Minggu lepas dan minggu ni, maybe my bad weekend kot. Rabu lepas, lepas je kitorang dinner dengan mama semua kat sek 19, Shah Alam, malam tu abang terus demam panas. Tinggi pulak tu temperature dia. Lepas tu pening kepala sampai tak boleh bangun. Khayra pulak, malam tu tetiba je start batuk-batuk and muntah sekali. (Mama ada bagitau Khayra macam panas sikit badan dia masa selasa tu. Tapi lepas tu dah ok… ) Pagi Khamis tu, hantar Khayra ke nurseri sebab tengok Khayra tak demam, cuma ada sikit selesema. Lepas hantar Khayra, hantar abang ke klinik. Time tu suhu abang dah cecah 39.5C. Suhu tinggi, kepala pening, sakit2 otot, lemah seluruh badan, simptom-simptom denggi. So, doktor kasi MC 2 hari. Kalau tak elok lagi, datang balik buat blood test. Saya sampai office lambat lagi…
Malam jumaat tu, demam abang tak kebah lagi. Khayra pulak, tetiba je batuk teruk. Dengar macam ada kahak.. Saya dah start bertambah risau. Dengan keadaan abang yang tak kebah langsung walaupun makan ubat, kemudian dengan Khayra yang batuk-batuk and malam tu memang muntah lepas saya susukan dia balik keje. Malam jumaat tu memang tak tidur sangat sebab nak tengokkan Khayra, kemudian nak tengokkan abah Khayra pulak. Jumaat, hantar Khayra lambat ke nurseri, and saya pun sampai lambat sikit. Terpaksa hantar Khayra sebab jumaat susah sikit. Walaupun hati risau dah. Yela, sape nk jaga Khayra kalau abah semua pegi solat jumaat? Tiba-tiba tengahari tu, nurseri called bagitau Khayra muntah-muntah and macam sesak nafas. Saya lagi bertambah risau. Minta abah tolong amik Khayra lepas solat jumaat, and abah cakap Khayra asyik nangis je. Susu pun kurang. Malam tu macam kelaparan, menyusu lepas tu muntah lagi. Nasib baik sabtu tu appointment untuk Khayra followup Khayra. Boleh check terus.
Sabtu, demam abang tak baik lagi, terus bawak g klinik, and buat ujian darah. Hasilnya memang positif denggi. Time tu platlet cell 107. Doktor suruh refer hospital. Lepas tu kami jumpa paed Khayra pulak. Bila check, doktor cakap memang ada slightly phlegm dalam lung Khayra. Khayra pun dah start batuk walaupun takde demam. Wahhh… baru je Khayra discharged, dah kene balik.
Menurut doktor, bronkitis biasanya menyerang baby sekali je, kemudian kalau kena lagi sekali munkin kebetulan/ nasib tak baik. 90% baby akan kene paling banyak 2x, and 10% lagi akan kena berulang kali, Dari rekod, Khayra dah 3x admitted due to her bronco. And sekarang ni baru lepas baik, tetiba initiated lagi. So doktor cakap, Khayra ada posibilities lain. Doktor tak cakap apa dia but saya rasa, doktor nk cakap asthma kot. Menurut Doktor lagi, last option kalau tak sembuh-sembuh lagi, berkemungkinan Khayra kene makan ubat setiap hari untuk 6 bulan. Tapi, tu akan jadi last result la. So, dia bagi 4 jenis ubat yang sebelum ni Khayra tak pernah ambil dan antibiotik yang lain dari biasa. Doktor suruh makan this whole weeks and tengok macam mana hasilnya sabtu ni. Kalau tak ok jugak, doktor might consider untuk pergi ke 6 bulan on medication everyday. Hati ni berat sangat sebab kalau boleh tak nak Khayra bergantung pada ubat. So, mama ada suggest suruh cari doktor lain untuk second opinion and try kat sorang doktor kat Sentul. Insyaallah, akan diusahakan.
