Ingat tak post saya sebelum ni pasal kepentingan asid folik untuk ibu-ibu mengandung dan ibu-ibu yang ingin mengandung? Boleh klik sini ye untuk baca lebih lanjut pasal post tu.Selalu kita dengar asid folik penting di awal kehamilan, obimin juga antara salah satu vitamin yang sangat penting untuk ibu-ibu yang mengandung. Kenapa saya cakap obimin penting? Kerana di dalam obimin tersebut mengandungi khasiat dan vitamin yang lengkap untuk ibu-ibu mengandung yang dikumpulkan dalam satu tablet je.
Biasanya apabila check di klinik kerajaan, vitamin yang diberi selalunya adalah asid folik. Kemudian, bila dah menjangkau ke 4 bulan, macam-macam pil akan dapat seperti pil tambah darah, pil vitamin, pil kalsium dsb bergantung kepada kesihatan para ibu. Obimin pula, biasanya diberi di klinik swasta dan hanya dapat obimin ni sahaja. Tiada yang lain unless di minta. Tetapi obimin hanya akan diberi bila kandungan sudah melebihi 3 bulan. Di awal pregnancy, kita memang kene makan asid folik sahaja.
Masa saya pregnant kan Khayra, saya check di PPUM sampaila kandungan saya berusia 7 bulan. Then saya terus check kat hospital swasta dekat dengan rumah saya. Masa awal 7 bulan tu, saya hanya dapat asid folik sahaja. Then bila start checkup kat swasta, terus doktor bagi saya obimin. Awal-awal tu, saya takut gak nak makan obimin ni sebab kakak sepupu saya ada cakap kalau makan obimin ni, yang dapat dari klinik swasta ni, nanti anak jadi besar. Wahhhh time tu first time preggy kan, harus saya tkt anak besar.. Hehehhehe Husband saya cakap mana dapat mitos tu? Kalau dah takdir anak besar, besar jugak.. Kalau Allah nak kasi anak kecik, kecik juga.. Semua tu kuasa dariNya. Bila fikirkan balik, betul jugak kata-kata suami saya so saya pun tiap harila makan… ekekekkeke..Then bila saya tanya kawan-kawan saya yang lain, yang mana checkup kat kerajaan, memang diorang hanya kasi asid folik sahaja, tapi lepas 3 bulan ke atas, diorang akan kasi pil-pil lain macam pil tambah darah, vitamin etc. Yang mana tambahan pil yang kerajaan kasi tu semuanya ada dalam obimin. ( saya pelik gak dulu-dulu nape saya cuma dapat asid folik.. orang lain berpeket-peket dapat ubat.. mmmmm )
Bila anak kedua ni, di awal pregnancy saya, saya hanya di beri asid folik, then masuk 3 bulan dan ke atas, saya dah start makan obimin.Ikut pembacaan saya, yang penting semasa pregnant adalah folic asid dan pil tambah darah / pil untuk zat besi.
Jadi apa perbezaaan obimin dengan asid folik? Asid folik (folic acid) merupakan ahli kumpulan vitamin B yang berfungsi dalam pembinaan dan kesejahteraan sel-sel dalam badan manusia. Asid folik ini penting untuk pembentukan saraf2 bayi. So, kalau amik asid folik, sebab tu di klinik kerajaan akan bekalkan pil-pil lain. Sebagai tambahan sebab asid folik sahaja tidak mencukupi. Manakala obimin pula merangkumi kesemua vitamin yang diperlukan hanya dalam 1 tablet. Asid folik, iron, vitamin C semuanya terdapat dalam 1 kapsul yang dinamakan obimin.
source: google
Jadinya mitos kakak sepupu saya yang cakap kalau makan ubat kat klinik swasta boleh jadikan anak besar tu, boleh di ketepikan sebabnya apa yang ada dalam kapsul obimin tu, klinik kerajaan pun kasi jugak.
Tu semua bergantung pada rezeki masing-masing.
Oh ye.. saya ada terjumpa e-book “Panduan Kesihatan Untuk Ibu Hamil” yang boleh menerangkan lebih jelas berkenaan asid folik dan supplement2 lain untuk rujukan semua hehehe.
e-book tu boleh dapat di link ini.
Nota: Jadi ibu-ibu mengandung, jangan skip meal utama anda ye. Untuk bayi kita jugak.
Luv,
UmmiKhayra
Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung


Salam semua, Alahai, siannya blog saya ni.. heheh memang sangatla jarang saya update sekarang ni. Sejak dah jadi SAHM [...]



konpius sikit la UK. lps 3 bulan klinik kerajaan x kasi obimin, tapi kasi asid folik plus lain2, mcm tu eh? where as swasta, kasi asid folik, lps 3 bulan, kasi obimin pulak xde asid folik, mcm tu eh?
