Hehehehhe Kelakar je kan hari pertama je nak tulis pengalaman. Hari pertama saya tidak alami banyak masalah sangat sebab saya masih hantar Khayra ke Nurseri lagi. Jadi segala kerja-kerja saya masih berjalan dengan teratur.
Pagi-pagi macam biasa hantar khayra ke sekolah dia, then saya terus pecut kereta saya 160 untuk hantar kain-kain untuk next stok. Kali ni insyaallah ada design baru untuk baju-baju di adrinis.
Lepas discuss dengan tailor saya, apa nak buat dan sebagainya, saya pun balik ke Shah Alam balik sebab ada janji dengan adik saya untuk tolong dalam business baru dia. Saya pun sekarang dalam process nak belajar menjahit..
Saya jahit yang senang-senang tu taula sesikit tapi bila tang nak buat fesyen tu masih agak blur la..
Balik rumah petang, Khayra atuk dah amik.. Ingat nak masak sup kaki ayam, tapi mama dah siap-siapkan barang dah untuk masak asam pedas… so, semua berjalan smoothly…
Hari ni? Fuh… sekarang baru saya bernafas sikit. Hahahhahaha Apa taknya, hari ni saya cuba untuk tidak hantar Khayra pergi nurseri.. Wahhh sangat menguji. Nak masakkan makanan untuk si Khayra pun sibuk berdukung. Sabar je la.. Hasilnya? Makanan dah masak, tapi kerja-kerja pembersihan semua tak boleh buat. Khayra macam obses kot sesekali saya kat rumah. Dia ingat saya still kerja lagi, so she’s really cannot tahan untuk berdempek je dengan saya. Jadi, petang ni baru saya dapat buat kerja online saya and kerja-kerja pembersihan yang lain, sebabnya sekarang Khayra tengah tidur.
Ermmm, cemana ek nak handle si tecik tu? Kalau gini tiap hari, boleh buat kerja time dia tidur je habisla saya. Sebabnya kalau dia bangun, laptop bagai semua saya tak boleh pegang. Even handphone pun. Kira nak balas mesej or jawap call ke, kalau ada dia, jangan harap. Di tolak-tolaknya tangan saya nih. Kene fikirkan cara macam mana nak handle. Ada idea tak? Meh share-share sikit
Luv,
UmmiKA
Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

Seoanjang minggu ini, dari 27/2/2012 hingga 1/3/2012, sebarang penghantaran untuk baju di adrinis tidak dapat kami lakukan kerana kami bercuti. [...]



InsyaAllah tak lama lagi dia OK la tu. sebulan lagi birthday khayra kan? tapi anak kecik ni mmg mcm tu..najwa cadangkan nini buat schedule utk khayra, cam, jadual harian, mula2 mmg tak biasa tapi insyaAllah lama2 ok kot..
ermm… buat schedule ek? ok gak tu najwa… memula nini tya nurseri dia dulu cemana dia handle khayra and time table dia cemana. Mungkin dia dah biasa gitu, senang sikit, tak perlu buat schedule baru kan?
Thanks najwa..
bagi khayra ralit dgn something yg dia suka ke…
huhu, just an idea… shira pun sama, mcm akak jgk, ssh nak handle anas bl berdua je ngn dia… perlukan pandangan org lain jgk… huhu…
tula.. mungkin sebab kita bekerja kot. so dia macam nak lepas dendam la kot nak berdempek je.. hehehehhe akak tgh cuba sesikit sesuaikan diri..
hello, nanged and clicked on your ads…
do hit me back ya^^ thanks
huhu.bestnye kak..:: dpt fokus kt biz dah.
bab nak sharing tu mmg xthlah.sbb aufa pun gitu gak.xboleh handle juga.hehe
heheheh nanti kita dah tambah anak lagi cemana la kan? ekekkeke macam najwa cakapla kene set time table dia.. nanti akak nak try yang tu.. try tya taska dia…
Cobaan … kan! Tp itulah a bundle of joy yg mengikat kemas hati kita, kan!
yep laili… setuju dengan awak… inilah hati kita…
salam bestnya..tahu jua menjahit,yahniah ya.
khayra pun dah makin besar…
Thanks ummu… saya takde la tau sangat. sikit-sikit tu boleh la…