Tak sempat2 saya nak update blog saya.. Huhuh Saya mengalami busy syndrome yang saya percaya di alami oleh semua orang, cuma waktu, ketika dan jenis je berlainan.
Kenapa sindrom ini menyerang saya?
Huh.. Sejak balik dari cuti chinese new year, sape perasan blog saya tak selalu nak update? Sape2 angkat tangan…
( macam blog pemes je suruh orang angkat tangan..
). Start dari CNY tu, kerja saya tak sudah-sudah.. Tambah-tambah sorang staff yang penting, dah berhenti. Makanya saya kena ganti.. Sudahnya, tiap hari sampai rumah pukul 830, 9pm.. Sampai-sampai je, Khayra mesti akan terkam.. Takkan kasi saya buat apa-apa.. Even saya pegang baju pun, dia akan pegang tangan saya suruh buang baju tu, then pegang dia sahaja. Mak aihhh… Anak ummi ni… Rindu ke?
Sampaila ke hari ini, saya masih lagi busy tahap apa saya tak tahu.. Memang tak sempat saya nak update tiap hari, walaupun banyak cerita saya nak tulis.
Sekiranya sindrom ini menyerang saya especially, maka tanda-tanda yang dapat di kesan adalah? Blog saya jarang berupdate…… bla.. bla.. bla.. bla….
Ha…. sape pernah alami situasi begini? Saya percaya, dan kalau kawan-kawan perasan, perkataan ‘busy atau sibuk’ ni, tak kirala macam mana cara disebut atau ayat di sebut, even untuk minta tolong buat something pun, alasan paling senang orang nak jawap/bagi adalah? ‘Busy… Sibuk…’ Ada tak yang cakap ‘malas’? hehhehehe ada-ada.. sayala tuh..
Kalau cakap alasan nih kat bos, comfirm kena pancung..
Kenapa tiba-tiba saya mention pasal benda ni?
- saya nak membuatkan diri saya ini, walaupun busy macam mana sekalipun, saya pandai untuk manage masa saya supaya apa yang saya buat, apa yang saya plan, berjalan dengan efektif dan lancar. Aminn….
- Saya nak motivated diri sendiri untuk tidak memberikan alasan ini sebagai alasan utama saya untuk tidak update blog(chewah.. ini yang pertama tuh..
), untuk tidak balik melawat parents, untuk tidak melawat saudara-mara, untuk tidak berjumpa kawan meronggeng, untuk tidak pergi ke kenduri dan macam-macam untuk lagi la… :) Mampukah saya?
Apa masalahnya dengan busy syndrome nih?
Saya ada jumpa satu artikel tentang sindrom busy nih masa saya busy-busy (?) mengexplore mr.google. busy jugak..
Dalam artikel tu ada sebut:
Many times the people that talk about how busy they are, are actually the least effective. Look at the truly effective people in your community. They very rarely talk about being busy. They talk about what they have accomplished or maybe what they are working on. They talk about going on trips, child-related “adventures”, and business challenges or accomplishments.
Gina Robison-Billups, founder of Moms In Business Network
Mengikut artikel itu, orang yang selalu cakap diri mereka busy adalah merupakan orang yang tidak efektif dan tidak pandai dalam menguruskan masa. Mungkin dalam erti kata lain, orang tu cuba memberikan alasan yang mereka sibuk apabila tidak mampu untuk menyiapkan sesuatu tugas atau ingin berbuat sesuatu. Contohnya,:
‘ ko takpela ada banyak masa nak update blog semua.. aku ni, kerja dah berlambak, mana ada masa blog-blog nih.. teringin sebenarnya nak berblog nih’ …
Atau pun,
‘ko takpela anak ko dah besar, boleh la ko buat business.. aku ni, nak kene jaga anak lagi, nak kene buat kerja rumah lagi… busy la… ‘
atau..
‘ko takpela, masa ko tetap.. bos ko ok, aku ni walau nak breastfeed anak aku, aku takde masa nak pam-pam nih.. aku busy sangat ke sana sini.. jumpa client semua.. ‘.
