Sebenarnya entry ni dah lama giler dalam kotak draft saya. Saya tak sempat nak habiskan entry nih. Banyak sangat bende yang jadi sampaikan blog pun dah jarang saya update. Nak-nak ujung tahun ni, lagi macam-macam yang jadi. Hehehhehe
Sebelum saya bagitau result hasil percubaan saya nih, meh la saya kasi intro dulu.
Ketika kegawatan susu, untuk dapat kan sehari 9oz pun cukup susah.. Time tu, lepas kena bengkak susu, and saya ada makan ubat antibiotik, nama apa dah tak ingat, mama cakap, masa dia kena dulu, susu akan kering sebabkan ubat tu. Time tu saya agak kaget jugak la sebabnya memang susu saya dah start merundum gila-gila. ( ermm… susu pun ada gila gak ek.. Hhahahhaha ) Mama suggest kat saya supaya bagi Khayra minum FM untuk topup kalau tak cukup. Tambah mama, Khayra dah besar dah pun. Dah setahun lebih dah, boleh dah start kasi FM.
Ikutkan, saya memang bercita-cita untuk BF Khayra sampaila ke umur 2 tahun tanpa ada susu tambahan. Jadinya, saya cuba jugak berusaha untuk dapatkan yang terbanyak saya boleh dapat. Tetapi apakan daya saya, saya cuma mampu merancang. Satu hari tu, saya memang dah takde stok, susu yang saya dapat tu pulak, tak dapat nak tampung keperluan Khayra. Time tu pulak, Khayra kuat menyusu. Akhirnya, mama kasi Khayra minum fresh milk. Mama cakap, Khayra ok je minum fresh milk tu. Tak kisah pun. Masa tu memang down la kejap, tapi bila fikir balik, daripada Khayra kelaparan, konon tak nak kasi anak susu, bertegas sangat dengan kehendak kita sampai abaikan keperluan anak, saya merelakannya. Time tu saya fikir, its ok.. asalkan Khayra tak kelaparan.
Walaubagaimanapun, saya tetap tak nak putus asa. Walaupun mama cakap, susu memang akan kering, tapi saya tetap yakin, kalau ada lagi demand, insyaallah, ada lagi rezeki untuk Khayra. Macam-macam saya cuba. Sampaikan kawan saya called tanya nak tak cuba minum air yang adik dia minum masa susu kurang. ( Zie, bila nak kasi air tu?
) Semua takde menunjukkan perubahan. Even pil ASi yang most people cakap memberi kesan yang bagus pun, bila tiba kat saya, macam biasa je. Khayra pulak kena effectnya. Asyik berak2 je. Walaupun saya dah makan 2 biji je sehari as recommended by Farah. Bila saya stop makan, baru Khayra membuang macam biasa.
Lepas tu saya tau Lyna ada jual trial pack shaklee untuk kesihatan dan yang boleh membanyakkan susu. Jeng jeng jeng…. Apa lagi.. saya pun cuba la pujuk husband minta belikan.. sebab saya nak try… HEhehhehehe Hasilnya?
or
Jeng
jeng
jeng…..
.
.
.
.
.
Alhamdulillah, selepas seminggu saya makan, memang nampak perubahan la. Kalau dulu ngam-ngam tuk Khayra esoknya je, tp sekarang dh ada lebih. Memang ada perubahan dengan syarat kita kene makan tiap hari. Memang berkesan tuh…
Jadinya, akan dipertimbangkan untuk continue ke idak.. Orang cakap shaklee ni mahal.. Tengok harga pun memang mahal, tapi bila kira-kira, bukanla tiap bulan kena beli. Sebab kuantiti dia berbeza-beza. Boleh sampai 3-4 bulan. Bila kira-kira, dalam RM200++ untuk 3-4 bulan. Bagi saya berpatutan la kalau compare dengan resultnya. Lepas nih boleh la minta en. hubby belikan.. Saya tolak la duit facial dan kosmetik saya. ( ahhahahha macam ada and pakai je semua tu… Ekekkekekekkeke )
Pada sape yang nak try, boleh la contact terus dengan lyna ek.
Nota: Ini bukan iklan berbayar ok…
Luv,
UmmiKhayra





sara skrg ni dh tak brp nk minum ebm…so as a solution, sya tinggalkan gakla spare fresh milk dlm 2 botol..yg itu nak pulak dia minum..huhu…so bila blk rumah,mmg dia balas dendam cukup2la..
Khayra so far ok je.. cuma dah kurang la… paling banyak pun 9 oz je siang… tp malam memang banyakla…
.-= UmmiKhayra´s last blog ..~ Selamat Menyambut Awal Muharam ~ =-.
hehe..suke sgt bc entry akak ni.yela asyik duk mengadu je kt bloggers ni susu merindum tuptup dah ok.alhamdulillah,
ump adik iza dulu ajen sharklee.brg dia mmg mahal tapi..semua ok. demi anak dan sunnah, duit tak berkira kan.bg iza, duit boleh cari, susu badan susah nk dpt ;p
kalau kat sini, bby bf biasa smpi setahun je.ms iza jumpa lactation kan, dia tya smpi bila nk bg susu pd bby, iza ckp smpi 2 thn.dia ckp ok ke.sebab sini plg lama pon 1 thn.iza jwb..ikut agama kita smpi 2 tahun kan.
xpe kak, keep doing what ure doing..
p/s: ekeke..berkira jugak ye hubby bab kosmetik.iza sini hubby yg suke beli.sebab kdg dia yg bebel muka xokla, bla bla bla..nak x nak, kena pakai juga..;)
.-= nurulizza´s last blog ..Salam Maal Hijrah 1431 =-.
kat sana untuk 1 tahun je ke? ooo… lain-lain ek… takpe, yang penting kita tahu apa kita buat kan? Hehheheh hubby akak tak berkira kalau akak pakai semua barang-barang tu. Dia tau akak tak pakai pun.. barang hantaran time kawin dulu pun, makeup tu semua tak pernah habis pun. Sebab akak memang tak berapa suka pakai make up…
Facial pun jarang pakai. Kalau rasa nak pakai baru nak pakai.. Teruk kan? Huhuhuhu sekarang ni memang nak kene pakai, sebab dah tua…
.-= UmmiKhayra´s last blog ..~ Selamat Menyambut Awal Muharam ~ =-.
iza pon sama kak..hantaran dulu hubby xde bagi make up, just lipstick dan satu set eye shadow. tu pon lgsg xtersentuh. facial pula, suka juga pakai tapi ikut mood. tang rajin pakai, pakai, bila dtg malas mmg xjalan lgsg.hubby selalu la bebl.sebab xjaga sgt.ekeke
sekarang kena jaga betol2..sebab x cun macam dulu da..
.-= nurul izza´s last blog ..Setengah Hari Berjalan =-.
tula.. skrg nih kne jaga muka la pulak.. hehhehehe karang xcntk hubby membebel la pula. ekekek