pejam celik pejam celik, serius, tiba-tiba je dah saya dah kandungan saya dah berusia 12 minggu. Wahhhh.. masa berlalu dengan pantas sekali. Serius tak perasan. Dengan kesibukan yang melanda dan tak sudah2 lagi tau… ( saya dah hampir nak resign je sekarang nih… ekekkekekek ) project is delay, so our weekdays is extend to the maxs, alhamdulillah, syukur sampai ke hari ini, saya tidak mengalami morning sickness yang membuatkan saya terduduk atau terkelepek tak bermaya..
Alhamdulillah, baby macam faham je ummi dia ni busy sampai tahap super duper saiya still, saya macam biasa, aktif macam biasa. Sesekali pening dan penat tuh biasala… Kalau tak pregnant pun kerja non-stop over the weekend for more than one months harusla kan?
Saya baru je buat check up semua last thursday hari tu. Itu pun sebab abang tiba-tiba demam, sakit tekak, pening. Dah alang-alang g klinik, pi la terus buat check up. Time tu redah je.. G kat klinik yang dah biasa g.. Dah biasa dengan doktor tu kan. ALhamdulillah, kandungan ok.. baby sihat.. membesar dengan elok. Cuma doktor cakap uri macam bawah sangat, tapi sebab saya takde bleeding takde apa, doktor cakap, nanti dia naikla.. lambat kot..
Awal-awal risau jugak sebab saya dah la tak cukup tidur, makan tak menentu, makan lak semua yang express2.. tak banyak makan makanan kat rumah, tapi nasibla saya akan makan buah, makan prun, makan kismis, makan kurma. Benda-benda tu la kot membantu and tak lupa jugak makan folik asid. Time scan tu, khayra pun ada sekali.. Boleh la kan, dia dok sebut baby bila abah tunjuk kat dia adik… ekekek kelakar la anak ummi.. Sekarang dah nampak kepala, nampak heart beat dia dup dap dup dap.. nampak kaki and nampak tangan dah.. Jantina je tak nampak lagi.. hahahhaha bolehla pulak excited nak tgk jantina time baru 12 minggu kan? Lawakla…
Khayra pulak, since saya asyik balik lambat je, kurang masa dengan dia, sekarang ni sangat super sensitif. Tak boleh ada salah sikit, mesti nak merajuk. SIkit-sikit nak nangis.. Huhuhu Kekadang sangat menguji kesabaran saya yang tengah penat letih, pening nih melayan kerenah dia yang sangat-sangat manja. Hinggakan kekadang tertinggi suara dengan Khayra and kekadang dia nangis biarkan je.. Waaaaaa serius time tu rasa sedih bila dah terbuat bende-bende tuh. Kesian sangat kat Khayra.. Manala dia faham semua tu kan? But saya akui masa sekarang ni memang menguji kesabaran saya.
Sekarang Khayra dah campur dengan formula. Tidak sepenuhnya BF dah. Susu saya memang kurang sangat. Tambah-tambah dengan kerja yang sekarang ni. Nasib baik Khayra takde problem untuk susu lain. Awal-awal je la kene bersabar, lepas tu dah ok. Dia pun macam faham je susu ummi ni dah kurang. Bila menyusu, tak puas baru dia minta susu FM tu. Then bila dia rasa dah puas, minta susu saya pulak. Baru lepas tu leh tidur.. Kekadang kelakar je dengan kerenah Khayra.
Apa-apa pun yang Khayra buat, still dia penghibur hati saya. Kerenah, keletah still xboleh nak tepis.. Saya rindu je kat gelagat tak boleh blah si Khayra.. ekekekke Dah jadi kakak ni, pepagi mesti akan peluk and kiss adik. Wahhh, skrg nampak macam suka.. nanti bila dah ada, harap-harap bolehla jadi kakak yang baik..
oh.. Khayra mesti akan sebut adik dia baby adam… lelaki ke? hahahahhahah no one knows…
Khayra @ KLIA.. Rambut lepas bukak tocang dua..
Kerja???? Project kami delay lagi and most probably kami keje lagi weekend nih.. Wahhhh sangat dramatic ok… semua dah takde motivation diri.. Semua dah pakat nak mogok. Aduiii… serius saya pun dah tak larat… Saya rindukan kehidupan saya yang sebelum ini walaupun still takde kat rumah, but kami bersosial bersama keluarga. That’s the important things in my life as for me.
