~ Percayalah……….. ~

Percayalah… Sekiranya kita percaya dengan diri sendiri, semua benda insyaallah akan menjadi.

Percayalah… Sekiranya kita percaya yang kita mampu untuk mengatasi segala rintangan dan cabaran, Insyaallah ia akan menjadi.

Bila mengingatkan tentang keyakinan diri, yang kita mampu untuk selagi kita berusaha, teringat saya lagu zaman saya belajar dulu.. Lagu fikirkan boleh… :) Sekarang dah jarang dengar lagu ni kat TV… Heheheh Lirik dia ala-ala gini

Jika kau fikirkan kau boleh, Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu, Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan, Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan, Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan, Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan, Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan, Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan, Engkau boleh

 

Memang lagu ni kena dengan saya, sebab kadang-kadang saya ragu-ragu dengan diri saya. Kadang-kadang saya rasakan saya tak mampu untuk berjaya seperti yang lain.. Saya pun manusia biasa… Jadi saya akan berusaha untuk memberikan yang terbaik. Dengan doa dan bantuan serta pengorbanan dari suami tercinta, keluarga tersayang dan rakan-rakan yang dikasihi serta rezeki anak-anak. USAHA, DOA dan TAWAKAL. :)

p/s: saya sekarang betul2 dah hilang kick dalam berblogging… :P Banyak benda nak bagitau, tapi tak tau nak luahkan macam mana… Hehhehehehe

Luv,

UmmiKA

~ Sarakids Open Day & Gathering : Pelancaran MODU ~

Mungkin dah ramai yang tahu and mungkin ada yang baru tahu.. Yesss… Hujung minggu ni pada

24 APR 2011,

ahad ni la kiranya Sarakids akan mengadakan open day dan gathering untuk ibu-ibu yang menyusukan anak mereka sekaligus dengan pelancaran MODU, pam baru yang sangat comei lagi cute itu.

Event ni berlangsung di DARC – Denai alam recreation & riding club. Kalau lalu kat guthrie dari shah alam, selepas bukit jelutong, tol pertama, sebelah kiri. Boleh nampak dah club tu, tapi jalan masuk dia agak dalam sikit. SO jangan was-was, jalan ajer… :P Kalau tak tau boleh tgk map ni… And kalau tak tau jugak, guna gps ke google map ke.. :)

Okeh, event pada hari tu, ada macam-macam aktiviti. Bawak anak-anak pun, sekitar situ tiada masalah. Sebabnya kat situ ala2 macam taman la. Banyak benda boleh buat. Kalau anak dah boring ke, dah tak boleh duduk diam ke, bawak depa pegi tengok kuda, ada splash pool untuk anak-anak mandi.. Huh, ini kene bawak baju extra ni.. Kalau Khayra nampak, sure dia dah tak pandang lain dah. Hahahahhaha and ada game jugak untuk anak-anak kita. Bak kata orang MACAM-MACAM ADA. :D

Selain daripada itu, macam biasa, kalau dah ramai-ramai gitu, mesti ada booth punyer.. Hehehhe so, boleh shopping-shopping juga. ( inilah part yang encik-encik suami tak berapa gemar neh… :p ) Layan…. :P

Selain daripada games, pelancaran, gathering hari itu juga adalah untuk mencipta rekod malaysia yang mana seramai 400 orang ibu-ibu yang menyusu, akan menyusukan anak-anak mereka secara serentak. Kita boleh jadi part of the record tu. Nak tak? Hehehehhehehhe

Tema pakaian kita pada hari itu adalah:

Mommy : PINK – my favourite selain daripada purple. :D

Ayah : Hitam

Anak-anak : Merah – Khayra pakai baju family day dia la… :P

Banyak yang saya dengar pasal event ni. Ada press, ada vips, ada celebriti, bak kata orang HAVOC pada hari itu. Ikutkan kena register dengan sarakids untuk join the gathering, tapi kalau last minute plan nak datang atau tak register pun boleh je datang. Apa bezanya dengan orang register or not tu, yang registered and pay dapat kupon makanan untuk family. :) Tempat ada lagi ke tak, kena contact sarakids. Boleh email pada ain@sarakids.com

Saya percaya, ramai dikalangan yang nak hadir ni, kalangan blogger-blogger or kalangan group-group di facebook etc. Hah… apa lagi? Time ni la kita nak jumpa and kenal-kenal muka masing-masing. Biasa kat alam maya je kan? Hehehehe Ni open day sarakids, merangkak gathering rakan-rakan alam maya. :)

Jom kawan-kawan, kita memeriahkan lagi aktiviti bersama keluarga dan bersantai. :) Kalau saya tak perasan kamu-kamu, tegur2 la saya. Lambai-lambai ke.. Hehehhehehhe

Nota: Adrini’s pun insyaallah ada bukak booth pada hari tu, TAPI dok fikir, sape nak tolong jaga booth? Ada sesapa nak part time? Hehehehhehehehehe

Luv,

UmmiKA

~ Baby Wearing with Little Khaleel Adyan? ~

Yep yep yep… kalau nak sebut asuhan alami, natural parenting biasanya orang akan sebut breastfeeding, cloth diapers dan satu lagi baby wearing. Nampak gaya macam saya dah terjebak dalam baby wearing pulak. Hehehehe

