Pada tahun lepas tepat jam 12.46 PM ( sama waktu post ini dipublishkan), 25 Ogos 2008, lahirnya seorang puteri dalam hidup kami, sebagai penyeri hidup kami, penawar duka kami, segala-galanya buat kami bersama iringan doa dan kesyukuran dari saya dan suami dan semua keluarga.
Dengan berat sebanyak 3.2kg dan panjang 50cm, kami namakan puteri ini dengan nama Khayra Amirah Binti Khairul Adha. Semoga Khayra menjadi sebaik-baik puteri/pemimpin kepada keluarga dan menjadi puteri yang beriman kepadaNya. Amin…
Hehehhe Kalau ikutkan banyak sangat harapan dan doa dari kami untuk Khayra. Semua ibu bapa mesti menginginkan anak mereka menjadi anak yang beriman, insan yang berguna, bertanggungjawab, dan sebagainya kan? Banyak harapan ummi dan abah untuk Khayra. Insyaallah, ummi and abah akan cuba untuk membentuk Khayra menuju ke jalan yang benar dan menuju ke arah kebaikan.
Dalam masa 1 tahun ni, tak tergambar perasaan ni dengan tgk Khayra, alhamdulillah, membesar dengan sihatnya, cergasnya, aktifnya. Macam-macam bende Khayra buat. Nak2 bila dah mula pandai untuk mengexplore sendiri. Semua bende nak tahu. Hehhe tu yang buat makin comel tuh…
Lebih2 lagi sekarang ni.. Nak tau apa Khayra ummi ni dah pandai buat masa nih?
Alhamdulillah…. Banyak bende Khayra dah boleh buat. Apa yang ummi ingat je la ye.
- Khayra suka nangis… Hahhahahha Tiap kali bangun tidur pagi2 je, kalau ummi takde, mesti Khayra nangis. Lepas tu, sikit2 nangis… Silap sikit je nangis.. Nangis bukan kuar air mata pun.. Tapi nangis bunyik2 tu je… Nangis mengada2 org cakap.. Atuk marah sikit je, merajuk… Ada satu hari tu, Khayra tak sabar nk minum, bila atuk suruh sabar dengan nada tinggi ( sbnrnya gurau) terus muka macam sedih sangat. Lepas tu terus tak nak minum dah.. Apala Khayra nih. Manja terlebih nih..
- Ummi balik keje, tgh elok2 main dengan wan/atuk/paksu dia, nampak ummi je, terus merangkak selaju2nya dengan gelak2.. Bila sampai kat ummi, terus lembikkan badan. Minta dukung. Lepas tu peluk sekuat2nya. Lepas tu tengok ummi… peluk2 lagi… Lepas tu…………. cari penawarla… hahahha
- Bila tengok abah suka gelak2 senyum2 lepas tu konon nak nyorok2 kan muka. nak suruh abah agah dia la tu. Bila abah konon-konon buat tak peduli je, tangan akan dok tepuk2 abah. Siap panggil lagi.. Abahhhh… atahhhhh… tu memang abah la… Tp ummi xleh sebut penuh lagi.. Asyik miii je… eerrmmm….
- Kalau baringkan kat katil memang feberet la.. Bila dapat baring kat bilik, suka sangat hati tu. Siap senyum2, golek2 lagi… Lepas tu bila ummi or abah kiss dia, akan sengih2 seronok.
- Kalau tidur, kalau tak pusing sana, pusing sini, golek sana, golek sini, memang tak sah. Kekadang boleh bangun cari badan ummi and abah, lepas tu terus landing kat situ. Tak kirala kat mana. Leher, tangan, perut, dada, kaki.. Aci redah je…
- Khayra dah pandai turun katil dengan cara yang ummi and abah ajar. Ni kitorang memang ajar dia turun sendiri sambil dipantau. Sebabnya, Khayra tau katil tu tinggi. Khayra paling2 pun akan letak kepala kat ujung katil je sambil capai2 nak turun. So, better kitorang ajar dia turun. So that, lepas tu Khayra taula cemana nak turun. Everytime nampak hujung katil je, Khayra akan turunkan kaki dia dulu. Bila sampai bawah je, mesti akan cakap daiii…. Sebab ummi and abah selalu cakap pandai kat Khayra kalau turun betul.
