Eh Eh, keciknya anak you.. you tak kasi makan ke? Kesian budak nih… tengok anak i, badan sedap je pegang.. Dia minum F******. You kasi la anak you susu macam anak I. Sian anak you tu. Takut malnutrition je nanti.
Sape kat sini anak dia pernah orang cakap macam itu or ala-ala ke arah itu? Ada tak? Ramai ibu bapa akan risau kalau anak mereka kecil especially yang breastfeed anak mereka.. Kenapa saya cakap specific kepada yang breastfeed? Pertama: Sebab di Malaysia ni, awareness tentang kebaikan susu ibu masih di tahap yang rendah lagi. Ramai yang lebih percaya dengan iklan-iklan daripada produk formula. Namun insyaallah awareness tentang kebaikan susu ibu ini, semakin meningkat..
Keduanya: Kalau baby tu minum formula milk, kalau ada orang cakap kecik, kita boleh cuba susu lain pulak. Betul tak? Kalau untuk breastfed mum? Nak tukar kepada susu apa? Of course la suara-suara itu mencadangkan supaya tukar kan kepada formula milk.
Memang banyak yang saya dengar dari kawan-kawan saya, dari pihak saya sendiri tentang luahan-luahan hati mengenai berat anak mereka yang tak mengikut grow chart yang doktor beri. Kemudian kena pulak dengan nurse or doktor yang tidak menyokong breastfeed ni. Lagila membuatkan kita bertambah risau. Pada mulanya, saya pun tergolong dari kalangan ibu-ibu, ummi-ummi, mama-mama, mummy-mummy yang risau kalau berat anak masing-masing tak ikut tahap yang sepatutnya. Especially first time mum nih. Tipula kalau saya cakap saya tak risau… Saya pun ibu-ibu seperti orang lain. Ada ke ibu yang tak sayang anak?
Khayra lahir dengan keberatan yang normal. 3.2kg dari rekod doktor. Alhamdulillah membesar dengan sihatnya walaupun Khayra sekarang dalam rawatan. Khayra kena makan ubat prevention sebab dikhuatiri asthma.. Perkembangan? Alhamdulillah.. Memberansangkan. Makin keletah.. semakin aktif, semakin lincah, semakin bijak, dan semakin manja ( manja ni sudah tentu dah la.. :P) Berat Khayra sekarang? Setelah 1 tahun 4 bulan, Khayra baru 7.8kg. Kecikkan?
Sepanjang 1 tahun 4 bulan nih, alhamdulillah, berat Khayra memang meningkat setiap kali di timbang. Namun, peningkatan berat Khayra tidak begitu ketara dan kalau ikutkan grow chart tu, memang Khayra dah masuk kategori malnutrition. Sedih kan? Alhamdulillah, doktor Khayra tak nampak itu sebagai satu masalah. Pertamanya: Perkembangan Khayra stabil malah memberangsangkan. Keduanya: Khayra selalu demam dan sakit. Itu salah satu reason Khayra tak boleh cope dengan chart tu. Doktor cakap bila berat dah naik, then turun balik sebabkan demam. Ketiganya: Khayra still breastfeed dan walaupun berat yang naik tidakla banyak, tetapi every month, memang ada peningkatan. Kemudian, Datuk Dr. Zulkifli Ismail, Past President, Malaysian Pediatrics Association Chairman yang juga merupakan pediatrician di KPJ Selangor pun ada cakap tidak perlu risau tentang keberatan anak kita kalau ada peningkatan berat badan every month dan anak kita aktif, perkembangan ok. Time tu, saya jumpa sendiri dengan beliau masa check up Khayra. Lega.
Saya percaya, faktor genetik juga memainkan peranan. Kalau ibu bapa kecik macam batang lidi, takkan anak boleh besar macam batang kelapa sawit kot. Kalau salah seorang ibu atau bapa yang comel comel je, mungkin anak akan ikut genetik salah seorang. Mungkin ada anak yang tidak ikut ibu atau bapa. Tapi jumlahnya sedikit. Kemungkinan itu bergantung pada faktor persekitaran pulak. Betulkan saya kalau saya silap.