Cukupla kot 3 contoh ni..
Kalau difikirkan balik, semua orang kerja berlambak.. kerja sendiri? lagi la banyak keje yang nak kene buat. Tetapi kenapa ada jugak yang mampu untuk berblog dan mampu update tetiap hari dan rasa sungguh puas hati dengan kerja-kerja mereka? Saya? Yep… Personally, saya pun terperangkap dengan ‘I’m so busy’ mind-trap nih. Saya pun kekadang menjadikan alasan sibuk ini untuk tidak update blog saya. Saya pun tidak la pandai sangat manage time nih… Itula sebabnya saya nak mengingatkan diri saya ini untuk lebih motivated dan menuju ke arah yang lebih baik..
Jadi apa yang patut kita lakukan untuk menjadi lebih efektif dan secara tidak langsung, kita tidak akan terasa sibuk? Ermmm… apa yang dapat saya fikirkan…
- Ukur baju di badan sendiri.
Yep.. saya rasa ini perlu sebelum kita nak buat something. Ukur dulu kemampuan kita sama ada kita mampu atau tidak untuk menyiapkan tugas yang di beri atau kerja yang dicari. Kalau kita nak buat business sendiri, at the same time kita sedang bekerja, analisis dulu sama ada kita mampu atau tidak untuk melakukan kerja tambahan tersebut. Bukanla untuk menggalakkan berfikir negatif, tetapi be realistic adalah penting dalam menjayakan sesuatu kerja itu. Yela, takkanla tahu pasal busines lepas tu tetiba lak kena buat coding.. Harusla terjun lombong agaknya…
- Belajar untuk menguruskan masa
yes.. ini yang paling penting. Pandai menguruskan masa perlu ada dalam diri masing-masing. Kalau kita mampu menguruskan masa, walau banyak manapun kerja-kerja kita, kita mampu untuk lakukannya dengan efektif dan sebaik mungkin.Kita tidak akan rasa sibuk sangat dengan kerja yang datang bertimpa-timpa. Bos saya selalu cakap, tuliskan apa yang perlu dibuat, catatkan apa yang perlu diingat dan uruskan masa dengan baik. - Utamakan apa yang perlu diutamakan
Sebelum nak buat something yang baru atau terlibat dalam sesuatu aktiviti ke, senaraikan apa yang kita utamakan dahulu. Sebab kalau dalam hati kita lebih utamakan keluarga, nak bersama-sama keluarga lebih dari segalanya, then kita ada kerja yang menuntut sepenuh perhatian dan menuntut pengorbanan kita untuk tidak bersama keluarga, sebab kita akan sentiasa sibuk, makanya kerja itu akan menjadi sia-sia dan tidak mencapai tahap yang dikehendaki sebab hati kita lebih ke arah keluarga.
Kalau kita nak buat something untuk keluarga kita, priority kat family, then kita berusaha gigih untuk mempersiapkan diri untuk bekerja di rumah, untuk memberi lebih tumpuan bersama keluarga, makanya pasti membuahkan hasil sebab kita memang dah set priority untuk keluarga dan kerja yang kita lakukan itu adalah untuk keluarga. Ia akan menjadi efektif. - Berdisiplin
Betul apa yang nadiah cakap… kita perlula berdisiplin dalam membuat sesuatu perkara atau sesuatu rancangan. Kalau ada disiplin, insyaallah, semua benda boleh jalan..
Taken From Nadiah point of view..
Ermmm… ada lagi tak? Ada sesapa leh kasi idea macam mana untuk menjadikan lebih efektif and yet, organize dan tidak kelam kabut?
Luv,
UmmiKhayra





i’m 1 of the effective person la camtu sbb jarang kata sibuk..ahaks! buat2 sibuk blh tak? hihi..
yg plg penting…rasanya kena berdisiplin la. tak guna buat jadual penat2 tapi takde disiplin. betul tak?
.-= Nadiah Sidek´s last blog ..Safiyyah dan tertidur; tak dapat dipisahkan =-.
betul tu nadiah… disiplin.. yep2… itu pun kena ada… hehehhe nanti update dalam nih…
Count me in too!