- Khayra sekarang ni macam dah nak start jalan. Khayra suka nak pegang jari orang and dia akan bawak orang jalan mana Khayra nak. Letih ummi bila kene bawak Khayra tawaf 1 kawasan tuh. Tapi jalannya kelakar.. ehehheh sebab dah biasa menyusur, Khayra akan jalan ke tepi. Sume gelak kalau tgk Khayra jalan.
- Khayra dah pandai pegang pen and akan mencontengla keje dia. Hehehhe Paling suka conteng tangan sendiri. Awal2 dulu takut tgk tgn ada conteng2 siap nangis2 lagi. Hehhehe Lepas2 tu, dah ok, dia lak makin rancak conteng tangan sendiri. Lepas tu dok genggam bukak, genggam bukak.
- Khayra dah pandai tunjuk apa yang khayra nak. Macam contoh, Dalam pinggan tu, ada sayur, nasi, lauk. Bila ummi suapkan nasi, Khayra geleng2 kan kepala. Then tunjuk nak sayur. Bila bagi baru nak makan. Ada satu hari tu, ada buat orange and tembikai. Ummi kasi tembikai kat Khayra sebab takut orange tu masam. Geleng2 kepala tak nak.. Lepas tu tunjuk orange tu. Bila bagi orange baru nak makan. Macam semalam, sume tengah tunggu buka, Khayra asyik dok tunjuk periuk nasi je.. Ummi ingat Khayra nak pegang, bila tau panas, still tunjuk gak lagi. rupa2nya nak makan. Khayra tau nasi ada dalam periuk tu. Hehehehhe
- And Khayra memang suka point to kat apa je yang dia nak, suka or nak tau. Bila ummi or abah explain bende tu apa, bila dah tau, baru tukar bende lain. Sweet je…..
- Khayra kalau bab salam orang memang boleh buat orang geram kat dia. Bila suruh salam, mesti akan amik tangan orang tu sambil letak ke mulut dengan bunyik2 sekali. “Arrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr” kisss tangan. Comei sangat. Hehehehhe
- Khayra tak suka kasut sarung. Dia suka kasut ada ruang2 macam kasut orang besar. Bila pakaikan kasut sarung, mesti dia bukak. So, ummi and abah terpaksa cari kasut lain untuk Khayra sebab kadang2 Khayra sibuk nak turun bila jenjalan. Akhirnya jumpa kasut yang Khayra nak. Tu dia yang pilih sendiri. Kalau kitorang pilih, dia tak berkenan sure tak pakai. Macam hari tu. Akhirnya, memang pakai je la kasut tu.. Hehehehhehe For me, bila suruh Khayra pilih, dia boleh mengajar Khayra supaya boleh buat pilihan, tapi bukanla pilihan sesuka hati. Still me and abang akan memantau. Nanti karang Khayra dok pikir, suka hati dia je la pulak nk minta macam2..
- Dengar lagu memang suka sangat. Siap nari2 lagi… Lepas tu paling suka tgk CD brainy baby. Nampak ummi nak pasangkan je, dia dah siap duduk depan laptop sambil tepuk2 kaki dia. Ummi and abah selalu pasangkan CD untuk brain development. Macam left brain right brain. Kalau 2 cd tu, Khayra lagi suka tgk right brain. Left brain dia takkan khusyuk sangat tgk.. Errmmm… apa patern tu ek?
