Saya baru sekarang nak mencari-cari safety gate untuk tangga di rumah. Khayra dah 1 tahun lebih baru nak mencari… Hehehhe Sebabnya, Khayra dah semakin lasak. Nak-nak bila dah pandai jalan and start berlari ni. Jalan nak laju je… Yang buat saya risau, bila takde orang perasan yang dia sedang berjalan-jalan sekali dia buat adegan stunt nak turun tangga. Bab naik tangga dah expert dah tu. Tapi saya akan berada kat belakang Khayra la. Bab turun tangga, Khayra belum pernah lagi.. Walaupun Khayra sekarang ni, dah tau kalau jalan tak rata, dia akan pegang tepi dinding untuk turun.. Kalau nak naik pun sama.. Kalau naik tangga, merangkak.. ( Baru-baru ni masa anak nieta datang, leh pulak dia buat adegan stunt terbaru naik tangga nak berdiri… Ish anak ummi ni…) Tu yang decide nak jugak cari safety gate. Letak atas and bawah. Sebab takut sekalinyer berani nak buat adegan stunt dia tu.. Better be safe than sorry kan? Ya Allah.. Minta dijauhkanla daripada terjadi apa-apa. Amin…
Jadi sebelum cari-cari safety gate ni, saya akan google dulu apa yang perlu saya tahu tentang safety gate nih.
Perlu ke, penting ke.. Elok ke.. ( Of coursela elok kan? Hehehhehe ) Apa kegunaan utama safety gate nih? Dah nama pun safety, of course la untuk keselamatan kan? Safety gate ni untuk melindungi anak kita daripada kemalangan2 yang boleh berlaku di kawasan rumah kita. Masa saya cari-cari gate tu, ada macam-macam design and range harga. ada yang untuk tangga and ada yang untuk pintu and yang menariknya ada yang jenis boleh letak kat ruang tgh je.. Sambung-sambung and jadila macam playground..Hehhehe jakun jugak saya ni kan?
Ada banyak jugak tips2 sebelum membeli safety gate nih. Berpinar jugak la mata ni membacanya.. Hehehhe Sebelum saya beli, saya nak tahu jugakla gate yang macam mana. Kalau kat tangga atas tu macam mana style dia, kat tangga bawah tu pulak macam mana.
Safety gate ni ada 2 jenis so far dari pencarian saya. Jenis pressure mounted dengan hardware mounted. Pressure mounted ni jenis yang portable. Boleh letak kat mana-mana sebab dia gunakan tekanan untuk melekat kat pintu then kuncikannya. Kebaikan jenis ni, adalah, senang nak bukak balik and tak rosakkan dinding2 rumah. Walaubagaimanapun, jenis ni tak disarankan kalau kita letak kat tangga belah atas. Sebab let say la baby tu kuat, then anak kita tolak gate tu macam mana?
Jenis lagi satu, hardware mounted. Ha, yang ni jenis yang screw kat dinding tuh. Jenis ni kira dipercayai sikitla kalau kita letakkan kat bahagian atas tangga tu. Cuma, kene attachedkan kat dinding la and permenantly kat situ.
Lepas tu kene tgk safety gate tu ada potential tak untuk dipanjat oleh anak kita. Hehehheh Kalau boleh cari yang kaki anak kita tak leh letak pun kat gate tu untuk memanjat. Ada jugak jenis yang vertical tu kan? Yang tu pun ok as long as takde yang melintang dari atas ke bawah. Sebabnya, kalau ada yang melintang tu, chances anak kita berjaya memanjat tinggi.
Time nak beli tu, kita test dulu gate tu senang nak bukak tak. Senang nak tutup tak. Kalau kita guna 1 tangan je ke, boleh tak bukak. Mana tau tangan penuh ke kan, tak pun tgh dukung anak kita ke, lepas tu susah lak nak bukak. Dah jadi satu hal lak.. Macam dalam satu websites tu tulis “A good baby gate should keep babies in place but be somewhat easy for adults to get around”. Hehehhehehhe
Last sekali, kita kene check dulu pintu or tangga kita tu boleh tak muat dengan gate yang kita nak beli tuh. Kasi ukur siap-siap la bape cm lebar dia. Sebab ada sesetengah pintu or tangga rumah tu, jenis yang lebar kan. AND Kalau takde gate yang muat dengan yang sedia ada nih, ada la option terakhir. Jenis Super-wide baby gate. Yang saya terjakun sikit tu… hehehhehe Yang boleh letak kat ruang tengah je sambung2 kan. Sebab gate jenis tu boleh tarik2 kasi lebar. CUma gate jenis ni sangat mahal. Saya ada tgk kat baby store, dalam RM800++ Huh…. Geleng kepala suami saya…
Bila saya mencari-cari safety gate ni, average price around 200++. ( ni yang biasa punyer tau.. bukan super wide tuh ) Itu untuk 1 je.. Kalau nak 2 macam mana? Mak aih… mau dalam RM500 kan? Waahhh…. memang la kita tidak boleh berkira untuk anak-anak, but its too expensive for me…
Ada sape2 tak yang tau mana nak dapat yang murah?
