~Penyusuan Ketika Ramadhan ~


Me!  I'm a wife to my precious husband, Khairul Adha and a mother to my sweet little gorgeous princess, Khayra Amirah. I Love to breastfeed my baby.. :) I love my Family so much... :D


1 Ogos 2009 hari tu, aku menghadiri kelas penyusuan yang dianjurkan oleh sarakids. Kenapa aku nak pegi kelas penyusuan ni? Sebabnya? Tajuk tuk kelas ni amat menarik minat aku. Penyusuan ketika ramadhan. Sebenarnya entry ni dah lama dah dalam draft box tu.. CUma tak berkesempatan je nak menghabiskankannya… huhuhu

Memandangkan ini la ramadhan pertama untuk aku hadapi lepas ramadhan lepas memang tak puasa 1 bulan sebab aku dalam pantang, jadinya harusla aku gabra. Sibuk memikirkan boleh bertahan ke aku ni time puasa nanti.

Aku memang takde pape ilmu tuk menghadapi bulan ramadhan ni. Sedangkan kalau sehari puasa pun susu merundum.. inikan pula puasa 1 bulan direct… Amat menakutkan.. Nak2 bila ramai la pulak kawan aku ni ha dok cakap, “bila habis puasa je, mesti susu kering…” “AKu tak leh continue susukan anak aku sebab time puasa aku puasa, lepas tu kering.. ” Memang ramai yang jadi gitu. Bila dengar, aku pun agak seriau jugak la.. nak2 aku ni bukanla jenis susu banyak.. selama ni, alhamdulillah, cukup2 je untuk Khayra. Stok? hehehe skrg ni aku cuma mampu kumpulkan 20++ oz je.. Sikit kan? Walaupun sepatut2nya aku kene ada +-60oz (ni untuk Khayra je… lain baby, lain jumlahnya and mcm mana aku blh tau? nanti aku citer), tapi daripada takde, betterla sikit.. :)

Aku pun join la kelas penyusuan yang dianjurkan oleh sarakids pada 1 Ogos hari tu.. Best tau join kelas tu. Walaupun aku tak kenal sesapa pun, except Farah, tapi terasa warm welcome from everybody. Hehehhehe Yela, sama2 nak timba ilmu kan? Hehehhehe Banyak jugak info2 tambahan yang aku dapat dari sessi tu especially tang makanan yang bagus untuk kita makan time bulan puasa and apa yang kita patut elakkan.

Antara makanan yang patut kita elakkan adalah

  • Caffeine,
  • Chocolate ( aku suka chocolate ni.. ermmm Farah cakap boleh makan sikit2.. Kasi lepas gian ekekekke ),
  • Citrus fruits ( orange, grape ),
  • Carbonate drinks ( ni macam minuman bergas… even bukan BF mom pun elakkan tau.. not good for our health and body.. ),
  • Makanan pedas.. ( wahh.. ni aku pandang je abang hahahha sebab kat rumah, dah biasa makanan pedas2 nih… adehh… ),
  • Kurangkan edited(Elakkan) makan daging sebab daging mempunyai banyak lemak. ( HEheheh ni aku paling ingat sebab time ni, memang abang highlight kan besar2… Sebab tak nak kasi aku makan daging and dia je yang boleh… Sabar je la aku… ) – Updated : Sorry ye bukan jangan makan langsung, tp kurangkan… Inila bahana tak check balik.. main taip je… :P
  • Elakkan kobis and telur sebab makanan ni menghasilkan gas.. :)

Semasa puasa and time sahur banyakkan makanan2 yang memberi khasiat. Antaranya

  • Banyakkan minum susu.. ( wahh.. ni aku memang cmfrm la tak boleh kan? Sebab aku tak suka susu.. )
  • Amik alternatif lain, banyakkan makanan2 yang berkalsium seperti kacang, brokoli, sayur2 hijau, Yogurt, ikan, soya, tofuu, cheese dan lain2.
  • Makan makanan yang boleh tambah darah macam bayam. ( ni feberet sayur aku nih.. )
  • Kurma.. ( my feberet.. almost everyday kalau boleh nak makan.. :)
  • Jus Buah-buahan ( buah yang fresh.. datang dari pokok.. ehhehehhe takdela… )
  • Nasi/mee/kuey teow ( makanan ruji kita nih.. )
  • and air masak… :) Oh.. jangan minum terlebih2 sangat pulak dalam 1 hari tu.. Sebab kalau minum banyak air sangat pulak, susu pun akan kurang jugak… Kira minum sedang2 gitu… Kalau tak silap aku, ada Farah sebut, jangan lebih daripada 80Oz sehari. Dalam +-2500ml gitu… :)
  • Sebelum tidur malam tu, kita boleh makan makanan berfiber. Untuk membekalkan tenaga.. :)

