Memang lama sangat tak update pape perkembangan dan maklumat2 berguna dari saya kan? Rindu tak? Rindu tak dengan si comel ( bg saya dan keluarga saya… ) yang tgh senyum tu? Heheheheh Banyak sebenarnya cerita yang nak saya nukilkan kat sini, tapi serius, masa saya sangat limited sebab banyak sangat bende nak kene buat. Nak2 time puasa ni, cepat sangat mengantuk… Hehehhehe Lepas tu penyakit M pun suka menyerang…
Lepas Khayra discharged hari tu, sabtu and ahad Khayra ok je. Isnin tu, tak pegi nurseri sebab selangor cuti nuzul al-quran. Petang tu tiba-tiba je badan panas giler. Risau jugak sebab baru keluar hospital takut ada virus yang tidak diingini. Dalam 3 hari, baru demam Khayra betul2 reda dan saya pun menarik nafas lega.
Mungkin sebab nak tumbuh gigi sebab sekarang gigi Khayra dah nak masuk 6 batang. Perghh.. kalau petang je menyusu, susu tak keluar mula la start menggigit B sebab geram sambil senyum2… Kasi cium karang anak ummi ni.. notty betull dia…
Follow up hari sabtu tu, alhamdulillah, everything back to normal. Cuma tang berat je, dah turun balik. But now tgh recover balik.
Bila tanya paed Khayra, she still cakap, not to worries sebab so far dia tgk Khayra ok.. Perkembangan normal.. cuma berat tu kurang sebab dia banyak kali sakit. Mungkin nak recover balik berat yang hilang tu, yang susah. Tanya Khayra makan apa, menyusu macam mana dan sebagainya. Saya tanya doktor, kalau bagi scott emulsion boleh ke? Then she said, dah boleh dah sebab Khayra dah setahun lebih.
Saya memang ada beli perisa orange.. And Khayra memang suka minum. Sampai licin la sudu tu di minumnya..
Paed Khayra ada bagi multivit jenis pharmaton, yang tu Khayra tak suka langsung… Tak tau la pasal apa..
Then saya tanya pasal macam mana nak gosok gigi Khayra. Sebabnya, Khayra tak suka langsung orang masukkan pape dalam mulut dia. Bila time tidur, boleh sampai terjaga kalau kita gosok dengan kain. Paed Khayra suruh awal2 ni biasakan dulu.. Guna kain lembut celup air. Pastu gosok2 kat gigi Khayra. Atau pun, beli berus gigi yang getah tu, gosok2 gusi and gigi Khayra. Kalau tak nak, kasi Khayra buat sendiri. Kira nak biasakan Khayra yang gigi perlu dibersihkan..
Kekadang saya and abah Khayra, gosok gigi depan Khayra..
And Khayra suka main berus gigi org besar.. Cuma, bila nak berus kat dia, punyerla payah…
Jumaat lepas ikut bos pegi UKM.. Pegi fakulti lama saya. Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat. Rindu dengan suasana kat sana yang dah lain. Ada bangunan tambahan. Dah dah ada pokok-pokok yang besar. Kalau dulu macam padang jarak.. Hahhahahha Lepas tu, panel kitorang, guess who? my ex-professor dulu.. Prof. Halimah Badioze Zaman. She’s still look sweet sebab suka senyum…
Sabtu tu pulak, Pagi tu pegi amik kereta kat perodua. Alhamdulillah, kereta kitorang dah siap dibaiki. Nasib baik sempat siap sebelum raya. Terus servis je. Ikut plan nak ikut mama kat Aam central. Sampai-sampai je kat PKNS tu, manusia punyerla ramai. Semua pakat nak shopping sebab last week before balik kampung agaknya. Kat SACC je kurang sikit orang. Tu terjumpa member yang baru habis pantang tgh bershoping.. Hehehheh Borak2 kejap, terus decide nak balik rumah. Lagipun nak kene tolong mama masak semua.
Hari ahad plan nak g KL, tp bila dengar cousin cakap kat KL jammed gile, terus cancel nak g sana. Duduk rumah je hari tu, kemas2 apa yang ptt lepas kenduri tu. Abang lak mengecat pagar. Konon nak samakan dengan pagar depan rumah. Heheheh akhirnya siap sebelah je. Tu tak tau la bila abang nak sambung keje dia tuh.. Ntah2 abah yang sambung…
Sekarang Khayra dah sangat2 pandai berdrama. Kalau kita marah je, dah pandai buat muka and suara merajuk. Konon sedih sangat. Kalau suka, dengan mata-mata dah nampak garisan je.. Senyum sambil tutup mata. Khayra belum pandai jalan lagi.. Dia takut rasanya. Kalau orang pegang tangan dia, boleh je jalan. Hari tu, dari kafe kat hospital sampai ke pintu masuk hospital, dia jalan sambil berpimpin dengan abah khayra. Kalau tak perasan, Khayra dh boleh melangkah sendiri 2 3 langkah lepas tu perasan, terus duduk takut. ayokkk… apa ni Khayra.. Memanjat, turun katil sendiri, panjat tangga sume dah expert, tapi berjalan pulak takut.. Hehehehehhe Bila sume dok tanya nape tak jalan lagi, raya nanti takleh la pakai baju kurung cantik, buat tak tau je.. Siap pandang tempat lain. Hehehhehe apa2 jela Khayra.. Ummi tunggu je bila la Khayra nak start jalan secara rasminya…
Ngam-ngam raya nanti kot…
Lots of Luv,
- Ummi Khayra -






Comelnyer Khayra!!~~
Nanti datang penang suruh Khayra jalan. If tak jalan, tak dapat duit raya..fuh ugut tuh! Kikikiki
Comei ke? thank you….
Insyaallah, kalau kitrg sampai, sempat singgah… jgn lupa kasi Khayra duit raya banyak2… Hehehhehehehe