saya merancang untuk mengurangkan penyusuan badan secara beransur-ansur sebelum berhenti sepenuhnya. adakah ia akan menjejaskan kandungan saya sekiranya saya terus menyusukan anak sulung saya untuk tempoh sebulan lagi? harap dr dpt memberi penjelasan dan nasihat yang sebaiknya.
terima kasih atas kerjasama dr.
Jawapan:
Jika anda menyusu sewaktu anda hamil anda mendedahkan diri kepada risiko keguguran walaupun terdapat kes di mana ia tidak berlaku.
And aku ada jumpa satu soalan daripada seorang hamba Allah ni mengenai dia terjumpa dengan satu fatwa yang menyatakan kita tidak dibenarkan menyusukan anak ketika hamil. Boleh baca kat sini ek
Soalan beliau adalah :
And jawapan untuk soalan ini,
A pregnant woman is permitted to breastfeed her child if this breastfeeding does not cause her, her child, or the foetus she has in her womb any harm. This harm could be known by experience or by being informed about it by a trustworthy doctor. The Prophet
said: “I was about to forbid Al-Gheelah (having intercourse with one’s wife while she is breastfeeding), and then I remembered that the Romans and Persians did so, and it did not harm their children.” [Muslim]
The scholars
differed in opinion when interpreting the meaning of Al-Gheelah in the above narration. Some interpreted it by a husband having sexual intercourse with his wife while she is breastfeeding. Some others interpreted it by a woman breastfeeding her child while pregnant. Anyway, in both cases, this is not forbidden if there is no real harm or when one is pretty sure that this does not cause any harm. For more benefit, please refer to Fatwa 87785.
As regards the narration which is mentioned in the question, it is reported by Ahmad and Abu Daawood
and it is a weak narration.
Allaah Knows best.
Bila aku jumpa pasal info ni, lagila menambahkan keyakinan kepada aku yang kita memang boleh menyusukan anak kita walaupun kita hamil. Kebanyakan yang aku google pun banyak yang bagitau kita boleh menyusukan anak kita ketika hamil.
Aku ada baca pasal Mommy Lyna, still BF kan anak dia, hafiy walaupun dia sedang pregnant.
Kalau tak silap aku, mula-mula aku baca kat e-book dia rasanya. Dalam blog Mommy Lyna sendiri ada satu topik pasal ghilah ni. Search je word ghilah. Hehehhehe Aku dah baca and aku dapati hadith yang mommy lyna dapat tu pun sama dengan hadith yang aku dapat tu.. Okeh, ni translator dia.. Mommy Lyna, saya kepilkan sikit kat sini ye..
And aku ada baca dalam forum susu ibu tentang nutrien flow bila kita menyusu dan mengandung ni. Mana yang didahulukan dan mana yang dikemudiankan. Keperluan yang paling utama ketika mengandung sudah semestinya anak dalam kandungan kita tu kan? so, semua nutrien akan ke fetus dulu. Lepas tu baru la ke anak yang sedang kita susukan and last sekali barula kita.
Betulkan kalau info saya ni salah ye…
Untuk memastikan yang kita berkemampuan untuk menyusukan anak kita walaupun kita hamil, mula-mula kita kene consult dengan pakar or doktor yang bertauliah. Minta nasihat daripada mereka. Ini kerana kalau kita pernah mengalami keadaan seperti:
- Ibu berisiko atau pernah melahirkan bayi pramatang
- Pernah keguguran
- Mengalami pendarahan semasa hamil
- Positif GBS carrier
- Atau kehamilan yang berisiko tinggi seperti mengandung berusia lebih dari 35 tahun atau kurang 17 tahun, ada penyakit kronik seperti diabetes dsb.
Biasanya kita tidak boleh meneruskan niat kita untuk BF anak kita. Dikhuatiri akan memudaratkan diri kita sendiri.
Bagi yang memilih untuk meneruskan niat suci murni kita ni, kita perlu pastikan yang kita bertenaga dan berkemampuan. Kita juga perlu tahu semasa kita mengandung, puting susu kita akan lebih sensitif. Penghasilan susu juga akan berkurangan. Oleh itu, kita perlu
- Ambil kalori dan khasiat tambahan. Minta nasihat pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk panduan pemakanan. Pemakanan yang sihat boleh membantu dalam menjayakan niat kita tu.
- Dapatkan rehat secukupnya sebab kita mudah untuk terasa penat.
- Pastikan anak kita menyusu dengan betul kerana puting akan menjadi lebih sensitif sewaktu hamil.
- Semasa usia kandungan mencecah 4 bulan, penghasilan kolostrum akan bermula. Ini mungkin menyebabkan susu badan berkurangan dan rasanya sedikit berlainan. Ada bayi yang dengan sendirinya menolak susu dari ibunya.
- Kita juga tidak perlu bimbang anak kita “mencuri” kolostrum untuk adiknya sebab badan ibu dengan sendirinya akan tahu yang mana patut didahulukan.
