~ Patut Ke Lelaki Buat Kerja Rumah? ~


Me!  I'm a wife to my precious husband, Khairul Adha and a mother to my sweet little gorgeous princess, Khayra Amirah. I Love to breastfeed my baby.. :) I love my Family so much... :D


Soalan : Patutkan lelaki buat kerja-kerja rumah? Seperti membasuh baju, menyidai baju?

Person 1 : Ohh.. tidak, lelaki kena duduk rileks je, sebabnya kami dah penat bekerja satu hari di pejabat dan memang memerlukan rehat. Kat rumahla masa untuk rehat.

Soalan : Kalau kira macam tu, macam mana pulak dengan isteri yang bekerja?

Person 1: Oh, itu adalah tugas isteri. Memasak, membasuh, mengemas. Lelaki mana tahu buat semua tu.. :)

Patut ke lelaki buat kerja rumah?
Beberapa hari lepas, saya adala dengar kat Fly.FM tentang topic lelaki ni patut ke buat kerja rumah. Of course la feedback dari perempuan paling banyak yang keluar dan masing-masing cakap patutla membantu especially kerja-kerja berat. Dari lelaki pulak, of course la diorang tak nak kan? Hehehheheh reasonnya, diorang ni dah keja penat-penat dan diorang ni pulak more on kerja berat-berat macam betulkan atap bocor, betulkan kepala paip pecah dan sebagainya. Argument yang memang takkan habisla kalau kita dok hujahkan. :P

Walaupun argument yang takde sape pun menang, saya nak jugak kasi pendapat saya. :P Bagi saya, tak salah kalau lelaki tu membantu sikit dalam hal-hal kerja rumah ni. Macam sidai baju ke, cuci toilet ke, vacum rumah ke, masak ke ( masak? hehhehehe sesekali la.. :P ) atau apa saja yang boleh di bantu. Sebab kerja-kerja tu, bukannya menjatuhkan ego pun, malahan isteri lagi berbesar hati and makin kasih pada suami.. :D

Bukan ke itu tugas isteri?
Betulll.. Tu memang tugas isteri. Memasak, mop lantai, jaga anak, jaga suami bla-bla-bla. Saya tidak nafikan itu memang kerja kita orang perempuan nih. Sapa yang berani menidakkan? Hehehhe Rasa macam superwomen pulak kita ni kan? macam-macam benda kita boleh buat. :D Bagi saya, memang itu tugas isteri sepenuhnya KALAU isteri itu tidak bekerja. Sebab tu saya rasa tak salah kalau suami sama-sama menolong atau membantu kita di rumah. :)

Kenapa saya cakap tak salah?
Saya cakap tak salah, untuk saya wanita dan isteri yang bekerja ni. Bagi saya, kalau saya willing untuk membantu suami dalam mencari nafkah, dan memang suami mengizinkan, tidak salah kalau kerja rumah, kita buat sesama. Bukanla suruh buat semua, tapi membantu dalam hal-hal yang boleh dibantu. Macam sidai baju ke, vacum ke.. Sebabnya, kalau nk cakap tugas tu semua tugas perempuan, then bukan ke mencari nafkah tu tugas suami? :)

Unless, kalau suami kata tak perlu bekerja, dia mampu untuk sara keluarga, lepas tu, kita ni ha, tergedik-gedik jugak nak kerja, kononnya nak cari duit sendiri so, tu tanggung sendiri la ye kalau suami tak nak tolong.. :P

Overall, bagi saya, kalau kita isteri ni bekerja, saya rasa patutla suami ni buat kerja rumah. Bantu si isteri jugakla.. Kalau tak banyak, sikit pun jadila.. :) Tapi kalau suami tak nak buat kerja rumah pape pun, and isteri dia memang tak kerja, ok kot kalau diorang tak nak.. Kalau nak bantu jugak tak salah pun.. Lelaki kan kuat? :D

Itu pendapat saya la kan…. Mungkin ada pendapat lain ke? (F)

What say you?  (I)