.-= UM´s last blog ..Welcome Note =-.
yep… kalau gomen ikut kesihatan kita.. masa nini dulu memang asid folik je masa kat gomen.. tapi bila swasta diorang biasanya kasi obimin and memang takde asid folik sebab dalam obimin tu memang dah ada asid folik.
peliklah…kt cni g tau selepas 3 bulan br dktr bg obimin.sy kalau g klinik swasta sik dpt asid folic.g gvmnt dpt obimin.tp usia kndungan br msk 9 mggu.blh ke???
sepanjang aku pregnantkan ammar,aku tk pnh dpt pil yg byk2 tu wpun aku g klinik desa kt banting.aku dpt obimin tp tk mkn pun sbb baunyer kureng enak..hehehe..slps bersalinkan ammar,br dpt tau gomen dh stopkan bg obimin sbb tidak tahan lama.obimin cpt rosak.myb kerajaan order byk2 trus tk smpat habis stok dah rosak.yg kalini tatau la dpt ape sbb tk g cek lg..ekekeke….
hehehe time khayra mmg xpernah dpt obimin ms aku check kt gomen.. asid folik tu je la dok telan.. eekekee bila time nk bersalin yg pi tukar swasta br dpt obimin.
sebab obimin tak tahan lm ke yg gomen tak kasi obimin?mungkin gakla sbb dah order byk2 kn.. hihihihi klu swasta tu dia caj je.. huhuhuhu
ko bila nk pi check nih?
dulu konpius gak between asid folik ngan obimin.tapi bila baca detail ingredeints,mmg pastu telan obimin je..lgpn tak lalu tekak ni nk mkn pil yg gomen kasik..baik telan obimin even tak lalu tapi seketul je masuk..tak perlu berkali2 nk nganga mulut mkn pil yg gomen kasik..kekeke..
hihi nini pundok konfius gak awal-awal dulu.. tp bila tgk balik, it all in one..
telan sebijik je la..
kaknini~~ wah seak berada di rumah ini, memang ada je entry. eh keje kt rumah ke skg? ke dh resign? (nampak nsgt xbc entry sebelum ni).
kt US ni lagila..obimin xkasi, acid folic sbb iza minta. kt sini nurse dtg rumah suh tambah darah dengan makan benda2 yg akan tmbah darah, benda hijau (vege) + air jus bervit c. kat msia mst berlambak pil dr bagi kan..best betul..
tp iza mmg jenis darah mcm tu je.jadi kalau makan apapun tak ada perubahan pun.huhu
.-= nurul izza´s last blog ..Kedatangan orang jauh =-.
hehehe kat msia memang akan kasi ubat mungkin sebab dia tau orang malaysia ni bab makan makanan berkhasiat kureng sikit kot..
Kalau kat US diorang disiplin ke bab makan-makan ni? Kalau diorang disiplin, mungkin sebab tu diorang suh makan sumber asli..
actually memang elok…
nini,
kakyong masa 1st pregnant, dpt asid folik, vit b & iron..
2nd,
check up di swasta, terus dapt obimin.. masa tu baru tahu sbb doktor sgt friendly & byk info dia kasi
actually lepas bersalin, elok diteruskan makan obimin, sbb ia bantu untk kecutkan peranakan.. kakyong 2 kali bersalin di PRI.. lepas discaj, depa bg 1 bekas obimin cukup utk bekalan 1 bulan.. after a moth dia akan kasi lagi.. at least mkn sampai 3 bulan..
yg baru kahwin & nak cepat dpt anak pun elok makan obimin.. not necessary kandungan dah 3 bulan.. ni gynea yg ckp..
dulu ade gak kwn ckp nanti anak besor.. tp metos jer tu.. janji anak & ibu sihat..
.-= kakyong´s last blog ..Anak autisme =-.
Kak yong, nini lak masa 1st pregnant dapat folik asid je sampai la ke 7 bulan. Bila tukar swasta, baru dapat obimin tu.
Ni first time nini tau pasal obimin boleh di makan sebelum pregnancy lagi. Yang nini tau asid folik je yang banyak disuggestkan oleh orang.. thanks kak yong…
Pasal mitos tu, tu la ramai yang cakap nanti bersalin anak besar.. mula-mula tu konon termakan gak la nasib ada husband..
sekarang nie obimin dah start supply kat spital kerajaan..
salam, nk tnye ckit. blh ke makan obimin b4 pregnant?
