~ Buah Kurma Kegemaran Saya – Kawan-kawan macam mana? ~

Saya pernah buat satu entry tentang kebaikan kurma ni di sini.Dalam entry tersebut, saya ada menyatakan kebaikan buah kurma di samping buah kismis dan juga madu. Kebaikan buah kurma memang sudah diakui sejak zaman Rasulullah SAW lagi.

Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Apa itu Buah Kurma?

Buah kurma atau dalam bahasa Arab nya dipanggil tamar tergolong dalam keluarga phoenix. Phoenix adalah sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit. Buahnya bertangkai seperti buah pinang. Buah kurma boleh di makan sama ada yang masak atau yang mentah.

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis kurma. Ada kurma safawi, mariami, ajwa ( kurma nabi ), kurma yang masih lagi bertangkai, kurma rotab ( ni manis seperti madu ) dan banyak lagi. Saya suka semua jenis kurma tu kecuali kurma madu atau rotab. Hehehheh Sebab saya rasa  kurma tu lembut and manis sangat. hehehehhehe

Ketika Bulan Puasa

Apabila menjelang bulan puasa sahaja, kita akan dapat lihat buah kurma ini dijual di mana-mana sahaja. Sangat mudah untuk mendapatkan buah kurma ini ketika di bulan puasa. Ini kerana kita disunatkan untuk berbuka dengan memakan buah kurma terlebih dahulu bagi membekalkan tenaga kepada kita serta merta dan memudahkan kita untuk beribadat dengan menunaikan solat maghrib dan juga terawih. Kemudian baru kita makan-makanan yang berat seperti nasi dan sebagainya. Ini kerana, sekiranya kita memakan makanan yang mempunyai karbohidrat, kita akan cepat berasa mengantuk dan letih.

Namun begitu, kurma bukan sahaja elok di makan ketika bulan puasa sahaja. ( ini macam dah jadi trend, makan kurma ketika bulan puasa sahaja. ) Kita boleh makan kurma pada bila-bila masa sahaja kerana kurma merupakan sejenis buah yang kaya dengan pelbagai khasiat dan mempunyai banyak kebaikan.

Ketika Hamil, lepas bersalin dan ketika menyusukan anak

Ketika hamil sangat digalakkan memakan buah kurma kerana ia mengandungi banyak khasiat yang diperlukan oleh ibu-ibu mengandung. Ia kaya dengan Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium, folate ( bila dalam bentu pil ia di sebut asid folik ) dan banyak lagi. Sebab itu, kurma juga elok di makan oleh orang yang mengalami masalah anemia ( kekurangan sel darah merah).

Selain itu, Kurma boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa AS yang tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

“Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Buah kurma juga mengandungi unsur zat besi dan kalsium bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu.

Buah kurma untuk bayi

Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.Selain itu, Buah kurma juga selalu dijadikan buah yang digunakan untuk bertahnik atau membelah mulut bayi dengan cara mencalitkan sedikit ke lelangit bayi.

Boleh di makan bila-bila masa sahaja

Diriwayatkan oleh Aishah r.a yang menjelaskan kurma mengandungi ubat. ” Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang di makan.”

Kurma amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi kerana ketiadaan kolesterol, lemak dan gula dan ia boleh di makan bila-bila masa sahaja. Kita tidak perlu risau atau takut kalau-kalau diserang penyakit kencing manis sebabnya kandungan gula yang ada di dalam Kurma merupakan kandungan gula yang terbentuk secara semulajadi. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera terutamanya apabila berbuka puasa dan ketika bersahur. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

Lagi apa ek? hehehe ini je yang saya dapat fikirkan. Tetapi boleh disimpulkan buah kurma sangat elok di makan bila-bila masa sahaja. Di samping ia memberi tenaga, ia juga mengandungi banyak khasiat dan kebaikan. Teringat saya, semasa saya mengandungkan Khayra, saya memang suka sangat dengan kurma. Kalau dulu-dulu saya biasa-biasa je. Takdela kene makan tiap hari. Tetapi sewaktu mengandungkan Khayra, tiap hari memang saya akan makan. Kalau sehari tak makan, terasa seperti tidak lengkap. Sebiji pun jadila… :P Di hari nak bersalinkan Khayra pun, sebelum ke hospital, saya makan jugak kurma tu. Ini  kerana saya percaya kurma boleh membantu saya dalam memberikan tenaga sebab saya takut saya tak lalu nak makan nanti. Dan memang saya tak larat nak makan masa breakfast tu sampai.Walaubagaimanapun, alhamdulillah, Khayra selamat di lahirkan.

