~ Sore Nipples, Engorge Breast, Susu Merundum ~


Me!  I'm a wife to my precious husband, Khairul Adha and a mother to my sweet little gorgeous princess, Khayra Amirah. I Love to breastfeed my baby.. :) I love my Family so much... :D


Sebenarnya cerita kali ni, related dengan cerita yang dah basi. :) Kisahnya dah lebih 2 minggu lepas kalau tak silap saya. Sekarang ni, production saya sangat merundum. Semuanya berpunca daripada puting saya luka. Kebiasaannya yang saya dengar, puting luka masa awal-awal BF tapi saya lepas anak dah setahun lebih. :)  Rupanya, puting luka ni boleh kene bila-bila masa je kalau tak kene gayanya. Apa punca saya kene? Sebab khayra suka menggantung dan tak nak lepas. Ntah macam mana, lama-lama luka. Saya yang tak pernah rasa puting luka, memang terasa sangat-sangat sakit. Hanya tuhan je yang tau macam mana rasanya nak-nak bila Khayra menghisap dan saya pam susu bila kat office. Last-last memang saya pam sikit je kat office and selebihnya guna tangan. Daripada zero knowledge pam guna tangan, sekarang saya dh tau macam mana nak guna tangan. Saya setakat tau je la, belum lagi expert or even intermediatela sampai boleh kosongkan B. Time tu teringat kak emma. Salute la kat dia, sebab dia boleh guna tangan je untuk pam susu anak dia.

Nak dijadikan cerita, sebab saya ni tidak mengeluarkan susu sepenuhnya bagai, maka… Apa yang jadi ye kengkawan? B saya pun bengkak la… Sakit gile sampai saya demam. Saya tuam-tuam dengan tuala suam pun tak jalan… takat tuam je.. sekalinya Lyna ada bgtau, apa yang dia buat, sambil tuam, sambil pam.. bila dengar, patutla tak jalan… Ekekkekekkekek Sudahnya memang membengkak and susu memang tak nak kuar.. Konon-kononnya nak  bagi kat Khayra, tp Khayra mengamuk2 sebab tak de susu. Saya demam sampai mencecah ke 39.7C sampai menggigil2la.. So, abang paksa gak g klinik buat check up takut bukan sebab B tu. Bila bagitau doctor semua, doctor check, doctor bagi satu ubat antibiotik. Klinik ni saya biasa pegi, tp jumpa bukan doktor biasa jumpa. Saya dah cerita saya memang BF and biasanya memang kalau doktor yang biasa dengan saya tu akan kasi ubat yang sesuai untuk BF mother. Nak dijadikan cerita, masa tu, saya memang terlupa nk bgtau doktor tu and tanya sama ada ubat itu sesuai ke tidak dengan BF mum. :(

Bila makan, alhamdulillah, bengkak tu memang dah surut. TETAPI… Susu saya pulak jatuh merundum terus. Nasib baik tak jatuh flat garis melintang terus je… Huhuhuh betapa strugglenya saya nak dapatkan bekalan untuk Khayra. Nak-nak saya memang takde stok. Bila kat ofis pam pagi paling banyak dapat 2oz.. Paling banyak ok… Biasa dulu dapat la 4oz walaupun Khayra last menyusu pukul 7, saya pam 830-9am… sangat sedih… Lepas tu biasanya nak sampaikan ke lunch dah boleh rasa B ni berat. Apa yang rasa memang ringan je… Lembik… :( Takkan sebab ubat tu kot… Huhuhu cumanya alhamdulillah, khayra ok je.. cuma saya kene balik awal ke rumah. Kalau tidak mesti Khayra dah nak susu. My mum dah suruh topup je dengan FM.. Sebab my mum cakap, memang ubat yang doktor kasi kalau kita bengkak, akan keringkan susu. Ohh… tidakkk… Saya akan berusaha gigih untuk mendapatkan kembali masa-masa gemilang dahulu.. chewahhh… Saya pun dah order suplement dari lyna. Nak cuba… And then izza pun cadangkan makan oat. Walaupun saya memang tak suka oat, boleh la dipertimbangkan… and kawan baik saya, suzy suruh try mayonis and roti. Nanti nak try jugak. Chaiyok3…. :)

Sekarang, alhamdulillah, nipple saya dah ok. Dah tak luka dah. Apa yang saya buat, saya letak je susu saya sendiri. Alhamdulillah, berkesan walaupun saya tak guna apa-apa cream or gel untuk nipple luka ni. :) Oh… macam biasala kan, kalau saya mengalami sesuatu regarding BF ni, saya mesti akan cari-cari info pasal benda tu kan untuk dikongsi bersama and untuk rujukan saya kelak.

Dari apa yang saya baca, punca nipples kita luka due to improper latch. Menyusu dalam posisi yang tidak betul. Apa posisi menyusu yang betul? Sape tahu? Hehhehe yee… betul…Saya ada postkan di entry sebelum ni di sini.

Mungkin saya kene masa tu sebab khayra bukan menyusu sangat tapi dia nak bergayut je memalam. Sudahnya tak masuk betul nipple tu dalam mulut dia. Sepatutnya areola tu pun kene berada dalam mulut baby kita kan? bukan sekadar puting sahaja. Oleh itu, posisi yang betul sangat penting untuk mengelakkan puting luka selain daripada untuk menstimulatekan pengeluaran susu yang betul.