Luv,

UmmiKhayra

Related Posts with Thumbnails

Comments

  1. ibuaimanNo Gravatar says:

    saya ibu bekerja juga.. saya alhamdulillah dapat suami yang sudi membantu macam mop lantai, buang sampah, basuh toilet dan sidai kain…macam saya pula dalam bab masak-memasak, lipat kain, vacum, mandi anak, basuh berak anak, basuh baju, kemas mengemas rumah….so, takde lar beban sangat. kalau nak buat semua sekali memang agak susah lebih-lebih lagi saya masih menyusu, alamak rumah jadi macam tongkang pecah lar sebab tak cukup masa… :-P .-= ibuaiman´s last blog ..Nikmat yang kita tidak sedari =-.

    • UmmiKhayraNo Gravatar says:

      Hehehhe betul tu ibu aiman.. samala dengan saya, kalau hubby tak bantu sesikit, tak taula cemana… lebih2 lagi saya duduk dengan mentua, kena la extra rajin compare duduk umah sendiri.. :D

  2. kenwooiNo Gravatar says:

    it’s not about patut or not patut.. if the guy is willing to do it, that’s good.. if the guys isn’t willing, can’t really force right? so it depends on the individuals.. =)
    .-= kenwooi´s last blog ..Wax Experience at Madame Tussauds London =-.

  3. ainNo Gravatar says:

    tak rugi kalau saling membantu…. bukan untuk orang lain pun kan…. untuk insan yang kita sayang jugak….

    akak appreciate sangat pada suami2 yang ringan tulang nie….

  4. NSAZWANo Gravatar says:

    SALAM..
    SAYA JGK BERSYUKUR SGT COZ DAPAT SUAMI YG SGT MEMBANTU DAN SGT2 SEMPOI SEKALIGUS TIDAK MEMBEBANKAN DGN PERMINTAAN YG MEREPEK2…. :-)

  5. salNo Gravatar says:

    sy akan buat semua keje rumah kalo sy ni fully housewife. haha. tp seb baik sy ni keje, so kire dh bg tugas masing2 la, seb baik hubby paham. Sbb sy keje kerana sama2 nak bantu utk perbelanjaan keluarga. So dia pon kena take part dalam keje2 meguruskan rumahtangga ni. bkn setakat urus je, buat keje skali la, haha

  6. ummi HanieNo Gravatar says:

    salam UK…

    Lama tak membebel kat sini..

    as u already know,i’m a full housewife..hmm..or can i call myself a WAHM now ? *have a bl0gshop now!:)*

    alhmdllh suami saya jenis pandai buat kerja rumah..mmg sy sntiasa dok rumah tp anak2 saya 4 org,kecik2 lagi lak tu..mmg suami HARUSSS membantu..tak banyak,sikit pun jadile…

    Mudah,Murah,Cantik !!! (L) .-= ummi Hanie´s last blog ..Semakin ramai manusia ‘MENTAL’ wujud ! =-.

    • UmmiKhayraNo Gravatar says:

      Salam hanie…
      Heheheh lama dah tak bebel dengan hanie.. UK pun susah nak masuk blogspot sekarang nih.. :) betul2… suami memang kalau boleh tu, tolong isteri.. kudrat isteri bukanla banyak mana pun.. :D

      p/s: selemah2 perempuan nih, banyak jugak benda boleh dibuat.. :P

  7. hehe.as a sahm,majority sume mmg sy buat.tp kdg2 hubby rajin jg tlg.bile die tlg tu,rs seronok sgt! mmg berbunga2 la.hehe.

    pernah dgr ceramah.tugas kerja rumah ni bkn tugas isteri sbnanya.tp suami.sbb tulah, bila suami mampu,suami kn sediakan maid utk bantu isteri.hihihi.
    .-= ummisalsabila´s last blog ..My Little Chef =-.

