~ 2 Bulan lagi Khayra Dah 2 Tahun ~


Me!  I'm a wife to my precious husband, Khairul Adha and a mother to my sweet little gorgeous princess, Khayra Amirah. I Love to breastfeed my baby.. :) I love my Family so much... :D


Tak sangka saya, genap 2 bulan lagi, 25 August nanti, Khayra genap 2 tahun. Wah… terasa macam sekejap je masa berlalu… Sekarang Khayra bakal jadi kakak pulak. Tak sangka ummi anak ummi yang kecik comei lote dulu, dah nak menginjak ke  2 tahun. Rasa macam baru je ummi lahirkan Khayra.. Sekarang dah besar panjang dah anak dara ummi ni.. Hehehhehe

Macam-macam yang Khayra buat. Ada tu menguji jugak kesabaran especially bila ummi tengah pregnant ni. Tapi memang all of the time, kakak khayra ni memang chenta hati ummi and abah la.. Suka buat kelakuan yang buat orang gelak and nak senyum je.

Ummi paling suka cara khayra cakap.. slow je.. and mesti ada rhyme… hehehhehe ayammmm mie ( sayang ummi ok… ) … Sambil peluk and kiss kita. Hehheheheh so sweet… Suka suruh orang hug dia… Pastu macam orang besar, siap tepuk-tepuk belakang lagi.

Khayra suka sangat kalau dengar CD dalam kereta. Kalau masuk je, dia dah tau apa dia nak.. Ummi… cd… Nak tau lagu apa? Sebabkan lagu yusuf islam tu dah dalam kete atuk, sekarang Khayra suka dengar adik mohamad apa ek nama dia.. budak yang kecik-kecik lagi dah tau al-quran tu.. So akan dengar la berulang-ulang kali sepanjang jalan, adik tu mengaji. Alhamdulillah, kekadang Khayra akan ikut ujung-ujung dia.

Bila malam nak tidur pulak, kekadang je suka ummi bacakan buku.. Most of the time, Khayra akan minta ummi nyanyi ya shaheed, laillahaillallah, subhanallah selepas ummi bacakan al-fatihah, ayat 3 Qul dan mengucap kalimah syahadah sambil tepuk-tepuk dia baru nak tidur. Oh, lately ni tetiba lak dia minta ummi ngaji.. Ayorkkk… Sudahnya, lepas kebiasaan, ummi bacakan yassing dulu untuk Khayra. Alhamdulillah.. Dalam hati ni, semoga ia berkekalan… Amin….

Kalau bab bangun tidur, tak nampak ummi sebelah mesti akan nangis.. ayorkkk…. manyak susah ini macam bangun tidur je nak nangis… ekekekek cewek la anak ummi nih… Dah la asyik nak berdukung je sampaikan ummi nak masak pun nak dukung. But lately ni, bila dia dah tengok ummi ada kat rumah je, macam ok pulak.. Takde la nak berdukung je.. Ummi nak masak, ok je duduk dekat ummi.. Sambil tanya itu apa, ini apa.. Layannnn… Hahahhahah

Mulut dah menceceh-ceceh.. Ada je benda yang nak ditanya, ada je benda yang nak di cakap. Ummi buat apa, Khayra buat apa.. Kalau makan, mesti nak makan sesama.. Ummi kene makan jugak. Bila main pun,mesti akan tanya ummi ni apa, semuala.. Suka sangat kalau orang layan dia.. Suka conteng kaki and tangan sendiri.. Konon cantik… Hehehhehehe Dah pandai minta buatkan itu ini.. Nak suruh ummi lukis star, moon, flower.. Lukis sendiri tak nak… geget kang… :P

Walaupun ummi tau Khayra memang manja sangat.. ( apa tak nya, atuk, wan, nenek semua ikut je kehendak.. Amboooiii… ) tapi khayra memang independant. Suka buat bende-bende tu sendiri. Nak pakai seluar sendiri.. nak pakai diapers pun sendiri.. Kita tolong memang tak nak.. asyik dok cakap, yaya buat… yaya buat… Tu yang kalau nak siapkan anak dara sorang ni, sangat la lama.. Makan nak sendiri.. Ni memang dari kecik lagi la.. Tak penah suka bersuap.. Berus gigi pun nak sendiri…Pakai kasut nak sendiri.. mandi pun nak sendiri buat… semua nak sendiri… baru-baru ni, nak buat susu sendiri.. Nak ceduk susu sendiri.. Bila ummi cakap, kalau gini memalam Khayra nak susu botol, buat sendiri, boleh dia cakap ok.. yaya buat… Hahhahahaha ummi tunggu ye Khayra… :P

Vocab tu alhamdulillah.. dah banyak peningkatan.. Dah boleh sambung-sambung ayat bagai.. Cuma warna je yang masih failed lagi.. Semua warna blue/biru.. ada ke patut?

