Tinggal beberapa hari je lagi Khayra nak menginjak ke usia 1 tahun… Excited tu bila anak nak masuk 1 tahun. Tak tau la kalau orang lain.. Aku sangat teruja.. Hahahahhahaha Dah ada plan dah nak buat birthday 1st year untuk Khayra.. hehehhehe Disebabkan birthday Khayra jatuh pada bulan puasa, insyaallah aku n abang ingat nak buat lepas raya. Sekalikan dengan open house Raya. Amacam? Aduii.. puasa idak lagi, dah pikir raya…
Aku rasa bukan aku sorang fikir pasal raya.. sebab mesti ramai dah hantar baju raya.. kuih raya.. bla2…. betul tak?
Cukup bebelan, hari ni, Khayra dah 11 bulan 1 minggu ++… tinggal beberapa hari je lagi umur Khayra menginjak ke 1 tahun and tak lupa jugak anniversary aku.. Yey… Oh, sapa2 yang belum join contest yang saya buat tu, sila2 la ye hantarkan penyertaan anda.. Ada 11 hari je lagi nih..
Mari Mari Mari Join Contest Saya… Hehehhe Promote2… Sebab aku tau aku belum sempat nak bgtau ke semua orang.. Huhuhu Masa amat mencemburui aku..
Khayra dah 11 bulan.. Apa yang Khayra dah pandai buat ye sayang? Anak ummi nak tau apa dia? Hehehheh Kali ni, tak sempat nak upload gambar-gambar Khayra. Sempat upload video je.. Okehla kan.. Kali ni aksi bergerak.. Hehhehehehhe
Khayra belum boleh jalan lagi.. Tapi… kalau menolak push car dia, perghh… tak ingat depan ada dinding.. Siap boleh tergolek lagi aritu.. Masa tu tak sempat nak merakam la pulak.. Hehhehe Macam kat sarakids hari tu, abang cakap, dia nampak ada sorang budak tu main dengan push car jugak.. Bila budak tu lepas and amik bola je, terus Khayra pegi kat push car tu and buat macam sendiri punyer la.. Dok berjalan keliling kedai.. Hehhehehehe Time tu, aku dah jaga dia la.. Mau dilanggar semua bende dalam tu je karang..
So, ini la video nya… Ni time kat rumah..
Kalau dalam kereta, kene pasang lagu yang dia suka.. Macam CD Yusuf Islam tu.. Kalau tak jangan harap nak duduk kat car seat. Sebabnya? Khayra suka tengok luar.. Tengok pokok, tengok jalan.. Tengok kereta. Semua nak tau pasal sekitar… Jadi, kalau dekat2 sekarang ni, aku kene pegangla.. Kalau berjalan jauh, baru letak Khayra kat car seat. Tu pun pandai.. Bila konon2 nak susu, mula la tunjuk nak susu.. Tunjuk cemana nak tau? Waaaaaaaaaaaaa… nangis la apa lagi.. Kelakar je… Bila bagi, nyusunya kejap je… nangis je lebih. Lepas2 tu dah tak dilayan dah la.. tau dia nak lepas dari ikatan tu… Hahahahhahaha Oh.. video kat bawah ni Khayra dengar lagu dari CD mandarin song.. Saja nak Khayra belajar mandarin jugak.
Thanks
Banyak info ada kat situ. Cuma sayangnya aku tak mampu tuk bergiat aktif di mana-mana forum
Alamak.. ni tuk development Khayra bukan masa tuk aku membebel.. hahhahahahhaha
Kalau tunjukkan flash card kat Khayra, dia akan tunjukkan jari telunjuk dia ke arah objek tu sambil bersuara bila kita sebutkan binatang ke or warna ke or benda. So sweet…
Khayra tak boleh duduk diam. Ada je kerja dia nak buat. kemaskan meja jadi feberet. Tak boleh tengok ada sampul or kertas atas meja. Mesti diturunkannya.. Kalau tangga, dari start yang aku biarkan dia naik tangga kat rumah tu sampai la ke atas, sejak2 dari tu, tangga bukan feberet dia. Hahhaha Mula-mula aku ingatkan memang ada yang menghalang, tapi alhamdulillah, memang Khayra tak teringin nak naik tangga kat rumah tu pun. Mungkin sebab dia tau penat kot.. hahahhahahha
Khayra dah boleh sebut macam-macam bunyi yang berlainan. Macam atah = abah.. Kalau abah dia nak keluar jalan je, and dia tertinggal, mesti dok panggil, Atahhhhh… Dengan suara yang nyaring tu.. hehehehhe And dah memang jadi tabiat kot, bila kete benti and nak keluar, Khayra mesti dengan abah dia. Sebab dah biasakan dari kecik kot.. Sampai la ni, memang gitu la gaya dia..
Lepas tu, mamam = makan… Kalau dia nampak je kita pegang sudu dia, bekas makanan dia, cepat2 dia sebut mamam..
Lepas tu, kalau sebut wan, mesti jadi mama. Apala Khayra ni. Mungkin sebab semua panggil wan dia mama.. Dia pun gitu gak la..
Sampai la sekrang ni, tak boleh tengok atuk.. nampak je mesti nak ikut. Nampak je mesti nak dukung… Paling kamcing dengan atuk.
