~ Yesterday Khayra @My Office, Today Khayra @Hospital ~

~ Yesterday Khayra @My Office, Today Khayra @Hospital ~


Me!  I'm a wife to my precious husband, Khairul Adha and a mother to my sweet little gorgeous princess, Khayra Amirah. I Love to breastfeed my baby.. :) I love my Family so much... :D


Semalam sebabkan saya dah tiada cuti, saya minta izin bos untuk bawak Khayra ke office. Khayra demam dan batuk-batuk kahak dengan muntah-muntah. Sabtu lepas (14 Nov ), lepas Khayra amik MMR jab,  mula-mula tu Khayra ok je. Tu yang kami boleh siap ke country homes, then ke birthday syasya lagi.  Start malam ahad tu, Khayra dah panas badan and start demam. Masa tu saya fikir mungkin sebabkan jab sabtu hari tu. Malangnya, sampai semalam, Khayra tak baik-baik lagi demam dia. Lepas tu batuk2 sangat susah sekali. Seperti ada something yang tersekat di kerongkong Khayra. Tiap malam mesti tak lena tidur. Mesti akan nangis dengan batuk-batuk dan sampai ke tahap muntah2. Tiap malam khamis semalam. Tu yang saya pun minta izin bos nak bawak Khayra ke office. Sebabnya cuti saya dah habis, MC dah habis.. Takde apa lagi yang tinggal.. Nak hantar Khayra ke nursery pun tak sampai hati. Petang tu, Khayra batuk-batuk sangat teruk, sampaikan bos saya pun suruh saya balik bawak Khayra rehat. ALhamdulillah, at least bos saya tahu saya bukan cakap je yang anak sakit. Sebab baru je tak sampai sebulan pun, Khayra ada sakit teruk sampai admitted.

Pagi tadi ( jumaat – 20Nov ) kitorag decide nak pegi check lagi sebab Khayra dah 5 hari demam.. Malam jumaat tu je dah kurang. Kalau tidak, memang bergantung pada ubat. Kalau tetiba saya lambatka ubat demam dia, tetiba je badan Khayra akan panas. Maka, pagi tadi sampai kat hospital, paed Khayra ada emergency pulak. So, jumpa Dr. Hoe kat KPJ Selangor. Bila tanya pasal ubat, saya bagitaula apa ubat yang saya bagi. Sebab sebelum ni, saya terus pegi GP biasa je. Saya bagitau yang Khayra dah ambil antibiotik jenis augmentin ( ubat antibiotik ni according to dr. Hoe adalah antibiotik yang paling kuat sekali. ) Kemudian ubat cairkan kahak, Rhitanol. Betul kot ejaan nya.. Salbutamol dan satu lagi ubat batuk yang saya dah tak ingat nama dia tapi rasa peach. Bila doktor dengar je nama-nama ubat yang saya bagi tu, dia cakapla, ubat2 tu memang dah untuk stage yang kuat. Dr. sebelum ni memang dah agak Khayra mungkin kene jangkitan di dalam paru-paru. TETAPI, disebabkan ubat-ubat high-level ( ekekekke mcm tinggi sangat la pulak.. :P ) ni pun tak dapat cure kan Khayra, and lagi teruk, Dr. pun suruh up kan lagi stage iaitu buat neb and admitted. And worse come to worse, fisio lagi.. :( KA-n-Balloon

Ini gambar semasa Khayra dah boleh discharged baru-baru ni.. :)

Saya terpaksa amik unpaid leave dan tak tau kali ni berapa lama sebabnya kemasukan kali ni kalau diambil kira keadaan Khayra, kelihatan lagi teruk dari sebelumya… :( Dalam fikiran dah berkira-kira dah nak bgtau bos cemana… Alahai… Doakan Khayra cepat sembuh ye kengkawan… :)

ka-n-hospitalKhayra semasa di bilik wad menunggu. Sebab bilik dah penuh. Ramai yang masuk spital..

Nota: Ada sesiapa yang masuk KPJ minggu nih? :D

luv,

UmmiKhayra

Related Posts with Thumbnails

Comments

  1. h4ni3No Gravatar says:

    aduii.. admitted lagi si kecik nih. get well soon khayra. ummi pun jgn susah2 ati sgt, jgn pikir psl keje. yg penting bagi khayra sihat dulu.. hugs utk khayra.. fuhh fuhhh jampi bg cepat baik :) .-= h4ni3´s last blog ..Congratulations Azri! =-.