- Alhamdulillah, Khayra suka makan sayur. Serius… Mula-mula macam tak percaya. Sebab biasa budak tak suka sayur-sayur nih. Sebab ummi pun bukan suka sangat. Hahahhahahha Ummi perhatikan je Khayra bila Khayra dah pandai pilih and pandai tunjuk. Bila ummi kasi nasi je, and ada sayur kat pinggan ummi, Khayra memang akan point kat sayur tu. Kekadang, makan-makan nasi, ummi lupa nak kasi sayur sekali, Khayra akan tunjuk sayur. Kalau dalam pinggan ummi or abah ada sayur macam brokoli, Khayra akan tunjuk brokoli tu. Bila kasi, memang sampai batang2 dia makan. Pelik gak tapi bila Wan cakap macam abah dia yang memang dari kecik suka sayur, tau la kenapa.. Ekekekkekekke
- Khayra dah boleh sebut macam2. Mulut tu asyik bercakap je. Kalau ummi ke, abah ke, or sesapa tanya mesti ada je bende dijawab. Ada beberapa perkataan yang Khayra sebut, patern dia sama je and skrg ni, ummi dah tau dah maksudnya..
-
- Atahh… or sometimes abah… – ni memang abah la…
- appha – ni bila mulut bawak masuk dalam sekali. – Lapar
- Mamam – makan
- annas, ana – sambil membebel2 – Panas
- mieee – ummi
- Dai – Pandai.. Ni tiap kali lepas turun katil sendiri.
- eeehhhhhhhhh – ni tandanya marah.. jangann
- ar ar ar – no no no… ekekeke sebab Khayra tiru ummi la ni, bila buat something je, ummi akan ckp ” ar ar ar.. nanti Khayra..” ar ar ar bende tu bukan makanan” etc.
- And, Khayra suka senyum sampai sepet2 mata… Suka sangat.. rindu ummi dengan Khayra.
Apa- apa je yang Khayra dah pandai buat and akan buat, Ummi and abah berdoa agar Khayra membesar menjadi seorang hambaNya yang bertakwa dan beriman. Menjadi seorang puteri yang solehah dan bertanggungjawab dan menjadi manusia yang berguna kelak. Doakan ummi and abah jugak agar berjaya mendidik Khayra menjadi anak yang solehah, manusia yang berguna, insan yang bertanggungjawab dan yang penting menjadi hambaNya yang beriman dan bertakwa. Amin…..













selamat hari lahir khyra..
moga doa2 ummi khyra dimakbulkan Allah..
stay cute girl ;-")
happy birthday Khayra…..kalau teringatkan perkembangan anak2 ni…terasa sayu n happy jer…
tak sangka masa berlalu begitu pantas..
salam perkenalan drp saya…btw saya pernah join contest yg ummi buat tu…
@Perfect Love
FIda, thank you…. Rasa kejap je masa berlalu…
@ibu Damia
Nanti saya add link awak ye… Belum sempat nak update bloglist lagi…
Thank you ibu damia… Ingat2.. u contestant yang terakhir tu…
Tu la, rasa macam tak sangka dah besar anak kita yang macam baby tu dulu…
happy birthday khayra…..=)
happy birthday khayra…..=)
hepi 1st besday khayra,..
semoga cepat dpt adik.. ya..
dah pandai berjalan ke?
Happy Bufday Khayra!! Wah macam2 khayra dah pandai yer. Bijak2 laaa. Best kan ummi tgk anak2 dah pandai buat macam2…
happy 1 year old khayra!
happy 1 st birthday khayra sayang..tengok ummi tu rajin dia tulis semua perkembangan khayra..ni dah besar kene bagi dia tengok…baru dia tau betapa prihatin nya kita pada dia
sama je kan semua anak2 ni…diorang ni lagi pandai n cepat pangil ayah diorang dari mak dia…sama cam Damia tu…panggil papa pandai…tapi mama dia tak reti sebut lagi…even atuk n opah pun dia reti sebut…
…
haiza pun ajar Damia cam mana nak turun dari katil…Alhamdulillah diorang ni bab2 mcm ni cepat belajar….banyak la persamaan Damia n khayra ni…agaknya semua dak gegirl ni sama kot perkembangan diorang ….hihihi Damia pun makan sayur sama cam khayra…
ayark sorry panjang lak komen cam boleh buat entry sendiri jek…ekeke…happy 1st birthday again khayra darling..muacchhss skit
selamat hari lahir khayra..semoga sihat dan selamat serta ceria selalu okey..kiss kiss for aunty di penang..muahhh muahhh!!