Lagi satu, saya ada baca dah lama dah pasal grow chart khas untuk breastfeed baby. Lepas tu nampak dalam blog lin@mama qaisara pasal graf untuk breastfeed baby tu buat saya teringat tentang chart tu.. Boleh tengok kat sini ek. http://www.kellymom.com/babyconcerns/gro… Rupanya ada chart kahs untuk breastfeed baby. Kalau nak tau, grow chart yang kita dapat dari doktor kat hospital tu, based on baby yang minum formula. Jadi, harusla berlainan. J
Honestly, saya tidak berapa kisah sangat pasal keberatan anak saya kecualila, berat Khayra menurun merundum dan tak naik-naik. Lepas tu lemah je, sampai nak berdiri pun tak larat. Lepas tu dah tak aktif macam biasa. Kalau dah kat tahap tu, tak risau jugak, memang harus kena lempang. Hahhahahha Baik saya focus kepada pemakanan yang sihat untuk Khayra, pengisian kerohanian untuk Khayra, perkembangan Khayra dalam memberikan yang terbaik untuk Khayra daripada saya asyik memikirkan kenapala berat anak aku ni tak sama dengan anak orang lain.
Pedulikan kata-kata mereka-merake yang kurang memberangsangkan itu. Alternatifnya, senyum sahaja. Senyum kan satu sedekah.
Namun, tak semua baby yang breastfeed tu kecik-kecik. Betul tak? Kawan saya, anak dia baru 5 bulan dah berat 7.3kg. Time pegang tu memang semangat tau… Geram je nak cubit pipi. Ada lagi sorang tu pulak, baru 7 bulan dah cecah 12kg. Hinggakan doktor nasihatkan jangan diberi makan dulu. Continue bagi susu je. Kalau nak kasi makan pun sikit-sikit je. Macam mana tu? Hehehhehe Oleh itu, jangan diberikan alasan, breastfeed anak kita punca anak kita underweight dan sebagainya. Jangan cepat melatah terus nak tukar formula bila orang cakap anak kita macam tu macam ni. Kena fikirkan dulu apa puncanya, kemudian dari jalan penyelesaian. Mungkin jugak susu kita tak berkhasiat ke. Boleh jadi jugak sebab susu terjadi daripada hasil pemakanan kita. J
Meh kita share berat anak masing-masing sekarang ni nak? J
Luv,
UmmiKhayra












klu awak bca blog sya last week sure awak tau..sya kena fire ngan nurse gomen psl berat sara naik tak cantik…siap ckp ‘ini penderaan terhadap anak’…menanah telinga dengar..huhu
Ada baca.. tu yang ada mention tu kat atas..
tu la, kalau sy pun dah berdesing telinga mendengarnya… kasi tangan sikit… ( dalam fikiran je la… Hhahahha )
Saya rasa faktor genetik kena amik kire gak. Macam anak saya..mama&papa nyer “boollaat” skit..tu pasal Qaseh pon bulat gak..mama&papa kurang inci..tu pasal Qaseh nmpak ketot jer..huhuhuhu..
Last timbang Qaseh masa 8bulan berat 8.3kg…
ApasH´s last blog ..Cutest Baby of the Planet 2009
tula, saya pun percaya faktor genetik pun memainkan peranan jugak. Khayra pun kemetot je macam ummi n abah dia… hahhahahhahah
kak, selalu shira pun kena cmni… klu akak follow fb shira, n shira pun slalu ngadu kt akak psl hubby yg suh tukar fm plk… shira ignore je kak sbb shira tau dia x phm… yg penting kt sndiri harus bertegas…. akan ku bacakan entry akak ni kt die… hehe…
AshAnas´s last blog ..Online shopping…
Betul tu shira.. yang penting diri kita sendiri yakin ke tidak. Kemudian anak kita pun ita tgk macam mana dgn dia. Kalau aktif, sihat, perkembangan ok.. kenapa kita nak risau?
