~ Don’t Know What To Write ~

Banyak yang saya nak tulis pasal Khayra. Keletah dia.. Perangai dia… heheheh kekadang terasa sangat kelakar. But i dont know what to write. Maybe because i lost my writing skills already. Hehehheheh serious i really dont know how to write and cannot make up my mind with good articles because in my mind only appear logic, yes or no. Huhh… Macam apa je kan? Hehehheh Currently, i’m polishing my skills back. Try to make my entry as interesting as top bloggers.. hahhahaha Dream on… :P

I believe when comes to their children, every mummy and daddy will feel proud of their children. Aren’t we? Hehheheh Most parents felt their children is gift and everything they do, we do feel peace, happy and no worries. Me too.. My husband and even my parents and my PIL. Sehari tak tengok keletah Khayra, rasa macam tak lengkap hidup ni sehinggakan kadang-kadang saya rasakan yang semua orang terlalu manjakan Khayra. Ok.. saya sekali la. :P Tak elok kan gitu? Tapi kalau Khayra buat salah ke, memang saya akan marah la.. especially abah khayra. Kalau Khayra nak something like toys pun, kalau benda tu kami tak rasa diperlukan, kami tak beli and kalau nak tau, khayra tak banyak sangat permainan. Kalau yang ada pun hadiah dari makcik-makcik dia and orang lain. Dari kami? Boleh dibilang dengan jari sebab Khayra akan cepat bosan dengan sesuatu permainan tersebut. Khayra lebih suka gunakan apa yang ada kat rumah tu. And lebih suka baca buku dan menulis. Kalau baca buku kadang-kadang saya biarkan je ( sebab malas.. hehehhehe ) and masa tu dia akan bercerita menggunaan bahasa yang saya tak faham langsung. Hehehehehhe

Saya teringat baru-baru ni, semasa maghrib, selepas sama-sama dengan Khayra ambil wuduk, khayra berlari keluar ke bilik atok and wan. Jadi kami sembahyang je la dulu. Sekalinya, bila Khayra masuk balik, ajak kami solat balik. Mesti nak ummi sekali, abah sekali and dia kat sebelah. Mula-mula just buatla dummy kan.. Tanpa baca apa-apa sekalinya Khayra marah kami and cakap olat-olat.. sambil tunjuk-tunjuk and marah. Terus saya suruh abang baca kuat-kuat macam biasa. Khayra macam biasa, akan ikut and sebut perkataan terakhir je la… yang lain terkumat kamit mulut je la…  Bila abang buat 1 rakaat je, then terus bagi salam, Khayra mengamuk lagi.. sambil cakap olat-olat… Sudahnya kena buat betul2 tiga rakaat. Alhamdulillah… Sejuk hati ni bila tengok Khayra macam tu even kami gelak-gelakkan dia la time tu… :P Saya ada amik video tp dalam mp4 plak. lappy ni takde converter.. Nantila saya cari.. :p

Kalau nak tidur pulak, kene tepuk atau peluk badan khayra. Then rutin harian bacakan al-fatihah dan surah tiga Qul. Khayra akan ikut bacaan saya especially surah al-fatihah. Kadang-kadang dia akan suruh saya ulang balik sampai puas.

Rasa macam khayra dah ready kot untuk potty training. ehhehehe yela, dah besar dah pun.. :P Setiap kali nak buang air je, Khayra akan bagitau. Kalau diapers dah tak selesa pun, Khayra minta tukar diapers. Kami ada beli penutup toilet tu je la.. tak berkesan sebab khayra takut tinggi.. ehheheheh tengah cari masa untuk cari benda tu.. :P

Bab bercakap.. Tu rasanya semua baby sama kot.. Dah mula sambung perkataan.. Dah tau apa nak.. dah tau nak minta apa.. Dah kenal bintang and barang-barang. Cuma Khayra tak kenal warna sangat lagi. Ermmm… kene ajar lebih lagi part ni.. :)

Oh.. bab cari kasut Khayra paling cerewet. Ada je yang khayra tak suka and tak nak. Hari tu, jenuh mencari selipar untuk Khayra. Tahu pulak tu mana kasut yang sakit.. mana yang kecik.. mana yang tak cantik. Sudahnya kasut yang di pilih kasut macam orang besar tu.. Yang ada heel… Hahahhahaha kami memang gelak la dengan pilihan Khayra tu.. Last-last jumpa jugak kasut kesukaan.. Silap.. selipar kesukaan.. yang ada bunyi-bunyi tu… Huhuhuhu.. Tang kasut kalau kami beli je, kalau tak kene dengan kaki Khayra, dia akan minta bukak and komplen-komple sakit. So better ikutkan je daripada membazir.. Nasib baik tak kisah selipar giant ke.. selipar tesco ke.. :P