Selain daripada improper latch, penggunaan breast pump pun boleh sebabkan luka. Saya memang kalau guna breastpump saya, saya akan gunakan volume yang rendah dulu. Kalau terus kuat, saya takut sakit. :P

Selain tu jugak, masa nak keluarkan B kita dari mulut anak kita. Kene slow2 jangan main tarik je. Especially mana-mana anak yang dah ada gigi. Hehehhehehe Saya gunakan jari kelingking saya kat hujung mulut anak saya, lepas tu cuba untuk keluarkan dengan cara yang perlahan-lahan dan selamat. :D

Ok.. sekarang ni memang tengah berusaha gigih untuk mencukupkan keperluan Khayra. Nanti kalau dah sampai order saya dari lyna, and saya try saya bagi testi lak… :)

Luv,

UmmiKhayra

Related Posts with Thumbnails

Comments

  1. nurulizzaNo Gravatar says:

    nini..mmg boleh bygkan nini sakit tu..sbb sakitnya hanya Allah yang tahu.nak2 bila anak hisap lama.macam Iman dulu kat spital, mmg nk bergantung je.sampi 5-6 jam xnak lepas. dah lepas dia melalak pula.mmg terpaksa tabahkan hati.sakit tu mmg sagt kan..

    bila nurse dan doc serta lactation tau (ada lactation khas kat spital sini) dia banyak sgt ajar.walau pon ajar tapi sakitnya yela kan.smpi ada nurse tu apa nama dia entah..lupa dah..dia cakap kat Iman

    “hey little pumpkin, pls properlatch to ur mum, do not ur mum hurt. how pity she is”.

    haha lawak pulak. iza byk tel umah, yela kt sorg2 kan, sakit ebrsalin lg, dhla jahit smpi 12 tau. pastu pula, Iman nangis, then sakit puting.tersangatlah tension!sentiasa doa tau.doa dlm tangis.bengkak mata2 ni.hehe~~

    mama ckp sapu air susu je. jd 1- 2 minggu tu pum, then izza try bf la.sakit pon terpaksa. lepas tu mesti sapu dgn lebihan susu, xpon iza sapu krim triple nipple cream tu (midwife kasi). mmg krim tu safe for baby.kadang setiap kali duk nyusu, bgtau iman ni

    “iman..hisap betul2 ye..sian umi..nnt iamn pon xleh nk minum susu. kesian umi kan.hisap pelan2 ye.”

    masa tu pon b4 iza bf, mmg berlatih dgn iman juga, proper latch and proper position. kadang tu nini, even mmg patut areola ptt masuk sume dlm mulut baby, tapi ada sstgh org, bb mulut kecikd an aereola besar. as long as bby weight gain dan kita xsakit, tu ok la tu.everytime iza bc website bf, la leche ;eague tu, atau mana2 hand out, mmg semua cakap dan highlight

    “BREASTFEEDING IS NOT HURT”

    So mmg salah kita la kalau sakit.ehehe..
    ada byk website. iza biasa ke la leche league.

    pasal engore tu pon iza ade jugak.sakitnya Allah yg tahu sbb bengkak kan..iza kalau dh berat, mmg iza pump.takut demam. pump pulak jgn lama2 dan sucking tu kuat.nnt jd worse tau

    iza guna medela symphony- tersgt mahal kat sini pon 1500 USD ok? tu iza pinjam je dr milkworks.mmg kalau ada yg mslh dgn bf ni, gi kt milkworks jumpa pakar laktasi atau rent pump.

    skg try nak beli medela pump in style-nk ganti posa nih. takut susu kurg pulak..mmg cabarn susukan anak esp yg keje.tp bf tu tuntutan sunnah tau..apsal nk bg anak susu binatang kan?

    iza teruja dr faridah di http://2uzulfa.blogspot.com. sanggup dia buat program utk bf ni..suke sgt.kalau kt msia dh lama gi sana. tapi xleh kan..hehe
    .-= nurulizza´s last blog ..Alahai Iman..~ =-.

    • UmmiKhayraNo Gravatar says:

      Wahh…. banyak pengalaman izza kan? semua dah rasa and kat sana, mcm seronok je.. Sebab siap dapat makan untuk bf etc.. Cuma yang tak bestnye kita sendiri-sendiri je la.. berjauhan dari family. Tu la, memang masa kene tu, sangat-sangat sakit. Sampai tak leh nk bayangkan and imagine.. ( sakit bersalin lagi sakit.. ni pun dah ngada-ngada kan? :D ) Thanks izza share pengalaman izza… :)

  2. h4ni3No Gravatar says:

    hai ninie.. dah ok ke skrg?
    .-= h4ni3´s last blog ..How Do You Organize Your Bag? =-.

Speak Your Mind

*

:-[ (B) (^) (P) (@) (O) (D) :-S ;-( (C) (&) :-$ (E) (~) (K) (I) (L) (8) :-O (T) (G) (F) :-( (H) :-) (*) :-D (N) (Y) :-P (U) (W) ;-)