~ Alhamdulillah, Khayra dah Semakin Pulih dan dah Discharge ~

~ Alhamdulillah, Khayra dah Semakin Pulih dan dah Discharge ~

Bersawang-sawang dah blog saya ni.. Heheheh Ada banyak rentetan cerita sebelum Khayra admitted and have a surgery last monday. Tu yang banyak jugak benda yang saya tak sempat update. Mana-mana yang email yang saya missed untuk reply tu, saya tengah usahakan hari ini. Mana-mana yang message saya, bolehla saya reply.  Sebab saya tiada internet access di hospital tu plus anak saya memerlukan perhatian saya terutamanya semalam. :) Anyhow, thanks to my hubby sebab tolong… :P

Sebenarnya Khayra masuk hospital ni memang di rancang. Dirancang? hehehehheh yep, dah book dah appointment dengan doktor seminggu sebelum untuk buang tonsil Khayra yang dah makin membesar. Sepatutnya kitorang masuk petang ahad tu, tapi malam baru masuk sebabnya sehari sebelum kitorang sambut birthday Khayra bersama keluarga-keluarga + dengan berbuka puasa ramai-ramai. Then ahad tu, saya berbuka dengan kawan baik saya dari sekolah lagi. Tu yang lambat sikitla masuk wadnya. Kasi Khayra enjoy dulu. :p

Cerita sebelum-sebelum, nanti la saya postkan. Karang jadi caca marba pulak post ni.. :P

Khayra dan arisa di kelab Shah Alam.. Konon main piano la… :P Malam sebelum masuk wad.

Macam mana Khayra boleh kene operate?
Cerita dia macam ni. Sebabkan Khayra sekarang ni tidur dah start berdengkur kuat, lepas tu tiba-tiba kurang makan sangat, kalau makan pun makan makanan lembik-lembik macam bubur. Lepas tu, dia suka pegang leher dia. Then, satu hari tu, sebab makan nasi, tiba-tiba muntah, saya pun terusla bawak pergi klinik. Doktor check-check semua, rupanya tonsilnya dah membengkak dan besar sudah. So, doktor refer ke hospital untuk jumpa pakar EnT. Keluar e dari klinik tu, saya terusla ke DEMC. Hehehhehe Saja je kali ni nak try pergi DEMC pulak. Hospital baru.. Hehehheh Lagipun, lagi dekat dengan rumah kami. Jumpa dengan specialist ENT then dia check, dia sugest suruh buang je. Sebabnya kalau dah membesar, tonsil tu tetap akan besar macam tu. Kalau dibiarkan, then kena lagi demam etc, dia akan membesar lagi. Sebab tu la doktor sugestkan untuk buang. Then specialist tu ada bagitahu jugak kemungkinan adenoid pun dah besar. Tapi untuk tengok, kene X-ray atau bila buang tonsil tu boleh nampak terus.

Kemudian kami tanya, Khayra baru je masuk 2 tahun, tak kecik ke lagi untuk buat surgery macam tu kan. Yela, MIL saya pernah cakap, kalau dulu-dulu dah besar sikit baru boleh buang. Then doktor tu cakap, dia dah pernah buat untuk budak 1 tahun. Lagi kecil. Specialist tu cakap, kecik-kecik heal power lagi kuat. Cepat sembuh kalau compare dengan yang dah besar. Lepas fikir-fikir and bincang-bincang semua, kami setuju untuk buang tonsil Khayra pada 30hb. Lepas Khayra dah enjoy celebrate birthday dia. :)

DEMCKhayra @ DEMC – Malam pertama

Malam tu, lepas makan puas-puas, kami sampai di DEMC pukul 930. Adeh.. lambat dah sebenarnya. Hihihihihi Masuk bilik tu, alhamdulillah.. Abang dah ada tempat tidur. Kalau dulu-dulu kena la bawak toto then bentang kat bawah. Kali ni tak perlu. :P

pangkin tidur abang @ DEMC

Mula-mula Khayra agak excited bila masuk, tapi bila atuk and wan dia datang, dah mula nak turun and jalan-jalan and balik. Malam tu masa nurse check semua suka. Konon bestla.. And start pukul 12, Khayra kene puasa. Agak runsing gak la sebab Khayra area pukul 4,5,6 dia akan bangun untuk menyusu. Seperti yang dijangkakan, pukul 5 dia bangun minta susu. Sebabkan nak dia puasa, sampai sorokkan botol dia. Bagitahu tertinggal kat rumah. Tunggu wan datang hantar. Hehehehhehe Kitorang pulak sahur tak best langsung. Huhuhu Yela kat situ kedai jauh sikit. Abang lak malas nak drive pepagi tu. Sudahnya, makan je la apa yang ada. Banyak kali gak Khayra minta susu, tapi kitorang tak bagi. Sudahnya dia tak tidur dari pukul 5 tu, sampaila masa untuk dibedah. Awal-awal senyum-senyum je, sampai je bilik bedah and nak bagi ubat pelali, Khayra dah start nangis-nangis. Then saya kena tunggu kat luar.

