~ MomBloggersPlanet Cutest Baby in NATURE Contest ~

November 13th, 2009 by UmmiKhayra Leave a reply »

Me!  I'm a wife to my precious husband, Khairul Adha and a mother to my sweet little gorgeous princess, Khayra Amirah. I Love to breastfeed my baby.. :) I love my Family so much... :D


Ini merupakan contest yang kedua terakhir dianjurkan oleh MBP untuk MBP’s Cutest baby photo contest.  For this November, the theme is “Cutest Baby in NATURE” . Apa yang boleh kita describe kan dengan nature or alam? nature, atau dalam maksud yang umum, adalah sama dengan natural world, physical world, atau material world.. “Nature” merujuk kepada kehidupan pada umumnya. Dengan penggunaan pada zaman ini, ‘Nature’ merujuk kepada haiwan, tumbuhan dan alam semulajadi seperti cuaca, tenaga dan sebagainya.  Oleh itu, contest kali ini memang luas. Boleh jadi dengan apa pun kan? Even bergambar dengan kucing pun dah kira nature jugak. Betul tak? Apa-apa pun, here’s the picture of Khayra in nature.

DSC00377 DSC00375 DSC00373 DSC00371

Gambar-gambar di atas di ambil di rumah my PIL. Khayra memang suka aktivit-aktivi luar ni. Dari kecik lagi lepas balik nurseri je, bila atuk amik, atuk akan bawak Khayra jenjalan keliling rumah sambil siram pokok, kutip daun-daun kering dsb. Mungkin sebab itu kot Khayra suka berada di luar. :)

KA_11months

Gambar ini pula di ambil semasa kami mandi manda di Ulu Kalong, Ulu Yam dengan keluarga dan makcik2 dan sepupu2 abang. Hehehhe ini merupakan kali pertama Khayra mandi sungai tanpa rasa takut. Sebelum tu Khayra takut2 sebab air mengalir deras. :) Last-last bila dah tau air tu ok, arus tak kuat, dia pulak tak ingat nak naik. Sampai kecut2 tangan dibuatnya.. :D

Sejak dari kecil lagi, Khayra memang banyak aktiviti luar sebab ummi and abah memang busy ke sana ke mari. Tiap minggu ada je aktiviti yang dilakukan. :) Jadi, Khayra memang terdedah dengan dunia luar ni sejak dari baby lagi. :) Dan saya memang suka melakukan aktiviti luar bersama Khayra. Kenapa??? Bagi saya, baby sememangnya mempunyai perasaan ingin tahu yang sangat tinggi. even waktu baru lahir pon, baby dah start blaja sume pasal dunia baru die.. baby akan cuba utk pahamkan ape yg diorg nmpk, sentuh, rase, pegang, dengar n lain2.. Sebab itu, aktiviti luar banyak membantu perkembangan anak kita. Dengan mendedahkan anak2 kite dengan aktiviti luar ini dapat  mengajar anak kita untuk appreciate nature ni dan membantu dalam language development.