Kalau abah bawak kete laju ke, pandai dah bersuara.. abah sow la… Kalau slow sangat.. abah.. aju…. Sabar je la.. Lepas tu paling ta suka kalau ada orang usik belakang Khayra or peluk Khayra. Kalau ummi, abah, atuk, wan, nenek takpe.. Jangan orang lain… Especially kalau makcik-makcik dia belah FIL kecik-kecik je baya dia… so, paling xsuka main dengan pompuan sebab kena peluk bagai. kawan dia, pakcik lelaki yang dah besar-besar… amboiiii…..

Cuma kalau datang dia punye mengantuk and penat.. siap… Semua benda tak kene.. semua benda nak nangis… Ada je la yang tak kena.. Hehhehe tu normal la.. kita yang penat ni pun kalau tak kena cara, mood bleh swing.. ye tak? hehehehhehe

Walaupun ummi tau khayra bukanla perfect sangat, and mesti ada ramai lagi anak-anak yang kat luar sana mungkin lebih advance lagi dari sayang ummi ni, tapi Khayra tetap permata hati ummi and abah.. Walaupun gigi tu dah rosak sebab malas nak gosok gigi dulu but u still cute di mata ummi… Hehhehehhehe

Dah 2 kali, birthday Khayra jatuh masa bulan puasa.. Nampak gaya ummi tak sambut birthday Khayra lagi la tahun ni ek.. Dengan family-family je la.. Hadiah? Hehhehehhe Khayra nak apa?  Ummi pun tengah fikir nak bagi hadiah apa… Ermmmmm

Kawan-kawan ada sugestion tak nak bagi Khayra apa? :D

Nota: Ummi and abah love you so much Khayra Amirah…. :) Muahahhahahhahhahaha

Luv,

UmmiKA

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

Related Posts with Thumbnails

Comments

  1. ummu sofeaNo Gravatar says:

    Salam

    Sofea pun lagi 2 bulan nak 2 tahun. dia lahir 31/08/08. Tak sangka kan, sat saja masa nih. Tengah fikir2 jugak, nak kasi hadiah apa kat anak ni?

    • UmmiKhayraNo Gravatar says:

      wah… anak ummu sofea anak merdeka… Hehheheh Kalau Khayra ikut due, memang hari merdeka.. tp dah tak sabar nak kua agaknya.. hahahhahahhahha tu la memang sekejap je masa berlalu.. rasa macam tak caya baby yang dulu2 kene bedung sekarang dah ke sini sana dah… :D

  2. UMNo Gravatar says:

    sekejap je rasa kan, UK? UK rindu tak masa khayra kecik2? Um selalu rasa happy tgk gmbr musa masa baby. skrg musa da mula put two words together, lebih mampu ajuk apa yg kita cakap, dan plg baru, sebut nama dia sendiri tapi pelat, dia sebut muta. hehe…miss u and khayra

    • UmmiKhayraNo Gravatar says:

      mestila rindu najwa… hehehhe bau baby tu yang paling best… :P bagus2… musa dha boleh sebut nama sendiri.. Khayra tak leh lagi… boleh sebut ‘yaya’ je… susah kot nak sebut nama dia.. ekekekkeke

  3. UMNo Gravatar says:

    Salam uk, ni nj nak share dgn uk, portal ibu2 sahm, cuma yg ni portal ibu2 sahm yg kristian. kan best kalau kita boleh mulakan portal ibu2 sahm yg muslim? :-) @wahm

  4. UMNo Gravatar says:
  5. IceboxrivetNo Gravatar says:

    salam
    dua tahun nak bg ape yerk?
    reading book lorrr..
    yg kecik2 tu..
    biar dia baca walau takde bunyi.
    ekekke.
    happy birthday Khayra!
    moga jdi anak yg menyenangkan org tua sentiasa.
    insyaa Allah.

    • UmmiKhayraNo Gravatar says:

      salam… hehehhe tula, ada gak terfikir nak beli buku je senang… lagipun Khayra suka dengan buku boleh siap konon baca sendiri… but nak jugak something different tapi xtau apa dia.. :P

      amin… and Thanks… saya pun harap Khayra menjadi anak solehah… insyaallah… amin….

  6. Nadiah SidekNo Gravatar says:

    oh, birthday khayra 25 Ogos ye? kite 23 Ogos. kiranya kite tua 2 hari je la dpd khayra. ahaha..

Speak Your Mind

*

:-[ (B) (^) (P) (@) (O) (D) :-S ;-( (C) (&) :-$ (E) (~) (K) (I) (L) (8) :-O (T) (G) (F) :-( (H) :-) (*) :-D (N) (Y) :-P (U) (W) ;-)