Betul.. Betul.. Betul…
Sapa kat sini kenal dengan upin ipin? Budak kembar botak yang sangat cute dan memukau ramai orang. Tidak disangka yang menjadi suara latarnya adalah perempuan.
Sape yang kenal karektor kartun ini, sila angkat tangan. Yang tak tau sila terjun lombong.. Hahhahahaha Gurau sahaja..
Rasanya kebanyakkan orang kat malaysia ni mesti kenal sape upin ipin. Kalau ada yang tak kenal or tak tau mungkin segelintir dan kalau nak tahu, tonton la kat tv9 tiap hari pukul 530pm kalau tak silap. Atau pun kalau nak lagi best, tonton di disney channel pukul 1030pm. Waktu siaran lain saya tak tahu sebab time malam tu je saya boleh la temankan Khayra tengok. ( Kalau dia tak tidur lagi. ) Untuk kanak-kanak, karektor comel upin ipin ini, dah menjadi satu sebutan dan kemestian untuk mereka menontonnya. Sampai kan ke baby umur 8, 9 bulan pun dah kenal upin ipin. Ni refer kat Khayra la.. Hehehhe baby lain ada tak?
Kemudian di tambah dengan perkataan trademark untuk siri ini. Apa dia sekali lagi? Betul Betul Betul… Kenapa? Apa yang ada dengan upin ipin ni? Kenapa tiba-tiba saya buat entry pasal ni? Mungkin sebab saya teringat malam tadi Khayra dok mengamuk-ngamuk, bila abah on kan cerita upin ipin kat handphone, boleh pulak dia senyap… Tak tahu kenapa, saya merasakan upin ipin ni macam ada aura tersendiri. Apa sahaja yang ada kaitan dengan upin ipin, insyaallah akan dapat sambutan.
Dari awal-awal cerita ini mula ditayangkan, sehinggala ke hari ini, banyak peningkatan dan kejayaan yang diorang capai. Sekarang ni, kalau semua perasan, Upin Ipin dah lama dah ditayangkan di Disney Channel. Bukan calang-calang dah ni.. Entah kenapa saya rasa bangga dengan siri ini. Selain cerita Lat, kampung boy. Lat pun ramai recognize walaupun kartun dia simple giler.. Oh.. Saya dah merepek ke cerita lain..
Walaubagaimanapun saya prefer Upin Ipin dalam bahasa melayu sebab lebih terasa feeling dia. Bila dah di alih bahasakan dalam disney channel tu pun, not bad at all la.. Bangganya orang luar pun boleh nampak dah inilah hasil anak Malaysia dalam 3D yang bagi saya pergerakan smooth dan menarik…
Susah tau nak buat movement dalam 3d nih. Saya tahu sebab saya pun dulu kene buat project untuk 3D ni tau. Saya tau macam mana azabnyer menunggu untuk render.. kemudian nak create object, nak kasi cantik, tak kasi nampak macam object murah dan sebagainya. Seni perlu ada tau… Hehehhe Sebab tu kot saya tak leh jadi 3D designer.. Hahahhahahha
Untuk Khayra? Memang dia suka upin ipin nih. Pantang dengar lagu mesti dia akan cari-cari. Bila upin and ipin cakap Hai… kat awal-awal tu, Khayra pun akan cakap hai dengan tangan-tangan melambai. ( Oh, Khayra hanya akan buat kalau dalam gooooood mood tau… )
Khayra panggil upin ipin ni “PAPIN”. Lawak bila dengar Khayra sebut papin. Especially kalau pakai baju upin ipin ni. Lagi la, asyik di tunjuk kan je baju tu dengan senyum-senyum. papin.. Papin… Papin… Selain daripada tunjukkan CD kegemaran dia, saya dah tau dah apa nak buat bila berjalan-jalan atau nak alihkan perhatian dia sekiranya Khayra meragam atau inginkan sesuatu. Jadi, dalam hp saya memang dah ada dah siri upin ipin itu walaupun satu siri je ada pun… Tak jemu-jemu si comel ummi tu menontonnya…
Kalau la siri upin ipin ni, di gunakan lebih jauh lagi kan best. Gunakan karektor yang dah dikenali dan disukai ramai ini sebagai karektor dalam membantu perkembangan anak-anak kita. Jadikan upin ipin sebagai role model dalam siri pembelajaran di Malaysia. Macam sekarang ni, kisah upin ipin more kepada kisah kehidupan harian. Macam orang luar sana tu ada little einstein, dora the explorer, barney and friends, ( saya sebutkan sikit je la.. nak taip panjang lak.. ;p ) kenapa kita di malaysia ni tak nak gunakan upin ipin sebagai platform untuk early learning? Wahhh.. kalau ada, saya orang pertama yang beli… Hehhehehehhehe Mesti comel kan tengok botak head kembar tu beraksi sambil mengajar warna, binatang, musik dan sebagainya… Lepas tu buat upin and ipin ni baca untuk doa-doa harian ke.. more kepada keagamaan… Hah… rasa-rasa laku tak? At least tu dapat membantu anak-anak untuk belajar sebab karektor diorg pun buat benda yang sama…
