Siapa-siapa yang dah beranak satu dan juga yang planning nak anak, mesti penah dengar mengenai asid folik. Betul tak? Especially untuk ibu-ibu yang sedang mengandung, asid folik ini sangat penting untuk mereka. Asid folik ini juga salah satu daripada keperluan utama untuk ibu-ibu yang mengandung. TETAPI ada ibu-ibu yang pregnant ni, kadang-kadang amik remeh je bende ni. Betul tak? Ada yang makan selang sehari, ada yang makan kadang-kadang bila teringat and ada juga yang tak makan langsung. Alasan? Terlupa, malas and tak boleh nak makan. Betul tak?
Saya ni dikategorikan dalam golongan pelupa. Ecehhh..
Masa saya pregnantkan Khayra dulu, nasib baik ada husband yang sentiasa mengingatkan daku, dah makan ubat ke belum? Kenapa tak makan lagi? Bila nak makan ubat tu? Bla.. Bla.. Bla… ( mcm mak nenek pun ada..
) Apa pun, thank you honey for remind me that time..
Alhamdulillah, sebabkan ada suara-suara dibelakang itu la saya makan asid folik ni setiap hari. Lagipun, alhamdulillah, nasib saya baik ketika tu. Saya tak perlu makan banyak ubat. Setiap bulan, doktor hanya beri saya asid folik sahaja. Takde ubat-ubat lain. Tu yang senang je hati makan…
Bulan-bulan terakhir je saya dah amik obimin.
Kenapa nak kisah sangat pasal asid folik ni? Penting sangat ke? Perlu ke? Sebenarnya perlu tau… Asid Folik ni untuk memastikan pertumbuhan janin/fetus/bayi seiring dengan pembesarannya. Asid folik ni penting untuk perkembangan saraf, pembinaan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang bayi kita semasa dalam kandungan. Ada kajian yang menyatakan, dengan memakan asid folik, dapat membantu mengurangkan risiko kecacatan pada saraf tunjang dan tempurung kepala atau dipanggil “Neural Tube Defect” atau NTD.
Asid folik ini juga elok di makan sebelum kita pregnant lagi. Mana-mana pasangan yang plan nak pregnant, doktor mesti akan beri asid folik pada pasangan itu. Apatah lagi kalau dah pregnant. Itu pun, ada yang malas and tak suka makan asid folik ni.
Di Amerika Syarikat satu kempen dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada wanita kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu yang sedang mengandung. Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan yang diperkayakan dengan asid folik atau dengan pil asid folik. Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 Microgram (400mcg) atau 0.4mg setiap hari, 2 ke 3 bulan sebelum merancang mengandung dan semasa mengandung. Pemgambilan asid folik adalah perlu namun dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor untuk pengambilan asid folik dan apa-apa penambahan makanan dan vitamin.
Asid Folik ini merupakan ahli kumpulan vitamin B. Oleh itu, antara sumber makanan yang membekalkan asid folik adalah: barli, daging lembu, membran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, BUAH KURMA ( saja saya highlightkan sebab Kurma memang banyak Khasiatnya- and saya ada buat post pasal kurma nih…
) , sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.
Sekiranya kita kekurangan asid folik ini boleh menyebabkan :
- Sakit disekeliling mulut.
- Sakit lidah.
- Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak.
- Anemia.
Jadi kepada semua kengkawan saya yang tengah pregnant tu, rajin-rajinkan la diri ye untuk makan asid folik. Selain untuk diri sendiri, ia juga elok untuk bayi dalam kandungan kita tu.
Nota: Setuju tak?
Luv,
UmmiKhayra












terasa la plak…dulu masa haziq rajin je…masa husna ni malas sikit..tp alhamdulillah syukur, Husna sihat
Hehhehe shima, jangan terasa-rasa… Biasala… nini pun bukan rajin sangat… Nasib ada adha…
slm cik nini..hehe saje pgl gitu..muda lgla katakan..ekeke
iza pon ade anemia..mmg hb rendah ms pregnant..hb preggie plg tinggi 8. rendah smpi 6.rendahkan? mmg cpt je nk pitam..xleh jalan laam2..hb xnormal.hb type E which blood cell is really thin and bcz of the size, is hard to carry oz.
pastu doc suh makan 5 tablet folic acid.tersgtla maals..tu pon hubby yg paksa.kalau x..mmg xhbs..xlrtla nk makan..tp mmg kena makan kan..utk bby..;p
nurulizza´s last blog ..BREASTFEEDING : II Pengalaman..
Hehheheh terasa muda la pulak pgl cenggitu…
xpe2.. kita masih muda lagi kan izza… 
Alhamdulillah nini time Khayra tu xde masalah apa-apa. Nasib baik makan 1 biji and 1 jenis je…
Tula, kalau hubby tak paksa makan, mesti nini skip2 jugak.. sebab lupa.. tapi untuk kebaikan anak kita, kene makan jugak…
hb 6 tu dah rendah tu… tapi izza memang xder pape sebelum preggy kan? skrg ni dah ok? sebab pembawakan budak kan? Nini nanti, 2nd baby tak tau la macam mana pulak..
OH B4 PREGGIE MMG ANEMIA..mmg b4 preggie ada msld drh.hb xpenh ats 12..preggie lgla rendh..
pst dh preggie ke…
nurulizza´s last blog ..Permintaan ramai ~~
Oh… yeke? kene banyak makan makanan tambah darah ni..
banyakkan makan bayam.. Elok….
Sebab kekadang orang tak suka makan hati and kerang kan? 
hehehehhe… dok eh.. belum lagi.. insyaallah… akan datang…
dah ader 2nd baby k nih?ekekeke
hahahha dok eh.. mana ada lagi… saja je kasi tips2 and peringatan…
setuju! mmg acid folic penting..dulu saya pon ade terlupe makan hahaha sekali 2 je la..habis kena marah ngan mak
hehheheh betul2… saya pun sokong… ( eceh…
) Tula, kekadang pun terlupa gak…
Alaa… nurul lum pregnant lg? even dah makan folic asid berbulan2 lamanya still tak melekat lg. sedey..
Sabar ye nurul. Tu semua dugaan dan ujian dari Allah SWT. Insyaallah, ada rezeki nanti melekat, sekali dapat kembar..
Yang penting kita kene berusaha.