Bab nampak duit memang No.1.. Tak tau la mana dia belajar tentang duit ni tapi Khayra tau kalau nak beli something kene ada duit sebab hari tu, dalam tangan Khayra ada RM1 and khayra nak air soya. Masa beli tu, dia bagi saya duit RM1 untuk air soya tu. Suprising me.. And satu lagi yang mengejutkan saya, dah tau duit banyak.. and kalau nampak duit hari tu masa kat rumah makcik time kenduri akikah.. masa cousin saya nak bayar duit apa ntah kan, boleh Khayra cakap ’00000 uit anyak… ‘ Ayooooooooooooo…. So kami pun ajar la duit yang dia dapat masukkan dalam tabung.. Huh…

Ha… tajuk dont know what to write.. Tapi ni macam dah berjela je.. heheheh baik saya stop sini… Khayra ni milestone terkumpul Khayra yang ummi dah tak buat tiap bulan macam dulu… :P

Nota: alhamdulillah, syukur kami dikurniakan anak seperti Khayra. Walaupun ada anak-anak lain yang lebih advance lagi dari Khayra, apa pun perkembangan anak ummi ni, tetap membuatkan kami bangga. Seperti ibu bapa lain bangga dengan anak masing-masing.. hehehehhe Ummi and abah gembira dengan kehadiran Khayra and next, bakal adik Khayra… :P

Luv,

UmmiKhayra

~ Siapa Ada Alahan Ketika Mengandung? ~

Alahan ketika mengandung sering dikaitkan dengan pening-pening, muntah-muntah, loya-loya, angin, perut sebu dan tak selesa. Tu yang common la. Ada juga yang hilang selera makan sebab tak tau apa makanan yang kena dengan tekak. Once dah jumpa makanan yang membuka selera, laju je makan. :P

Worst Morning sickness

Masa mengandung anak pertama dan kedua sekarang ni, memang ada bezanya. Walaupun masa pregnantkan Khayra, saya tidakla mengalami alahan yang teruk, but saya still la ada muntah sesikit time petang.. bukan pagi.. and sakit kepala masa first trimester tu. Tang selera makan pulak, once saya tau yang saya kena makan pedas baru saya boleh makan, and tidak masakan yang manis-manis, selera saya huh… banyak makan ok… Buah? Of course jadi feberet. Lepas je first trimester tu, semua je saya balun. Tapi sebabkan first pregnancy kan, ala-ala mengada pun ada jugak la.. Sikit-sikit abang… sikit-sikit abang… Hahahhahahahahha

Untuk anak kedua ni pulak memang lain dengan yang sebelum ni. Kali ni saya memang tak tahan dengan bau perfume yang kuat-kuat ni. Mesti rasa pening. Lepas tu kalau bau busuk. Lagila pening. Kemudian saya hilang selera makan kecuali buah. Dari mengandungkan anak pertama lagi, saya memang hantu buah. Tak tau la kenapa… :P But kali ni, saya memang tak tau saya nak makan apa. Saya dah try pedas, masam, masin, manis semua tak jalan dengan tekak saya. Yang lalu Cuma buah je. Ok la tu labu.. buah pun buahla.. Hahahhahahha oh, saya Cuma berselera kalau saya makan masakan di rumah. :D Tu pun dapat jarang-jarang sebab masa first trimester saya kan workaholic.. 9am – 12am..:P  Mungkin disebabkan kerja kuat sangat (kuat ke? ) maka saya tak alami apa-apa sindrom morning sickness ni langsung. Kecuali tang sakit kepala. Tu pun kena masa saya dah rasa stress sebab banyak keje and asyik balik lewat je. So, saya rasa tu berpunca dari saya stress kot. Sebab bila saya try rileks.. buat keje ala-ala je.. ok je.. :P Alhamdulillah, pregnancy kali ni, hinggala sekarang which is 16weeks already, berjalan lancar dan dilindungiNya. Alhamdulillah.

