La Dolce Momma! La Dolce Momma! Kami datang,
Membantu yang dalam kesusahan!
Kami tak besar,
Dan kami tak kuat,
Bila Bekerjasama semua jadi mudah.
Yeah, La Dolce Momma! Yay!
Apa yang penting??
Kerja~sama~!
Apa yang penting?
Kerja~sama~!
Sekali lagi, saya menulis tentang DiGi Internet. Boringkan asyik cerita benda yang sama tetapi tujuan saya menulis entry ini adalah untuk menyertai DiGi Internet Pimp My Day Final Challenge blog contest sebagai individu. Saya ingatkan dah sampai tarikh tutup dia. Rupanya, petang semalam saya dapat emel dari nuffnang, bagitahu tarikh tutup contest ini adalah pada hari Khamis ini sebelum pukul 12am. Apa lagi, berdesup.. ( cehhh.. ) saya menulis entry ini. Sape tak nak hadiah laptop? Kalau tak nak, meh bagi kat saya..
Haaaa.. Mesti ramai yang tertanya apa yang saya tulis kat atas sekali tu. Agak-agak kawan-kawan dapat agak tak apa yang saya tulis kat atas tu? Yeessssssssssss… Itulah lirik lagu wonder pets dalam bahasa melayu setelah diolah sedikit oleh saya.
Kenapa saya letak lirik lagu tu? Yeessssssssssssss… saya nak tekankan betapa pentingnya kerjasama dalam apa jua yang kita lakukan bila kita berada dalam kumpulan. Ini la first impression saya tentang Digi Internet challenge ini bila diorang habis briefing hari itu.
Tak best la kan kalau citer part penghujung je.. Awal-awalnya mana?
Pukul 1230pm macam tu, saya dah sampai di One Utama. Hehhe gila semangat tu nak masuk DiGi challenge nih. Saya datang dengan abang dan Khayra. Lagi semangat tu datang bawak anak. Hahhahaha Rasa saya, saya sorang je kot datang bawak anak sampai bawak stroller la kat Mardi Gras tu. Farah pun bawak farell gak, tapi farell takde sama-sama dengan kami. Inilah semangat namanya.. Semangat La Dolce Momma.. Momma boleh. Aummm Aummm..
Oh.. sekali lagi, saya perkenalkan ahli kumpulan dalam kumpulan La Dolce Momma ni. Kak Ros, Lyna, Farah dan saya. Semua mummy-mummy yang manis-manis gitu..
Pukul 230pm, lepas solat dan lunch, saya dah ada kat Mardi Gras. Oh, kalau nak tahu la kan, baju yang saya pakai hari tu, adalah baju yang saya baru beli hari tu jugak. Semata-mata nak pakai baju kuning untuk dapatkan extra mark.
Saya ada baju kuning, tapi macam tak sesuai la pulak plus, baju tu kecik. Harus pakai kat bilik je la kot. Hahahhaha Jadi, double extra semangat dah tu sampai beli baju baru… ( alasan sebenarnya nak dapat baju baru… Hahahhahahha )
Masa daftar team kat urusetia, kami di beri DiGi modem yang cute comei lote untuk digunakan dalam event ini. Serius comei.. Nasib saya takde gambar modem tu. Kalau tak harus saya tempek kat sini. Time tu, tak ramai lagi team yang datang. Masa saya sensorang dengan stroller, Khayra dan abang, saya perasan orang pandang-pandang gak la. Mungkin wonder, saya ni contestant ke supporter. Hehehhe Team-team lain satu-satu saya perhatikan. Mostly memang saya tak kenal la.. Saya kan baru lagi dalam dunia event para blogger nih. Memang dahsyat la semangat diorang tu… Ada yang pakai poom poom sebagai costume, ada yang cat muka, ada yang siap print baju sama lagi untuk 1 team dan ada yang siap pakai topeng lagi. Kami? hehehe kami ada sticker La Dolce Momma, kak ros print, lepas tu lekat kat lengan.
Nampak tak kat lengan kiri saya ada something tertempek? Haa.. tu la sticker kami.
