2 hari lepas, saya, abang and Khayra pergi menjengah adik… Hehehhehe Yep, saya pergi checkup yang dah tertunda seminggu. Adeh… Saya terlupa tarikh appointment. Boleh tak?
Sekarang saya dah 26 minggu 4 hari. Time doktor cakap saya terasa macam aiks… cepatnya dah 6 bulan. Yeke ni? Hahahhahahaha Serius, saya dah lost count dah pregnancy kali ni. Bukan sebab saya tak kisah anak saya ye, bukan tau… mungkin sebab saya banyak benda nak buat, hinggakan saya terlupa. Apa yang saya buat ni untuk anak jugak. Lagipun, kalau boleh saya nak settle mana yang penting-penting tu sebelum saya bersalin. Tu yang lost count agaknya. Hehehhehehhe
Blogwalking pun saya dah lama tak buat. Serius, banyak yang saya tinggal rasanya. Bila saya bukak blog kengkawan, wahhhh berderet posting yang saya tak baca… tu satu lagi benda yang saya akan buat slow-slow ye kawan-kawan. Bukan tak sudi menjengah, sangatla sudi. Cuma masa tidak mengizinkan lagi..
Okeh, enuff cerita pasal saya. Meh saya cerita pasal adik kecik ummi, abah dan kakak ni.
Macam biasa, doktor cek air kencing, tekanan darah, and of course la timbang kan. Everything is ok according to doctor. Cumanya berat saya entah la macam mana, dalam masa sebulan ni naik 4KG. Mak aihhhh…. Tetiba naik mendadak beb… Sebelum ni, naik 500G je tiap bulan. Time Khayra pun sama. Paling banyak naik dalam 1K++ dekat 2 KG je… Yang ni, terus 4KG. Adehhhh… Patutla kali ni saya rasa lain sikit. Berat semacam je. Lepas tu kuat makan pun terlebih-lebih. Makan nasi bertambah-tambah. Kalau bab makan makanan manis, pergghhhh usah cakapla… favourite dah. Buah tu dah jadi kemestian. Kurma pun pagi, petang and malam. Lepas tu kali ni, suka pulak minum air sejuk. Then asyik nak makan je…. Memang berbeza la dengan kakak Khayra dulu.
Lepas tu, scan untuk details.. And yes, comfirm memang baby boy sebab kali ni memang nampak jelas ‘tut’ dia. Berat baby sekarang pun dah 1KG. Alhamdulillah… Ummi doakan anak ummi membesar dengan sihat ye sayang. Baby kali ni pun sama je macam kakak Khayra. Rasanya lagi aktif. Masuk 4 bulan dah rasa dia gerak-gerak dalam perut and menendang-nendang, sekarang ni lagi la.. Kalau kita usik je, lagi dia suka menendang jugak. Kita panggil suruh ke sini, dia akan kick kat tempat tu. Nak-nak kalau kakak tengah menyusu dengan ummi. Lagila dia suka keraskan badan dia bila rasa perut kakak kat perut ummi… Hadoiii, time tu la rasa senak sangat sebab memasing keras hati nak amik tempat tu. KHayra pun sama naik, dah tahu adik mengeras kat satu-satu tempat, time menyusu dia pun sama naik jugak. Tu yang dok memikir, khayra sekarang pun aktif tak boleh nak cakap, adik nanti macam mana la pulak ragamnya kalau dari dalam perut lagi dah cenggini.. Kurus la abah pasni… Ekekkekekekekeke Apa pun yang pasti, saya suka perasaan itu. Suka adik tendang… Suka adik gerak-gerak and suka kalau adik kasi respond kalau kita cakap-cakap dengan dia.. Macam faham je…
Sape yang jadi ibu, mesti tahu macam mana perasaan tu kan? Hehehhehehhehe Sedangkan abah Khayra pun excited kalau dia dok main dengan adik, adik kasi respond, ini kan pulak kita kan? Hehehhehe
Tarikh jangkaan bersalin, awal bulan 11. Tak lama je lagi nih… Semoga dipermudahkan oleh Allah SWT hendaknya. Semoga dipermudahkan ketika bersalin dan sepanjang saya mengandungkan my lil caliph ni.
Khayra pun dah pandai panggil diri dia kakak. Macam dah besar sangat la tu.. Hehehhehehehe Ummi sayang sangat kat Khayra. Adik pun sama…
Note: Sedikit update dari saya. Saya tahu, saya lama tak update apa-apa kat sini…
Luv,
UmmiKA
Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

Seoanjang minggu ini, dari 27/2/2012 hingga 1/3/2012, sebarang penghantaran untuk baju di adrinis tidak dapat kami lakukan kerana kami bercuti. [...]



comel je baca tang kakak n adik rebut2 tempat tu ^_^
hehehhe ninie pun rasa sangat best time tu even senak gak la perut nih… heheheh cant imagine bila dah ada dua nanti…
gmbr tkde ke?harusla nk tgk perut ko yg membesar tu..
gambar? takde… ekekekekkeke aku tak tangkap gambar time pregnant… boleh tak? ekekekkekekekke
ha’a la kak, mcm cpt je masa berlalu, cm xsedar pun akak dh 6 bln, rs cm br je lagi…
waa, rindu nk pregnant pulak… huhu…
hehheheh tunggu anas besar sikit.. nanti pregnant balik… heheheh ikut jejak langkah pulalk…