aaaiii..mcm ader kesinambungan entry aku j..ekekeke…nak nsht aku dlm diam k nih?wakakaka…berat anak aku 2 bulan lps 7.3kg j…mggu dpn timbang lg…tgguuuu tgk berat dier bape dh ek…
suzie´s last blog ..multivitamin
hehehehhe aku dengan seberapa pantasnya baca entry ko tuh.. Ekekkeke kita mempunyai instinct yang sama la yang… hahahhahahahhaha
mcm tau2 je ko pikir apa… hahahhahahahahhahha
itulah psl….mggu lps ramai betul yg suh aku cmpur susu ammar ngan fm…lepas sorg…sorg…ekekeke….tp aku tk mrh pun..diorg amik brt psl ammar j sbnrnyer..hehehe
suzie´s last blog ..multivitamin
hr tu, visited nurse dtg umah kan..dah tu tgk Iman dia cakap
she’s growing..’ dah tu iza tanya, Iman terlalu tembam ke. Katanya, dia pernah tgk baby tembam lagi. Sebenarnya kata nurse, (ni dh ulang2 iza duk tulis kt blog sape2), bby FM cepat tembam sebab, FM susah nak hadam, sebab tu baby FM cepat kenyang dan lambat lapar.sbb susu duk terperuk dlm perut je.sebab tu bby FM tembam dan sembelit sikit
bby Bf pula, Bm cepat hadam dan memang najis dia cair kan.kebanykan bby BF mmg ssh nk naik skit.tp susu terbaik, mmg BM. kata mak mertua, anak dia yang Bf dab FM beza sgt.yg BF ni lembut skit, sabar byk, bijak.banding dgn anak Fm.Memng Allah bg susu ibu tu khasiat khas utk bayi kan.
sedih je iza bila bc teman bloggers byk halangan nk BF bby dia.tp Iman alhamdulillah, takat ni berat dia 8 kg for 4 month. adehh berat ohh.lgpon tulang dia kuat (doc cakap) dan dada bidang.ms mengandung iza byk minum susu segar tuh.bayk sgt agknya sbb tula kot keluar pon lambat dan besar keke
nurul izza´s last blog ..Iman
betul tu izza.. baby bf ni najis dia memang cair dan jarang kena sembelit unless makan bende2 ngarut.
Thanks for the info pasal kenapa fm baby senang chubby…
Iman tu memang bam bam… rasa nak cubit2 je pipi tu ha…
Hmm..don x pakar dlm mende ni sbb blom pun melangkah ke peringkat seterusnya..hehe tp bg don, don lagi prefer breastfeed dari bagi susu formula.
maybe faktor genetik kot..? tak kisah la baby tu kecik ke besar, yg penting baby tu sihat…
sebut psl baby, don nak tanya sket. Lgpun org2 di sini byk pun dah jadi ibu. Soalan mcm ni…
masa pregnant, adakah sesuai si ibu tu amik sebarang pil (tak kisah la pila apepun like panadol ke ape..) dan apakah kesannye kalo si ibu tu amik?ibu tu pregnant tau
don tanye sbb baru ni je close friend don dah kembali ke rahmatullah dan kebetulan dia mengandung 7bulan. Anak kandungan pun kembali ke rahmatullah gak(don ada wat entry psl sahabat don..tribute to her). Don syak dia meninggal sbb ada amik pil..sbb dia meninggal kerana sesak nafas padahal dia mmg takde sebarang penyakit..agak terkejut gak la bila dpt berita psl dia..