Salam zura,
Berkenaan makan obimin sebelum pregnant saya tak pasti sebab doktor-doktor selalunya menggalakkan makan folic acid sahaja sebelum preggy…
berape kali nk makan obimin setiap hari?? wape biji?? kt farmasi ade jual ke??
salam,
nk tanya saya tga confius ni,klinik gomen ada bg saya obimin,asic folic n iron.nk kna makan semua atau obimin je?
saya pelik gak.. skrg dah 24 minggu preggy anak ke 5,setelah 7 thn tak pregnent. sebelum usia kandungan 3 bulan doktor klinik swasta yang saya selalu pergi checkup beri saya folic asid itupun untuk sebulan je.. pas tu tukar ke OBICAL sampai skrg.. compare dengan adik yg checkup kat klinik swasta yang lain, dia dapat obimin, folid acid dan zat besi sepanjang kehamilan dia. ni yang rasa takut ni, takut baby kekurangan zat..
salam… nini niza dapat tahu yang Obimin Pluz ada paraben…. bukankah paraben ni penyebab kanser… boleh confirmkan tak?
salam.
sy seorang doktor diklinik kesihatan bertugas di bahagian klinik kesihatan ibu dan anak. sekadar berkongsi pengetahuan dgn anda semua. Berikut merupakan pil2 vitamin yang diberi di klinik kerajaan
1) Folic acid
2) Ferrous fumarate (iron/ besi)
3) Vit B Complex
4) Vit C
5) Calcium
Selalunya folic acid sahaja diberi sehingga minggu ke 12 dan kemudian ditambah pil2 vitamin lain pada minggu2 berikutnya. Ibu2 yang merancang utk pregnant juga digalakkan mengambil folic acid supplement sebelummengandung lagi kerana kekurangan folic acid boleh mengakibatkan ‘neuraltube defect’ pada bayi yang lahir nanti.
Pil iron pula penting untuk tambah darah. Antara masalah yang sering dihadapi ibu2 mengandung adalah kekurangan darah/ anaemia. Ini bukanlah sesuatu yang abnormal, cuma ibu2 digalakan mengambil tambahan besi dari supplement ini. Kekurangan darah yang serius boleh menyebabkan pertumbuhan bayi terbantut dan boleh memberi masalah pada ibu sekiranya berlaku kehilangan darah yang banyak semasa bersalin nanti.
Pil Obimin adalah satu pil yang kandungannya merangkumi kesemua pil yang diberi di klinik kerajaan. Bezanya pil obimin cuma perlu diambil sebiji, dan bukan 5 biji seperti pil2 kerajaan. Klinik kerajaan tidak membekalkan pil ini kerana kosnya yang maha. Klinik atau hospital swasta semestinya akan memberikan ubat2 yang mahal kepada ibu2 mengandung.
Berikut merupakan content New obimin :
Vit A 3,000 iu, vit D 400 iu, vit C 100 mg, vit B1 10 mg, vit B2 2.5 mg, vit B6 15 mg, vit B12 4 mcg, niacinamide 20 mg, pantothenic acid 7.5 mg, folic acid 1 mg, Fe 30 mg, Ca 32.5 mg, copper 100 mcg, iodine 100 mcg
Kandungan Obimin Pluz pula :
Vit A 3,000 iu, vit D 200 iu, vit E 30 iu, vit B1 2 mg, vit B2 2 mg, vit B6 3 mg, vit B12 3 mcg, folic acid 1,000 mcg, Ca pantothenate 8 mg, biotin 35 mcg, nicotinamide 20 mg, vit C 100 mg, Fe 30 mg, iodine 150 mcg, Ca carbonate 100 mg, Zn 15 mg, Mg 5 mg, manganese 1 mg, copper 1,000 mcg, natural fish oil 500 mg, omega-3 fatty acids (DHA 105 mg, EPA 20 mg) 135 mg
Jika dibandingkan dgn pil2 klinik kerajaan,kandungan Fe (besi) adalah sangat rendah iaitu 30 mg (pil kerajaan 200 mg). Folic acid juga lebih rendah iaitu 1mg (pil kerajaan 5 mg). Jadi, utk ibu2 mengandung yang mengalami masalah anaemia adalah lebih digalakkan mengambil pil kerajaan yang kandungan besinya jauh lebih tinggi dari obimin. Alternatif lain ialah supplement Iberet folic yang mana kandungan zat besinya 525mg.
