~ Teknik Penyusuan Yang Betul ~

November 17th, 2009 by UmmiKhayra Leave a reply »

Me!  I'm a wife to my precious husband, Khairul Adha and a mother to my sweet little gorgeous princess, Khayra Amirah. I Love to breastfeed my baby.. :) I love my Family so much... :D


Masa awal-awal saya pregnant, memang saya dah berniat untuk fully BF anak saya. Pada masa tu, dah ada kawan saya yang memang fully BF anak dia. Masa tu, kawan saya ni beritahu saya, kalau betul2 nak BF kene kuat semangat sebab awal-awal BF ni sakit sangat. Nak-nak masa time anak menghisap. Masa tu saya tak nak fikir kan sangat pasal sakit2 ni sebab saya bersalin pun tak lagi.. :P Lepas saya bersalin, alhamdulillah masa saya di hospital, nurse tunjukkan cara lekapan yang betul sebab malam Khayra lahir tu, Khayra asyik menangis sebab tak dapat menyusu. Hehehhehe Jadi nurse datang and tunjukkan pada saya apa yang sepatutnya saya buat kalau nak BF baby kita. :)

Mesti ramai ibu-ibu yang macam saya jugakkan? Tak tau cara yang betul macam mana nak menyusukan baby kita especially tuk anak sulung. Itu yang kekadang membuatkan orang give up dari BF and terus kasi FM sebabkan tak tahan dengan rasa sakit tu.Oleh itu, kita perlu tahu cara yang betul bila menyusukan anak kita. Sebab BF ini sebenarnya tidak menyakitkan. :) Percayala… :)

Masa saya di hospital tu, nurse tu ajar kepada saya macam mana nak letakkan baby kita ketika nak memberi susu.  Masa tu nurse suruh saya rapatkan Khayra ke arah saya dan B saya. Lepas tu, kepala dan badan kena lurus dan selari. Masa tu, Khayra tengah dalam bedung dia… So, nurse suruh saya longgarkan sikit bedung tu untuk kasi Khayra lagi selesa. And then tampung bahagian belakang and punggung anak kita dengan tangan kita guna macam-macam mana pun, asalkan kita selesa. Macam saya, saya akan letakkan bantal bawah tangan saya and Khayra. Kira tinggi sikit. Lepas tu boleh la bersandar di kerusi. Sebabnya, kalau kita tak selesa, nanti anak kita tak puas menyusu kita dah lepas kan pulak. :)

Kemudian, semasa nak masukkan puting ke dalam mulut anak kita, kene pastikan daerah areola/ yang hitam tu masuk sekali dalam mulut anak kita. Ada setengah daerah hitan tu banyak kan? Jadi tak perlu la nak jugak masukkan semua. Ada jugak tercekik anak kita tu karang.. :D Masukkan ikut selesa kita. Then nurse tu cakap, ikut mana saya selesa. Nak tampung B or biakan je pun boleh. Nurse tu ada tanya saya, saya ada pegi class penyusuan tak? Serius cakap, awal-awal dulu saya tak fikir pun menyusukan anak ni susah. Bagi je B dah setel. Jadi saya memang tak terfikir pun nak pegi class apa pun. Even class sebelum bersalin tu pun tak pegi. Huhuhu Bila saya jawab takde, dengan rela hatinya dia mengajar saya macam mana cara-cara yang betul. Then nurse tu tanya, masa saya kasi susu tu, ada rasa sakit ke tidak? Bila saya cakap ok, tak sakit, then she said ‘ Then its correct position because u didnt felt it hurt’. Okay… Thanks to her. :)

Kalau kita nk cmfrmkan yang cara kita tu betul atau tidak, kita tengok masa menyusu tu ada tak bunyi menelan datangnya dari anak kita? Lepas tu sakit ke tidak? Lepas tu tengok anak kita akan hisap..hisap..hisapp… lepas tu diam… hisap.. hisap.. hisap… lepas tu diam.. ada ke tidak? Then dagu dia cecah tak B kita? Pastu bibir anak kita macam terkeluar tak? Kalau ada ciri-ciri tu, especially tang sakit atau tidak semasa anak kita menghisap B kita, insyaallah, dah betul dah cara penyusuan kita tu. :)

Sambil menyusukan anak kita, kita boleh borak2 dengan dia. Walaupun mulanya macam dia tak faham, tapi sebenarnya otak baby dah start untuk dirangsang. Sekarang ni, Khayra dah besar. Dah tak pakai sangat dah posisi badan tu. Sebabnya Kahyra dah boleh buat adegan stunt menyusu sambil tertongeng2… Sabar je la saya… Cuma, posisi menghisap tu memang kene betul. Kalau tidak kene macam saya baru-baru ni. Puitng saya luka. Huhuhu Nanti next entry saya cerita. :)

Kalau nak gambaran lebih jelas lagi tentang posisi yang betul, cara lekapan yang betul boleh pegi kat sini untuk melihat gambar-gambar tu. :)

p/s: BF itu sangatla menyeronokkan.. Betull… Cubala rasa… :)

Luv,

UmmiKhayra

Related Posts with Thumbnails
Advertisement

8 comments

  1. elissNo Gravatar says:

    btol2..memang seronok bf ni..tapi kalo x dpt nak buat mcm mana kan..me seronok bf even x fully bf dan lagi ’seronok’ bila gigi dah tumbuh semua…sakit..huhuhu :( eliss´s last blog ..Contest Reka Tagline Produk Dan Menang My ComLuv Profile

  2. skrg ni dh mcm2 teknik dh sara buat..dh takde dh cradle/football position..asal lekap kt mulut dia,jadik…tetonggeng2 dia isap susu..aduss..

  3. nurulizzaNo Gravatar says:

    aah..mmg luka..iza dulu smpi berdarah.jenuh nurse n lactation kt spital duk ajar.pi jumpa lactation kt milkworks lagi.2-3 minggu awal2 tu mmg bf tgk gmbr je..nurse n lactation bg..tp skg ni..iman mmg..asal sumbat mulut dah..kaki ke mana kdg tu kaki dia duk menari2..hihi..sbr jela..;0
    nurulizza´s last blog ..Hisap jari kemudian hisap kain >_< My ComLuv Profile

    • UmmiKhayraNo Gravatar says:

      hehehheh tu la… once budak dh besar, macam-macam adegan stunt diorg buat. Kekadang tu, saja je menyusu sambil baring kat atas badan kita. Aduiiii…. Tapi bila tengok rs happy and seronok sangat bila diorg buat cenggitu… :P

  4. shimaNo Gravatar says:

    Macam kenal je kawan yang bagi tahu kena kuat semangat kalau nak fully breastfeed….:)

    Mula-mula je sakit(masa ni la kena kuat semangat)..Maklum la mana ada orang nyot-nyot lama2 B tu.Tetiba je bb kuar paling kurang pun 2 jam sekali bf pastu sekali bf kekadang 15 minit.Bila B dah kebal..no problem..anak buat gaya cam mana pun ok je…betul tak kawan-kawan?
    shima´s last blog ..Dah bukan rezeki My ComLuv Profile

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
:-[ (B) (^) (P) (@) (O) (D) :-S ;-( (C) (&) :-$ (E) (~) (K) (I) (L) (8) :-O (T) (G) (F) :-( (H) :-) (*) :-D (N) (Y) :-P (U) (W) ;-)