Satu jam lebih sikit kot process dia. Time tu, tak senang duduk jugakla, asyik dok fikir, Khayra ok ke… Macam mana dengan khayra. Tak lama lepas tu, tiba-tiba nurse panggil saya suruh saya masuk sebab nurse tu cakap Khayra nangis-nangis. Time tu hati saya dah suspen dah. Masuk-masuk, memang Khayra tengah mengamuk. Mungkin Sebab sakit kot. Saya amik dia, peluk-peluk.. zikirkan Khayra, kejap ok.. kejap nangis balik. Time tu rasa macam nak nangis je sebab terasa mesti Khayra sakit sangat. Dah la time tu mata still pejam. Mungkin sebab Khayra lama nangis, sudahnya doktor kasi pain killer… Tak lama lepas tu, barula Khayra senyap. Tapi kalau jauhkan je dari badan saya, dia akan bangun terkejut and nangis-nangis. Kena peluk dia betul-betul. Masa sampai bilik, bila dah tidur saya cuba letak atas tilam, nangis-nangis and macam teringat dia boleh cakap nanak-nanak. Sudahnya sampai ke tengahari saya kena riba dia and peluk dia. Sian anak ummi. Bila wan dengan atuk sampai, and Khayra pun dah ok sikit, barula dia nak duduk kejap. Bila offer minum semua tak nak. Mungkin dia takut sakit. Then kitorang offer ice cream. Mula-mula tak nak jugak. Abah terus letak kat bibir dia kasi rasa. Bila rasa sedap, terus nak makan ais cream tu. Amboii…. Makan berselera. Ye la, dah lapar kan. Bila menyusu pun, sikit je. Mungkin sakit lagi kot. Makan, comfirm la tak nak. Doktor cakap, bagi je ikut mana yang dia tolerate. Lagi banyak dia makan dan minum, lagi cepat sembuh. Satu hari tu, Khayra asyik tidur je. Mungkin sebab ubat tidur tu.

saya yang kiok.. Letih… Nasib ada abang jagakan Khayra.

Sampai malam tadi, Khayra semakin ok. Semakin aktif balik. Hati pun dah lega. Cuma dia agak pelik sebab saya dengan abang suka offer dia makan ais cream. Sebelum ni, no ice cream or air sejuk. hehehhehe Dia macam suka gila bila dapat makan ice cream tu. Hehehhe Sian anak ummi.. Hari ni, doktor check and tgk dia semakin ok. Makan pun ok, so dh boleh balik. Yeayyyy… CUma kena makan ubat takut demam and batuk. Khayra memang dah start batuk-batuk ni. So, doakan Khayra cepat sembuh ye kawan-kawan. :)

Saya dengan abang pun dah macam collapse kot hari ni. Ngantuk sangat. Nasib baik ada atuk dia tengokkan Khayra. Hehhehehehhe

Luv,

UmmiKA

~ Air Soya Buatan Sendiri – Untuk Berbuka Puasa ~

~ Air Soya Buatan Sendiri – Untuk Berbuka Puasa ~

Semalam saya buat air soya sendiri. Hehehehhe Air soya buatan tangan sendiri. Asyik dok nak membeli air soya je kan, baik kita buat sendiri. Betul tak? Lagipun abang dah siap-siap beli kacang soya. Apakah maknanya itu?? Hehehehhe

Okeh, Tanpa membuang masa, meh saya kongsikan bersama cara-cara nak buat air soya.

Bahan dia senang je:

1. Kacang soya

2. Gula atau Gula melaka ( ikut suka)

3. Daun pandan

4. Kain kasa / kain jarang / penapis teh yang bersih pun ok.

Cara-cara untuk membuat air soya:

1. Mula-mula basuh dan rendam dulu kacang soya tu sepenuhnya dalam bekas semalaman. Ataupun pagi-pagi tu pun boleh jugak. At least 8 jam. Atau sampai kembangla.

Soya yang sedang direndam

Ni kacang soya yang dah kembang.

