Saya dah 31 minggu genap hari ni. Hehehhehe Kalau ikut calendar, dah 31 minggu, tapi kalau ikut baby, kurang seminggu. Tetiba bila bulan puasa ni pergi check up dia mengecik. Hahahhahahahha. Masa saya check up, last checkup naik terus 4 Kg kan? This time, maintain je berat. Tak turun, tak naik. Doktor cakap mungkin sebab saya puasa kan. So tak naik banyak. Baby pulak dah naik 300g since last check up. Kira macam lebih kurang Khayra dulu je… Once ah masuk 8 bulan lebih tetiba je naik mendadak.
Sebelum ni, doktor check uri kat bawah and baby breech lagi. Belum engage, but this time alhamdulillah.. Baby dah engage dah. Dah masuk ke laluannya. Uri pun dah naik and doktor cakap dah boleh dah bersalin normal. Alhamdulillah… Syukur… Adik kali ni pergh… aktif sangat. Siang malam aktif. Pantang dengar suara kakak Khayra panggil dia. Daripada senyap-senyap je, terus dia react. Insyaallah, boleh jadi bestfriend kan lepas ni? Lepas tu, suka tendang kuat-kuat. Sampai masa check tu, doktor pun boleh nampak movement dia. Perut ni kulit nipis kot.. Hahahahahaha
Ok… tu je la dulu update untuk adik.. hehehe Ummi dia kena jaga kakak yang sangat manja nih.. Semua nak ummi… Hehehhehehhe Still memikir untuk pantang nanti macam mana. Kalau boleh tak nak susahkan ibu sebab ibu pun bukannya sihat sangat. Abah pun tak berapa sihat. Kalau diorang jaga, cmfrm kena jaga Khayra… Nak pantang sendiri, ermm… sape nak jaga Khayra tu? Hantar nursery? hehehhehehhehehhe
Ada suggestion tak memana yang boleh jaga time pantang?
Luv,
UmmiKA

I love my Family so much…
Seoanjang minggu ini, dari 27/2/2012 hingga 1/3/2012, sebarang penghantaran untuk baju di adrinis tidak dapat kami lakukan kerana kami bercuti. [...]



salam nini,
hari tu ada yatie baca kat bog azza pasal pengalamn dia di jaga dlm pantang. ni link nyer –> http://azzamoro.blogspot.com/2010/06/testimonial-penjaga-pantang-confinement.html
try la tny azza fo rmore info
heheh thanks yatie… dah bukak dah blog azza.. boleh di consider kan nanti… tapi, wahhhh mahal jugak nak servis gitu kan? hehehehhehe
akak,baby pun puasa..tu yg mantain je.hehe.dah tak lama betul ni..plan bersalin demc ye?
makcik yg jg kita dulu tu dah blk indon..huhu.
hehehe tu la… baby pun puasa jugak… hehehe sekejap je masa berlalu kan.. adam pun dah besar dah… hehehhehe
nini, Selamat Hari Raya!
kak ros, selamat hari raya jugak….