~ Kes Kecurian Di Masjid ~


Me!  I'm a wife to my precious husband, Khairul Adha and a mother to my sweet little gorgeous princess, Khayra Amirah. I Love to breastfeed my baby.. :) I love my Family so much... :D


Opps… Sesiapa baca wall post saya di facebook mesti ingatkan saya yang kena curi kan? huhuhu so sorry… tu bukan saya.. husband saya.. dia melepaskan geram di FB saya sebab dia takde FB. Boleh tak? Hahhahahha Kongsi FB lagi tau.. Baru romantik… Ekekekkekekke Ok.. ok… cerita pasal kecurian tu kan, ni dah  2 kali husband saya kene copet kat masjid dalam bulan ni SAHAJA.

Yang pertama tu, kena curi kasut. Biasalakan kasut kene curi.. Yang pakai kasut g masjid buat apa?? Sebenarnya time tu abang jadi committe untuk satu majlis kat office dia. Tu yang kene pakai formal kat masjid tu sebab nak sediakan segala macam persiapan. Belum habis takat tu, minggu lepas, lepas balik daripada family day gathering kitorang, handphone and wallet pulak kena curi.

Macam mana kena curi? Satu handphone kat poket depan, wallet pulak kat poket belakang? Kami berhenti untuk solat jumaat di masjid wilayah. Sebab lepas tu abang nak ke LHDN. Sementara tu saya tunggu la kat area tu kan. Disyaaki kejadian berlaku semasa berada di toilet. Huhuhu Rasanya tak khusyuk la kot abang time tengah sembahyang jumaat tu.. Sebab lepas habis je, terus jumpa saya and suruh saya cepat-cepat pegi ke kereta nak cari wallet kot-kot la tertinggal dalam kereta. Lepas di pastikan takde, abang terus call pihak tertentu untuk block segala mak nenek yang boleh digunapakai oleh pencuri.

So, apa yang hilang? Nasib baik gak la abang tak pernah simpan duit cash dalam wallet. So, cash takde yang lesap. Yang hilang cuma segala macam kad je la.. Tu pun, abang terus call bank semua untuk block kan mana-mana yang berkenaan. Handphone pulak, nasib baikla handphone yang dicuri tu speaker dah rosak, ( kalau nak cakap kene guna loud speaker yang mungkin pencuri tu tak tau.. Hehhehehehe ) then penutup batery pun asyik dok terbukak je… Batery lama, memory card ciput. CUMANYA, apa gambar-gambar dalam handphone tu, num telefon dalam handphone tu la yang berharganya.. Huhuhu

Lucky, ada orang jumpa wallet abang. Nak tau jumpa kat mana? Kat giant Kelana Jaya. oh.. First of all Thanks to najwa sebab bagitahu kami pasal orang call bagitahu wallet dah dijumpai. Tak sempat nak ucap thanks lagi sebab handphone husband yang bawak ke hulu ke hilir sekarang nih.. :) Berbalik pada cerita tadi, mula-mula ingatkan orang yang jumpa tu duduk kat kelana jaya. Rupa-rupanya, wallet tu dijumpai di toilet giant Kelana Jaya. Just imagine dari Masjid wilayah le Giant Kelana Jaya. And thanks to adik tu sebab sanggup telefon balik and pulangkan wallet abang tu. Yang takde credit card dengan IC je. Yang lain semua ada. Alhamdulillah walaupun IC tu sangat penting ( takut jual kat black market) tapi dah ada rekod hilang kan? :D

Itula ceritanya.. Mula-mula agak kelam kabut gak la sebab nak kene buat balik IC, lesen semua tu balik.. nak buat police report and nak kene buat sim card lagi. Then bila dah jumpa balik lesen semua tu, abang cuma buat IC je la sabtu lepas. :)

Itula cerita kecurian di masjid. Kesian pencuri tu, dapat wallet takde duit, credit card pun bukan boleh guna, dah kene block, handphone lak, jenis yang tak laku sebab dah memang rosak teruk.. Free-free dapat dosa je mencuri.. Dah la mencuri kat rumah Allah… Tak malu betul… :(

Nota: Apa nak jadi la zaman sekarang ni…

Luv,

UmmiKA

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

Related Posts with Thumbnails

Comments

  1. AshAnasNo Gravatar says:

    MIL shira pun kene copet kat masjid. ofkos la pempuan gak yg mencuri tu sbb kejadian blaku ms MIL tgh solat…

    mmg teruk la zaman skrg ni…

  2. UMNo Gravatar says:

    ohhh skrg saya fhm knp abah khayra yg angkat hp masa kita call awak..sabar ye..

    • UmmiKhayraNo Gravatar says:

      hehehhehe tu la.. sekarang dia yang pegang buat sementara nih. Adha ada bagitau tapi time tu tak sempat nak msg najwa… thanks again najwa…Nasib ada number saufi dalam wallet tu… :)

  3. nurul izzaNo Gravatar says:

    iza pun pernah purse kena curi kt masjid. tp duit dlm tu ada smpi 50. ms tu duit tu ada org kirim beli baju bayk2 kt pasar siti.last2 ada org call bagi balik purse.

    pelikkan zaman skg? kes curi ni kt masjid.dulu masjidla tmpt kt berlindung.

    p.s: moral of story..even kt solat..brg2 kena letak depan.

    p.s: adik iza kt skolah asrama dulu, kselalu slipar kena curi kt masjid.yg mslhnya masjid tu org luar pun dtg.sbb tu dia lepas je beli selipar baru, dia siap gunting2 dan calar2 skit dgn pisau.konon buruk.hahah lawak :-D

    • UmmiKhayraNo Gravatar says:

      tula, orang zaman sekarang dah tak kira tempat. Main belasah je.. hehehhe tu la, MIL nini pun mesti pesan kalau nini letak kat tepi je bag time solat dia suh letak depan. :D

      Hehheheh adik izza punyer cara tu ok gak.. kesian kat selipar tu kan? kene jadi mangsa… ekekkekekkeke

Speak Your Mind

*

:-[ (B) (^) (P) (@) (O) (D) :-S ;-( (C) (&) :-$ (E) (~) (K) (I) (L) (8) :-O (T) (G) (F) :-( (H) :-) (*) :-D (N) (Y) :-P (U) (W) ;-)