Semalam saya buat air soya sendiri. Hehehehhe Air soya buatan tangan sendiri. Asyik dok nak membeli air soya je kan, baik kita buat sendiri. Betul tak? Lagipun abang dah siap-siap beli kacang soya. Apakah maknanya itu?? Hehehehhe
Okeh, Tanpa membuang masa, meh saya kongsikan bersama cara-cara nak buat air soya.
Bahan dia senang je:
1. Kacang soya
2. Gula atau Gula melaka ( ikut suka)
3. Daun pandan
4. Kain kasa / kain jarang / penapis teh yang bersih pun ok.
Cara-cara untuk membuat air soya:
1. Mula-mula basuh dan rendam dulu kacang soya tu sepenuhnya dalam bekas semalaman. Ataupun pagi-pagi tu pun boleh jugak. At least 8 jam. Atau sampai kembangla.
Ni kacang soya yang dah kembang.
2. Bila dah kembang, toskan kacang soya tu dan buang kulit soya tu. Kemudian, kisarkan kacang soya tu dengan blender/mesin pengisar bersama dengan air. Saya guna blender je…
Ni baki je sebab saya dah perahkan dah kacang soya tu buat air soya.
3. Lepas dah kisar, tuangkan ke dalam kain kasa/kain yang jarang, kemudian perah kacang soya tu untuk menghasilkan air soya. Sisa-sisa kacang soya yang selepas di perah tu boleh la di buang.
Saya perah kacang soya tu guna kain jarang je.. Asalkan boleh keluar air dia, dah ok…
4. Bila habis semua kacang siap dikisar dan di perah, masukkan daun pandan ke dalam periuk yang berisi air soya tu, kemudian masak dengan menggunakan api yang perlahan. Kena tengok2 sebab semalam saya guna api kuat, dia membuak ke luar. Nasib sempat perasan. Hehehhehehhe Boleh masukkan gula masa tu, atau pun bila dah siap nanti.
Bila dah menggelegak, boleh la dihidangkan untuk berbuka. Sama ada nak panas atau sejuk. Saya lagi suka panas kalau time berbuka. Terasa puas sangat. Oh, sebabkan ni first time saya buat air soya sendiri ni, adalah cacatnya.. Saya letak terlebih gula masa masak tu. Heheheh Tak pandai budget lagi. So, next time saya dah siap masak baru saya letak gula. Hehehehehe
Kalau simpan dalam peti ais, boleh tahan 2-3 hari… So, apa lagi… meh cuba buat sendiri air soya yang berkhasiat tanpa bahan pengawet. Puas hati pun ye sebab takde la terasa tawar je soya dia..
Luv,
UmmiKA
Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung





Salam semua, Alahai, siannya blog saya ni.. heheh memang sangatla jarang saya update sekarang ni. Sejak dah jadi SAHM [...]



esok wat lah hahaha, xtahu la baper byk soya nini kena rendam
hehehe memang dah dalam planning nak buat tuk esok… ekekekekek untuk esok, buat dengan gula melaka… kalau 7 liter cukup tak?
rajinnya! buat sendiri mmg worth it, kan? mesti sedap gile ni….
teringin pulak nak minum…….
wau.gigihnya akak memerah soya..hehe.mmg puas if buat sndr.akk,buat tau fu fa cmne? suke bangat dgn dia.hehe.
tau fu fah kena tambah ubat die… shira tak pasti ragi or something else… dulu arwah nenek rajin buat…
dulu rajin gak buat soya sendiri…. hm, nk mula balik lah… teringin la plak…
odah, tau fu fah kena tambah ubat die je….
wahh rajinnya buat sendiri air soya…mesti sedap ni buatan sendiri
*-` I am very thankful to this topic because it really gives great information `;,
Memang bagus la tutorial wat air soya nie. Lengkap step by step. Tahniah kak Umi atas resepi air soya dahulu yg enak dan sedap. Lepas nie ramailah ibu-ibu boleh wat bisnes air soya…
Hi..
I am happy your write-up was available for reading. It’s really thought-provoking, informative, bold, original as well as creative.
This particular data has given me a brand new perspective along this particular topic. Thank you..
Nice blog tooo
On the other hand, providers can trade their technical expertise for a constant stream of labor as well as decent pay. A large amount of necessary effort is produced.