Anak ummi ni kuat kot. Mampu bertahan dengan tuntutan kerja ummi dia or ummi dia yang masih mampu untuk mengawalnya? :P Bila saya fikir, mungkinkah mainan fikiran dan psikologi turut memainkan peranan bila kita menghadapi situasi ni? Maksud saya situasi alahan masa first trimester nih. Macam contoh saya sekarang ni, saya takde masa nak fikir sangat pasal saya sakit kepala ke, pening ke, muntah ke, loya-loya ke sebab saya focus ke arah kerja je. Tapi macam mana pulak dengan yang memang tak tahan dengan bau bawang, bau masakan, bau busuk? Macam saya yang kali ni memang tak tahan dengan bau perfume. Takkan mengada-ngada jugak kan? Hehehhe Aci tak tang tu mainan psikologi memainkan peranan? hahhahahha

Mengikut apa yang saya baca, alahan ini berkemungkinan jugak disebabkan oleh perubahan hormone dalam badan memainkan peranan kenapa kita mengalami symptom morning sickness ni. Sebab ada yang teruk sangat sampai masuk-masuk wad. Yang tu macam mana tu?  Saya ada baca dari blog kak siti sifir, sebabkan perut kosong jugak memainkan peranan untuk alami alahan ni. Hehehhehe Sebab tu la banyak artikel atau nasihat untuk pregnancy woman ni supaya sentiasa makan dalam kuantiti yang sikit tapi kerap. Selang waktu dengan lunch or dinner tu, makan biskut ke, kacang ke or buah.

Apa-apa juga alasannya, sebenarnya inilah masa untuk para-para ibu ni mendapatkan perhatian lebih daripada suami. Betul tak? Hehehhe Masa untuk bermanja-manja and dapatkan lebih perhatian. Hahahahhaha Kawan-kawan semua, macam mana lak experience dengan alahan atau morning sickness ni? Yang pelik-pelik ke.. Mehla share-share.

Luv,

UmmiKhayra

~ Khayra Takut Dengan…….. ?? ~

Sape nak tau, khayra kan, dia kan… takut dengan ………. SHREK… hahahahhahahah Memang kelakar la… :P Opps…. tetiba je…  gelak and cakap gini.. Okeh.. Isnin baru-baru ni saya cuti. Ehem-ehem… Pagi tu ada check up saya.. so, mestila tengahari gitu baru habis kan.. biasanyala.. :P so, dah alang-alang, saya ngan abang pun cutila… Hehehheheh So, petang tu tetiba kata nak g tengok wayang. Huhhh.. dah lama benar kitorang tak g tengok wayang.. tetiba rasa excited la kan nak g tengok… So, memang pilih nak tgk shrek sebab ni episod akhir and lagipun ank bawak khayra sekali.

Kitorang beli tiket kat cineleisure. Amik couple seat.. Hehhehe cukupla kalau dengan Khayra. Kitorang masuk-masuk je, dah start sikit.. Masa Rumpelstiltskin cuba nak menghasut Pinocchio amk deal dengan dia. Masa tu Khayra ok lagi… tiba-tiba…

Shrek kua… makanya… Khayra pun apa lagi.. menjerit…’ atuttttt’ …. ekekekke kelakar giler time tu.. Khayra cakap atuttt lepas tu terus peluk saya sambil tutup mata. Tapi kejap-kejap dia bukak mata tengok balik. Kejap-kejap atottttt… Last-last nak kua sebab gelap… Saya pun pelukla khayra.. barula dia ok… Ekekekkekekeke Nasib baik tak buat perangai time tu.. Dia peluk saya kuat-kuat sambil tutup mata je sebab takut tgk shrek.. Tu masa shrek kua je la… Dah la sound kuat kan.. Tak lama lepas tu.. Tiba-tiba je tidur…. mak aih… nasib takde tiket tuk khayra.. kalau tak… rugi je… ekekekkekekekeke

Overall cerita shrek ni tak seseronok citer yang  first la.. tapi untuk cerita ringan-ringan, not bad la… :) boleh tengok puss yang gemok.. and sangat comel ok… cute lak tu… especially tang buat mata minta kesian… ekekekkekek and memang lawak…. Dengan perangai donkey yang memang suka bercakap and kecoh… Oh.. cerita kali ni sebab shrek termakan hasutan Rumpelstiltskin. So semua milik dia dah bukan milik dia.. Kenapa shrek kene tipu? Sebab shrek tak suka jadi hero.. dia nak jadi binatang yang digeruni balik. Time tu kira dia tak menghargai apa yang dia ada la… So, cerita ni macam nak bagitahu, kita patut menghargai apa yang kita ada.. and kita sepatutnya bersyukur dengan kurniaan yang kita dapat/peroleh di dunia ini.

Nota: Membuatkan saya lagi tetap hati untuk sentiasa meluangkan masa untuk keluarga lebih lagi dan berusaha untuk menjadi isteri yang mithali and ummi yang penyayang. :)

Luv,

UmmiKhayra

Related Posts with Thumbnails