Ok. Cut it short. Lepas dengar separuh dari briefing tu, mula-mula saya agak blur jugak la. Apa yang kami tahu, kami boleh pilih mana-mana pitstop yang kami nak tuju dulu. Tak perlu ikut urutan. Apa tasks dia? Still blur. Disebabkan KERJA~SAMA, dan IQ yang tinggi kami redah sahaja ke pit stop yang perlu kami lawati. Mula-mula sekali, kami sampai di celebrity fitness. Bila dengar kena beratur, tunggu 3 team lain habiskan challenge, kitorang semua decide untuk ke pit stop yang lain. Masa ni la, saya dapati, digi challenge ini ala-ala amazing race. Nasib baik ada expertise One Utama, Farah. Kalau tak mungkin lama gak la nak ke tempat yang dicari. Akhirnya, pit stop pertama kami adalah:
DiGi Internet Pimp My Day Challenge with It’s a Hit! Batting Cages ~ It’s Home Run ( Digi Internet, average the speed. )
Ini seriusss…. ![]()
Yeess… Kami kena pukul bola yang keluar dari mesin itu. Tak pernah seumur hidup saya, main baseball lagi. Inila pertama kali. Adala time zaman kecik-kecik dulu, main rounders, tapi still tak sama dengan baseball nih. Setiap peserta diberi peluang untuk pukul 15 kali. Saya? 2 out of 15. Not bad la kan for first timer macam saya. Hahhahahhaha Tu pun, saya baru dapat rentak, tengok-tengok dah habis 15 bola. Sedey ok. Apa yang saya belajar dari sini adalah fokus untuk sasaran yang tepat. Sebab masa awal-awal tu saya memang tak fokus sangat pada bola. Lebih memikirkan macam mana nak pukul bola.
Saya boleh jadi model baseball nih.. Ahaks… Sila muntah
Haa.. kalau sesiapa yang nak cuba pukul-pukul bola nih, bolehla datang kat upper roof new wing. Nak main, of coursela kena bayar kan. Untuk 1 token, (15 bola ) kurang daripada RM10. Kalau sesiapa nak release tension, rasa nak lempang-lempang orang ke, boleh la ke sini untuk meneutralkannya balik.
Saya yang sedang ready sambil membayangkan nak lempang orang.. eh.. membayangkan bola ok…
DiGi Internet Pimp My Day Challenge with QuickSilver~ Super Model You (Digi Internet Surf For Teens)
Ini serius…. ![]()
Daripada tagline yang ada kat board kami, “ Super model you ” dah dapat agak, mesti beraksi seperti model. Tekaan La Dolce Momma yang tinggi IQ ini memang mengena. Kami kena menggayakan pakaian dari Quicksilver dan kemudian postkan gambar tu di FaceBook. Apa yang penting kat sini, kena yakin dan cepat. Sebab tick tock tick tock. Semua tu diambil kira.. Selain tu kena la creative kam dalam memberikan pose. Ala-ala duta Quicksilver gitu. Amacam? Ada gaya model tak?
Hah.. amacam dengan gaya ni? ada berani?
Kami tak besar, Dan kami tak kuat, Bila Bekerjasama semua jadi mudah.
Ok.. kat kedai ni, ada jual macam-macam jenis baju. Quicksilver.. korang rasa apa jenis baju yang dijual kat sini? Saya mula-mula ingatkan baju yang di jual di butik ini, ala-ala kearah sporty la kan macam T-shirt, jeans.. sekalinya dress labuh, dress pendek, topi ala-ala model semua ada jual. Mata tu mula kenyit-kenyit kat baju-baju tu. Baju-baju kat situ pun seolah-olah menggamit-gamit je.. Hahahhahahha
DiGi Internet Pimp My Day Challenge with DiGiMusic ~ One O’clock, Two o’clock, Three O’clock Rock! ( Digi Internet Provide FREE UNLIMITED Song Download )
Ini serius… ![]()
Kemudian, kami bergegas ke Digi pulak. ( gegasla sangat..