Untuk kandungan kali ni, saya dah kurang sikit makan kurma compare sebelum ni. Ermmm… kene makan banyak-banyak nih.. Berat kali ni pun, saya dah pregnant 5 bulan, baru 44kg. Amik…. every month naik 500g je. Doktor cakap tak makan ke? adehhh….. Tapi saya masih tak tahu nasib saya macam mana untuk kandungan kali ini. Semoga dipermudahkan olehNya.

Korang suka buah kurma tak?

Oh, kalau nak baca banyak lagi tentang kebaikan kurma, boleh baca di sini. Hehehhehe

Nota: Kita hanya berusaha memberikan terbaik, dan berusaha untuk menghasilkan yang terbaik tetap yang menentukan hanyalah Allah SWT.

Luv,

UmmiKA

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

http://tayibah.com/eIslam/kurma.htm

~ Kisah Saya Bersama Khayra ~

Hehehhehe Semalam dengan rasminya saya bersama Khayra one whole day tanpa menghantar Khayra ke nurseri. Actually Khayra boleh lagi pergi nurseri sampai esok, tapi saya tak nak hantar dia ke nurseri sebab saya nak biasakan diri macam mana nanti bila saya dengan Khayra sahaja. Semalam saya ada banyak agenda. Mula-mula kene hantar parcel ke pos laju, kemudian ke Rawang, ke KL, kemudian ke Shah Alam balik.

Pagi-pagi siapkan sarapan untuk Khayra dan persedian dalam perjalanan nanti. Saya siap-siap bawak biskut untuk Khayra, siapkan susu dia awal-awal, dan segala macam benda la. Sebabnya semalam masa saya banyak di habiskan di jalan dan dalam kereta. Awal-awal Khayra sangat behave. Siap tidurkan cat dia, duduk sebelah cat dan bila nak menyusu, menyusu dengan eloknya… Sekalinya bila masa dia nak susu saya, and masa untuk dia tidur, mak aih… Time tu la cabaran berlaku sebabnya masa tu saya tengah drive ke Rawang. Sudahnya kene la berhenti tepi jalan dan susukan si mek kecik tu dulu. Datang pulak angin dia, tak nak lepas nak berkepit je, sampaila 1 jam saya kat tepi jalan tu je.. Waaaaa… amat menguji and membuang masa gak la. Saya cuba pujuk Khayra, awal-awal je la ok, lepas tu bangun balik nak pegi kat saya. Sudahnya, Khayra letak kepala dia di atas paha saya, then baru nak tidur. Bila angkat je,Khayra bangun balik and nangis-nangis. Sudahnya saya biarkan je dia tidur atas paha saya sampaila ke destinasi. Huh.. Yes.. Yes.. Saya tahu ia bahaya macam tu, tapi saya dah tak tau nak buat macam mana. Memang kene train la si kecik Khayra nih. Dia boleh bertahan sekejap je.. Lepas tu mula la ke sana sini. Jenis tak boleh duduk diam.

Bila ke KL tu, nasib baik ada adik saya. So, senangla ada orang nak control tapi masa tu Khayra tidur je sampaila balik ke Shah Alam semula. Time tu, mood dah ok sebab dah cukup tidur, makan and happy je. Elok la pulak. Sabar je la.. Then saya dan adik saya pun memulakan operasi kitorang mengemaskan semua-semua kerja. Maghrib baru saya sampai rumah. Phewww…

Ada gak baca tips-tips macam mana nak handle toddler bila dalam kereta. Semua dah ada tapi still tak jalan dengan Khayra especially bila tiba masa tidur dia sebab Khayra kalau tidur nak baring betul-betul boleh pusing-pusing atau pun bila saya tak drive, dia nak saya peluk dia. Ermmm… mungkin awal-awal ni je kot. Tapi macam mana nanti kalau dah ada 2 anak? Hahahahhahahhahahha

Luv,

UmmiKA

~ Asid Folik As Supplement Penyebab Asthma Kepada Kanak-kanak? ~

Terpanggil saya untuk buat satu entry mengenai asid folik ini sekali lagi. Kenapa? Sebelum ni saya ada buat post tentang kepentingan asid folik ni di sini. Minggu lepas, saya ada menerima komen dari seorang hamba Allah yang bernama en. Nasir. Maaf, saya tidak tahu kalau-kalau en Nasir ni ada blog atau tidak kerana tidak disertakan sekali. En Nasir ni ada memberi saya link dan artikel tentang research yang dilakukan oleh researcher dari australia tentang keburukan asid folik ini yang boleh mengundang kepada penyakit asthma kepada anak dalam kandungannya.  Terkejut kan?