Abang pulak, tak nak admitted kat SMC. Susah saya nak pegi keje semua katanya. So, kami ke hospital lain pulak kali ni. Lagipun, SMC comfirm penuh and mesti single bed susah nak dapat macam kami last time. Petang tu admitted, and platlet dah turn ke 88. Suhu tertinggi abang penah capai 40.5C.. huhuhu sampai kan 2x masuk ubat ikut punggung. Sebab suhu panas sangat and tak nak turun-turun. Platlet according pagi tadi, dah jadi 46. Turun rendah sangat. Ikutkan doktor, memang biasanya akan turun sampai ke 1 angka pun boleh, then lepas tu dia akan naik balik. Once naik, insyaallah akan naik terus. After that baru feel better sikit. Macam sekarang abang nk pegi toilet pun macam orang mabuk tu ha.. sebab kepala sakit and pening2. Saya yang dekat dengan dia pun tak larat nak dekat sebab suhu panas sangat. Semalam mama belikan jus kurma. So Khayra and abang sama-sama minum jus kurma tu. Harap-harap akan cepat sembuhla hendaknya.
Sekarang ni, hari ni, saya dengan Khayra kat office. Serba salah nak hantar ke nurseri. Lagipun saya nak tengok sendiri anak saya makan ubat. Kalau hantar ke nurseri macam mana saya nak tengok dia sebab nurseri jauh. Sekarang pun ada planning nak cari nurseri dekat dengan office sebab senang saya menjenguknya nanti. Tapi tu la, tak tau nak cari kat mana.
Harap-harap kedua-dua orang tersayang saya ni, cepat2 la sembuh.Amin…
Nota: Letih memang letih sebab kena jaga 2 orang sekaligus. Biasanya abang akan tolong kalau Khayra sakit.
Luv,
UmmiKhayra

Seoanjang minggu ini, dari 27/2/2012 hingga 1/3/2012, sebarang penghantaran untuk baju di adrinis tidak dapat kami lakukan kerana kami bercuti. [...]



salam UK..uishh cuak gak saya dengar berita ni..hmm kawan saya yg pernah kena denggi dulu bgtau kalau nak baik cepat minum sup ketam..cubala UK masak dan bagi husband minum sup ketam dan doa byk2 supaya cepat sembuh.
.-= farah´s last blog ..Macam2 afif =-.
Salam Farah,
Memang penah dengar pasal tu.
Sekarang ni kasi air 100 plus. Sup ketam insyaallah, nanti saya usahakan… Apa-apa untuk suami kan?
salam ninie… betul tu sue ader dgr sup ketam sgt bagus tuk denggi pople.. myb u shld try it.. just plain sup ketam.
sedih dgr cerita nie sampai kena bawak anak kat opis pun ader… lucky ur bos is very understanding kan??? neways, good luck and be strong girl..
.-= suliana´s last blog ..Wedding Cake Set =-.
Salam sue…
Haah, bila nini ckp dgn mama pun dia ckp mmg sup ketam boleh.. tp, hubby nini allergic dgn seafood. Nak-nak ketam… tkt benda lain pulak… lepas tu br nini teringat yang hubby ada allergic. Sudah lupa pasal tu…
tu yg xjd bg… kitorg try air pucuk betik pulak..
Thanks sue for the support…
sedapnya sup ketam.. orang tak sakit pun boleh jadi mengidam
ninie.. banyaknya dugaan bertimpa2. be strong ye. saya doakan both khayra n abahnya cepat sihat
.-= h4ni3´s last blog ..Khayra is 2! =-.
Hehehhe tula, sampai saya pu tetiba mengidam la pulak…
Thanks ye hanie for the support…
Fuhh…dugaan..sabar byk2 ye…
Setiap dugaan yg Allah berikan kepada hambaNya setimpal dgn kemampuan diri sendiri. So be strong ye Ninie…lepas ni InsyaAllah dua2 dah baik.
.-= afams-chan´s last blog ..Conclusion of last weekends =-.
Thanks ayda… Insyaallah, nini akan jadi seorang yang lebih kuat dan tabah…
yaAllah kesiannya, boleh rs kesedihan dan ketakotan akak.bykkan bersabar ye.iza rs betolla mgkn khayra tu asthma.simptom mcm tula.tp org kata budak ms kecik ada asthma dh besar insyAlllh hilang.mcm iza dulu pon macam tu cuma tak sekuat khayra.
sbnrnya kalau blh nk elakkan ubat kan.its a drug. apa2 ubat pon ia adalah dadah kan. mcm kat sini bby under 6 month doc xkasi ubat.katanya baby dpt imun dr susu ibu – if breastfeed.
sedih sgt bc entry kaknini kali ni.nsb baik duk dgn mama kan.bolehla tumpang.kalau sorg2 ish..iza kalau sorg2 mmgla maunya takut entah2 xdpt buat apa..
akak..ure storng lady, mom and wife..
moga2 bos kat opis memahami.sabar ye.ill pray 4 3 of u
.-= nurulizza´s last blog ..Resepi Untuk Yatie Chomeyl and Puan Punyer =-.