Nota : Saya bukan berkira, tapi saya mengira ketebalan kocek saya juga…
Nota: Kalau nak baca lebih lanjut sila la ke sini and sini pun ada….
Luv,
Ummi Khayra





nini..kt sini murah2..tp dlm USD la..so far xpulak izza cek kt mesia..sbb pregnant pon kt sini jd mmg xtgk sgtla brg bby kt mesia..bukan xtgk sgt tp mmg xgk.hehe.so far brg bby kt sini mmg murah2.agaknya sbb tu kot wardina beli brg mainan kt ank dia..
.-= nurulizza´s last blog ..Autumn BBQ =-.
yeke? Wahhh… Kalau nini beli kat sana, pastu izza tolong deliver kan boleh? kos penghantaran mahal tak?
kos takut mhl la kot.nnt izza cek.sbb xpnhla pos brg kt mesia.org msia pos brg adala..hehe.nnt iza survey tkt ship lg mhl dr brg xberbaloi pulak kn?sini mmg wajib ada safety gate..mmg keutamaan safety bayi..carseat pon wajib tau.kalau xde,bby xdbenatkan blik dr spitl..
Nanti izza check ek.. kalau ok, bleh je..
Sukeerr….

Tu la, baca-baca memang kat sana sangat strict kan pasal baby ni. Kita kat msia ni je yang kurang sikit bab2 keselamatan ni… Sebab tu kemalangan especially jalan raya asyik meningkat je…
wah, detail sungguh ni… lps ni leh guna info akak je lah utk cr safety gate…
kwn shira de anak kembar… dia tak buat safety gate kt umah dia tau tp dia buat satu ruang, kepong dgn papan utk anak2 dia main kat situ…
cm best plk tgk, ada ruang khas utk kiddies kt dlm umah…
.-= AshAnas´s last blog ..Miela77 Aksi Di Aidilfitri Contest.. =-.
Yeke shira? wahh.. best tu buat gitu…
ada idea creative. Tak yah beli yang super gate tu…
cuma masalah Khayra ni tak suka dikurung.. DIa nak main redah je… hehehehe tkt tangga tu especially..
tangga tu yg bahaya… dats y la shira n hubby xnak beli umah 2 tgkt tp ayah shira beria suh cr umah 2 tgkt… hehe…
.-= AshAnas´s last blog ..Miela77 Aksi Di Aidilfitri Contest.. =-.
hehehhe tu la.. tangga memang bahaya. budak2 ni mana la tau apa tu bahaya kan?
eh… kenapa ayah shira nak shira cari rumah 2 tgkt gak? sebab luas and privacy sikit kot belah atas tu…
hehe…bdk2 mmg suka sungguh dgn tangga. pantang nmpk…nak turun naik je kejenya
.-= Nadiah Sidek´s last blog ..Perginya anak kecil buat selamanya… =-.
tula… sebab apa pun tak tau… rata-rata budak2 memang suka sangat memanjat tangga kan?
ehehe..best gk bce entry ni.nk tau x ape i bwt bl ank i satu hari brp kali turun nek tngga ng die.pnat i.last2 tau x i bwt ape..i notice my son ni jnis tkot kt binatang hidup ke mati ke cth mcm kucing.kbtulan dkt rmh i (i tggl ng my big family) adik2 i ade bli patung harimau putih siberian yg bsa mcm teddy bear tu,i letak ng tgh2 tgga.trus ank i xbrani panjat tgga.hehe..(menjadi jgk taktik ak).hehe..mmgla kalo pk xelok mnakot2kn ank,tp what to do..nk bli safety gate rse mcm xbbaloi,so ltakla portable tiger tu kt situ.nk anak slmt..tpksela bwt mcm tu =p..tiap kali die melintas tgga tu mesti die jeling dlu tgk ade x tiger tu kt situ..kl ade die trus blah cpt2..hehe