~ Bagaimana Nak Meningkatkan Penghasilan Susu Badan? ~


Me!  I'm a wife to my precious husband, Khairul Adha and a mother to my sweet little gorgeous princess, Khayra Amirah. I Love to breastfeed my baby.. :) I love my Family so much... :D


Bagaimana nak meningkatkan penghasilan susu badan? Benda ni la yang sering bermain-main difikiran ibu-ibu yang sedang menyusukan anak mereka terutama sekali yang bekerja sepenuh masa. Saya bukanla pakar laktasi atau pro sangat dalam hal-hal breasfeeding ni, tetapi bolehla sikit-sikit untuk share experience dan knowledge yang saya ada sepanjang menyusukan Khayra. Ada gak yang tanya saya macam mana nak banyakkan susu. Honestly saya bukanla seorang yang meriah dengan susu badan ni. Kalau nak compare dengan orang lain yang sekali pam ada yang dapat 2 botol, 1 botol lebih, paling-paling pun 1 botol penuh. Sepanjang saya menyusukan Khayra dan mengepam di office, paling banyak susu yang saya dapat perah dalam 1 sessi hanyalah 1 botol penuh sahaja. ( botol MLO tu. Dah tak ingat bape Oz… ). Itu pun kadang-kadang sahaja. Sikit kan? Alhamdulillah, walaupun sikit, tapi saya berjaya jugak breastfeed Khayra sebab Khayra ni jenis yang menyusu sikit. Dalam fikiran saya, Khayra menyusu sikit sebab tu susu saya tak meriah sangat kalau nak compare dengan orang lain. Walaupun tak meriah, still cukup untuk Khayra tanpa saya campur dengan formula. Demand and supply.. Time tu saya fikir macam tu la untuk menyedapkan hati saya yang kadang-kadang tu jeles tengok orang lain kalau pam je dapat banyak.. :P

Walaupun saya cakap cukup untuk bekalan Khayra, ada masa-masanya saya mengalami masalah kekurangan susu. Itulah gunanya stok yang kita kumpulkan dari awal lagi yang mana saya akui saya melakukan kesilapan di situ. Yep, saya memang tiada stok untuk Khayra. Sedih kan? Sebab tu saya berusaha untuk mencari alternatif bagaimana nak meningkatkan penghasilan susu badan saya. Bila dapat lebih daripada biasa, saya akan simpan tapi tu la, stok tu takkan bertahan lebih daripada seminggu sebab kadang-kadang kemarau susu melanda saya especially bila saya tengah dalam projek yang penting. Dari pembacaan, dari kelas yang saya attend, perkara utama untuk menghasilkan susu yang berkualiti adalah daripada pemakanan kita sendiri dan juga dari segi mental dan emosi kita. Yep, inilah yang perlu kita jaga untuk menghasilkan susu yang berkualiti dan meningkatkan produktiviti kita. Selain daripada itu, khas untuk ibu-ibu yang bekerja terutamanya, jangan sesekali skip sessi mengepam dan kene konsisten at least every 4 hours untuk setiap sessi kerana ia antara punca yang menjejaskan produktiviti kita. Sebabnya? Kurang simulasi/rangsangan dari kita untuk menghasilkan susu. ( pam adalah cara untuk stimulate sebab kita jauh dari baby kita).

Kebanyakkan kita akan berfikir kalau susu kurang je, alternatif lain macam mana nak banyakkan susu adalah, nak kene makan apa untuk tambah susu. Betul tak? Kenapa saya cakap macam tu? Kebanyakkan kawan-kawan saya yang tanya saya pasal nak banyakkan susu ni, mesti akan tanya nak kena makan apa untuk banyakkan susu. Atau pun ada tak pil untuk banyakkan susu. Sebelum ni saya ada post kan pasal makanan yang saya pernah makan untuk tambah susu dan makanan yang boleh membantu untuk tambah susu. Ada saya tulis kat sini. Hehehhe Cumanya post tu bercampur adukla dengan cerita lain jugak. Nanti saya buat satu tajuk khas untuk makanan ek sebabnya untuk entry ni saya tak nak cakap pasal makanan sahaja.

Kenapa tak nak post pasal makanan? Ini kerana, selain daripada pemakanan, kita kena ambil kira atau cari punca lain dahulu kenapa susu kita kurang. Ini penting sebab, kalau makan makanan seimbang atau dah amik pil bagai, makanan banyakkan susu semua lepas tu tengok susu gitu gak mesti kita akan rasa down and stress. Betul tak?