) Sampai-sampai sana, tunggu turn sekejap. Kami pun tunggu la sekejap. Kami dah decide, kalau kena tunggu sekejap, better kami tunggu je dari membuang masa ke tempat lain, then patah balik. Sekejap je pun tunggu, terus turn kami. Kat sini, kami disuruh untuk melayari http://music2.digi.com.my/ dan kemudian mencipta satu playlist dan letakkan mana-mana lagu dari Lady Gaga dan Akon. So simple task ni. Dengan kelajuan broadband yang maksima, kami dengan kacangnya menyudahkan task ini. Apa yang penting?? Kerja~sama.
Oh.. dalam link url yang kat atas tu, banyak lagu-lagu yang boleh kita dengar based on playlist kita sendiri. Kalau ada masa, registered dan nikmati perkhidmatan yang ditawarkan. ;))
DiGi Internet Pimp My Day Challenge with Swatch ~ Light, Camera, Action! (Digi Internet Speed Saves TIME )
Ini serius.. ![]()
Bila sampai kat kedai ni, kami kena buat simple video dalam masa 30 saat berkaitan dengan digi dan swatch. Lyna mencadangkan supaya buat satu video yang mengaitkan antara digi dan jam. Apa yang kami cuba sampaikan “ Digi sangat pantas capaiannya. Tidak membuang banyak Masa (jam swatch). Okeh, saya memang tak reti ok bab-bab berlakon ni. Sebab tu Afdlin Sauki pun tak rela nak amik saya berlakon dalam filem dia. Hancus… Tapi sebabkan kerja~sama, saya cuba sedaya upaya saya untuk memberikan yang terbaik.
Gambar je la ye.. Video susahla nk upload..
Ini serius.. ![]()
Betul, video yang kami amik untuk 30 saat tu sangat sempoi. Walaupun saya cuma suara latar, tapi ok what.. Cerita meet the robinson pun guna suara latar.. ( apa kena mengena nih? hahhahahha ) Video yang kami amik takde cut cut..Sekali jalan terus. Tak percaya saya.. Rugi la Afdlin Sauki tak nampak bakat saya dan kawan-kawan saya. Hahhahahhahha Inila act fast namanya..
DiGi Internet Pimp My Day Challenge with NOKIA Studio ~ Now, the net lives on your phone! ( Digi will always be with you )
Ini serius… ![]()
Kat sini, kami disuruh menonton satu video pendek. Ala.. dalam tv ada tunjuk. Orang dalam kotak.. ada tunjuk yahoo!, you tube, twitter dengan lagu yang sedap telinga mendengarnya tu. Kat penghujung video tu, ada banyak number yang represent the answer. Tak sampai 1 minit pun, kami dah dapat solve kan puzzles tu dengan menggunakan dictionary dalam handphone. Very easy peasy. Broadband Done Right is the answer. Hoyeah…
Sedang khusyuk menyelesaikan puzzles
DiGi Internet Pimp My Day Challenge with Rainforest – Bulls Eye ( Digi consistency is the best )
Ini serius… ![]()
Hehhehehe mula-mula ingatkan main dart ke memanah ke.. Kata bull’s eyes kan.. rupa-rupanya menyumpit. Ambik ko.. seumur hidup tak penah sumpit. Semput gak.. kitorang diberi peluang 3 kali je.. Hahhahaha sumpitan pertama je mengena.. sumpitan seterusnya.. kat bahagian luar je la layak… Ahahahhahahha Konsistensi dan fokus juga penting untuk kita dapatkan full mark. Kalau kita fokus dalam apa jua benda yang kita buat, insyaallah boleh berjaya.
Saya yang sedang memikir boleh ke saya menyumpit nih..
DiGi Internet Pimp My Day Challenge with Celebrity Fitness ~ Average Likely Speed ( Digi Speedo - average of the Speed )
Ini serius.. ![]()
Ye.. Kami kembali ke celebrity fitness. Walaupun dah dekat pukul 6 masa tu, kami tetap nak teruskan perjuangan hingga titisan akhir. Chewahh… Just imagine, 800 meter. Aduii.. time tu saya dok fikir, boleh ke saya buat? Boleh ke saya habiskan task ni. Sebabnya… Dah lama gilerrrrr saya tak berjoging ok.. Stamina pun rasanya takat buku lali je.. huhuh Tapi berbekalkan semangat juang yang tinggi ( sila muntah ok..
