~ Langkawi – Shopping @ Haji Ismail group and Idaman Suri ~

~ Langkawi – Shopping @ Haji Ismail group and Idaman Suri ~

Hehehehe saja je saya nak mulakan cerita pasal langkawi nih dengan shopping dulu. Hehehhe apa tak nya, memang ni la yang di cari especially orang pompuan kan kalau g ke Langkawi. Kenapa saya tak mulakan dengan first journey macam mana saya sampai semua? heheheeh saya choose tu tuk part last. ok tak?

Haji Ismail Group

Ok, kalau nak tau Haji Ismail Group (HIG) ni kalau kat Langkawi, dia terletak kat pekan Kuah. Jalan nak ke arah jeti Langkawi. Sebelum sampai jeti ada banyak kedai.. Deretan kedai selepas Langkawi Mall kalau tak silap. Kat situ memang banyak kedai-kedai yang jual coklat nih.. Tetapi, kedai HIG ni la yang paling banyak sekali kat area tu. Kalau nampak hijau je sign board dia, sah la tu.. ehhehe ada satu kedai HIG ni yang hanya menjual coklat sahaja. Dengar ye penggemar coklat HANYA jual coklat sahaja. Tempat dia sederet dengan CIMB bank. Memang ramai la yang beli kat situ. Macam-macam coklat ada jual. Dari jenis biasa-biasa sampaila luar biasa. Hehehhehehhe Ada daim, ferrero rocher, hersey, toblerone, belgian, ritters, twix dan banyak lagi. Cuma, masa saya cari coklat kegemaran abang and saya iaitu lindt, takde jual banyak kat kedai tu. twix pun ada yang mahal. So kene cari tempat lain. Lindt yang ada pun bar yang besar terus and ada 2 jenis je. Tak best. Apa solution dia? well, kitorang pun g la jalan ke kedai wawasan baru kalau tak silap. Row belakang sikit, sebelah HIG jugak. Hahahhaha kan saya dah cakap, HIG ni ada di mana-mana. Tapi HIG yang ni ada jual benda-benda lain gak. Kedai ni ada jual pinggan mangkuk, periuk kuali dan sebagainya.

Lepas tu, kitorang berpisah-pisah malam tu konon nak survey-survey la kan. Time jalan tu, memang banyakla kedai HIG ni. Nasib saya dan abang tidakla giler sangat bershopping. Kami cuma gila coklat jek. Hahhahahhaha tapi bila tengok pinggan mangkuk macam corelle, luminarc, corning wear, dan lain-lain buat saya rasa, bestnya kalau beli.. Tapi bila pikir, saya masih duk umah mentua, tak guna beli sekarang. Tunggu umah siap dulu la kan? so, tungguuuu ye langkawi. :P Oh, bila saya check kan, takde pulak saya amik gambar kedai HIG nih. Aduhh… Gambar coklat pun xamik. memang hampeh betulla saya ni kan? Tak menarikla explaination saya ni tanpa gambar… Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa……………

haji ismail grouphah.. ni gambar saya amik dari cousin saya. nasib baek diorg ni jenis suka tangkap gambar.. :) Ni kat HIG gak. Ni bukan kedai coklat tu. Ni tempat lain. But still jual gak coklat. :)

Idaman Suri

Ok.. ini satu lagi tempat shopping untuk kami. Kami pergi masa last day kat Langkawi. Mula-mula semua macam tak nak pegi la kan kat idaman suri ni. Sekalinya, bila semua dah pergi, mak aihhh.. sampai van kitorang tak muat ok nak letak barang-barang yang di beli. Tu nasib beringat yang kita bukan naik kereta datang ke Langkawi ni. Kalau tak, rasa mau gak di hangkut 1 bangunan tuh. hahhahahahhaha Nasib ada cousin yang flight dia awal, so dia balik dulu. So, tempat kosong mereka tu, kami isikan dengan barang. adaka patut? hehehheheh

Idaman Suri

Okeh.. apa yang ada kat idaman suri ni? Macam-macam jugak. Rasa macam lebih kurang je la kat HIG ni kalau bab menjual barang ke apa ke. Cuma kat sini ada yang latest collection la bak kata promoter tu. Wah.. nasib ada makcik kitorang ni, dah survey-survey kat Sogo and semua tempat kat KL ni, and bila dia tengok price kat Langkawi nih, memang murah. So, apa lagi… masing-masing beli tu.. Pastu periuk semua harga not bad la.. tofel? ntah apa ke nama dia saya tak tau, tapi makcik saya tau, dia ckp pun murah. pressure cooker… semua macam dah tak hengat dunia membeli. Oh.. kat sini la baru kami dapat beli coklat twix yang murah. Yang mini-mini tu RM14 je compare kat HIG RM21. Cuma packaging and jenis kat HIG tu lain sikitla. Mungkin sebab tu kot.