  • Anak -anak sekarang kebanyakannya cume dapat tgk perspektif yg sempit utk dunia ni.. diorg slalu dlm car seat la, walker la, banyak masa dihabiskan indoor. Oleh itu, dengan mendedahkan anak kita dengan aktiviti luar, dapat mengajar anak kita mengenai objek sebenar, seperti binatang n pokok yang betul…
  • Bagi saya, apabila kita beri pengalaman dengan nature kepada anak kita ia membantu dalam stimulate senses of our baby, dan buat diorg lebih suka utk tau psl sifat2 nature. Contohnya, warna bunga, bentuk2 binatang, keadaan cuaca dan keadaan persekitaran.
  • Dengan melakukan aktiviti di luar, kita boleh gunakan sekeliling kita untuk bercakap mengenai keindahan alam ciptaan Allah ini. Kita beritahu bentuk-bentuk yang ada disekeliling kita. Ini dapat meningkatkan daya pemerhatian dan merangsang deria lihat anak kita. Contohnye kulit pokok ke, kaler2 bunga, bentuk atr bunga/daun..
  • Selain itu, aktiviti luar juga dapat membantu merangsang deria bau anak kita. Kita boleh merangsangkan deria bau ini, dengan memberitahu beza bau2 bunga, bau-bau pokok, bau-bau tanah dan lain-lain lagi.
  • Dengan melakukan aktiviti luar juga kita boleh galakkan anak kita untuk merasa texture2 yang ada disekeliling mereka. Ini dapat merangsangkan deria sentuh anak kita. Contohnya, macam mana rasa rumput, macam mana rasa batu, macam mana rasa pokok dsbnya.
  • Selain itu, kita juga boleh dedahkan dengan bunyi-bunyi yang ada di sekeliling kita. Ini dapat merangsangkan deria dengar anak kita. Sebagai contoh, kalau kita di kampung, mesti ada ayam, itik, lembu, burung. Dari situ, anak kita boleh belajar bunyi-bunyi binatang yang original.Tempat yang paling mudah nak memperkenalkan anak kita dengan binatang-binatang ini adalah di Zoo…
  • Dengan beraktiviti di luar juga, secara tidak langsung, kita dapat mengajar anak kita apa bahaya-bahaya yang boleh diorang dapat. Sebab baby ni, tak tau apa-apa pasal apa yang bakal diorang tempuh. Diorang cuma fikir having fun je. Jadi, kita kene aware dengan apa yang anak kita buat. Contohnya kucing. Semua anak kita suka dengan kucing kan? Selalunya anak kita ni, usap-usapnya kejap je, lepas tu terus tarik ekor kan then kena cakar. Oleh itu, kita kena fahamkan kepada anak kita macam mana perasaan kucing itu bila ekor kene tarik dan kenapa kita rasa sakit. Ini memerlukan social skill yang bernama decentering ( rasa apa yang orang lain rasa ). Kemudian apa itu rasa sakit kalau buat bende-bende bahaya dsbnya.
  • Dengan memperkenalkan dunia luar kepada anak kita juga dapat membantu dalam menyemai kan semangat cinta alam. Selain itu juga, kita dapat mengajar anak kita untuk menghargai makhluk-makhluk Allah yang lain. Kita boleh semaikan perasaan ini dari kecil lagi. Lebih-lebih lagi, anak kitala pemangkin generasi masa hadapan. Kita perlu ajar mereka cintakan alam supaya alam kita kekal terpelihara. :)
  • Selain daripada kebaikan untuk anak kita, kebaikan untuk semua ( family ) pun ada jugak. :D Ia dapat mengeratkan lagi ikatan ibu bapa dan anak-anak bila kita dapat melakukan aktiviti luar ini bersama-sama. Kita akan rasa lebih bahagia, tidak stress dan hubungan kekeluargaan akan menjadi semakin rapat. :) Saya suka…. :D
  • Yang paling penting sekali, dengan mendedahkan anak kita dengan dunia luar juga,  dapat memberitahu anak kita dengan lebih dekat tentang kebesaran kuasa Maha Suci Allah yang menciptakan sekalian makhluk. Dengan ini juga dapat mengenalkan anak kita dengan penciptanya iaitu Allah SWT. Ajar tentang betapa agungnya ciptaan Allah, betapa uniknya ciptaan Allah. Subhanallah… :)

Walaubagaimanapun… dalam proses tu, kite kena make sure diorg belajar secara selamat sebab macam yang saya bagitau tadi, anak kita ni memang langsung tak peduli pasal bahaya2 ni…:)

Antara aktiviti-aktiviti atau permainan yang boleh kita buat bersama-sama anak kita ketika kita beriadah atau bercuti di luar or even di rumah pun adalah melawat zoo – Kita dapat melihat haiwan-haiwan yang susah untuk anak kita lihat di luar seperti harimau, singa, gajah dan sebagainya, menanam pokok bersama-sama dengan anak kita. Mereka mesti akan enjoy bermain tanah dan tolong untuk menyiram air. ( Ini dr baby lagi si khayra dok ikut atuk siram pokok.. tanam pokok bila petang-petang balik dari nurseri. :P ), bersiar-siar di taman, bermain di pantai dan banyak lagi aktiviti yang boleh kita lakukan yang saya percaya mummy2 semua mesti dah bawak and plan. :)

Okeh akhir sekali…

Ini la penaja

MBP Contest

dan penganjur untuk contest ini. :)

luv,

UmmiKhayra

Yang paling penting sekali, dapat memberitahu anak kita tentang kebesaran kuasa Maha Suci Allah yang menciptakan sekalian makhluk.
Related Posts with Thumbnails
Advertisement

4 comments

  1. iedaNo Gravatar says:

    alahai cutenyer khayra! good luck :)

    pssttt…lame xdgr cite khayra :) ieda´s last blog ..KOLEKSI KASUT ANDA CONTEST My ComLuv Profile

  2. h4ni3No Gravatar says:

    aiitt.. KA korek idung ker tu? hehehe
    good luck yer KA comeyy
    h4ni3´s last blog ..Anakku Ceria Giveaway Contest My ComLuv Profile

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
:-[ (B) (^) (P) (@) (O) (D) :-S ;-( (C) (&) :-$ (E) (~) (K) (I) (L) (8) :-O (T) (G) (F) :-( (H) :-) (*) :-D (N) (Y) :-P (U) (W) ;-)