Den pon kelam kabut orgnya…ekeke
Nie baru lah nak start enjin balik nie…lama “rehat” coz byk nak pikior
.-= Intan´s last blog ..Jumpa "Kawan Blogger" Arissa from Johor! =-.
akak dah kembali ke? wahhhh… boleh aktif kembali selepas ini ya?
akak cemana semua plan akak? ok dah? marbeles tak?
bagusla artikel nini nih..
dayah pun nak praktikanlah bila dah kahwin nnt..
lagi mesti byk tanggungjawab..
thanks dayah sebab rasa ia berguna..
nini tgh cuba untuk perbaiki diri…
hhaha.. iza mmg buat2 sibuk.ekekek..benda lain boleh je buat tapi mengadap pc ssh sikit.
maklum sajala…\
akak, kalau dh keje plus anak kecik lg mana nk cekaw sume..
.-= nurul izza´s last blog ..Itulah Iman~~ =-.
hheheheh itula…. ini menunjukkan perempuan ni memang multitask betul…
hye ummi kayra, i x follow u lagik.. i follow u ya…
Salam afidah… thank you sudi follow saya..
hmm kekadang tuh momma pun terjebak dlm sindrom tuh… kira lost focus laa. But one thing for sure to back to track kita kene buat list things to do before start kerja di waktu pagi & renungkan balik apa yg dah tercapai di akhir waktu kerja. Kira waktu pagi & mlm. Its always works for me
.-= MommaMia´s last blog ..Amalan untuk Lembutkan Hati Suami/Anak =-.
thanks momma mia… betul betul.. keep track balik apa ptt buat, apa tertinggal…
nnt saya tambah..
He he, lawak lah ninie nie. Takde lah mabeles sgt plan k.intan tu
Masa “time off” tu, k.intan sibuk dok bertempek kat forum CARI and Lowyat on the house matter. Byk gak lah info dan tips dpt kat situ. Pas tu dok belek majalah & internet cari idea. Pas tu buat budget on semua benda yg nak di beli dan yg nak di reno kan.
La nie roughly dah tau nak buat apa. So now bila ada je time, keluar survey kedai2 and tgk the price. Kemudian br decide nak beli ke dak…haaa byk lg sebenarnya nak buat but la nie otak k.intan dah kurang serabut so tu yg dah start balik “enjin” berblog
hehhehe nini tunggu hasil akak nanti cemana… nak tau.. nanti akak share2 kan tau…
nini pun suka bab2 survey nih… Hahhahahahhahahha
masa anak sorg dulu (tak de pengalaman lagi), pastu kerja pejabat yg menimbun, pergi selepas subuh, balik selepas maghrib.. terasa mcm tak cukup masa & sgt2 tdk berani utk commit @ berjanji apa2 apptmnt dgnkwn2..
tp bila dah anak 3 ni.. slowly adapt to it.. kalo dlm kepala asyik ckp sibuk, x cukup masa.. memang x sempat lah nak buat apa pun… so, yg penting get keperluan anak2 dulu.. pastu buat 1,2 kerja sekaligus.. cth sementara anak2 berkubang/bernedam dlm bilik air, guna kan masa utk kemas dapur, sapu sampah, mop lantai, kuorkan baju dr washing machine… sambil kita jemur baju, bior jer anak2 main di laman.. yg penting anak2 depan mata…
susah actually nak ckp pasal time mangement ni.. sbb need both parent ibu & ayah.. kalo letak semua pd ibu, memang tak terkejor lah….
.-= kakyong´s last blog ..Apa yang ibu jahit… almost there,… =-.
betul tu kak yong.. nini sokong apa kak yong cakap. yang penting dua-dua kene main peranan… ada masa-masa kita tak termampu nak kejar semua benda dalam satu masa. yang penting kena set mind yang kita boleh..
hubby nini selalu remind kan benda nih. Kalau asyik bagi alasan je, memang tak jadi la semua…