Tu je la..sori if panjang dan terkeluar topik
afams-chan´s last blog ..I’m going to miss you
don… dah baca dah tribute kawan don tu…
Biasa time preggy memang doktor suruh cuba elakkan dari makan sebarang ubat. Tapi kalau nak cakap tu puncanya, nini tak berani nak cakap la.. Tu belum jumpa lagi statement pasal tu.. mungkin ada punca lain yang kita tak tau..
Banyak2 kan bersabar ye don..
sy nak jawab ye.berdasarlan pengalaman pregnant di US (anak sorg je pon ekek). biasa doc akak bg prescription ubat yg memang selamat utk kita n bayi dlm kandungan.contoh kat sini ubat tahan sakit (ada banyak) tapi common sini org pakai tylenol dan ibuprofin. ms mengandung doc xbg makan ibuprofin sebab nya ibuprofin leh cairkan darah dan tak selmat digunakan oleh ibu mengandung.banding tylenol, tylenol doc kasi sebab tak bg effect apa2.kat malaysia dia mcm panadol. sebab ubat malaysia ikut Uk byk, US ni lain sikit.(eceh mcm farmasist plak).
ada setengah ubat mmg bg ancaman pada baby dan ibu mengandung.even kalau beli ubat heartburn..sakit perut ke, kena tgk apa isi kandungan dia, active ingredient dia.
ubat kan drug kdg leh musnahkan baby dlm kandungan
nurul izza´s last blog ..Iman
Ha.. thank you izza sebab tolong jawabkan.
Tu la, biasa time preggy memang kalau boleh elakkan makan ubat sebab boleh menjejaskan kandungan. Waahhh… baru tau pasal nama ubat ibuprofin dan tylenol.. Thank you thank you
betul..betul..jgn cepat mengalah bila dgr org duk kata anak kita kecik sbb BF. lgpun mcm yg nini mention tu, growth chart BF baby & FM baby berbeza. safiyyah pun kategori kecik jgk kot. lama dh tak timbang berat dia, tak tau brp dh beratnya skrg. tp dia aktif, mmg tak reti duk diam. so, tak kisah la kalau bdn dia kecik pun. lgpun ummi & papanya ni blh dikategori kecik (kurus) jgk cuma suami tinggi orgnya
Nadiah Sidek´s last blog ..Safiyyah’s 1st birthday celebration 
yessss… jangan cepat mengalah.. kita kena yakin dengan setiap yang kita buat. Betul tak?
Syafiyyah tu nini tgk comeeeeeeiiiiiiiiiiiiiiiii….. tak kisahla dia kecik pun kan? asal anak kita happy dan sihat.. alhamdulillah…
alah kak,nak risau aper khayra comel saNGAT bahkan terlalu aktif n terlebih bijak…. 1 jer kalo mak ngan ayh baby tu comel2 komfemlah anak diapun akan comel gak kak…hahaha……yg ptg sy happy khayra dak tak selalu sakit lg skang….makin bijak plak tu..
Hahaha nurul, memang Khayra gitu… terlalu aktif.. huhu kalau bawak g memana, mana reti nak diam. Orang tgk dia pun dah penat.. Tapi Khayra tak reti penat unless nak susu or nk makan…
Alhamdulillah, Khayra dah makin ok…
akak, entry ni mcm bg nasihat pd kite je n kwn2 yg situasi anak kecik..hehe
statement kat atas tu.mcm pnh kene je..”bgla dia makan btol2..” hehe.pe nak buat.senyum n sengeh jela..tp risau..
berat khayra lbih kurang je dgn aufa.yelah,anak kite kan comel lote.hehe
xpelah,kecik pun xpe.yg penting sihat,cergas, bijak..give me 5,khayra! ^_^
ummisalsabila´s last blog ..New Year 2010 at i City
yeay… give me 5 aufa… sama je Khayra dengan aufa. umur pun lebih kurang.. berat pun lebey kurang.. cuma Khayra cemetot… Ekekkekeekkeke
entry ni pun untuk akak jugak.. mengingatkan diri sendiri agar tidak cepat melatah… hehehhehehe
akak,statement atas tu,mcm penah kene je..saba jelah..smile je..:) entry ni bgus.rmi BF moms yg risokan hal ni..even da bg FM pun, aufa xdela chubby pon.hahaha.
