~ Macam Mana Khayra Leh Admited Lagi? ~


Me!  I'm a wife to my precious husband, Khairul Adha and a mother to my sweet little gorgeous princess, Khayra Amirah. I Love to breastfeed my baby.. :) I love my Family so much... :D


Ikutkan kata doktor, kalau masuk dari start Khayra lahir, ini dah kali ke-4 Khayra masuk wad dalam masa 14 bulan. Kali ni bukan sebab 2 kes terdahulu tapi kes berlainan pulak. Pulak tu, 2 kes yang terakhir ni, dua-dua kene masa saya menjadi super busy di office. Aduhai.. Adakah Khayra tidak rela ummi dia balik lewat sentiasa? Sebab itukah? :D Pandai anak ummi ni ye? Kene berusaha lebih keras lagi la nampak gayanya untuk menjadi WAHM. :D

Khayra start kene cirit-cirit dari hari sabtu lagi. Jumaat tu pun, mama kata petang-petang je Khayra akan membuang. And malam ada la sekali je.. Yang kerapnya bermula hari sabtu. Bau dia, Astafirullahalazim…. Lain benar and sangat-sangat b***k. Tak tau kenapa. Kemudian, bila nak menyusu je, macam payah je. Hari ahad pun sama. Cirit-cirit jugak. Tapi aktif lagi. Makan and menyusu pun banyak. Cumanya, tiap kali lepas makan and menyusu, mesti akan poop. Malam tu, Khayra tidur macam susah sikit. Asyik nangis and macam susah je nak menghisap.

Esok pagi, amik keputusan pegi klinik nak check kalau-kalau ada pape. Doktor cakap sume ok. Cuma demam, selesema and batuk. AND cirit based on kami la kan? Check tekak semua takde. Agak tak puas hati, tapi sebab banyak sangat keje, hantar khayra ke nurseri. Malam tu balik lambat sikit. Pukul 9++ sampai umah. Mama cakap Khayra dah ok and berak jugak lagi. Malam tu Khayra dok nangis-nangis macam orang tak sihat. Badan panas balik. Jadi, esoknya saya terpaksa minta cuti dengan bos saya and buat keje kat rumah je. :( Satu hari tu, still berak-berak lagi and macam tak sedap perut. Malam tu, masa kitorang makan, saya susukan Khayra, tiba-tiba je Khayra mengamuk and menangis2. Bila saya tinggalkan meja makan then baru ok. Bila sume dah setel makan, mama amik Khayra then tidurkan Khayra. AKhirnya Khayra pun tidur tapi tiba-tiba dok terkejut-kejut and menangis menjerit2. Sume dah panik time tu. Mama cakap, bila mama bacakan surah al-falaq je Khayra akan menjerit-jerit. Surah lain ok je… Kalut gak la… risau dok tgkkan Khayra… Last-last muntah. Esoknya amik keputusan terus g Hospital.

Jumpa paed Khayra, Dr. Yasmin check semua, paru-paru ok. Cuma tekak Khayra je merah sangat. Mungkin sebab tu Khayra tak berapa nak menelan sangat sebab air liur akan meleleh banyak pulak tu. Lepas tu kalau meyusu pun kurang. Kalau batuk mesti macam nak nangis. SO, doktor suruh buat blood test and check najis sebab dah cirit lama. Untuk check najis itu untuk mengesan sama ada dijangkiti rotavirus atau tidak. ALhamdulillah, bila check untuk rotavirus, Khayra free dari tu. Cumanya, tekak Khayra je la. Doktor kata kalau nak kata ulser, tak nampak ada ulser. Fungus adalah kat lidah. So, doktor kasi gel daktarin tu. Saya tak pandai guna bende tu. Main taram je sapu kt lidah Khayra. Apa yang doktor dapat simpulkan Khayra kene jangkitan virus. Puncanya pun tak dapat di kenal pasti dari mana. Sebab biasanya virus lambat tunjukkan simptom-simptom tu. Kalau Khayra start kene jumaat, sabtu, berkemungkinan puncanya 2, 3 hari sebelum jumaat sabtu itu.

Hari ni berulang ke opis (2 hari lepas sebenarnya). Dalam keadaan macam ni rasa tekanan betul. Kerja memang banyak and bos pun macam xnak kasi saya cuti je. Sebab dia nak keje dia siap.Mestila kan? Dah nama pun bos. Kalau saya kt tpt dia pun risau. conferencenya minggu depan je, tp keje banyak lagi. Tapi at the same time saya memikirkan ank saya pulak. Dalam keadaan mcm ni, mestila dia nak saya kn? Kekadang saya fikir, mungkin sbb saya busy sgt lately ni yang Khayra masuk hospital kot. Sebab dah 2 kali jadi bende yang sama.   Tersepit dengan situasi mcm ni. Macam semalam, time tunggu bos saya habis dgn staff baru and kasi kerja, terasa lama giler tunggu. Abah lak ada hal tak leh jg lm sangat. Nak buat cemana? 2 jam lobih gak la…