Jadi, antara punca-punca kenapa susu kurang, mungkin:
  • Teknik penyusuan kita yang salah. Masa kita susukan baby kita, aerola kita tak masuk betul dalam mulut. Baby more kepada hisap puting kita sahaja. ( ni biasa untuk first time mother. ) Saya ada postkan entry tu di sini. Cuma bukan dalam point-pointla. Nanti saya buat entry baru untuk point ni.. :)
  • Tidak cukup rangsangan daripada bayi. ( Ni kebanyakannya sbb ibu2 yang bekerja – skip sesi pam/pam sekali sehari je.. etc) – Kalau nak compare dengan ibu-ibu yang 24hours bersama-sama dengan anak masing-masing, untuk ibu-ibu yang bekerja ni, memang tidak cukup rangsangan. Sebab itula kita di galakkan untuk direct breastfeed bila bersama dengan anak kita, dan pam setiap 4 jam kalau tidak bersama anak kita. )
  • Tekanan ( tidak kirala waktu bekerja atau tekanan di rumah).
  • Tidak cukup rehat/tidur. Ini pun penting untuk memberikan badan yang segar dan bertenaga.
  • Masalah hormon dan juga masalah kesihatan lain seperti tiroid, demam, anemia.
  • Penggunaan pil perancang atau ubat-ubatan yang tidak sesuai untuk penyusuan.
  • Teknik pam/perah yang salah.
  • Jenis pam yang tidak cekap.
  • Pemakanan yang tidak seimbang.

Inilah antara punca yang saya rasa boleh membantu dalam mengurangkan penghasilan susu badan kita. Oleh itu, cuba kenalpasti terlebih dahulu apakah punca yang membuatkan susu kita kurang. Bila dah kenal pasti, baru boleh kita fikirkan solution dia. Betul tak?

Jadi, bagaimana nak meningkatkan penghasilan susu badan? Based on apa punca yang membuatkan susu kita kurang.. Tunggu next entry… :)


Luv,

UmmiKA

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

Related Posts with Thumbnails

Comments

  1. elissNo Gravatar says:

    mcm mana pulak nak bercerai susu? ada teknik tak? teroff topic pulak :)

    • UmmiKhayraNo Gravatar says:

      heheh eliss… ada petua orang tua cuba letak asam jawa kat puting.. Kasi masam… tak pun guna psikologi… slow2… cuba kenyangkan dengan makanan, jangan offer… Nini tak sure sebab takde plan lagi nak wean off.. :P

  2. MommaMiaNo Gravatar says:

    huhu looks who’s back!! suka bila nini citer pasal apa2 yg berkaitan dgn susu ibu… dulu slalu baca pasal khyra.. tapi dah tak jumpa n3 tuh lagi…

    Nini, ku menanti dlm diam… ahaksss
    (F)

  3. AshAnasNo Gravatar says:

    tu la kak, anas pun mmg minum sikit2 je… shira pun positif bila pam x meriah cm org lain…

  4. kak ninie,lama xsinggah sini.byknya ketinggalan…
    odah pun bila pam xdelah meriah sgt.
    baru je wat entry pemakanan tuk tmbh susu :)

  5. ummu aimanNo Gravatar says:

    salam..
    saya nk minta pendapat skit tentang penyusuan badan ni…anak saya baru berusia 2 bln,saya dah campur dgn susu formula kerana dijaga oleh ibu mertua..saya memang berhasrat nk menyusu badan sehingga 2 tahun,bila anak saya dah selalu diberikan susu formula oleh mertua saya..semakin lama dia menolak dan menangis untuk menyusu badan,menyebabkan susu saya semakin berkurangan.mcm mn saya nk bagi anak kembali menyusu badan semula?

  6. ctNo Gravatar says:

    ya allah memeng dugaan sungguh nak myusukan badan ni,saya baru ambil anak angkat n niat dihati nak bf,tapi air susunya xbpe nak keluar,ubat dah makan,cuma saya kurang mnum susu la,insyaallah dgan adanya panduan ni saya akan cuba,sentiasa berdoa smoga allah permudahkannya,,,,,terima kasih

  7. Ida ShakleeNo Gravatar says:

    A’kum Nini,

    Good info sharing. Sangat setuju. Pemakanan dan emosi serta displin mengepam, membantu ibu untuk mengekalkan production susu. Sebab itu dalam set breastfeeding Shaklee, gabungan vitamin asas dan milk booster wujud.

    Set penyusuan asas shaklee mengandungi
    b complex, vitalea, vitamin c dan alfalfa. Semuanya menyumbang pada kesihatan, kecergasan, mengurangkan tekanan dan menambah production susu dengan syarat rutin mengepam tidak diabaikan.

    Jom dapatkan set penyusuan shaklee pd harga rm80 untuk percubaan sebulan atau rm241 untuk 4 bulan di http://www.mysupervitamins.com atau Adrini’s

    :D

Speak Your Mind

*

:-[ (B) (^) (P) (@) (O) (D) :-S ;-( (C) (&) :-$ (E) (~) (K) (I) (L) (8) :-O (T) (G) (F) :-( (H) :-) (*) :-D (N) (Y) :-P (U) (W) ;-)