Mungkin ramai yang dah tau ( ramai ke? hehehehe ) yang saya sekarang dah pregnant..
Usia Khayra sekarang belum lagi menginjak ke 2 tahun. Yes, dulu azam saya memang nak susukan Khayra sepenuhnya sampaila usia Khayra 2 tahun. Tapi bila dah ramai kengkawan dapat anak.. then ramai yang pregnant lagi, lepas tu bila tengok baby, yep… saya rindu kan zaman itu.. Rindukan bau-bau bayi nih..
Sejak tu, rasa macam nak je tambah anak lagi..
Tuhan makbulkan doa saya kot, terus dia bagi saya dan abang rezeki ni.. Yep, i’m really happy dengan berita nih. Serius happy… Walaupun tidak la beraksi macam dapat anak first dulu kan.. Kali ni, maintain cool… hahahhahahhaha Persoalannya sekarang ni, adakah saya masih breastfeed Khayra?
Masa mula-mula saya bagitahu mama pasal saya pregnant, mama dah terus cakap suruh berhentikan Khayra dari menyusu sebab tak elok. Susu tu dah takde khasiat. But yes, kami ( abang dan saya ) awal-awal dah search tentang tandem nursing atau ghilah ni. In case kalau ada ter’accident’. Al-maklumla, saya tidak menggunakan apa-apa protection..
Oh.. saya pernah buat post pasal tandem nursing atau ghilah ini kat sini. Sila la menjengah. Its open with new tab.
Jadi, sebabkan saya dan abang dah ada sedikit pengetahuan tentang ini, maka kami tidak ralat bila family cakap tak boleh. Dengan jelasnya abang terangkan hal ini. Cuma keadaan adalah bergantung kepada saya. Sama ada saya mampu dan susu saya mencukupi.
Bagaimana keadaan saya?
Terus terang saya katakan, production saya memang sangat-sangat menyedihkan. Bila saya tahu saya pregnant, saya still pam susu saya bila saya bekerja. And sudah semestinya hasil yang dapat amat mengecewakan. Khayra pulak bila menyusu malam, mesti dia macam tak puas. Semakin hari, susu saya semakin kurang. Dan sekarang, saya di office dah tak pam lagi. Betul.. bukan saya give-up tapi tiap kali saya pam, saya hanya akan dapat 1oz paling banyak. Nasib baik saya dah tak perlu keluar rumah awal-awal pagi. Dan saya bekerja di kawasan rumah je. So, saya bolehla keluar lewat dari rumah, susukan Khayra siap-siap, time lunch, kadang-kadang saya menjengah Khayra tapi tidakla selalu… Dan yes, betul.. sekarang saya dah bekalkan Khayra fresh milk dan susu isomil untuk menampung keperluan Khayra masa kat nurseri sepanjang saya tiada. Serius, hanya Allah je tahu macam mana perasaan saya bila saya tak dapat nak fully breastfeed khayra lagi. Yep.. masa tu penahla terfikir, kenapa saya tak tunggu je Khayra 2 tahun.. Tapi cepat2 saya sedar, yang saya sepatutnya bersyukur dengan anugerah ini. Saya sepatutnya bersyukur dikurniakan rezeki yang tak ternilai ini.
Bukan rezeki Khayra menyusu dengan ummi sepenuhnya, tapi still bila saya balik dari kerja je, susu ummi la jadi pelepas dahaga anak ummi nih…
Khayra akan tunjukkan happy sangat bila saya bagi susu saya. Sangat menyentuh hati saya masa tuh.
Adakah saya still breastfeed?
yes and no.. Saya still breastfeed Khayra tapi tidak sepenuhnya. Saya still bekalkan susu lain semasa Khayra di nurseri sebab saya memang tiada stok susu langsung. Yep, saya tidakla keras kepala hinggakan tidak memikirkan keperluan anak saya.
Bila malam hari, memang Khayra akan menyusu dengan saya sepenuhnya. Khayra memang takkan nak susu lain. Oh, ini mengingatkan saya kejadian pagi tadi bila saya masukkan isomil dalam beg nurseri khayra, punyala khayra berang and mengamuk. Siap di keluarkan dari beg dan di tolak-tolak dengan kaki lagi susu tu. Pandang ummi, no no no… Really ummi sedih time tu.. Tapi untuk kebaikan Khayra, ummi terpaksa buat gitu. Ke ada sesapa yang sudi jadi ibu susuan untuk khayra?
Saya ada tanya lyna pasal still boleh fully lagi tak kalau pregnant. Lyna ada bagitahu kalau bekerja agak susah. Waahhhhh adakah saya perlu berhenti tiba2? ahhahahahhahahhahahha
Nota: Ye, saya sedih pasal ni, tapi at the same time, saya happy sebab Khayra bakal jadi kakak… Hehehhe Tiap malam sebelum tidur, atau bila-bila dia menyusu dengan saya, Khayra mesti akan cium perut saya sambil cakap ‘adikkkk’.. then akan baring atas perut saya… Saya suka moment itu…
Luv,
UmmiKhayra








Recent Comments