bby mmg btol ikut genetik.if BF ada yg tembam sgt.ada kecik..tak sama.
berat khayra sama je dgn aufa.kita kan comel lote…kan? kan?
xpela,kecil2 cili padi.asal sht,aktif n bijak.give me 5,khayra! ^_^
ummisalsabila´s last blog ..New Year 2010 at i City
Salam. anak sy pun mmg fully BF sampai lani. Memang ada jugak mulut2 “jahat” ckp awat sofea ni cam kecik. Dah ibu nya kecik je, takkan anak nak besaq melampau lak. babanya pun dulu kecik je, lani baru besau..ahaks (jgn mrh ye bang).
Tapi, alhamdulillah sofea memang aktif..ligat, panjat memanjat tu kategori xpert le. Kasih syg dgn Ibu & Baba pun rapat. Itulah berkat susu Ibu.
Ummu Sofea´s last blog ..Hati Ibu
hhehhehe mulut2 tu memang kita tak leh nk tutup atau nak buat apa. kita senyum je la yang mampunyer.. sebab nk explain pun diorg mungkin tak faham.
wahhh… suka memanjat ye ini budak sofea… boleh geng dengan Khayra.. suka panjat kerusi yang bulat tu..
skrg ni saya buat x tahu jer pada doktor2 yang comment macam2. mcm UK, pada UM pun sama. Musa pny perkembangan OK je, dah lah musa tu jarang sakit, jadi, alhamdulillah. UK nak tahu, masa musa kecik, ada seorg GP ni check musa pastu complaint2 pasal berat dia n bila UM ckp x nak kasi FM, dia takutkan UM, dia kata, kalau berat x naik, musa xle duduk, xle merangkak, xle jalan. skrg ni musa baru 8.5 kg dan x hbs2 memanjat!!! so what, doctor??? kan??
pdpt UM senang je, UK, just because doctor tu bljr medic x bermaksud doctor tu tahu segala2 nya. kalau x kenapa kita perlu kan doctor pakar, LC, etc.
kewujudan & kenaikan semula alternatif medicine ialah BUKTI bahawa perubatan moden bukan jawapan kpd segala-gala nya.
saya syorkan kpd semua ibu2, jgn trust doctor 100%, lgpun doctor pun manusia, dan manusia kadang2 boleh DIBELI dengan duit!
sorry UK, UM emo pulak..
UM´s last blog ..Bagaimana Tidur pun jadi Ibadah
yesss… betul tu UM… kita tak boleh sekadar dengan one side opinion je. Kena banyakkan bertanya pada yang pakar.
Musa walaupun kecik, UK tengok aktif je. Masa kat padang tu dulu, jatuh pun selamba.. hehehhehe as long as anak kita sihat, otak sihat kita tak patut risau sangat… kan kan kan…
kalau ama apak dia jenis kecil mana nak datangnya anak besar?
ikut genetik le juga kan…
my case terbalik kuang…org asyik suruh saya dietkan anak saya
nak wat mcm mana mak apak dia mmg tong drum punyaaaa…
anak pun ala2 tong la juga…kan….
hehehhe tu la kan, janganla asyik dok kata sbb susu bdn la punca badan kecik or comei lote.. ada banyak faktor lain yang kena amik kira gak.
Kenapa nak suh dietkan akiff tu? ok apa time ni.. sedap pegang…
hehe skang airis 5 bulan with berat 6.8kg..ringan ke berat ek?perut kempis je, tang pp je yg tembam
ibu airis´s last blog ..Rambut gugur selepas bersalin
heheheh anak ko tu dah bam bam la tuh… baru 5 bulan… Khayra time 5 bulan dalam 4kg macam tu je…