Kandungan Iberet folic :
Fe sulfate controlled release 525 mg, vit B1 6 mg, vit B2 6 mg, vit B6 5 mg, vit B12 25 mcg, vit C 500 mg, cobalamin 25 mcg, niacinamide 30 mg, Ca pantothenate 10 mg, folic acid 800 mcg
Dari segi harga :
Pil kerajaan – FOC
Obimin – rm 0.50 sebiji (RM 15 sebulan)
Iberet – rm 1 sebiji (rm 30 sebulan)
Pada pendapat peribadi saya,jika anda seorang yg berkemampuan,Iberet folic is the best choice. U can choose to take obimin also dgn syarat anda tiada masalah anaemia (Hemoglobin <10). Kedua-duanya cuma perlu ambil sebiji sehari. If u got no choice, then ambilla pil klinik kerajaan, jgn tak ambil langsung.
salam dr khadijah,
thnks for the info…. tapi betul dalam kandungn obimin pluz ada paraben. dan saya mendengar jugak pasal ni Obimin Pluz tak ader pengiktirafan dari KKM dan juga tak ader status kehalalannya.
Bagus perkongsian ni doktor.. Saya sebelum ni hairan juga, masa cek kat klinik govm mereka bagi zat besi, tp dalam masa yang sama saya juga cek kat hospital swasta, bila makan zat besi, saya susah buang air besar, jadi doktor hospital swasta beri saya iberet folic.. kawan2 yang mengandung cek kat klinik swasta lain, mereka dapat obimin.. Saya tertanya juga apa beza antara 3 jenis pil ni.. Dan alhamdulillah dengan peneringan doktor, saya dah faham.. Bertambah ilmu… Terima kasih…
P.S.: Cuma nak kongsi, iberet folic 30 biji harganya RM29.90, tetapi ada farmasi yang berikan diskaun member sebanyak 10%, murahlah sikit.. Saya pun lupa plak apa nama farmasi tu..
salam semua….sekarang klinik kerajaan membekalkan obimin kepada ibu mengandung.x pernah pula saya dapat pil lain selain obimin semasa membuat chek up di klinik kerajaan.1 pil saja utk sehari…mudah dan senang…
Sebenarnya klinik gomen kat tempat saya terus bagi obimin walau ibu hanya 6 minggu mengandung. Mungkin dah upgrade ni
Saya setuju ngan Leona..sy pun dpt bekalan obimin utk 1 bulan drpd klinik kesihatan kerajaan..cubalah pergi..
salam terima kasih UK bincang tentang tajuk ni. saya memang tengah bercadang nak cuba obimin coz hb saya low 10.3 sekarang baru 4 bulan.. dah cuba makan kerang n hati ayam, bayam, n jus rozel tapi risau bukanya naik bertambah turun mula dulu 10.9. terima kasih dr khatijah bagus penjelasan dr saya ingat nak tanya dr masa pemeriksaan nanti now dah ada jawapan..tq share maklumat kat sini ya… saya nak cuba iberet
assalamualaikum..saya nak tanya sikit paa kawan2 kat sini.saya dah pregnant empat bulan.dalam tempoh tu sayak ingat-ingat lupa nak makan asid folik.kalau lepas nie aya sambung balik,baby masih dapat khasiat yang baik dan perkembangannya tak terbantutkan pada masa akakn datang?lepas baca artikel ni,memang x sabar nak balik umah nak makan asid folik.takut sangat sangat kalau baby de masalah nanti …bila lahir..huhuhu..nak pulak nie baby yang pertama..
salam, just nk tnye.. bole ke klu kte ambil acid folic dan obimin skali… ada masalah ke utk kandungan.. dan adakah di awal kehamilan tdak perlu mkn obimin? one of my friend, tgh merancang utk dpt ank.. bole ke die amil, kedua2 skali? acid folic dan obimin?
sy diberi asid folic ketika pergi klinik swasta.bl sy g klinik gvmnt,sy diberikan obimin.bl sy baca tntang artikel obimin akan diberikan ketika kandungan mencecah 3 bulan.boleh ke sy mkan obimin pd usia kandungan br mancecah 9 mggu?sbb itu yg diberikan bl sy pergi klinik gvmnt.blh ke sy mkn asid folic n obimin dlm mase yg same?
sy baru disahkn mengandung 7 mggu. xde ape2 alahan, cume awal2 nke alweys cramp2 kat perut. sakit perut jek. so far blm g gomen lg. g klinik swasta jek. tp dorg xde bg pape pun. juz ubat thn muntah. for what??? after that g klini lg, dorg cek urin kate kotor. so dorg bg ubat lawas. xde ubat lain. so get advise from my sis utk mkn abimin yg leh beli kat farmasi jek. so skrg sy dah mkn obimin & minum susu utk tmbh kalsium. is it ok? sy kurang selera nak makan. that’s y rase perlu cari supplement sendiri utk perkembangan kandungan. is it ok utk juz mkn obimin + susu (enfamama). tlg advise krn sy baru 1st time mengandung. tak byk rujukan.