  2. sulianaNo Gravatar says:

    helo ninie…

    sedihnyer dgr anak sakit… sue sgt paham masalah tu sbb diya pernah admitted once. and Tuhan jer tau mcm maner bersyukurnyer sue sbb tak kerja n fulltime mom boleh jaga diya kat hospital. sikit sue tak risau sbb sue tau sue boleh jaga diya. just imagine kalau sue kena kerja waktu tu, i dont think i can work tho… strong woman u r to be able to work knowing anak sakit. tabah kan semangat tu and harap ur baby will recover soon..
    .-= suliana´s last blog ..Disney Babycakes II =-.

    • UmmiKhayraNo Gravatar says:

      hi sue.. memang kalau anak sakit kita mcm tak de mood lgsg nk kerja. satu apa pun dh tak masuk… tu la kekadang tu rasa tensen gak sebab yg satu tu periuk nasi untuk Khayra jugak… yg satu lg anak sendiri.. tu pun bos nini dah byk consider dengan nini. sampai nini rs unfair pulak dgn staff lain.. :( thanks sue…. moga Khayra cepat sembuh… amin….

  3. Lerr ciannya kat khayra ni…takpe ye khayra…auntie n Damia doakan semoga Khayra cepat sembuh ye sayang….cian ummi khayra risaukan khayra tu…lamanya tak jumpa khayra ye..tengok kat pic tu nampak dah besar n bertambah comei khayra ni :) .-= MamaDamia a.k.a Haiza´s last blog ..Contest Anak Dara Ku Bertocang by Sitisifir10 =-.

  4. ibuarifaNo Gravatar says:

    salam uk,

    Khayra tak sihat sampai kena admitted yer.. kesian Khayra..Uk banyak2 bersabar yer..

    Aunty doakan agar Khyra cepat2 sembuh yer, cepat2 keluar hospital tau..

    harap bos UK dapat memahami situasi UK ni ..insyaALLAH..
    .-= ibuarifa´s last blog ..@ Anakku Ceria Give-Away Contest =-.

    • UmmiKhayraNo Gravatar says:

      Salam ibu arifa… :) thanks ye ibu doakan Khayra.. Moga2 Khayra cepat sembuh lepas nih.. :)
      Alhamdulillah bos UK memang consider dgn situasi UK cuma dah selalu sangat, yg membuatkan UK sendiri rasa tak sedap hati. Tu yang bawak je Khayra ke office.. :)

  5. Nadiah SidekNo Gravatar says:

    ya Allah…kesiannya…takziah buat nini sekeluarga…mdh2an khayra cepat sembuh…
    .-= Nadiah Sidek´s last blog ..Safiyyah’s first steps =-.

  6. nurulizzaNo Gravatar says:

    sedihnya bc entry ni/ khayra kena asma x? biasa asma gitu.iza punya famly (belah ayah mmg gen asma) kebanyakan adik2 ayah membesar kt spital je. sebab benda mcm nila..esp yg tang kerongkong tu. tp alhamdulillah adik beradik kami memang xde asma.

    sian die..uhuk..moga2 cepat sembuh ya.mg2 nini tabah ye. ehe amin.jg anak mmg cabaran.;)
    .-= nurulizza´s last blog ..Bersyukurlah~ =-.

    • UmmiKhayraNo Gravatar says:

      nini tak sure tapi kalau ikutkan dari doktor macam nak ke arah asma. harap-harap bila dah besar nanti, Khayra semakin ok.. :) Betul tu izza, jaga anak memang banyak cabaran..Insaf saya bila memikirkan macam mana la mak2 kita dulu jaga kita. Sekarang kita dah berada dalam situasi diorg pulak. :)

  7. einaNo Gravatar says:

    Salam,

    sian Khayra… Aira dulu admitted pasal brochitis gak, kena fisio ngan neb sama jek… insyaAllah cepat baik bile dh fisio..

    get well soon….

Speak Your Mind

*

:-[ (B) (^) (P) (@) (O) (D) :-S ;-( (C) (&) :-$ (E) (~) (K) (I) (L) (8) :-O (T) (G) (F) :-( (H) :-) (*) :-D (N) (Y) :-P (U) (W) ;-)