    • kakyongNo Gravatar says:

      kakyong setuju dgn US..

      dlm islam tugas isteri yg utama adalah melayan suami .. & tugasan mbuat kerja rumah adalah tugas suami.. kalo baca mana2 kitab bab nikah kahwin.. memang jelas, tugas2 kerja rumah ni tgjwb suami.. bila suami x mampu, perlu sediakan pembantu..

      tp masyarakt kita ni terlalu taksub.. asal kerja rumah jer, tugas perempuan.. anak2 lelaki x diasuh utk buat kerja rumah… so, tak menepati apa yg Islam anjurkan…

      so, anak2 lelaki harus diajar sejak kecik utk buat kerja rumah… sbb Islam kata itu memang tgjwb lelaki@suami.. tapi kalo isteri buat berganda2 pahala…
      .-= kakyong´s last blog ..giveaway poin – 1st round for Jan 2010 =-.

      • UmmiKhayraNo Gravatar says:

        oh, pasal apa yang kak yong and raudhah bagitahu tu, nini pun tak tau awal-awalnya. macam kak yong cakap tu la, kita dah dari zaman datuk nenek moyang lagi, dah diterapkan yang kerja rumah, pompuan punyer kerja. Macam ada kawan saya ni, memang family dia, kalau anak lelaki tu memang tak reti buat apa pun. Huhuhu
        Lepas kak yong and raudhah cakap tu, nini cuba cari untuk tahu lebih lagi. So, memang tak salah la kan, kalau kita buat kerja tu sama-sama. Tidak menjatuhkan ego atau nak rasa malu pun kalau lelaki buat semua tu… :)

        Thanks kak yong, thanks raudhah :)

    • UmmiKhayraNo Gravatar says:

      Memang seronok kalau hubby tolong kita buat kerja nih.. rasa macam appreciate sangat. at least dia tahu la cemana rasa buat kerja2 rumah ni kan? :)

  8. nurul izzaNo Gravatar says:

    hehe..topik menarik bila didebatkan..kalau yg dua2 bekerja..iza rs patut kot saling bantu membantu.dah nama dua2 keje kan..jd penat tu sama banyak plus, isteri lg penat..sebab balik nk uruskn makan minum anak dan suami lg, nak basuh baju lagi.bla blabal

    alhamdulillah, walaupon iza xkeje..haha tp hubby mmg jenis suka mengemas. jd kalau dia balik umah tgk kain xtersidai, dia yg tlg sidaikan, tlg mopkan lantai, tlg kemas umahla..sebab dia xsuke umah bersepahj.tp sepah juga umahnya..byk brg laa.

    iza salute mertua laki iza, rajin kemas umah, rajin jaga pokok.mmg kalau g umah mertua sejuk mata..dalam n luar..sebab byk yg berhijau.plus..mmg kemas n bersih.hubby pon sm..yela like father like son la kan.. (Y) (L) .-= nurul izza´s last blog ..Kesian pulaa.. =-.

    • UmmiKhayraNo Gravatar says:

      hehhehe betul2.. kalau pi debatkan kat memana, mesti tak habis2 sebab masing-masing ada pendapat masing-masing. :)

      Best tu dapat hubby yang suka buat kerja rumah.. sonok… akak pun nasib baikla hubby boleh tolong. Part paling dia tak leh buat cumala basuh pinggan.. tu je la dr dulu smpi la ni, memang liat.. :D

      samala izza, FIL nini pun, buat kerja2 rumah ni dah besa dah.. dia la yang vacum rumah, yang basuh baju, yang bersihkan laman.. hehehe

  9. siti fairusNo Gravatar says:

    salam,

    1st time i drop by for comment. I’m from dubai, and a stay at home mom and also a WAHM too. to me, x salah nak tolong, memang patut tolong kot, sebb duk rumah ni sampai nak tido pun tak habis2 keje. Masa zaman keje back in malaysia, hubby memang tak peduli nak tolong masa baru2 kawin, but after a few incidents, die akur yang kami kena sama2 bua houechores ni sebab sama2 keje.

    now, even dah tak keje, dia akan bantu mana yang boleh (his part without even being asked), and that’s okay with me. At least die amat memahami, anak kecik, keje banyak nak buat, nak jaga anak, die tak penah komplen klu time die balik rumah sometimes umah messy dek barang budak2. we understand each other.