Happy 1st Bday Khayra! jd anak yg baik tuk ummi & abah khayra ye
Selamat hari lahir yg pertama ye khayra sayang
Mudah-mudahan doa parents khayra termakbul oleh-NYA…amin!
@Nina
Thank you auntie..
@Kak Yong
Khayra tak nak adik lagi.. tunggu Khayra besar dah pandai jaga adik, baru ummi leh ada adik baru ye ummi
Thank you auntie…
Khayra tak pandai jalan lagi. tapi Khayra suka pegang jari orang pastu Khayra jalan.. Abah kata Khayra jalan macam ketam.. Waaaaaaaaa
@Momma Mia
Tu la.. seronok rasa tgk diorg nih membesar and buat bende2 baru.. bahagia rasanya hati nih…
@Nadiah
Thank you auntie…
@Haiza
Tu la kan.. atuk n wan dia pun Khayra leh sebut. Ummi dia je tak mo… sabar je la.. jenuh dok ajar2 dia xnk gak sebut. Kalau kita ajar sebut abah, nak pulak. Kekadang kelakar je tgk dia dok bercakap tuh..
Agaknya la kan. Perkembangan diorg ni sama je.. hehehhe tp suka tgk kan… ni memang tuk Khayra baca bila besar nanti…
bia dia senyum2 malu… hehehhehehehe
@Ibu_arifa
Thank you Auntie… Khayra terima dah kiss auntie tu pagi tadi.. posmen dah anta dah…
@Mel
Khayra rasa Khayra dah besar la… hehehehe insyaallah, Khayra jadi anak yang baik nanti.. Amin…
Thank you auntie…
@Intan
Semoga Khayra jadi anak yang baik nanti. Insyaallah.. Amin…
Thank you auntie..
Khayra nak jalan macam arissa bila 1 tahun.. tp belum lagi.. Khayra suka pegang jari orang je…
Hepi birthday Khayra!!!!
Owh yer, kepada umi dan abahnye;
Selamat Ulang tahun perkahwinan!!
happy busday kayra..smoga jd ank yg solehah
@Ayda
thank you2…. hehehhehehhehe ingat ek don anni i…
@Mama Tisya
moga Khayra membesar menjadi anak yang solehah… Amin….
Thank you auntie…
:: apey besday to my cuty khayra.. nnt unti eba dtg jmpe yer..nk kasi adiah kt mumy.. asyik luper jer.. huhu ::
cmne ley terlepas entry nih eh…tak prsn lak..anyway, selamat hari jadi ye sayang…dh setahun pn..bila nk jumpa qaisara ni?boley main pondok2..main barbie sesame..haha
@Wan
thank you auntie
Ye ye ye.. auntie nak kasi adiah… Auntie kasi apa? leh khayra tau?
@Lin
nanti Khayra tya ummi n abah.. tu la, diorg weekend je mesti busy. asyik g sana g sini je.. Khayra pun nk jumpa kawan gak..
Hehehehhe thank you auntie… dah setahun, maknanya Khayra dh besar la kan auntie..
alamak.sori syg..aunty lmbt wishla..:p
happy birthday khayra.muah muah..
suke bace development khayra..sgt2 pandai..suke mkn sayur..bagusnye..
smg menjadi anak yg solehah n bijak yer..
@UmmiSalsabila
Khayra tak kisah…
Thank you auntie… doakan Khayra ye…
Takpe.. Hehehhehe auntie mesti busy.. macam lama je tak update and tak masuk blog..