Nota: Berangan-angan tengok dengan Khayra early learning with Papin… Hahhahahhahahhaha
luv,
UmmiKhayra





budak2 sini pun suka tgk upin ipin. nak nak khayra, x jemu2 tgk kat handphone. bagus kan kalau les copaque buat educational cd pulak. rasa nak suggest je kat diorg tp x tau camne. hehe.. cuma yg tak bestnya bila watak2 tu guna ‘aku’ ‘engkau’ untuk ganti nama diri. sampai harraz pun selalu cakap ‘ni aku punya’ bila gaduh dgn khayra.. which i don’t really like
yep.. tula.. sebab diorang buat more on plot kehidupan. Bukan untuk education. Kan best kalau ada.. dari dulu dok berangan.. siap hubby cakap pi sugest sendiri kat les copaque.. then suh diorg guna bahasa yang proper… kalau ada.. fuyyooo cun tu…
Lepas upin ipin akan ada BoboiBoy… n oh ya, nanti akan ada filem kedua selepas Filem Geng. Yg utk filem kedua, tak silap Upin Ipin di angkasa…
yg psl cd interaktif (cd educational seperti yg dicadangkan h4ni3) mmg diorg ada terpiki cuma diorg animation production house. tp takpe, don leh tlg tanya..hohoho
.-= afams-chan´s last blog ..Tabung Athirah =-.
betul betul betull… itula yang nini nak cakapkan.. buat early learning macam cd2 dr obersea tu. Kali ni khas malaysia punyer. cuma kena pastikan berkualiti la kan.. mesti banyak sambutan hehehhe…
don kenal dengan depa2 kan.. pi la suara2 kan.. hehehehhehehhehehe
Bole..tarak masalah. Dulu mmg ada diutarakan cuma diorg sekarang lebih kepada filem animation. Syarikat diorg pun animation production n lebih kepada penggunaan 3D. tu yg idea cd interaktif tu diletak dlm K.I.V.
Insya-Allah. Nanti don gtau diorg. Lame gak tak chat dgn diorg.. Last pun masa wife presiden (presiden kot?) Nizam baru dapat second baby. Nanti don utarakan idea korg ni..hehe
ooo… yeke? kira don kenal la si en. nizam tuh? heheheh bagus2.. bleh la pasni utarakan.. kalau nak jom don, kita wat projek tu.. nak? Hahahahhahahahha
good good.. sila utarakan ye don. cakap kat diorg, jgn risau, sure dpt sambutan hangat punya la. nak nak from mummies mcm kita kan nini.. hehe… payah betul la nak cari cd interactive/ educational yg bagus. selalunya gambar/ animation mesti tak cantik
.-= h4ni3´s last blog ..Penyertaan Contest Lekat & Menang anjuran http://www.azizwan.com =-.
tula.. kalau ada.. wahhh… beli punyerla.. tp kne ada quality la.. jangan main tangkap muat je.. asalkan ada cd..
boleh belajar baca doa.. warna.. abc.. wahhhh.. hanie, ninie dah berangan2 nih…
Don.. cakap tau…
bkn setakat bdk2 je..org dewasa pun suka tgk gk! dulu mmg slalu duk tunggu citer upin ipin. dh la mmg penggemar citer kartun! haha! tp awal2 dulu sekejap je citer tu ditayangkn, kn? dlm 5 minit je gitu. baru nk perkenalkn kot. lps tu terus dpt smbutan. bagus citer upin ipin tu. byk pengajaran. smbil berhibur smbil belajar
.-= Nadiah Sidek´s last blog ..Safiyyah’s 1st birthday celebration =-.
hehehhe betul betul betul… nini pun suka siri tu.. sweet and comei je… Sekrang dah kat disney channel dah lama sikit la..
ala comey khayra ni..
tpkan akak, iza pon shukeee.ekeke sebab watak tu mmg sesuai je.dan budak2 leh belajar.ada sepupu iza tu, asyik tgk cite tu, duk tiru je watak tu.siap kata “ipin kata ish xleh cakap bohong, nanti ALlah marah..”
bagus kalau pengajaran begitu diterapkan kepada kartun.budak ni apa yg dia tengok yg tula dia belajar.kartun ultamna ke power ranges ke, tu xberapa elok sbb mengajar budak2 ke arah lawan2..mcm tu..;))
.-= nurul izza´s last blog ..The Worst Winter in 40 years =-.
sama la izza.. akak pun xsuka tgk ultraman, ke apa lagi la tuh sebab citer tu ganas.. Shin chan pun tak kasi tunjuk kat KHyara sebab citer tu bagi akak tak sesuai untuk budak2…
Khayra suka upin ipin tu tak tau la pasal apa.. aura tu la kot…