Kalau kita cakap tak boleh, lagi la nak dibuatnya.. Bila semua orang suruh je Khayra buat, terkebil2 je pandang and then terus tak buat. Hahahhaha
Khayra suka main peek a boo.. Siap buat lagi guna kain. Konon tutup2 muka dia, then bukak.. Kalau berdiri, kepala duk tempat lain, then muncul tgk kita. Hehhehe Rindula ummi kat Khayra.. =P
Kalau barang dalam pegangan dia, jangan harapla boleh amik. Kalau nak amik, dengan menjeritnya lepas tu memang dia pegang kuat sangat. So, jangan harapla bende dia pegang tu, senang2 je nak kasi kat orang… Cuma, kalau barang orang belum lagi la sampai ke tahap dia nak amik barang dari orang.
Khayra suka main air.. baru2 ni pegi ke ulu kalong.. so excited.. first time berendam air sungai. Sebelum2 ni Khayra takut. This time dah ok.
Aku ada amik video Khayra main air.. Nanti aku upload. Tak sempat nak upload.
And, sekarang Khayra suka senyum excited. Dengan mata2 sekali jadi sepet. Bila senyum je, nampak gigi 2 batang kat atas yang sangat besar. Hahhahaha dua batang kat bawah.. and macam coming soon je 1 batang lagi. Kalau dulu muka stone je.. skrang dah pandai buat gaya muka.. Tak sempat nak rakamkan that moment. Hehehhe Will try next time.. Start minggu lepas Khayra dah pandai buat gitu.. Siap nganga2 mulut lagi tanda excited.. Nak2 bila menyusu..
Okeh… cukup takat ni dulu.. Aku ada keje nak buat nih.. Nanti aku sambung lagi.. Oh.. nak upload gambar Khayra kat sungai.. Next entry ye…
Ummi Sayang Khayra sangat..
Abah Love you so much too Dear..
We all love u so much..
Membesar menjadi anak solehah dan insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara kelak.. Amin…













Amiiinnn…happy 11months old Khayra! sat lg setahun da ye gal
dak tomei ni dah 11 bulan dah ye…cepat2 skit berjalan tu ye Khayra..nanti leh main kejar2 dengan Damia…ceh ayat cam selalu jumpa jek kan…
DAH BESAR DH khayra…jadi anak yg baik ye..jgn nakal2 tau.. =)
cutenyer tgh main laptop tu, heheh!! akak, ieda pon dah taksabo nak tunggu amanda sethn, lagi 8bln tu..hahah!!!
@Mel
Thank you mel.. Tu la.. kejap je rasa nak 1 tahun..
@Haiza
Hehehhehe tak tau la bila.. malas sikit nak berjalan sendiri… Heheheh mlm ni leh jumpa damia..
@Lin
Hehehhe kalau la dia boleh berdiam.. hehehe tp okla dari dia duk senyap je.. kita lak risau..
@Ieda
Hahahhah ieda, lama lagi dik oii… dah tak sabar dah ke? Hehehhehe
wah..dh nk sethn dh ye? rsnya semua yg ada anak pun excited kalau dh mencecah sethn. sy tiap2 bln(bila safiyyah beralih bulan) excited. ehe..
amin..khayra jd anak yg baik ye.happy 11months syg..
1)celebrate beday time raye ye..samala kite.aufa 1thn raye nnt.
2) aufa takut atuk..nangis kuat atuk amik..:(
3)comel je khayra tolak push car.nnt aufa nak suh abiy belikanla..
khayra xnek bby walker kan?
4) bila nak jupe kite ni…nk ramadhan da ni.khayra pun da nk 1yr.tp aunty xjupe2 lg..:)
Happy 11 months old khayra sayang
Wahhh ummi khayra dok citer macam2 pasal milestone khayra. Gud girl lah dia suka tgk laptop and learn many things.
Cute je dia tolak push car tu…dah rajin berlatih utk berjalan nanti ye sayang. Lepas tu berlari pula
@Nadiah Sidek
Happy giler… terasa macam dah besar.. cuma tang lasak tu, nanti duk pikir nak time dia kecik2 pulak.. Hahhahahha
Tu la.. heheheh mesti sume excited kan bila anak nak cecah 1 tahun..
@UmmiSalsabila
Thank you auntie.. hehehhe tu la, nak celebrate time bulan ramadhan macam tak best la pulak.. kene tengok dulu la..
Khayra memang feberet dia atuk. Pantang jumpa and tengok.. Hehehhehe yep, Khayra memang takde walker.. Aufa pun takde kan?
Tu la, raudhah, bila nak jumpa ni? ramadhan semakin hampir..
@Intan
Thank you auntie. 20 more days.. Hehehehhehe
Khayra nak jadi macam arissa tau auntie, 1 tahun je terus jalan and berlari.. best tgk arissa ke sana sini hari tu..
Khayra suka tekan2 laptop jugak.. best..
Khayra….alahai…so sweet…kiut sgt…suke tgk..
kejap je dh 11 bulan kan…
cpt mase berlalu..
tengah meriah kan waktu ni?
@Ina
Thank you ina.. hehehehe tula kejap je rasanya dah nk 1 tahun dah anak dara sorang ni..
@UmmuMishkah
Hehehhe tu la pasal… Seronok…