Selain tu, kita teruskan makan-makanan yang membantu menggalakkan susu. Senang citer makan makanan yang berkhasiat setiap hari. Untuk elakkan badan kita daripada dehidrasi.. :) AND JANGAN TINGGALKAN SAHUR. Sahur tu pulak, bukan pukul 12, 1 pagi… :D

Ni pun aku dapat dari sessi tu. Amalkan Surah al-Baqarah ayat 60 dan Surah Hujurat. Baca lepas tu sapukan kat B kita. Selain tu, masa dah nak imsak, kita baca Surah Al-Kauthar, minum seteguk air.. Sambil berdoa minta kurangkan dahaga dan beri tenaga. Insyaallah… :)

Inilah gambar kami… ehheheheh Credit to Farah.. :)

Lepas je habis kelas, kitorang ada sessi support group. Best join sebab time ni la nak memperdengarkan masalah kita secara lebih dekat kan.. Lebih senang camni. Masalah aku? Dari dulu lagi la, takde stok susu. Almost 1 year, aku survive tanpa stok. Paling banyak aku boleh simpan pun dalam 20oz macam tu je, itu pun tak sampai seminggu, habis.. Lepas tu, kosong balik.. Apa yang aku pam hari ni, ngam2 and cukup2 untuk kegunaan Khayra esoknya. Bila ada stok sikit, tiba2 Khayra nyusu lebih dari biasa… atau pun aku banyak keje, and balik lambat.. stok guna, tp topup balik takde.. What to do? Lately ni pun sama.. tiba2 la pulak banyak si Khayra ni menyusu.. so stok yang aku simpan untuk bulan puasa tu tak bertambah2 pun.. Huhuhuhu Adala tu dalam 20-25oz… Farah cakap kene kumpul kan dalam 60oz untuk bulan puasa nih.. wahh… memang banyak berhutang susu ( ni kalau kira nak simpan 3 oz tiap hari ) dalam list tu… Hehehehhe

Aku tak nak stress kan mind… aku just let it be… Still aku akan berusaha untuk berjuang… Chewaahh… Hehehehhe Insyaallah, ada rezeki untuk Khayra nanti.. Amin…

Nota: Sama-samalah kita berdoa untuk yang terbaik.. :)

Related Posts with Thumbnails

Comments

  1. precious innocent says:

    part minum air tlebih byk² tu mmg betul, sbb akak lah cth tbaik!!!!

    -mama emma®-

  2. UmmiKhayra says:

    @Mama Emma
    Heheheh tula, saya pun kalau minum air terlebih banyak, susu macam kurang la pulak.. sebelum ni tak tau, dok pikir air dah banyak dah minum awat susu kurang gak lagi… hehehehhehehe

  3. Rozy says:

    Saya nak try minum ENSURE, dah beli standby.. my SIL yg sajes dia kata as back up nutrisi taim puasa dan elakkan lapar.. hopefully okaylahh.. stand by EBM lam deep freezer InsyaAllah cukup kot tuk Hadiff kalau2 termerudum susu nanti..

    Tenkiu sahring the info.

  4. Hanz says:

    yes..jangan tensi-tensi..nanti susu x mo kuar..just let it be naturally & kita usaha semampu mungkin.

    Thanks sharing bab2 surah2 tu..alhamdulillah..tambah ilmu..

    all the best to all nursing moms out there!

  5. CuppyCakeMommy says:

    nape daging takleh eh..thanks momma for the info

  6. UmmiKhayra says:

    @Rozy
    Ensure tu susu ye? hehehhe bagusla rozy boleh minum susu, saya ni ha.. adui.. memang tak leh, nanti rs loya.. tu yg kene cari alternatif lain.. :)

  7. UmmiKhayra says:

    @Hanz
    Yep.. kalau kita lagi tension dok memikir stok, lagi kurang susu nanti kan kak.. :) u r most welcome.. :)

    All the best to all… :)

  8. UmmiKhayra says:

    @cuppycakeMommy
    Hehehhe silap, bukan tak leh, tp tak digalakkan.. sebabnya daging tu berlemak. Kalau boleh elakkan makanan berlemak ni.. :) Banyakkan karbohidrat untuk tenaga.. especially high fiber :)

  9. afams-chan says:

    Sebenarnye kan,masa baca part makanan yang patut dielakkan/kurangkan dan makanan patut makan tu sesuai juga utk semua orang,tak kira lelaki or perempuan. Kiranya bukan khas utk mama2 or ibu2 BF ni. If tgk betul2 kan tu la makanan berkhasiat cuma kita je tak ambil peduli..

    Thanks yer for the info. Banyak gak belajar. Hehehe

  10. UmmiKhayra says:

    @Aydon
    Yep2.. betulll… heheheheh pemakanan sihat pemangkin ummah.. :D

  11. AshAnas says:

    UK, thanks for sharing the info… sayang UK… sharing is caring!

