Bercakap pasal breastfeeding ni, perkara pertama yang kebanyakkan ibu-ibu yang berkerjaya ini akan fikir adalah bagaimana nak continue memberikan susu ibu kepada anak. Apakah caranya? Yes, dengan cara pam susu dan beri kepada anak ketika bekerja. Bagi saya ada pam terbahagi kepada 2 kategori. Setiap kategori ada jenis pam dia.
2 kategori pam susu tersebut adalah:
1. Free aka tidak keluarkan duit untuk pam anda.
Nak tau pam susu apa yang free? Ya betul…. Pam menggunakan tangan @ hand express @ Teknik Marmet. Pam ni sangat mudah untuk di bawa ke mana2 jua. Tak payah fikir nak cari tempat nak letak, and takkan terlupa nak bawa ke mana2. Ada ke orang yang senang nak tertinggal tangan dia? Hehhehe Gurau je..
Oh, saya tidakla expert bebenor dalam teknik ni. Awal2 dulu, masa zaman muda remaja, saya tak pernah terfikir na gunakan teknik marmet ni. Sebabnya saya rasa susah. Tapi lepas saya dah cuba, saya rasakan bagus pulak. Macam mana saya boleh terbelajar tahu teknik ni? Hehe disebabkan saya pernah kena breast engorged then puting luka.. Adehhhh, sakit tau time pam guna corong plastik tu. Heheheh Sebab tu la saya belajar macam mana nak express milk dengan menggunakan tangan.
Caranya:
1 : Letakkan jari dalam bentuk C di bahagian luar aerola. Kalau aerola besar, agak-agak la kat mana biasa anak kita menghisap..
2 : Tangan tu, kita tolak/tekan ke arah dada kita.
3 : Picit ke bahagian dalam nipple kita. Hati-hati ye, sebab boleh terus memancut.. :). Buat 5 ke 10 kali perahan.
4 : Lepas tu buat satu pusingan sekeliling aerola kita.
Kalau nak tengok gambar supaya lebih faham, boleh klik kat sini sini dan sini.
Tips yang saya rasakan berguna untuk saya dan saya nak share dengan kawan-kawan kat sini, saya dulu susu mmg kais pagi makan pagi and sedang elok je dengan keperluan Khayra. Bila saya dah tau cara gunakan tangan, apa yang saya buat, lepas pam je, saya gunakan tangan pulak untuk clearkan B saya. Masa saya cuba guna tangan, alhamdulillah, masih memancut lagi susu yang keluar. Maknanya saya tidak kosongkan betul B saya. Saya guna teknik pam kemudian marmet. Ada saya post kat blog saya and macam mana saya get the idea. Thank to Kakak sofia yang kebetulan jumpa masa dia ada kursus kat bangunan tpt saya kerja dulu.
Tak rugi belajar cara pam free nih..
2. Kategori Berbayar
Dalam kategori berbayar ni, terdapat 2 jenis pam susu yang boleh jadi pilihan kita.
- Pam Manual
Terdapat perlbagai jenis pam manual yang ada di pasaran. Ada dari jenama avent, medela, MAM, Pureen, Tolly joy, anakku dan banyak lagi pilihan dengan harga yang berbeza. Pam manual biasanya agak murah berbanding dengan pam elektrik.

Avent ISiS
Ni pam medela harmony
MAM Manual Breastpump
- Pam Elektrik/Bateri
Pam jenis elektrik atau bateri sekarang sudah menjadi pilihan kebanyakkan ibu-ibu yang bekerja. Kenapa? Selain daripada kebanyakkan pam jenis elektrik ini menggunakan double pumping, pam jenis elektrik ini juga mampu menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, pam jenis elektrik ini agak mahal berbanding pam manual. Antara jenis-jenis pam elektri ini adalah:
Spectra 3
Medela Swing
Hospital grade ameda breastpump
medela freestyle
Huh.. banyak lagi jenis-jenis pam nih.. tinggal nak pilih and ikut budget je…
Nanti saya share saya guna pam yang mana… Untuk next entry.. Ni kira kasi-kasi tengok je la mana yang berkenan…
Oh.. saya ada baca di baby center kalau tak silap saya. DI INGATKAN : Jangan beli BP yang macam horn basikal tu sebab dikuatiri getah yang digunakan untuk sucking susu tu boleh terkena bakteria yang tida elok.
Till next entry.
Luv,
UmmiKA





yap, jgn guna pam yg mcm horn basikal tu… shira guna yg tu gak ms first time beli breastpump… mmg tak best sbb lama2 getah tu mengering, mengeras dan bila pam, ada serdak2 getah tu masuk skali dlm susu…
shira ade share gak ttg pilihan breastpump kat blog shira…
http://ashrafshaakira.blogspot.com/2010/12/breast-pump-ebm.html
Betul shira. Pam susu yg jns tu not recomended. Lagipun sape yg pakai cakap sakit. Huhuhu better beli biar berbaloi.
Yang mana satu yg palin2 sesuai utk baby ye?
Apa itu iTunes?
Paling sesuai utk baby? K paling sesuai untuk ibu senang pam? Heheh actually depends pada budget jugak. Yang most recomended jenama medela. Tapi ada juga jenama yang murah dari medela and yet sangat ok mcm spectra3, and pam baru sekarang modu. Depends pada cara nak guna. Saya boleh recommend 3 brand tu. Cuba check review.
Apa perbezaan kalau bagi terus dengan pakai pump
betul ker statement yg kate ibu makan pil perancang…jumlah susu akan berkurang n lastly susu akan semakin kering….mcmana nk avoid tu…any suggestion????
mana yg bagus n senang utk working mother?
Dear, untuk pam ni, bagi pendapat saya, untuk working mothers lebih sesuai gunakan double electric pumping. Sebab ia lebih menjimatkan masa dan kalau pam di cubicle pun kita boleh sambil2 buat kerja.

untuk pam jenis ni, ada yang mahal dan ada juga yang berpatutan. Untuk tu, lebih baik kepada budget kita.
harap ia membantu.
saya nak jual pump susu elektrik avent. baru 2 kali guna. harga murah dari pasaran. call 0199310030 – ros
lau leh kol sye @ 0175635019
Dear, untuk pam ni, bagi pendapat saya, untuk working mothers lebih sesuai gunakan double electric pumping. Sebab ia lebih menjimatkan masa dan kalau pam di cubicle pun kita boleh sambil2 buat kerja.

untuk pam jenis ni, ada yang mahal dan ada juga yang berpatutan. Untuk tu, lebih baik kepada budget kita.
harap ia membantu.
salam.. blh tak share Ummikyra pakai pam jenis pe?
sy pun ngah cri pam yg sesuai.Ngah pning x tau pam mane yg sesuai
salam..nak tahu brapa harga pam susu ini,blh mesej terus kepada saya
Terima kasih atas perkongsian.. Aya tengah mencari2 breast pump yg sesuai..