Sebelum saya terus ke tajuk posting saya, saya nak masukkan la subjek perdagangan sikit. Boleh? Hahahhahhaha Apa maksud keperluan? Apa maksud kehendak? Anyone??
Keperluan?
Sesuatu perkara yang perlu ada pada setiap manusia untuk terus hidup.
Kehendak?
Sesuatu perkara yang menjadikan hidup manusia lebih selesa dan ia lebih merupakan pelengkap kepada keperluan.
Dapat tau dah apa beza keperluan dan kehendak? Hehehhehe Jadi berbalik kepada tajuk posting saya, diaplikasikan untuk zaman teknologi kini, credit card itu keperluan atau kehendak? Hehehehhehhe Kenapa saya tanya gitu? Rasanya, kebanyakkan yang dah bekerja paling-paling pun mesti ada 1 credit card.. Ye tak?
Jangan sorok-sorok..
Mungkin untuk awal-awal tu, rasa macam bestla ada credit card nih. Tiba-tiba tak bawak duit boleh swipe je.. tapi kalau kene kat tempat CASH ONLY, baru pakat nak gelabah..
Kiranya dah jadi trend la kot credit card nih. Lepas tu sales person pun bukan main lagi offer macam-macam. Gaji kecik pun boleh apply, comfirm approve dan sebagainya. Jadinya, adakah ia jatuh pada kategori keperluan atau kehendak?
As for me, credit card hanyalah kehendak yang menlengkapkan keperluan. Mungkin tidak lama dahulu sebelum adanya debit card, credit card tu penting gak la expecially bila nak deal dengan barang-barang yang mahal. Takkan nak bawak cash kan? Kena macam abang, memang dalam poket dia, paling banyak pun RM50. Lepas tu kalau nak beli barang online memang guna credit card and yang saya rasa ada gak kene mengena dengan kenapa ada credit card adalah sebab status.. :P But still ia hanyalah kehendak. Dulu-dulu time awal-awal saya kerja, saya memang naif sikit la kot..
Mana yang ada credit card tu saya dah rasa kaya habis la.. Hahhahahahhaha Tapi lama-lama, baru saya tau, actually credit card ni menanggung hutang je kalau tak pandai guna.. Macam cite shopaholic tu..
So, adakah ia keperluan?
Sekarang ni dah ada debit card. Fungsi debit card ni sama je dengan credit card. Yang membezakannya, debit card ni dah ada duit dalam bank and bila swipe, kita guna duit kita. No charge fee. Kecuali yearly fee la kan? Hehhehehehe ATM pun dah boleh jadi debit card. Yang saya tau, Maybank memang boleh terus tukar atm card diorg ke debit card. Memang boleh guna di mana-mana. Dengan adanya debit card ni, adakah credit card keperluan?
Yes, ada yang pandai manipulasikan credit card untuk certain tujuan. Credit card sampai 10 keping tapi tiada masalah hutang semua sebabnya tau macam mana nak gunakan credit card nih. Hehehhe Kalau dia dah expert dalam financial, dah tau selok beloknya, mungkin untuk orang yang macam tu, tiada masalah.
Kawan-kawan rasa macam mana pulak?
Nota: Adala gak terasa nak pakai credit card, tapi bila fikir balik, macam tak relevan je buat masa nih..
Luv,
UmmiKA
Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

I love my Family so much…
Seoanjang minggu ini, dari 27/2/2012 hingga 1/3/2012, sebarang penghantaran untuk baju di adrinis tidak dapat kami lakukan kerana kami bercuti. [...]



credit kad memang perlu bila terdesak..tapi menyusahkan bila byk beban hutang..tak pernah berkurang..
yep.. betul tu… nasib sekarang dah ada debit card.. sebab kami memang tak suka bawak cash..
kat US pula..mng org jarang guna cash.hanya debit card je.kdg2 je cash diperlukan. bgi iza baik card je guna. for me, i prefer debit dari credit..
betul-betul… akak pun lagi prefer debit card.. Tu yang sampai la ni akak memang takde credit card…
kami pun guna debit card.no credit card.xperlu rsnya.sbb buat kite spent lbih dr kmmpuan kita.bhya2..;p
yep… akak setuju dengan raudhah. Kalau guna credit card takut kita over spend je nanti.. huhuhuhu