) saya mampu menghabiskan task itu dengan jayanya. Time tu heart beat saya dah cecah 196.. Terkejut tengok, terus slow down balik. Saya ngelat lepaskan tangan dari detector tu.
Habis je saya dengan task ni, saya rasa lega sangat. Tak percaya pun ada sebab saya berjaya menghabiskan task tu. Walau penat macam mana pun, bila dah ada target, kita akan push diri kita to the limit. Tak percaya ok.. Hahhahhahahha Keazaman dan kehendak sangat penting untuk kita lebih berjaya. Kalau takde keazaman, takkan saya boleh push diri saya to the limit untuk menghabiskan cabaran ni kan?
Okeh.. sesiapa yang nak kuruskan badan, sila ke celebrity fitness ini. Ada macam-macam peralatan yang mereka sediakan. Kenapa kawan-kawan rasa Digi memilih celebrity fitness dan meminta kami berlari 800m? Ehehhehehe pada saya, kelajuan digi seperti yang ingin digambarkan dari larian kami. Average the speed..
DiGi Internet Pimp My Day Challenge with Mardi Gras ~ So You Think You Can Dance?
Last but not least, sebenarnya, inilah pit stop yang kami tak sempat nak buat. Sebabnya, dia ada masa. Dari pukul 415-530 sahaja. Memang kami terlepas, tapi bila tengok challenge, dalam hati ni dok fikir, nasib baik tak buat.. Hahahhah Tak sanggup saya nak tgk video saya menari.. Ekekekkekekkekeek
Pukul 6.15pm kami sampai di Mardi Gras. Amik nafas panjang-panjang. Rileks dan bertenang. Majlis sampai malam, tapi kami memilih untuk pulang awal sebab al-maklumla, masing-masing mempunyai keluarga.
Saya berusaha cari gambar Khayra hari tu.. Akhirnya jumpa yang ni je.. Gambar dengan saya takde..
Apa pengalaman saya dapat hari tu sangat berharga. Saya belajar pentingnya kerjasama dan time management dalam cabaran ini.
Kiranya dah lepas la idaman saya yang kononnya teringin nak masuk amazing race asia tu ha.. Tapi bila tengok stamina pun ala-ala aras buku lali, haruslah kuatkan stamina dulu ye.. Jangankan amazing race, explore race pun tak layak kot..
I really have an amazing days and enjoyable day. Its so much fun fun and fun. Thanks to Digi, nuffnang, time solution dan semua sponsors Digi Internet Pimp My Day challenge pada hari itu. Saya memang penat dan letih.. tapi apa yang saya dapat pada hari itu, memang memorable. Apa yang penting? Kerjasama… Apa yang penting? Kerjasama..
Plan dan package yang ditawarkan oleh digi.
Gambar yang sempat saya snap..
Luv,
UmmiKhayra
















good luck yer!!
kamu semu hebat2 belaka laah..jelez mak!
.-= eliss´s last blog ..Ini pengalaman pertama kemalangan aku =-.
thanks elis..
jangan jeles2.. letih wooo…
er..nak bg comment yg xde kena mengena…cantik lah baju kuning tu..hehe…mana beli?
.-= UM´s last blog ..Wahai Saudaraku, Penuhi lah Hak ibu mu =-.
hahahhahha UK beli baju tu kat jusco. Time cari-cari jumpa yang tu… cantik eh?
bestnye..vavavva..akak nampak kemudaan la..serius.wakaka.hebat!!
nampak kemudaan ke? hahhahahha kembang akak ni dik ooiiii… melayang-layang dah nih…
wah..best2! suka tgk acara2 ala2 amazing race ni. selain kerjasama…kena jd sporting gk la nk buat semua task tu, kn?
.-= Nadiah Sidek´s last blog ..1-year checkup =-.
heheheh bab sporting tu memang ye la.. nasib baik takde task yang mencabar menggugat kesportingan nini…