Ya, ini lah yang saya buat selepas saya kene bengkak susu hari tu.
( Dah lama dah post tu… ) Bermula dari situ saya dah tahu macam mana nak perah susu guna tangan. Hehehhehe Terukkan saya? Perah guna tangan pun saya tak reti. Kalau tak disebabkan nipple saya luka suatu ketika dahulu, ( ecehh… ) saya takkan belajar cara-cara memerah susu menggunakan tangan. Bila dah tau, takdela sesusah mana. Cuma, ye, saya mengaku ia penat sikit dan lama. So, pada sesiapa yang expert menggunakan tangan untuk memerah susu mereka memang saya tabik kepada anda.
Dulu saya ada post entry mengenai susu saya yang merundum lepas saya kene bengkak susu hari tu kan? Macam-macam yang saya cuba buat untuk meningkatkan lagi hasil susu saya. Thanks kepada kengkawan saya yang membantu saya untuk suruh cuba ini, cuba itu.. Saya menghargainya. Apa hasilnya sekarang? Nanti saya bagitau kat next entry.
Ok… Sekarang ni, bila saya habis pam menggunakan pam kesayanganku untuk 15-20 minit…
Lepas tu saya akan perah lagi susu saya menggunakan tangan. Hasilnya? Sangat menakjubkan.. Masa pam tu, memang dah tak nampak dah susu saya memancut, yang ada pun keluar setitik2, tetapi bila saya menggunakan tangan, Subhanallah,susu yang keluar dari B saya masih banyak lagi. Still memancut-mancut. Maknanya, selama ini, saya pam, B saya tak kosong pun lagi. Saya boleh dapat dalam paling banyak 1oz untuk kedua-dua belah B saya kalau saya perah dengan tangan SELEPAS saya pam dengan mesin. Banyakkan? Bagi saya banyakla tu tau.. Nak2 untuk saya yang memang susu tak meriah sangat macam orang lain.
Jadi, sekarang ini, untuk mengosongkan B saya, memang selepas pam, saya akan perah dengan tangan pulak. Hehehhe Walaupun masa tu ada extend sikit, tapi sebabkan saya guna masa lunch saya, dan pagi memang saya datang awal giler, and petang pulak, pam dalam kereta, takde masalah la kalau tambah masa sikit.
Oh, idea ni bukan saya fikirkan sendiri tau. Saya tetiba nak cuba cara ni, (selepas saya tahu saya dah pandai guna tangan ) bila ada sorang kakak tu gunakan cara ini. Bila saya tanya dia bagitau dia buat mcm tu sebab bila susu tinggal sikit, dia akan sakit bila perah. So, dia gunakan cara perah tangan untuk kosongkan B dia. Dari situ la idea saya mai..
Nota: Adakah cara saya menggunakan pam tu salah? Sebab tu la B saya tak kosong pun?
Luv,
UmmiKhayra












akak mcm ne nk guna kan cara tu ye..fyi, kdg nipple sore mmg dsbbkan pum yg kt guna tu. sakit kan. tapi tahan jela. tp iza alhamdulillah sekali pom utk 10 min dpt 7 oz.kdg tu lebih. skg ni xtau
hahaha.sbbnya dh xpum.nk ganti puasa ni..ok ke nyusu badan nk mengganti? susu kurang x?
nurul izza´s last blog ..AidilAdha
Wah, byk izza pam tu dalam 10 minit. akak kalau nk dpt 7 oz knela dlm 20-30minit gitu…
Akak belajar kat blog sue. ni link dia http://www.diyaluna.com/diary/2009/04/13/teknik-perahan-susu/ Yang tu senang faham sebab ada gambar ori tp gunakan B palsu. Hehehhehehhee
sblm ada pam dulu pernah gk pam guna tgn. mmg agak letih tmbh2 baru belajar pam secara manual. tp lama dh tak pam & buat stok susu sbb tak ke mana2 pun..duk umah je..hehe..
Nadiah Sidek´s last blog ..Jamuan Aidiladha 1430H
hehehe saya pun kalau tak sebabkan nipple crack dulu mmg tak tau cemana. memang ada hikmah disebalik kejadian.
salam UK,
lamanya saya tak komen kat sini.ejakUK ada domain sendiri… heheh
psal perah guna tgn, saya suka sgt cara tu, sejak spectra saya buat hala..saya hand express hampir 7 bulan.. hasil mmg lumayan, senang lak tu, tak yah basuh2 pam..cuma basuh tgn je. ni utk 2nd baby, saya msh tak hantar service spectra saya.ingat nak hand express je la..
Dayah´s last blog ..Aku seorang kuli
Salam dayah..
Wah, terer dayah pam guna tgn ek.. UK pun nk mempraktiskn diri. Mana tau nnt ada kecemasan ke..
tula, saya pun lm gak tak berkunjung ke sana. sejak2 blogspot kene block.. mmg susah nk ke manamana..
Tula, mcm best pulak hand express tp tu la sebab amik ms lm.. lps tu pnt la pulak… mungkin lelama nnt dh biasa kot..