Untuk set pinggan mangkuk, saya tak tau la nape, suka sangat la hai dengan yang jenis 4 segi.. hehehhe cuma kalau beli loose, jenis 4 segi ni, mahal sikit compare to bulat. Saya pun xtaula pasal apa kan. Masa kitorang balik tu kan, masa nak tunggu luggage, semua plastik yang kuar biru and hijau.. Biru untuk idaman suri, hijau untuk HIG. Maka saya dapat simpulkan yang 2 tempat tu memang femes punyer tempatla untuk orang membeli belah nih. :)

ok… till next one pulak.. ermm… apa tempat yang saya lawat kat sana pulak. Ok? see you… :)

luv,

UmmiKA

~ Rindu Saya Tak? ~

~ Rindu Saya Tak? ~

Salam kawan-kawan semua…. rindu sama saya? hehehhe actually ni entry kedua saya selepas saya kembali dari hibernasi.. Ni entry yang ditaip saya dari hari sabtu lepas ok… Entry first tu saya masih di office, tengah frust sebab hari sebelumnya, boss bagitahu ala-ala ke arah weekend ni kene keje. Jadi saya dengan sengaja tidak membuat keje sebab saya rasa saya malas.. Hahahhaha Then petang tu boss saya bagitahu yang kami tak perlu kerja lewat dan tak perlu kerja weekend.. Time tu, senyum dah melebar tahap gaban dah. Hihihihi Dengan itu, secara rasminya saya kembali bersiaran… walaupun projek delay untuk launch, tapi major coding, major problem takde dah.. sume tinggal minor bug je. Alhamdulillah…

Oppss.. sebab dah sebulan saya kene polish balik skill menaip saya.. hahahhah macam dah setahun je tak tulis blog kan? ekekekek mengada betul. Tapi kenapa saya still tak update setiap hari macam dolu2? kerana saya mengalami demam dan sakit kepala yang berpanjangan. Alamak… Lepas balik dari Langkawi hari tuh, abang demam dari hari Khamis sampai ahad. Isnin still sakit tekak.. Ahad lepas Khayra lak demam… Hari ni pun tak baik lagi.. Me? Dari hari sabtu kepala sakit tak boleh nak buat apa. Sangat menguji kesabaran sebab Khayra demam2 biasala sangat crancky and asyik nak susu. Pastu nak macam-macam. Nak-nak bila dah pandai dok minta itu-ini… Ni baru anak sorang, cuba kalau lebih sorang? hahhahahhahaha

Harap-harap demam dan sakit saya akan cepat sembuh sebab weekend nih wedding cousin saya. hihihihi

Lama saya tak citer pasal Khayra kan? sekarang Khayra dah boleh sebut banyak jugak words. Cuma kalau hujung dia ‘ng’ macam abang, udang, tulang, semua digantikan dengan ‘m’. Abam, udam, tulam.. Kitorang dah faham la untuk simple words yang Khayra request. Tapi kalau tiba masa dia bercerita, masa untuk mengiakan je la… Satu butir pun tak faham. Hahahahhahaha

Pasal Langkawi, insyaallah saya update nanti… Sangat seronok and macam tak cukup masa je.. Hehhehehe kene g lagi sekali nih… :P

nota: entah apa la entry saya nih… hehehehehhehe

~ Me @12Weeks of Pregnancy ~

~ Me @12Weeks of Pregnancy ~

pejam celik pejam celik, serius, tiba-tiba je dah saya dah kandungan saya dah berusia 12 minggu. Wahhhh.. masa berlalu dengan pantas sekali. Serius tak perasan. Dengan kesibukan yang melanda dan tak sudah2 lagi tau… ( saya dah hampir nak resign je sekarang nih… ekekkekekek ) project is delay, so our weekdays is extend to the maxs, alhamdulillah, syukur sampai ke hari ini, saya tidak mengalami morning sickness yang membuatkan saya terduduk atau terkelepek tak bermaya.. :D Alhamdulillah, baby macam faham je ummi dia ni busy sampai tahap super duper saiya still, saya macam biasa, aktif macam biasa. Sesekali pening dan penat tuh biasala… Kalau tak pregnant pun kerja non-stop over the weekend for more than one months harusla kan? :P