    even my dad, rajin tolong my mom until now.

    in my opinion, x salah lelaki tolong kerja rumah. my hubby so proud of that, ok je kan? :)

    • UmmiKhayraNo Gravatar says:

      Salam siti fairus.. thanks drop a comment here.. boleh kenal2 lagi.. :) betul2.. kita pompuan nih, kalau duduk rumah pun, kerja tak pernahnya habis. Ada je keje2 yang nak kena buat. tu yang penting kena sama-sama buat. Kadang-kadang kalau saya lipat kain, minta hubby tolong jugak. Of course la kekadang tak cantik lipatan dia, but bila dia willing nak tolong, kita rasa seronok sangat kan? senget2 pun tak perla.. :D

  10. MommaMiaNo Gravatar says:

    agree with kenwoi
    patut tak patut kalo si suami idak mau tolong pun susah… apa2 pun toleransi itu penting, give & take antara suami & isteri… Alhamdulillah hubby ku seorang yg ringan tulang, tak yah disuruh dia tau maner yg nak ditolong… :-D

    • UmmiKhayraNo Gravatar says:

      heheh tula, kalau suami tak nak tolong, susah jugakkan.. Nak-nak kalau dapat suami yang memang dah diajar utk tidak buat apa2.. kena take time jugakla kalau nak minta dia tolong.. :) toleransi dan memahami amat penting… (*)

  11. lailaNo Gravatar says:

    bg saya, sangat patut kalau suami isteri sama2 bekerja. mmg langsung tak sempat nk settlekan semua kalau hanya isteri nk buat. yg plg penting kena sama2 tolak ansur, ada bahagian isteri yg buat ada bahagian suami yg buatkan.
    alhamdulillah, suami saya sangat ringan tulang. byk jugak kerja2 rumah yg suami buat tanpa diminta.
    .-= laila´s last blog ..Boboykah? =-.

  12. UmmiNorNo Gravatar says:

    saya plak, masa mula2 kawin, saya tanye dia ape housechores yg dia paling tak suka buat…so dia ckp dia tak suka lipat and iron baju, so 2 benda ni memang kerja wajib saya la, while dia tolong yg lain cam vakum , mop lantai, basuh tandas n sidai baju :-) . tang anak plak, kami divide, anthing pasal anak sulung dan no 2, dia yg handle (mandi, basuh berak) and saya plak pakej ngan anak no 3 haahaha :-P .-= UmmiNor´s last blog ..Yang mana satu…. =-.

    • UmmiKhayraNo Gravatar says:

      hehehehhe dah siap tanya ye? gitu lagi senang kan, takde kita suruh dia buat benda yang dia tak suka. Macam hubby nini, dia paling tak suka kalau basuh pinggan. Sebab apa pun tak tau la.. :D

  13. Nadiah SidekNo Gravatar says:

    nak diikutkan dlm Islam, tugas2 mengemas, memasak semua tu bukan tugas seorg isteri. tugas isteri hanya melayan suami tapi dah adat kita dpd dulu mmg isteri la yg kena uruskan hal ehwal rumahtangga sampai ada keluar kata2 ‘perempuan belajar tinggi2 pun kena ke dapur juga’.

    kena bergantung pd 2 situasi juga. pertama, isteri yg tak bekerja. yg ni harus la tolong uruskn kerja2 di rmh sementara suami keletihan cari nafkah kat luar. suami blh ringankan beban isteri di hujung minggu (kalau dpt suami yg ringan tulang la..hehe..)

    yg ke-2, isteri yg bekerja. yg ni rasa unfair kalau isteri je buat semua kerja rmh pdhal isteri pun letih jugak bekerja. bila balik kena sambung lak kerja2 rmh yg tak pernah habis. sepatutnya suami tlg sama la sbb sama2 dah letih ;-) .-= Nadiah Sidek´s last blog ..Maut selang sehari =-.

