Banyak yang saya nak tulis pasal Khayra. Keletah dia.. Perangai dia… heheheh kekadang terasa sangat kelakar. But i dont know what to write. Maybe because i lost my writing skills already. Hehehheheh serious i really dont know how to write and cannot make up my mind with good articles because in my mind only appear logic, yes or no. Huhh… Macam apa je kan? Hehehheh Currently, i’m polishing my skills back. Try to make my entry as interesting as top bloggers.. hahhahaha Dream on…
I believe when comes to their children, every mummy and daddy will feel proud of their children. Aren’t we? Hehheheh Most parents felt their children is gift and everything they do, we do feel peace, happy and no worries. Me too.. My husband and even my parents and my PIL. Sehari tak tengok keletah Khayra, rasa macam tak lengkap hidup ni sehinggakan kadang-kadang saya rasakan yang semua orang terlalu manjakan Khayra. Ok.. saya sekali la.
Tak elok kan gitu? Tapi kalau Khayra buat salah ke, memang saya akan marah la.. especially abah khayra. Kalau Khayra nak something like toys pun, kalau benda tu kami tak rasa diperlukan, kami tak beli and kalau nak tau, khayra tak banyak sangat permainan. Kalau yang ada pun hadiah dari makcik-makcik dia and orang lain. Dari kami? Boleh dibilang dengan jari sebab Khayra akan cepat bosan dengan sesuatu permainan tersebut. Khayra lebih suka gunakan apa yang ada kat rumah tu. And lebih suka baca buku dan menulis. Kalau baca buku kadang-kadang saya biarkan je ( sebab malas.. hehehhehe ) and masa tu dia akan bercerita menggunaan bahasa yang saya tak faham langsung. Hehehehehhe
Saya teringat baru-baru ni, semasa maghrib, selepas sama-sama dengan Khayra ambil wuduk, khayra berlari keluar ke bilik atok and wan. Jadi kami sembahyang je la dulu. Sekalinya, bila Khayra masuk balik, ajak kami solat balik. Mesti nak ummi sekali, abah sekali and dia kat sebelah. Mula-mula just buatla dummy kan.. Tanpa baca apa-apa sekalinya Khayra marah kami and cakap olat-olat.. sambil tunjuk-tunjuk and marah. Terus saya suruh abang baca kuat-kuat macam biasa. Khayra macam biasa, akan ikut and sebut perkataan terakhir je la… yang lain terkumat kamit mulut je la… Bila abang buat 1 rakaat je, then terus bagi salam, Khayra mengamuk lagi.. sambil cakap olat-olat… Sudahnya kena buat betul2 tiga rakaat. Alhamdulillah… Sejuk hati ni bila tengok Khayra macam tu even kami gelak-gelakkan dia la time tu…
Saya ada amik video tp dalam mp4 plak. lappy ni takde converter.. Nantila saya cari..
Kalau nak tidur pulak, kene tepuk atau peluk badan khayra. Then rutin harian bacakan al-fatihah dan surah tiga Qul. Khayra akan ikut bacaan saya especially surah al-fatihah. Kadang-kadang dia akan suruh saya ulang balik sampai puas.
Rasa macam khayra dah ready kot untuk potty training. ehhehehe yela, dah besar dah pun..
Setiap kali nak buang air je, Khayra akan bagitau. Kalau diapers dah tak selesa pun, Khayra minta tukar diapers. Kami ada beli penutup toilet tu je la.. tak berkesan sebab khayra takut tinggi.. ehheheheh tengah cari masa untuk cari benda tu..
Bab bercakap.. Tu rasanya semua baby sama kot.. Dah mula sambung perkataan.. Dah tau apa nak.. dah tau nak minta apa.. Dah kenal bintang and barang-barang. Cuma Khayra tak kenal warna sangat lagi. Ermmm… kene ajar lebih lagi part ni..
Oh.. bab cari kasut Khayra paling cerewet. Ada je yang khayra tak suka and tak nak. Hari tu, jenuh mencari selipar untuk Khayra. Tahu pulak tu mana kasut yang sakit.. mana yang kecik.. mana yang tak cantik. Sudahnya kasut yang di pilih kasut macam orang besar tu.. Yang ada heel… Hahahhahaha kami memang gelak la dengan pilihan Khayra tu.. Last-last jumpa jugak kasut kesukaan.. Silap.. selipar kesukaan.. yang ada bunyi-bunyi tu… Huhuhuhu.. Tang kasut kalau kami beli je, kalau tak kene dengan kaki Khayra, dia akan minta bukak and komplen-komple sakit. So better ikutkan je daripada membazir.. Nasib baik tak kisah selipar giant ke.. selipar tesco ke..
Bab nampak duit memang No.1.. Tak tau la mana dia belajar tentang duit ni tapi Khayra tau kalau nak beli something kene ada duit sebab hari tu, dalam tangan Khayra ada RM1 and khayra nak air soya. Masa beli tu, dia bagi saya duit RM1 untuk air soya tu. Suprising me.. And satu lagi yang mengejutkan saya, dah tau duit banyak.. and kalau nampak duit hari tu masa kat rumah makcik time kenduri akikah.. masa cousin saya nak bayar duit apa ntah kan, boleh Khayra cakap ’00000 uit anyak… ‘ Ayooooooooooooo…. So kami pun ajar la duit yang dia dapat masukkan dalam tabung.. Huh…
Ha… tajuk dont know what to write.. Tapi ni macam dah berjela je.. heheheh baik saya stop sini… Khayra ni milestone terkumpul Khayra yang ummi dah tak buat tiap bulan macam dulu…
Nota: alhamdulillah, syukur kami dikurniakan anak seperti Khayra. Walaupun ada anak-anak lain yang lebih advance lagi dari Khayra, apa pun perkembangan anak ummi ni, tetap membuatkan kami bangga. Seperti ibu bapa lain bangga dengan anak masing-masing.. hehehehhe Ummi and abah gembira dengan kehadiran Khayra and next, bakal adik Khayra…
Luv,
UmmiKhayra


Seoanjang minggu ini, dari 27/2/2012 hingga 1/3/2012, sebarang penghantaran untuk baju di adrinis tidak dapat kami lakukan kerana kami bercuti. [...]



walaupun u dont know what to write, tapi ada banyak isi dlm n3 ni.
kalau ai dont know what to write, memang takde pape lgsg.hehehe
hehehhe idea tu datang je terus… saya ada baca bila tak tau nak tulis apa, tulis je.. mungkin in few sentences ayat merapu then kita akan dapat balik apa yang kita nak tulis…
sooooooooooooo cute ur daughter…!! pandai lak tu…geram je tgk…;)
.-= khalidah´s last blog ..Kenapa mesti nak menjerit kalau marah? -so sweet- =-.
Thanks khalidah… hehhehe memasing mesti geram punyer tgk baby/toddler kan? tapi bila dah besar… hah…