2. Bila dah kembang, toskan kacang soya tu dan buang kulit soya tu. Kemudian, kisarkan kacang soya tu dengan blender/mesin pengisar bersama dengan air. Saya guna blender je… :P

blend kan kacang soya sehingga hancurNi baki je sebab saya dah perahkan dah kacang soya tu buat air soya. :)

3. Lepas dah kisar, tuangkan ke dalam kain kasa/kain yang jarang, kemudian perah kacang soya tu untuk menghasilkan air soya. Sisa-sisa kacang soya yang selepas di perah tu boleh la di buang. :)

kacang soya yang di perahSaya perah kacang soya tu guna kain jarang je.. Asalkan boleh keluar air dia, dah ok… :)

4. Bila habis semua kacang siap dikisar dan di perah, masukkan daun pandan ke dalam periuk yang berisi air soya tu, kemudian masak dengan menggunakan api yang perlahan. Kena tengok2 sebab semalam saya guna api kuat, dia membuak ke luar. Nasib sempat perasan. Hehehhehehhe Boleh masukkan gula masa tu, atau pun bila dah siap nanti.

Air soya yang sedang di masakAir soya yang tengah di masak

Bila dah menggelegak, boleh la dihidangkan untuk berbuka. Sama ada nak panas atau sejuk. Saya lagi suka panas kalau time berbuka. Terasa puas sangat. Oh, sebabkan ni first time saya buat air soya sendiri ni, adalah cacatnya.. Saya letak terlebih gula masa masak tu. Heheheh Tak pandai budget lagi. So, next time saya dah siap masak baru saya letak gula. Hehehehehe

Kalau simpan dalam peti ais, boleh tahan 2-3 hari… So, apa lagi… meh cuba buat sendiri air soya yang berkhasiat tanpa bahan pengawet. Puas hati pun ye sebab takde la terasa tawar je soya dia.. :P

Luv,

UmmiKA

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

~ Happy 3rd Anniversary To Me… ~

~ Happy 3rd Anniversary To Me… ~

Semalam birthday Khayra, hari ni pulak anniversary ummi dan abah.. :) Alhamdulillah, dah 3 tahun saya bergelar isteri orang. Pejam celik pejam celik, sekejap je masa berlalu. Kalau nak kata 3 tahun ni adalah lama, tidak jugak… Kami belum pun lagi melepasi fasa pertama perkahwinan. ( Kalau tak silap saya, saya ada baca melepasi fasa pertama bila dah lepas 5 tahun. ) Then kalau nak cakap sekejap pun, tak jugak.. Macam-macam jugak la yang jadi untuk mengenal hati budi masing-masing. Pengalaman pahit, masam, masin, manis itu semua rencah hidup berumah tangga. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Hehehhehe teringat rangkap lagu ni dalam filem P.Ramlee – 3 Abdul.

Sempena anniversary saya yang ke-3 ni, saya tak tau nak celebrate kat mana. Hahahhahahha dah 3 kali tak leh celebrate jauh-jauh. Tahun pertama, saya bagi hadiah dengan melahirkan Khayra sehari sebelum anniversary, Tahun ke-2 pulak jatuh pada bulan ramadhan ( Saya malas nak travel jauh-jauh kalo kata nak honeymoon pun.. :p ) Tahun ni pun jatuh pada bulan ramadhan jugak which is bulan yang memang weekend je busy..  Bila nak jenjalan? :P So, tahun ni saya plan nak masak sendiri je la kat rumah. Hehehehhehehe Jimat sikit belanja… :P Nak masak apa ek?? Hehehehhe Tunggu………………………….. surprise… :P

Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan kami
Dengan menjadikan perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah…
Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu. Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai. Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…
Berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami.

Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Amiin…

Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertaqwalah kepada Allah supaya kamu Berjaya.

Surah Al-Imran Ayat 200.

Ni doa yang mak mentua saya bagi (dalam quote ni je) pada saya untuk saya amalkan setiap hari.  Doa untuk kebahagiaan rumah tangga katanya. :) Insyaallah.

Saya tak boleh nak paste kat sini ayat dia. Tafsiran je ek.. nanti cari sendiri.. :)

Happy Anniversary to me and abang…. I love you so much. No kata-kata romantis ek, sebab tak pandai… Hahahhaahahhahahhahahhahaha

Happy 3rd anniversarySelepas saya sah bergelar pn. adha :P

gaya manja la kononMe and my hubby… I love you so much dear….. (L)

Luv,

UmmiKA

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

Related Posts with Thumbnails