Semalam, saya memang tak dapat datang keje. Lagipun tiada sape yang boleh tolong jagakan Khayra. Plus, hati ni lebih nak dengan Khayra daripada g keje. Nanti buat keje pun hati tak tenang buat apa kan? Nasib baikla bos ok. Dia kasi saya buat keje kat hospital ni je. And saya berjaya jugak menyiapkan keje-keje tu walaupun lambat siapnya.. :)

Hari ni, Sabtu 31 October 2009, kami masih lagi di hospital. Doktor cakap kalau tengahari ni Khayra dah tak cirit-cirit and dah tak demam, Khayra dah boleh balik.. HO yeahh…. I’m positive to say that today we will discharge.  Alhamdulillah, Khayra dah semaki sihat dan semakin aktif semula. Tidak seperti masa dia sakit hari tu, semuanya tidak kene. Semuanya nak nangis and semuanya salah je…

nota kaki: Harap-harap Khayra akan diberikan kesihatan yang baik dan membesar dengan sihat. Amin

Nota Kaki: Thanks to all my friends yang concern pasal Khayra. Ada yang saya tak sempat nak balas msg2 kalian sebab saya sangat busy dengan keje sambil menjaga Khayra. Entry ni pun dah berapa hari baru sempat publish. And entry sebelum ni memang entry schedule.. :)

Luv,

UmmiKhayra

Related Posts with Thumbnails

Comments

  1. shimaNo Gravatar says:

    Mudah-mudahan kyayra sembuh cepat. Risau shima dengar.

  2. ninaNo Gravatar says:

    kesiannye khayra…kiss sket utk khayra..=)

  3. Nadiah SidekNo Gravatar says:

    kesiannya khayra. sian kat ummi dia juga :)

    mdh2an lps ni khayra sihat & tak perlu admitted lagi..
    .-= Nadiah Sidek´s last blog ..Tepuk tangan =-.

  4. aisyaNo Gravatar says:

    oh..bersabarlah ummi khayra..

    moga khayra cepat sembuh..^_^

    ameen

  5. suzieNo Gravatar says:

    sabar ye yang….apa nak buat..dugaan jg anak sumer tu…hope nothing serius happened to her
    .-= suzie´s last blog ..sian ammar =-.

  6. nurulizzaNo Gravatar says:

    xsmpt nk bc semua blog..duh..ade bby skg ni ssh bebenor nk melekat dpn pc even internet 24 hrs.sedih je bila bc cite ni nih..anak kan..sakit dia xtenang kita.nk tidur pon pk sal anak lg..xpe.itula dugaan menjaga ank.dulu mama izza lgla..anak 7 org..5 yg ats sorg setahun, mama pula keje cikgu.kami xde maid.mmg did tabahla jg kami yg byk kerenah ni (esp izza la..ekek) tp diberi kekuatan..alhamdulillah
    .-= nurulizza´s last blog ..BREASTFEEDING : II Pengalaman.. =-.

    • UmmiKhayraNo Gravatar says:

      heheheh biasala izza, kalau ada anak.. kan? kekadang kene tgk2 kan diorg tu… nak2 dah pandai merangkak dan berjalan. Lagi la entah apa-apa je yang di mainnya.. semua nak amik tau… :) Tu la, orang dulu2 lagi la kan, xder maid, tp boleh jaga anak sampai 7, 8 orang…

  7. h4ni3No Gravatar says:

    ninie.. sori lama tak menjenguk sini. tak tau KA admitted.
    Semoga KA baik2 aje pasni.. takde kena masuk wad lagi, takde cirit birit lagi.. :)

    congratz ye ninie menang jugak MBP contest :D .-= h4ni3´s last blog ..Anakku Ceria Giveaway Contest =-.

    • UmmiKhayraNo Gravatar says:

      Hehehhe thank you hanie… :) Takpe, nini pun dah tak boleh nak blog hop sangat sebab office block blogspot. Guna backdoor pun kene hati2.. tu yg mana sempat je menjengah… :)
      Insyaallah, pasni Khayra sihat2 sentiasa. Amin….

  8. farahNo Gravatar says:

    alhamdulillah..khayra dah sihat..mujur takde apape yang serious.

  9. IntanNo Gravatar says:

    Lama tak jenguk khayra…alhamdulillah dia dah sihat :) Semoga khayra tak jatuh sakit mcm nie lagi ye sayang…

    Dia nak mummy dia benti kerja kot ninie….he he he.
    .-= Intan´s last blog ..BabyIntan’s Giveaway-"Cute Baby in Costume Contest" =-.

    • UmmiKhayraNo Gravatar says:

      Thanks kak.. :) Sorry, tak sempat nak join contest akak.. dah prepare dah costum apa.. :( Tapi sebab busy sampai tak hengat, ini la jadinya.. :)
      Tu la, bila la tiba masanya itu.. :)

Speak Your Mind

*

:-[ (B) (^) (P) (@) (O) (D) :-S ;-( (C) (&) :-$ (E) (~) (K) (I) (L) (8) :-O (T) (G) (F) :-( (H) :-) (*) :-D (N) (Y) :-P (U) (W) ;-)