    • UmmiKhayraNo Gravatar says:

      betul nadiah.. nini pun baru baca pasal tugas-tugas/kerja rumah ni pun sebenarnya tugas suami. Adat je yang buat semua orang fikir, itu tggjwb perempuan. :)
      Apa nadiah ckp nini sokong.. hehehhe yang penting kena ada tolak ansur dan tahu peranan masing-masing.. :)

  14. LiyanaNo Gravatar says:

    salam ziarah,
    saya fulltime housewife, sebelum ni saya kerja, saya nak tegaskan disini (hehe tegas ye). jadi housewife jauh lebih letih dari jadi career woman, haha. saya nangis 3 bulan, baru terbiasa dengan rutin surirumah..

    sampai sekarang, hubby memang buat kerja rumah,dan saya bersyukur amat..dan sangat berterimakasih kat dia, pagi2 bangun, masa saya buatkan sarapan, dia akan kemas rumah dan mop kan sekali..kira dia tinggalkan rumah dalam keadaan kemas..sebab saya akan cepat naik angin kalau terlalu letih (dan nanti anak2 jadi mangsa ler)..

    yep, sokong nadiah, saya pun tahun yang kerja rumah bukan tanggungjawab isteri..
    .-= Liyana´s last blog ..Anak Debab ku demam =-.

    • UmmiKhayraNo Gravatar says:

      salam liyana…
      Thanks sudi drop by and leave a comment.. :)
      Saya akui untuk certain career, memang suri rumah lagi letih… :) Cuma, kelebihan yang kita dapat dari duduk rumah, kita nampak sendiri anak-anak membesar depan mata dan boleh buat segalanya sendiri.. :)

      Pertolongan dari suami memang sangat2 kita perlukan kan? kalau tidak rasanya tak terurus jugak rumah tu.. :P

  15. beli rumahNo Gravatar says:

    ya patutlah…….. apalgi kalu istrinya sakit.. siapa tu yang mau bantuin klu g suaminya.. :-)

  16. ibu fareesNo Gravatar says:

    suami sy mmg tak suka wat keje umah..sbb dia tak dilatih dr kecik mgkin..smua keje umah di bahu sy even saya bkerja..wlupun dia tak galakkan sy bkerja tp duit gaji sy dia pkai gk wt blnja kami skeluarga..ermm:-S .bile nk bncg akan jd gaduh..last2 dia minta sy amik maid.sy tak tau knp..sy tak la mmerlukan sgt maid tp suami sy lbih sgup byar gaji maid dr tlong sy.. :-( mule2 dlu tnsion ..sdey..geram..knp dia mcmni ;-( mgkin ego seorg lelaki kot sbb mak mtua sy mmg pntg bile anak dia tlong sy wt keje umah.. ;-( tp bile da ade anak sy redha da..hrp2 dia anak yg rajin & rajin menolong sy wlu pun dia anak lelaki.aminn..:-) .hkmah yg sy dpt sy mmg tak rse bgantung dgn suami dr sgala hal..sy ble uruskan anak,wt keje umah & bkerja tnpa bntuan sesiapa.slagi mmpu sy hrp sy ble berdikari tnpa hrpkn maid. ..doakan sy smua.. :-)

  17. sitiNo Gravatar says:

    bukankah suami yang patut membuat kerja rumah??kerana itu semua tanggungjawab suami

  18. pop kornNo Gravatar says:

    suami brtggungjwb mngurus rumah tangga. baik memasak basuh pakaian & kerja rumah lain. suami wajib mnyediakan nafakah makan, minum & tempat tinggal. jika suami mnyuruh isteri mmbuat krja rumah @ memasak maka ketika itu isteri wajib buat. cth suami suruh masak. maka suami wajib beli bahan2 bkn isteri yg beli..& isteri harus meminta upah dr kerja rumah yg dibuat. sila rujuk kitab2 besar fekah dlm bab munakahat

  19. Some genuinely howling work on behalf of the owner of this site, dead outstanding written content .

Speak Your Mind

*

:-[ (B) (^) (P) (@) (O) (D) :-S ;-( (C) (&) :-$ (E) (~) (K) (I) (L) (8) :-O (T) (G) (F) :-( (H) :-) (*) :-D (N) (Y) :-P (U) (W) ;-)