Bila saya baca artikel yang bertarikh hujung november 2009 dan yang paling latest pada 5 jan 2010, ada menyatakan

Children whose mothers took folic acid in late pregnancy – from the 30th week on – were one-quarter more likely to have asthma at age 3 compared with children whose mothers did not take folic acid at that point in pregnancy.

They were also more likely to have persistent asthma symptoms from the age of 3 through age 5.

Most mothers who took folic acid in late pregnancy did not take it as a stand-alone supplement, but as part of a multivitamin; they typically got 300 micrograms of folic acid per day from supplements.

Namun, research tu menyatakan di awal pregnancy memang asid folik ini diperlukan untuk membantu dalam pembentukan saraf.

Ada banyak juga artikel yang saya jumpa bila saya search linked to asthma tetapi semuanya dari sumber yang sama iaitu daripada penyelidikan yang di lakukan oleh Universiti Adelaide di Australia. Mengikut apa yang saya baca, ia tidakla pulak nyatakan yang folic asid yang linked to asthma tu diambil secara stand-alone atau folic asid ni antara kandungan yang terdapat dalam multivitamin. Sebabnya, kita selalunya makan multivitamin bila dah masuk second trimester. ( Kecuali government ).

Then saya jumpa lagi satu journal by dr. fuhrman yang menyatakan bahawa

Women who take supplemental folic acid increase their breast cancer risk by 20-30%, according to a study in the American Journal of Clinical Nutrition. Researchers collected data on women’s folic acid intake from multivitamins over a 10-year period – they found that the women who took multivitamins containing folic acid were more likely to be diagnosed with breast cancer than those that did not.

Another new study, has found that folic acid supplementation by pregnant women increases the risk of childhood asthma by 26% 5, and yet another study linked folic acid supplementation during pregnancy to increased incidence of respiratory tract infections in infants, especially those resulting in hospitalization.

Dari artikel tu, saya bolehla simpulkan yang research yang dilakukan oleh penyelidik dari Australia itu based on Folic Asid yang ada terkandung dalam multivitamin. Contoh paling senang adalah obimin.

Walaubagaimanapun, ini hanya merupakan research yang baru dilakukan. Plus, Asthma UK’s director of research, Leanne Metcalf pun ada menyatakan masih terlalu awal lagi untuk membuat keputusan mengenai hal ini based on study data tersebut.

“We believe that this is the first published study in humans to demonstrate that increasing consumption of folic acid, and specifically supplemental folate during late pregnancy, significantly increases the risk of physician-diagnosed asthma in the child at 3.5 years, persistent asthma (at 3.5 and 5.5 years), and possibly asthma at 5.5 years,” said the research team, who published their findings in the American Journal of Epidemiology.

However, the researchers cautioned that there was more work to be done before a hard link could be assumed.

“We acknowledge the need for further studies replicating our findings before any specific recommendations against folic acid supplementation in late pregnancy can be made,” said associate professor Michael Davies, who headed the research.

It is not entirely clear why folic acid supplements in late pregnancy would promote asthma in some children. Most mothers who took folic acid in late pregnancy did not take it as a stand-alone supplement, but as part of a multivitamin; they typically got 300 micrograms of folic acid per day from supplements.

So, belum dapat dipastikan lagi kebenaran tentang folic asid ni boleh bawa keburukan hanya based on satu study je. Diorang kene study lebih lagi untuk memberikan banyak lagi bukti dan penemuan. :)
Walaubagaimanapun, saya setuju dengan saranan yang diberikan iaitu makan banyak makanan semulajadi yang mengandungi folate. Seperti post saya yang lepas di sini, saya ada berikan beberapa contoh makanan yang mengandungi folate atau folic asid ni. Antaranya barli, daging lembu, membran, beras perang, keju, ayam, BUAH KURMA, sayuran berdaun hijau seperti bayam, asparagus, brokoli, celery, bunga kobis, tomato, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, bijirin dan lain-lain lagi. Tengok, banyakkan? Hehehhehehe
Nota: Apa lagi, amalkan gaya hidup sihat.. yeayyy….
Luv,
UmmiKA
Sumber:
http://www.medicalnewstoday.com/articles/170018.php
http://www.drfuhrman.com/library/folic_acid_dangers_and_prenatal_vitamins.aspx
Related Posts with Thumbnails