- Sekiranya bayi yang disusukan berumur kurang dari setahun, berikan perhatian kepada berat badannya. Ibu mungkin terpaksa menambah susu Formula sekiranya perkembangan berat badannya tidak mengikut graf yang sepatutnya. Dinasihatkan minta nasihat pakar berkaitan sebelum memberikan susu Formula kepada bayi.
Aku pun rasa dah clear pasal topik ni. Walau apa pun, pilihan adalah terletak ditanga kita sendiri. Sama ada kita nak pilih cara yang bagaimana. Yang penting, kita tahu apa yang kita nak. Semuanya bergantung pada niat. Tidak kira apa je pilihan yang kita buat, yang penting, kita bahagia dan gembira. Betul tak?
Antara sumber-sumber:






gud info!!!!
-mama emma²-
thanks for sharing. khusyuk i membacanye…
wa..bagus nye info ni.ritu tny kak rini psl ni.ingat x? terus akk wat research ek.2 thumbs up!!
mmg riso n pising dlm kepala psl ni.thanks kak!
thanks for sharing..:)
tengok tajuk, rasa nak komen, baca2 sekali ada pulak namaku dicatatkan. ekekekeke.
terima kasih kerana meng-appricate tulisan saya yg tak seberapa ini huhu.
thanks for sharing UK!
walaupun dah tau boleh.. atau harus..
tapi kebanyakan orang tak menyusukan…
good info, boleh jadi sumber rujukan kalau org tanya..
saalm kak ninie..
wahhpnjg nyer entri tp menarik sbb ade kaitan dgn kiter..
frankly says , Hanie mmg masih nyusukan baby Muni walaupun dah mengandung . Dia yg plg lmbt skali cerai susu sbb dia yg paling cpt beradik..huhu..so mcm bagi can dia lama sikit , at least setahun setengah BF mcm kakak dan abgnyer..
Hanie mmg x brkesempatan BF anak2 Hanie sampai 2 thn sbb preggy semula . Nk wat cmner kan ?
thanks for sharing..
tp kakyong masa pregnant kan aliya.. susu badan kering, dah cuba mcm2…. mungkin juga faktor usia kot.. sbb masa tu kakyong pun dah 36.. sian kat anis.. melalak2 tak dpt susu.. sudah nya sumbat FM.. Alhamdulillah, Anis ok jer dgn FM dumex..
bertuah lah pd ibu2 muda yg pregnant & masih boleh BF…
@Mama Emma
Thank you kak..
@Mama Zharfan
HEhehhe thanks sebab hargainya..
@UmmiSalsabila
harap membantu
Hehehhe akak ingat pasal raudhah tanya.. tu yang sikit2 buat research tuh..
@Lin
Sama-sama kasih lin..
@Mommy Lyna
Hehehhehhe saya mencari pasal ni disegenap pelusuk.. thanks jugak sebab membantu saya dalam pencarian saya..
@Nadiah sidek
Sama-sama kasih nadiah..
@Nadnye
Yep… tu semua terpulang kepada individu tu sendiri. sama ada dia nak atau tidak..
Diharapkan info ini dapat membantu..
Thanks…
@Ummi Hanie
Takpe hanie, at least kita bf jugak anak kita walaupun tak cukup 2 tahun. patut berbangga dengan diri..
Thank you sebab rasa entry ni menarik..
@Kak Yong
Faktor umur pun memain kan peranan jugak.. saya ada includekan kalau kita preggy lebih dari usia 35 tahun, kita memang dinasihatkan tidak BF anak kita kalau mengandung..
Kak yong memang dah dalam kategori tu la..
Lagipun, memang susu akan berkurangan..
Sama-sama kasih kak yong..
Takpe, asalkan anis sihat, dah senang hati kita kan kak..
info yg bagus…
dah lama sy mencari2 jawapan yg pasti. hehe
wahh byk info di kumpul dlm satu entri…saya pon in case la kan..pregnant ke waktu susu kan afif lagi..atleast sudah ade ilmu ttg ni ..thanks!
@Perfect Love
Harap dapat membantu..
Thanks sebab hargainya..
@Farah
tu la, saya pun dok fikir IN CASE la kan.. Hehehhehehhe
Sama-sama farah.. harap info ni dapat membantu..
Leka membaca one by one…akhirnya yey jawapan nye boleh
Intan pon dok pikir2 kalo lah ngandung balik camne leh teruskan ke susu kan arissa…tup tup…rinie dah provide the answer to my question…thanks dear
@intan
Heheheh harap info ni dapat membantu intan. Tu la, Rini memang nak cari pasal ni. Boleh dijadikan panduan untuk kita.. U r most welcome dear..
Good info dear! Keep it up!
@Hanz
Thank you…
Thanx for the good info.i pun tgh pragnant n still BF.ada doc yg ckp ble,ada yg ckp tak ble..tp terpulang pd diri sdiri.Allah lebih mengetahui segalanya..
AS…terima kasih banyak2 kerana sudi share info ni..bila baca info ni,rasa lagi bersemangat untuk bagi anak (umur 1 tahun 10 bulan) meneruskan penyusuan tanpa bg kesan sampingan pada adiknyer yang baru 2bulan dalam kandungan.. saya mmg menghargai info ni…tq2