( ini makin menguatkan hati untuk resign jek.. Jangan terkejut sudah…. Hahahhahaha )
Welll………….. Weekend i really miss u…. Bila kita bisa ketemu? hehehehe ecececcece saya dah ada weekend saya last weeks.. tu lagi membuatkan team saya saya keciwa bila minggu ni kene keje lagi. Huhuhu Sudah dah la….
Banyak saya nak cerita, tp masa tidak mengizinkan… jumpa next post.
Nota: Ummi tetap sayang KHayra walaupun Khayra bakal ada adik… Dont worry…
Luv,
UmmiKA







Wah dah kluar dr berhibernasi.. alhamdulillah. rimdu ler…
a’ahh la ninie cepat jer masa berlalukan… u 12 weeks, me dah 3 weeks berpantang… prj delay ek? pape take care okie!
.-= MommaMia´s last blog ..Dazkirah @ 3 weeks =-.
Salam alin… tu la, cepat sangat masa berlalu… rasa sekejap je kan.. alin pun dah hampir separuh masa berpantang… dah leh makan lebih2 dah… heheheheh dazkirah pekaba? tgk dazkirah rasa tak sabar dah nih…
lain pulak tgk muka khayra dlm gmbr tu..
.-= Nadiah Sidek´s last blog ..Ada beza ke wanita selepas kahwin? =-.
hehehe khayra baru lepas tocang 2.. lepas tu dia nak buka.. tu yang jadi gitu tu rambut dia… hehehhe mungkin nampak lain sebab rambut Khayra dah panjang kot…
eh………baruuuuuuu perasan u pregnant!!! malunya…kot2 dah basi tp i baru tau. CONGRATS! :)) looking forward for updates….kot2 confirm baby tu “adam”
hihi…take care n jgn keja teruk2 sgt ok
.-= syigim´s last blog ..Anything to Ask Me? Ask! =-.
hehehhe thanks ek syigim… baru je bgtau… xderla lewat pun.. lagi pulak blog selalu tak update… tu la bahananya… ekekkeke tu la, nanti kalau dah cmfrm insyaallah, saya bagitahu nanti…
tahniah..
.-= kakyong´s last blog ..JL Bunch Cafe’s Giveaway =-.
kakyong dulu pun masa 5 bulan (pregnantkan aliya) uri masih dibawah.. doktor nasihat soh jaga2, takut bleeding jer.. Alhamdulillah, masuk bulan ke6 dah naik sikit..
Insya allah, semoga dipermudahkan perjalanan spjg pregnancy kali ni…
thanks kak yong.. insyaallah, harap-harap kali ni tiada masalah besar dan dipermudahkan olehNya. amin…
kira kak yong dulu pun ala-ala nini gak la ni ek? takdela risau.. tu la doc ckp as long takde bleeding shud be ok..
another pregnancy. bestnye.. ;D
hehehhe thanks yunz…. awak bila lagi?
nnt citerla psl pi langkawi ritu.best tak kak….kami xsmpi lg..
khayra sebijik mcm aufa.xsaba nak dpt adik ni.hehe.
take care kak.kite blum bersalin.still waiting.hehe
.-= ummisalsabila´s last blog ..Baby Hand and Feet Sculptures =-.
raudhah, tengah dalam proses mengarang.. hehehheheh nantikan kemunculannya…
sama ek aufa dengan Khayra.. adakah menunjukkan baby boy? ekekekekkeke tunggu ya….
UK, take care..jgn kerja teruk2 sgt..tapi kalau dah work nature camtu..nak buat mcmna kan…make sure enuf rest, good food and sleep
.-= Dayah´s last blog .."90 Days for Mums " Road Tour in Penang =-.
thanks dayah… tula.. kalau dah keje dengan orang and memang memerlukan pengorbanan, redha je la… insyaallah will take care of myself.
tahniah…..semoga semua selamat…
.-= iqa´s last blog ..Anak Sedara Baru… =-.
thanks ika…
Ninie…congrats that you’re expecting! Take care yourself well, dear. Hope to c u again on 1Sk-MBP Family Day! :>
.-= Hanz´s last blog ..Today is Earth Day, but what does it mean to you? =-.
Salam hanz… thank you hanz… memang tak sabar nak tunggu 1sk-mbp family day nih…
kita jumpa kat sana nanti…