Saya baru je buat check up semua last thursday hari tu. Itu pun sebab abang tiba-tiba demam, sakit tekak, pening. Dah alang-alang g klinik, pi la terus buat check up. Time tu redah je.. G kat klinik yang dah biasa g.. Dah biasa dengan doktor tu kan. ALhamdulillah, kandungan ok.. baby sihat.. membesar dengan elok. Cuma doktor cakap uri macam bawah sangat, tapi sebab saya takde bleeding takde apa, doktor cakap, nanti dia naikla.. lambat kot.. :D

Awal-awal risau jugak sebab saya dah la tak cukup tidur, makan tak menentu, makan lak semua yang express2.. tak banyak makan makanan kat rumah, tapi nasibla saya akan makan buah, makan prun, makan kismis, makan kurma. Benda-benda tu la kot membantu and tak lupa jugak makan folik asid. Time scan tu, khayra pun ada sekali.. Boleh la kan, dia dok sebut baby bila abah tunjuk kat dia adik… ekekek kelakar la anak ummi.. Sekarang dah nampak kepala, nampak heart beat dia dup dap dup dap.. nampak kaki and nampak tangan dah.. Jantina je tak nampak lagi.. hahahhaha bolehla pulak excited nak tgk jantina time baru 12 minggu kan? Lawakla…

Khayra pulak, since saya asyik balik lambat je, kurang masa dengan dia, sekarang ni sangat super sensitif. Tak boleh ada salah sikit, mesti nak merajuk. SIkit-sikit nak nangis.. Huhuhu Kekadang sangat menguji kesabaran saya yang tengah penat letih, pening nih melayan kerenah dia yang sangat-sangat manja. Hinggakan kekadang tertinggi suara dengan Khayra and kekadang dia nangis biarkan je.. Waaaaaa serius time tu rasa sedih bila dah terbuat bende-bende tuh. Kesian sangat kat Khayra.. Manala dia faham semua tu kan? But saya akui masa sekarang ni memang menguji kesabaran saya.

Sekarang Khayra dah campur dengan formula. Tidak sepenuhnya BF dah. Susu saya memang kurang sangat. Tambah-tambah dengan kerja yang sekarang ni. Nasib baik Khayra takde problem untuk susu lain. Awal-awal je la kene bersabar, lepas tu dah ok. Dia pun macam faham je susu ummi ni dah kurang. Bila menyusu, tak puas baru dia minta susu FM tu. Then bila dia rasa dah puas, minta susu saya pulak. Baru lepas tu leh tidur.. Kekadang kelakar je dengan kerenah Khayra.

Apa-apa pun yang Khayra buat, still dia penghibur hati saya. Kerenah, keletah still xboleh nak tepis.. Saya rindu je kat gelagat tak boleh blah si Khayra.. ekekekke Dah jadi kakak ni, pepagi mesti akan peluk and kiss adik. Wahhh, skrg nampak macam suka.. nanti bila dah ada, harap-harap bolehla jadi kakak yang baik.. :) oh.. Khayra mesti akan sebut adik dia baby adam… lelaki ke? hahahahhahah no one knows… :P

Khayra @ KLIA.. Rambut lepas bukak tocang dua.. :)

Kerja???? Project kami delay lagi and most probably kami keje lagi weekend nih.. Wahhhh sangat dramatic ok… semua dah takde motivation diri.. Semua dah pakat nak mogok. Aduiii… serius saya pun dah tak larat… Saya rindukan kehidupan saya yang sebelum ini walaupun still takde kat rumah, but kami bersosial bersama keluarga. That’s the important things in my life as for me. :D ( ini makin menguatkan hati untuk resign jek.. Jangan terkejut sudah…. Hahahhahaha )

Welll………….. Weekend i really miss u…. Bila kita bisa ketemu? hehehehe ecececcece saya dah ada weekend saya last weeks.. tu lagi membuatkan team saya saya keciwa bila minggu ni kene keje lagi. Huhuhu Sudah dah la…. :P

Banyak saya nak cerita, tp masa tidak mengizinkan… jumpa next post. :)

Nota: Ummi tetap sayang KHayra walaupun Khayra bakal ada adik… Dont worry… :)

Luv,

UmmiKA

Related Posts with Thumbnails