Thank you izza…
Tu la, memang biasa orang cakap kalau kecik-kecik ada asthma, besar nanti insyaallah hilang. Harap-harap Khayra macam tu la..
Tula, akak kalau boleh nk elakkan daripada Khayra depends sangat kat ubat. Tu yang tengah cuba macam-macam. Sekarang Khayra minum jus kurma. Dalam jus tu, ada kismis, badam, madu. Alhamdulillah, so far Khayra belum lagi ada allergik sebabkan madu tu. Cuma poo poo dia la tak macam biasa.
ALhamdulillah, bos akak pun faham. and insyaallah akak akan jadi kuat…
Thanks ye izza for the support..
salam UK, syafakumullah…UK x bitau apa2 pun pasal kondisi mereka…kuat2 UK…InsyaAllah everything will turn out ok. please tell us if you need anything, ok
Salam UM… Thanks UM for the support… UK busy and banyak benda yang nk kene setel sampai lupa kekadang tu. Insyaallah, mungkin ni ujian dariNya supaya kita lebih lagi mengingati Dia.
Thanks sebab nak membantu.. Kalau ada pape, UK bagitau ye…
siannya UK sekeluarga… harap semua cepat sembuh… hope UK kuat n tabah
.-= AshAnas´s last blog ..Selamat Hari Raya Aidiladha =-.
Thanks ye shira… Insyaallah, akan kuat dah tabah…. Dah lama tak berkunjung blog shira…
moga UK sekeluarga cepat sembuh.maknya pun take care,..nak jaga 2 lagi tu
.-= Dayah´s last blog ..Suami atau isteri ke pasar? =-.
Thanks ye dayah…
Insyaallah, saya akan jaga diri.. Nanti susah pulak kalau semua sakit..
semoga semuanya baik2 sahaja lepas ni..kuatkan semangat yer..
.-= eliss´s last blog ..Dan Pemenangnya Ialah…. =-.
Thank you eliss… Moga-moga ni dugaan untuk mengingatkan saya lebih lagi kepadaNya…
betul nini..ko bagi sup ketam..ketam nipah kut tak silap aku..masak biasa jgn la masak sedap2 perasa bagai..abang aku yg sulung dulu kejap je hilang dia nyer denggi
Adha allergik dengan seafood. Nak-nak ketam..Aku pun baru teringat bila mama adha bagitau. Memula memang nak buat dah… kene guna cara lain la pulak… Thanks ek..
Lama tak jenguk sini…kesian nya kat ninie. Byk dugaan…sabar ye ninie.
Intan doakan ur hubby and khayra lekas sembuh dari penyakit mereka…kesian sgt kat khayra, asik keluar masuk hospital je. Cuba lah try option lain mcm homeopati ke ninie?
Pas tu, yg farah ckp pasal sup ketam tu….100% betul. Cepat2 buatkan utk ur hubby. My hubby dulu pon ada kena gak chikungunya…alhamdulillah after mkn sup ketam. reading dia turun. Same goes to my neighbour yg kena denggi gak…dia mkn sup ketam, terus ok. Kalo boleh hari2 masak sup ketam spi dia better kay dear
Thanks ye kak for the support… Baru nini teringat yang HUbby allergics dengan seafood. So, mama nini cakap jangan kasi sup ketam takut nanti jadi sakit lain pulak… Huhuhu Tadi mama datang bawak air pucuk betik. Tengokla macam mana nanti minum air tu.
moga nini tabah dan smg kedua2nya cepat sembuh..ameen..
.-= Nadiah Sidek´s last blog ..Salji dah turun! =-.
Thanks nadiah for the Doa… Amin….
salam
semoga cepat sihat!
.-= Fid´s last blog ..Emas Kahwin berapa perlu dibayar =-.
Akak….
Thanks ye kak fid..
Alhamdulillah, dah discharged dah jumaat tadi..