Masa Khayra

Okaylah… tak perlu merapu panjang, moh kita bercerita pasal baby wearing. :) Saya mengenali baby wearing ni since anak kedua. Heheheh Masa anak first dulu, tak tau pasal baby wearing. Tahunya kalau nak travel pergi mana-mana, yang mesti ada adalah stroller.  Time pregnant, memang stroller adalah dalam checklist. Walaupun bukan priority time tu, still dalam fikiran kena ada untuk mudahkan berjalan-jalan. Time tu tak fikir, anak tu suka ke tidak duduk dalam stroller. Sebab tengok anak orang lain, asyik duduk dalam stroller tu dalam keadaan yang elok je. Hehehhehehhe Time tu fikir jugak, kalau boleh train dalam kereta duduk dalam car seat, then why not tak nak duduk kat stroller kan? Rupa-rupanya, Khayra tak suka langsung duduk dalam stroller. Time duduknya cuma masa tidur.

Adik saya ada hadiahkan pada saya baby carrier, tapi bila pakaikan kat Khayra, time tu saya rasa susah nak  pakaikan.. Plus, rasa tak yakin dengan carrier tu. Boleh ke tampung anak saya. Stroller pun Khayra tak suka, carrier pulak saya tak berapa gemar, akhirnya stroller tu guna bila nak tidur and time angkut barang tuk shopping je. Khayra berdukung dengan abahnya. Luckly, masa tu baru anak satu and Khayra pun kecik aje, laratla kan nk dukung. Sampaila bila dah besar, baru Khayra nak duduk di stroller bila dia penat and nak tidur. Time ni anak satu je, so mmg takde masalah la kalau khayra tak nak stroller, saya boleh pegang stroller, abah Khayra jaga Khayra yang ke sana sini or vice versa.

Cabaran bermula bila Adyan lahir dan start untuk keluar berjalan.  Masa tu, Khayra dalam stroller, and Adyan pun dalam stroller. Sebabnya, Khayra memang sentiasa nak sama dengan adiknya. Adik baru lahirkan, jeles merajai hati. :) Bila masukkan Adyan dalam stroller sangatla cranky. Tak padan kecik. Tengah tidur pun, boleh bangun. Bila di pegang terus senyap and continue to sleep… Then just imagine, nak tolak 2 stroller, satu kosong and tangan nak pegang si kecik Adyan. Macam mana gayanya? Hehhehehhehe

Just happen and sangat bertuah sebab masa preggy kan Adyan, saya dan abang ala-ala sama fikiran la konon Adyan gunakan carrier je. Okeh, time tu terfikir and tau pasal carrier je.. Tak tau lagi pasal ring sling, pouch, mei tai, ssc etc nih. Kami memang ada beli carrier tu. Since Adyan lahir sangat kecil, carrier tu memang tak sesuai langsung dengan Adyan. Ditambah pula, Adyan sangat suka tidur berbedung, lagi la tak boleh nak fikir cemana naK  letak Adyan dalam carrier tu kan? hehehhehehe  Time tu la saya baru terfikir nak cari selain carrier tu, apa yang boleh diguna pakai and akhirnya saya jumpa pasal Sling, pouch etc. Hehehhehehe Bila tengok you tube, then website baby wearing ni, masa tu la saya terfikir yang kalau susah2 sangat kenapa saya tak pakai baby wearing je. Lagipun ramai dah orang guna and nampak praktikal. Mudah nak ke sana sini and sangat mesra ruang. :)

Walaubagaimanapun, ada beberapa perkara yang saya fikirkan bila mula-mula saya nak ber baby wearing nih.

1. Senang nak guna ke tak? Term ‘senang’ bagi saya kat sini adalah masa nak pakai tu. Melecehkan ke nak masukkan anak dalam tu or macam mana.

2. Adyan nak ke duduk dalam tu?

3. Tak tersepit/terpeliut ke duduk dalam tu sebab nampak macam padat semacam je.

4. Selamat ke guna benda tu?

5. Nak pouch ke, ring sling ke, mei tai ke, wrap ke? Mana satu ek? Daku tidak memahaminya….  :)

6. Aduh mak… Mahalnya untuk satu helai baby wearing tu..

7. Berbaloi ke beli benda ni? Takut sekadar simpan dalam almari je nanti.

Haaaaa Inilah persoalan yang timbul dalam fikiran saya dan sudah tentu suami saya bila saya suarakan “apa kata kita cuba baby wearing?”

Credit to Mr. Google

Jadi kawan-kawan, adakah saya sudah berbaby wearing? Atau adakah saya gagal dalam misi nak berbaby wearing nih?

Nantikan di episod akan datang ye kawan-kawan. :)

Nota: Wohoooo…. Akhirnya siap entry saya untuk pengenalan macam mana saya nak mula ber’baby-wearing’. Nantikan episod seterusnya. :)

Nota Lagi : Azam-azam…. Update blog… Update blog… :P

Luv,

UmmiKA

Mari menjengah butik Online Adrinis

 

Related Posts with Thumbnails