  12. ummuabdullahsyaakir says:

    Salam UK,terima kasih kongsikn^_^
    Yg lain2 blh cuba lagi tapi…yg part pedas2 tu yg kena fikr balik…eem UA suka makn pedas..hehe

    Cuma nak tnya ttg minum air byk2…eem ada forum BF dlm internet kata "kt kena mnum air yg byk dari biasa msa sahur,susu tak kn jadi kurang"

    Macamana tu?

  13. NaDiaH SiDeK says:

    sy pun mmg suka bayam! tp kat sini bayamnya lain la..daunnya tebal2..tak sesedap bayam kat m'sia..huhu.

    yq 4 sharing anyway!

  14. Intan says:

    Thanks for sharing the info nini :) Kelas nie berbayor kan but u still share all the tips with ur dear friends…tenkiu dear!

  15. UmmiKhayra says:

    @AshAnas
    Sama-sama.. Sharing is caring.. :)

  16. UmmiKhayra says:

    @UmmuAbdullahSyakir
    Salam UAS,
    Tu la.. saya pun sama.. family semua suka makan pedas2.. tang tu yang macam susah je nak buat nanti.. :P

    Pasal air tu, kita mmg perlu minum banyak air, tapi tak boleh byk sgt sebab bila air banyak sgt,hormon prolaktin (yg meransang penghasilan susu) akan jadi cair. jadi, kuranglah effect dlm penghasilan susu. :)

    Ini ikut yang saya faham la. Correct me if im wrong ye kawan2.. :) Lagipun, kalau kita minum terlebih air, kita akan jadi kenyang sgt pulak. Makanan seimbang lain, kita dah krg nk mkn. Zat2 pun kita jd kurang ambil. :)

    Bg pndpt saya, kite kne balance kn apa yg kita ambil.

    Harap membantu.. :)

  17. UmmiKhayra says:

    @Nadiah
    Tula.. sy pun suka bayam.. klu msk bening pun sdp.. :D kat sana bym dia tbl2? sbb faktor cuaca kot.. :)

  18. UmmiKhayra says:

    @Intan
    No problem… hihihi lgpun, ilmu jgn kedekut… lagi kita berkongsi, lagi byk kita dpt ilmu and lagi berbaloi ilmu tu.. betul tak? hihihihi

  19. Momma Mia says:

    UmmiKhayra,
    Thanks for sharing… Now nih memang tengah gali & kumpul info2 + semangat untuk booster milk supply & ebm stok. Ikutkan memang nk join kat sarakid s but ade urusan family that day. Thanks again coz sudi berkongsi info from the class.

  20. [-suziey-] says:

    terapi minda pn penting utk mengekalkan production tau UK..jgn pk sgt negatif2 tu..just tawakal pd Allah..insyaAllah…caiyok2 UK :)

  21. ummuabdullahsyaakir says:

    Oh macam tu ke UK…eem terima kasih yea kongsikan.Kalau macamtu,air susu/soya blh tak klu kita minum lebih?

  22. UmmiKhayra says:

    @MommaMia
    Sama-sama kasih momma mia… :D Sharing is caring.. ilmu kalau dikongsi, lagi bermanfaat.. :D

  23. UmmiKhayra says:

    @[-suziey-]
    Betul kak… terapi minda pun penting.. kalau kita pk negatif je, susah la nanti… Go go Go… :D

  24. UmmiKhayra says:

    @UAS
    Hehehehe ikut yang sy tau, susu/air soya/jus tu boleh kalau kita nak minum banyak… sebab memberi tenaga.. :D cuma berpada jugak rasanya.. :D Ni, ninie tak berapa sure.. Nanti nini gali.. :D

  25. kakyong says:

    ummikhayra,
    kakyong dah lalui 2 kali Ramadhan + bf.. sekali masa Anis & sekali masa Aliya.. Insya Allah, kali ini yang ke3 bf Aliya.. Alhamdulillah, kedua2 Ramadhan tu okay.. susu tak kering.. memang kurma bagus.. & kakyong pula memang sesuai dgn makanan dr asas soya (air soya, tempe, tafufa), air mata kucing, kurma.. ni kira hari2 dok adap ni spjg bulan puasa… hrp2 tahun ini juga dapat supply full utk Aliya..

    utk semua selamat BF sepjg Ramadhan..

  26. UmmiKhayra says:

    @Kak Yong
    Ter miss komen kak yong.. :) Saya pun nak cuba makan makanan tu je.. kurma memang feberet. Hehehhehe Dah 4 hari puasa ni, memang berbeza dari keje and duduk rumah je… huhuhuhu

Speak Your Mind

*

:-[ (B) (^) (P) (@) (O) (D) :-S ;-( (C) (&) :-$ (E) (~) (K) (I) (L) (8) :-O (T) (G) (F) :-( (H) :-) (*) :-D (N) (Y) :-P (U) (W) ;-)