~ MomBloggersPlanet Cutest Baby SMILING Contest ~

December 15th, 2009 by UmmiKhayra Leave a reply »

Me!  I'm a wife to my precious husband, Khairul Adha and a mother to my sweet little gorgeous princess, Khayra Amirah. I Love to breastfeed my baby.. :) I love my Family so much... :D


Ini merupakan contest yang terakhir dianjurkan oleh MBP untuk MBP’s Cutest baby photo contest. Tema penutup contest MBP ni adalah “Cutest Baby SMILING” . Inila gambar yang saya pertaruhkan… :)

khayrancat

Khayra senyum

Nama : Khayra Amirah Khairul Adha

DOB : 25 Aug 2008

Khayra nak tau kenapa ummi suka tengok Khayra senyum? :)

  • Of course most of the time ummi sukatengok Khayra senyum dan happy. Bila tengok Khayra sedang tersenyum ni, memang membuatkan ummi terasa aman and tenang je… :)
  • Bila tengok Khayra galak tersenyum, ummi yang dalam keadaan penat pun hilang segala penat tu.. Rasa bertenaga balik je.. Rasa fresh semula.
  • Bila tengok Khayra senyum, hati ummi ni rasa nak cubit-cubit je pipi tu.. geram ok… rasa nak cium-cium je pipi tu… Geram sangat kat Khayra kalau Khayra senyum.
  • Dan yang penting sekali, bila tengok Khayra senyum, ummi tau Khayra dalam keadaan yang terbaik. Sebab kalau Khayra senyum, happy maksudnya Khayra kenyang, Khayra tak sakit, Khayra selesa, Khayra rasa selamat, Khayra rasa comfortable, Khayra rasa fantastic. :D Dengan senyuman je yang boleh bagitau ummi yang anak ummi ni sihat, kenyang dsbnya. Kalau menangis? Mesti ada yang tak kena. :)
  • Apa lagi ek? Kalau Khayra senyum bisa bikin ummi tak nak pegi keja.. Nak duduk rumah je dengan Khayra. Hahahhahhaha  Secara tak langsung, ia membantu memberikan ummi semangat untuk berusaha lebih keras lagi untuk capai impian ummi untuk duduk rumah.. :)
  • Kalau Khayra senyum jugak, kasi ummi kekuatan untuk pegi kerja untuk bantu abah cari nafkah dalam membesarkan Khayra.

Jadi, Khayra kena sentiasa senyummmmmmmmmmm je sepanjang masa tau…. Ekekkekeke ( ada jugak nanti cakap anak saya ni tak de perasaan. Asyik senyum je… Hahahhahha ).. Itu apa yang saya rasa dan saya percaya, mesti ramai mama mama, ummi ummi, ibu ibu or senang cakap all mothers akan rasa benda yang sama kan? Hehehhehehe

Selain itu, senyuman juga ada rahsia-rahsia dia. Ini saya dapat dari SINI. Apa rahsia dia?

  1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. ( awet muda bak kata orang dulu-dulu.. :D )
  2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. ( Ni kes kasi semangat kat kita la nih kalau kita senyum, anak pun senyum… )
  3. Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. ( Patutla kalau berkerut buat lagi penat… hehehhe )
  4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri. ( Tengok anak senyum pun dah buat happy and selesa, apa lagi kalau kita pun senyum kan? )
  5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa. ( Wahh… ni senaman terbaik untuk orang yang malas bersenam macam saya… )
  6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan. ( Sebab tu saya sayang Khayra sebab membantu saya agar tidak stress.. )
  7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ’stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan. ( ohh… senyum pun stress jugak ek.. Tp stress baik la… )
  8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .
  9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
  10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung. ( Khayra banyak-banyak senyum ye… boleh tolong ummi untuk elakkan sakit jantung :D )
  11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
  12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
  13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
  14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan. ( yes… saya setuju.. senyum boleh sejukkan hati.. tgk Khayra senyum pun sama… )

Hehehe itu berdasarkan kajian-kajian. Selain daripada eksperimen2 menunjukkan rahsia senyuman itu, kita juga tau dengan tersenyum, boleh membuatkan kita namapk lebih menarik dan mudah untuk orang nak berkawan. Cuba kalau muka masam? :) Selain itu juga, senyum boleh mengurangkan stress dan mengubah mood kita. Senyum juga boleh buat orang lain turut tersenyum dan gembira. Senyum tu kan sedekah… Jadi,  ” Smile Always No Matter What”. (Tapi kadang-kadang saya tak mampu jugak senyum sentiasa.. heheheehehe )

Okeh akhir sekali…

Ini la penaja

MBP Contest

dan penganjur untuk contest ini. :)

luv,

UmmiKhayra

Related Posts with Thumbnails
Advertisement

2 comments

  1. ibuarifaNo Gravatar says:

    comelnyer Khayra..habis nampak gigi dia tuh..bulat2 gigi tuh…

    good luck yer :) ibuarifa´s last blog ..@ MomBloggersPlanet Cutest Baby Smiling Contest My ComLuv Profile

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
:-[ (B) (^) (P) (@) (O) (D) :-S ;-( (C) (&) :-$ (E) (~) (K) (I) (L) (8) :-O (T) (G) (F) :-( (H) :-) (*) :-D (N) (Y) :-P (U) (W) ;-)