Salam semua… Kiranya genapla sudah sebulan saya memencilkan diri duduk di rumah, sudah tidak bekerja lagi. Terasa macam baru je saya berhenti, tengok-tengok dah sebulan. Dalam masa sebulan ni, banyak yang perlu saya buat dan banyak jugakla yang dah buat. Ada juga yang saya rancangkan belum sempat saya buat. Contohnya make over blog saya ni ha… Saya masih tidak mempunyai masa untuk menghadap laptop saya ni tanpa gangguan daripada sesiapa kecuali malam hari. Itu pun, sebab saya dah penat saya dah tak larat untuk berlewat-lewat malam sangat. Hehehhehe
Apa perbezaan dulu dan sekarang?
Banyak perbezaannya tau. Ada yang saya rindukan tika waktu saya bekerja. Nak tau apa?
1. Saya rindukan masa saya bangun pagi-pagi, siapkan Khayra untuk ke nurseri then pegi kerja dengan abang. Hehehheh Walaupun kitorang lain-lain tempat kerja, tapi kami sehala. Pagi-pagi tu, selalunya saya akan hantar sampai ke office abang, then park kat office saya, then bila balik abang naik LRT je datang ke office saya, balik sesama. Time tu la, kami dok bercerita itu ini, planning apa nak buat, bincang macam mana nak handle itu ini and of course la gaduh pun turut terselit sekali. Hahahhaha Ala, gaduh-gaduh manja gitu… Biasala.. Sedangkan lidah lagi tergigit kan? Ahaks…. Sebabnya sekarang ni dah tak boleh nak buat gitu sangat sebab masa bersama limited. Time kat bilik je la ada pun nanti. Pstt… Saya still duk umah mentua, cemana nak borak-borak hal kami even time dinner pun..
2. Saya rindu jugak masa saya boleh buat entry sepuas hati di office, ( kalau takde kerja.. ), menjengah blog kawan-kawan ( saya boleh jengah guna backdoor, tapi susah nak komen. ) tanpa ada gangguan daripada sesiapa kecuali kerja. Hehehhehe Cumanya tu kalau tak sibukla… Cuba kalau sibuk.. Haru… Apa pun tak boleh buat.. Hahahahhahahahahaha
3. Saya rindukan officemate sayala.. Apa lagi… Heheheh Sebabkan kami takdela ramai mana pun kan, makanya kami agak rapat antara satu sama lain. Hehheheh Tu yang saya rindukannya.. Zaman-zaman lunch together2… and everything. Sekarang dah takde officemate.. Tapi soulmate je yang ada…
Hah.. tu la 3 benda yang kononnya saya rindu.. heheheh Tapi apa yang membuatkan saya bahagia bila saya dah duduk di rumah and tengokla muka si kecik tu tiap hari adalah :
1. Dapat jaga Khayra dan asyik berkepit je la dengan si Khayra tu.. Hehehhehe Tu part paling best sekali. Sekarang ni kalau saya cakap saya nak kerja, mesti Khayra akan cakap tak boleh. “Ummi work ye sayang?, Ummi kene pergi kerja” Jawapan Khayra adalah ” tak yeh. Nanak…” Sambil peluk saya then terus cakap “ayam mie…”<- (Sayang ummi) Lawak betul…
2. Dapatla saya menyiapkan bekal untuk suami saya tu. Dia siap request nak saya sediakan bekal untuk dia setiap hari. Heheheheh even saya duk umah sahaja, saya still busy tau abang. Sebab tu la kekadang je bekalnya siap..
3. Saya dah tak stress sangat. Hikhikhik Kalau dulu bangun je, malas je nak pegi kerja, sekarang? bangun dengan happy2… Hehehhehehhe And then boleh bangun lewat sikitla kalau nak pun kan… Hahhahahahhahahhahaha
Cumanya, saya rasa lagi mencabar duduk di rumah ni. Kenapa saya cakap macam tu?
1. Sebab saya buat kerja di rumah, saya membuat business baju nursing saya kan, saya kenalah cari-cari peluang untuk membesarkan perniagaan saya.Kenala cari income kan? Kalau dulu saya boleh jadikan alasan bekerja so that untuk cari kain, jahit baju semua dijalankan sewaktu weekend sahaja. Kadang-kadangla weekday, itu pun penat esoknya. So sekarang saya masih dalam process untuk belajar menjahit. Saya tidak expert lagi ok..
2. Semua tugas untuk online business dah jatuh sepenuhnya ke tangan saya. Macam mana saya nak mencorakkannya. Seriously, saya budak baru belajar. Banyak benda yang saya perlu tahu dan saya memang masih terkial-kial lagi. Dari hantar barang, update stok, deal dengan kerenah tukang jahit, deal dengan kehabisan stok dan banyak lagi.
3. Sekarang mana pergi saya seorang je bersama Khayra. Mana saya nak campak Khayra kan? Tu yang kekadang stress jugak sebab demand si kecik ni, kalau duduk kereta sekejap je la nak duduk sebelah sambil berseat belt. ( Khayra dah tak nak duduk car seat dia since kami accident dulu. Yang memang bang betul-betul kat car seat dia. ) Selebihnya nak duduk dengan saya. Sebab saya perasan, Khayra kalau dalam kereta sekejap je boleh main atau tak buat apa-apa. Selebihnya kene berkepit dengan saya menyusu. Mungkin dia pening kot dalam kereta.
4. Khayra pulak, sangat la manja. Semua nak saya buat. Even dah ada abah dia pun, still nak saya buatkan segalanya untuk dia. Sangat demanding. Cemana nak buat kerja nih Hehehheheheh
5. Segala house chores semua kene buat tanpa bantuan sesiapa kecuali weekend. Yela, dah saya kat rumah kan, takkan nak suruh abang yang kat office sidai baju kot. Ekekekkeke Dulu malam-malam basuh atau weekend jek. Sekarang takkanla kan? Lepas tu dah kene fikir nak masak apa untuk lunch. Masak lunch lagi, itu lagi, ini lagi.. Rasanya memang banyak sangatla benda yang nak kene buat. Hehehhe
Hehehe apa lagi? Rasa macam saya merapu meraban je kan? Hehheheheh Sebenarnya baru sebulan je pun jadi WAHM nih. Masih banyak yang kene perbaiki untuk mendisiplinkan diri dan juga Khayra. Saya tahu, Khayra adalah manusia paling happy saya tak kerja sebab tu sekarang ni memang dia menggunakan sepenuhnya kudrat saya ni hanya untuk dia sahaja. Apa yang saya tahu, Khayra betul-betul happy bila saya tak kerja. Dapat tengok dari muka si kecik ni. Itu yang membuatkan saya rasa lebih bahagia dan saya rasakan walaupun sekarang ni saya masih tidak teratur, saya dapat rasakan pilihan saya ini tidak salah sama sekali.
Nota: Entry merapu saya rasa.. Sebab saya main tulis je. Takde info berguna pun lagi.. Insyaallah coming soon.
Luv,
UmmiKA
Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung






nini…..datangla lawat kami di office ni. hehehe
insyaallah… nanti kalau takde pape, nini datang…
ohhhooo sudah WAHM.. tahniah & selamat menyesuaikan diri…
thank you kak yong… harap-harap saya cepat sesuaikan diri.