I will miss this moment.. Now pun dah rindu.. Even kekadang saya adala terasa malasnya… tipula kalau saya ckp best je… haahaahahahaha tp bila fikir anak, i really ok…
and yes saya memang dah tak pam dah sekarang ni di office but saya masih bagi direct lagi dengan Khayra. Amat sukar nak pisahkan Khayra dengan buah hati dia.. Ada jugak kadang-kadang sayamacam tak nak kasi sebab luka and sakit. And Khayra macam tau je, dia akan cium-cium je hinggakan saya tak sampai hati then bagi je dia. then sukerrr.. adoh… pandai pujuk.. ;p
Masa mula-mula saya pam, saya memang penyegan orangnya.. Malu sangat bila nak pam-pam bagai nih. Rasa macam orang pandang semacam je.. Jadi comfirm-comfirm pam dalam office saya, bukan pilihan utama. Dah la masa awal-awal saya masuk tu, saya sorang je perempuan. Bos pun laki.. Nak minta kebenaran pun segan. Hehehehhe Masa tu saya ada 3 pilihan. Pam dalam kereta, ( yep saya beli set lengkap sekali inverter..betul ke eja.. yang dalam kete tu.. ), Pam dalam surau or pam dalam toilet. TOILET??? Wahhh… terus saya tolat choice maha hebat tuh.. Sedangkan saya pun tak lalu nak makan kat toilet. Even toilet kat floor saya ni memang bersih giler sebab time tu yang guna toilet tu selalunya saya sorang. Hahhahahahhahahah Rata-rata office lain tu semua dimonopoli lelaki. Ada perempuan pun 2 orang je tapi diorang marketing. So reject terus. Kereta? dok fikir tak selesa sangat sebab kat parking lot. Then saya pilih surau. Surau tu memang tempat saya turun sembahyang sebab office saya takde surau. Sebabkan pinjam surau, saya adala rasa ralat sikit. Segan la kan sebab nak tumpang pam. Tapi bos saya cakap, memang surau tu open for public. So.. dengan muka tak malunya saya tebalkan bedak 20 inchi saya pam kat sana.
Awal-awal tu memang menyorok and tunggula orang takde baru nak pam. Kelakar kan? Saya akui saya memang penyegan orangnya.. hahhahaha Bila orang masuk memang la orang dok pandang and usha kan.. So, saya sehabis baiknya cari masa-masa yang orang tak ramai kat surau tu. Itu yang membuatkan saya jumpa kawan semasa pam. Bila dah ada kawan, perasaan tu sikit-sikit hilang.
So, memang di awal mengepam saya pam di surau. Ermm, kalau ada tempat kerja yang ada bilik khas ke, or tempat yang sesuai ke, boleh je jadikan tempat untuk pam. Cuma janganla pilih toilet kalau ada option lain.
Tak lama lepas tu, kawan saya tu pindah office, tinggalla saya seorang. Hinggakan makcik-makcik cleaner( sebab diorang suka melepak dalam surau kalau takde kerja) semua dah kenal dah muka saya ni. Tiap pagi, tengahari and petang. Bila dah tinggal sensorang ni, macam bosan gak nak turun naik turun naik kan..
Akhirnya saya memberanikan diri untuk tanya bos saya, boleh tak saya pam kat office / cubicle saya je.. Bila bos saya bagi je, bermulala proses mengepam saya di office sahaja. Senang giler.. bila-bila saya nak je, saya pam. hehehehhehehehe
Persediaan saya semasa pam di office/cubicle? Saya sediakan selendang, tak pun saya guna blazer saya je untuk cover masa saya menjalankan projek. (ceh ayat.. ). Then saya position kan pam saya kat atas cpu saya yang kat bawah then pumping. Nasib spectra saya bunyi tak kuat sangat, makanya, saya pam dengan senang hati je la sebab nobody notice unless diorang datang kat tempat saya.
Guna blazer masa awal-awal nak pasangkan pam.
Saya yang sedang menjalankan proses mengepam. Hehehehhehe
Mula-mula memang akan rasa malu.. tapi bila dah biasa, kita akan terbiasa and rasa benda tu takde benda nak malukan. Asalkan kita proper tutup and jaga aurat kita.
Saya pasti merindui detik-detik tu nanti.. Kalau saya masih bekerja lg, saya akan ulang lagi bila baby ummi ni lahir.. Heheheheh Kenangan yang harus di simpan nih..
Luv,
UmmiKhayra
Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung



Salam semua, Alahai, siannya blog saya ni.. heheh memang sangatla jarang saya update sekarang ni. Sejak dah jadi SAHM [...]



Assalamualaikum. Wah, seronoknya momen manis tu. Saya ni perah juga tapi dah kurang sebab time saya keje anak dah setahun lbh. Tapi, sampai sekarang masih nyusukan anak. Cuma kat taska dia minum FM kat umah, tak nak je FM..cari yg gantung2 jugak. Alhamdulillah, lagi 2 bulan cukup umur dia 2 thn. Masih lagi tak nak lepas nenen gantung ni…
.-= ummu sofea´s last blog ..Beware… =-.
salam ummu sofea…
Hehehhe mesti lambat nak lepas tu, sebab diorang mesti akan ingat nenen tu punyer…
Sekarang saya memang dah tak perah. Memang dah campur dah pun.. momen tu memang manis walaupun kadang-kdang rasa malas.
alahai gambar yg last tuh cam best laa. macam tak nampak apa2 yg sedang berlaku jer.. huhu sronoknya
hehehhe alin, alin pun skrg tgh menjalani saat2 itu… chaiyok2….
nini,
pam eletrik mudah kan.. mcm xde apa2 berlaku..
cuma masa setting jer kena lah pandai2 cover…
this n3 should encourage lebih ramai ibu2 yg bekerja utk BF anak..
kak yong, yep2… memudahkan.. tp manual pun ok.. cuma yang penting kene pandai cover la..
sama la kita, pam kat cubicle tapi yang bestnya, majoriti perempuan jea, kalau ada pun org lelaki datang pun buat dunno jea..
senang bole sambil2 buat kerja
hehehhe tu la.. sambil2 pam boleh buat kerja.. bila saya dah start pam kat cubicles, dah menjadi lebih mudah. Bos pun faham..
nasib baik…